Salam
Tinggal tak sampai 24 jam lagi.. tahun 2015 akan bermula... Esok tempat aku bekerja akan mula bercuti.. tapi esok aku akan ke pejabat seperti biasa.. sebabnya ada 2 kertas exam yang perlu aku buat.. dan juga ada 1 bundle skrip jawapan yang baru aku ambil pagi tadi yang perlu ditanda..
Jumaat aku kena submit 1 paper exam diploma sebab Isnin minggu depannya ada mesyuarat penaksiran kertas soalan... so nak tak nak kena siapkan juga.. minggu depan akan mula sibuk nak key in markah exam.. markah insahniah... dan segala markah tugasan perlu diselesaikan.. dan minggu depan juga aku akan kembali kerja luar kerana perlu menyelia pelajar praktikal di Selangor dan Negeri Sembilan..
Aku sedang menunggu panggilan telefon dari bff yang bakal tiba dari jeddah.. rasanya dah landing flightnya waktu ini.. cuma mungkin masih sibuk dengan urusan bagasi dan benda-benda lain.. teringat pengalaman sendiri dulu tiap kali pulang ke tanahair... kesibukan.. menyesuaikan diri dengan cuaca selepas bertahun tinggal di tempat sejuk... silau dengan teriknya dan bahangnya mentari sebab dulu bertahun hidup dalam kesejukan dan kedinginan..
Review untuk tahun 2014 dah banyak yang aku nyatakan dalam entri sebelum ini.. cuma tahun 2014 nie tahun musibah bagi negara kita.. dan juga tahun yang sedih pada aku..
Persahabatan:
2014- Aku kehilangan 2 sahabat baik.. yang aku kenali menghampiri 4-9tahun.. namun aku juga ditakdirkan pertemuan dengan sahabat-sahabat baru... Adik angkat baru... sahabat yang lama masih ada yang kekal lagi alhamdullilah... ada juga beberapa sahabat lama yang datang mencari kembali.. ada yang aku sambut dengan hati terbuka.. dan ada juga yang aku biarkan sepi dengan harapan cukuplah sampai di situ sahaja..
2015- Aku harap persahabatan yang ada akan terus berkekalan... persahabatan yang baru terbina juga akan terus bersemi dan lebih baik.. semoga kami dapat menjadi orang-orang yang sabar melayan kerenah manusia dan menjaga hati serta perasaan sesama manusia.. Aku tak perlukan sahabat yang ramai.. tapi cukuplah mereka yang benar-benar ikhlas berkawan...
Kerja:
2014- Kesibukan rutin kerja yang makin mendesak.. tahun ini sahaja workload mengajar aku paling giler.. 2 semester lepas sahaja aku mengajar hampir 18jam dengan rekod 6 subjek berbeza dan 6 kelas berbeza pada 1 semester... paling banyak subjek yang pernah aku ajar sepanjang 16 tahun aku mengajar.. redha dengan tanggungjawab yang dipikul.. sebab minat yang tinggi.. walaupun kadang rasa terbeban.. tapi bila tengok muka student yang datang ke kelas sebab nak belajar hati aku cair juga.. penat tak perlu dicakap.. tapi aku pikul dengan senyuman dan rasa gembira..
2015- Aku mungkin akan mohon dikurangkan beban mengajar pada semester akan datang... tapi jika takde pilihan tetap terima juga dengan hati terbuka walaupun rasa dah tak cukup tangan nak handle semuanya.. selagi ada rasa minat dan gembira untuk mengajar tetap aku teruskan.. cuma jika boleh aku nak menggelak dari membuat kerja-kerja pengurusan atau menjawat jawatan pengurusan hehehe..
Keluarga:
2014- Mak dan adik-adik alhamdullilah.. banyak juga perancangan yang sepatutnya dibuat kat kampung terpaksa ditangguhkan ke tahun 2015. Adik akan mula masuk ke penghujung tahun 2 di universiti dan adik lelaki aku pula mungkin akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Penghujung tahun aku dapat gelaran ibu dari mentee aku sendiri.. selalunya aku sering membahasakan diri aku 'mama'
2015- Jika ada rezeki ingin juga menambah ahli keluarga dan jika ada rezekiNya pada aku.. InsyAllah.. semoga aku mampu menguruskan tanggungjawab pada mak dan adik-adik dengan lebih baik seperti mana amanah arwah ayah dulu.. Dapat nanti aku uruskan perkahwinan adik lelaki aku andai sudah sampai masanya nanti.. dan semoga hubungan aku dan pakwe akan terus berpanjangan hingga ke syurga..
Diri :
2014- Tahun yang menyaksikan setelah sekian lama aku memendam perasaan, menahan rasa hati, bertahan segalanya.. akhir airmata aku jatuh juga.. tapi aku tak menyesal pun meluahkan segalanya dengan airmata.. orang perempuan.. kesedihan diluahkan dengan airmata kan.. berazam untuk menyiapkan segala benda yang bertangguh sekian lama..
2015- Harapnya segalanya berjalan dengan baik..lebih banyak senyum.. gembira dan bahagia.. semoga aku dipertemukan dengan orang yang baik-baik sahaja.. Lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup.. semoga diberikan rezeki yang murah dan diberi peluang berkongsi dengan yang memerlukan.. semoga lebih disayangi oleh mereka yang rapat dan dihargai dengan sebaiknya... dipermudahkan dalam urusan mendidik dan menyampaikan ilmu.. Terus dapat senyum hingga ke penghujung 2015.. InsyAllah..
p/s Semoga kita semua akan success dalam hidup dan keluarga... 2015 selamat datang... 2014 selamat tinggal.. pasti aku akan merinduimu... BFFdah tiba di KLIA.. baru sahaja landing.. Alhamdullilah.. lega rasa hati.. apatah lagi selepas insiden QZ8501 baru nie..
No comments:
Post a Comment