Wednesday, 31 December 2014

Hari Terakhir 2014

Salam

Tinggal tak sampai 24 jam lagi.. tahun 2015 akan bermula... Esok tempat aku bekerja akan mula bercuti.. tapi esok aku akan ke pejabat seperti biasa.. sebabnya ada 2 kertas exam yang perlu aku buat.. dan juga ada 1 bundle skrip jawapan yang baru aku ambil pagi tadi yang perlu ditanda..

Jumaat aku kena submit 1 paper exam diploma sebab Isnin minggu depannya ada mesyuarat penaksiran kertas soalan... so nak tak nak kena siapkan juga.. minggu depan akan mula sibuk nak key in markah exam.. markah insahniah... dan segala markah tugasan perlu diselesaikan.. dan minggu depan juga aku akan kembali kerja luar kerana perlu menyelia pelajar praktikal di Selangor dan Negeri Sembilan..

Aku sedang menunggu panggilan telefon dari bff yang bakal tiba dari jeddah.. rasanya dah landing flightnya waktu ini.. cuma mungkin masih sibuk dengan urusan bagasi dan benda-benda lain.. teringat pengalaman sendiri dulu tiap kali pulang ke tanahair... kesibukan.. menyesuaikan diri dengan cuaca selepas bertahun tinggal di tempat sejuk... silau dengan teriknya dan bahangnya mentari sebab dulu bertahun hidup dalam kesejukan dan kedinginan..

Review untuk tahun 2014 dah banyak yang aku nyatakan dalam entri sebelum ini.. cuma tahun 2014 nie tahun musibah bagi negara kita.. dan juga tahun yang sedih pada aku..

Persahabatan: 
2014- Aku kehilangan 2 sahabat baik.. yang aku kenali menghampiri 4-9tahun.. namun aku juga ditakdirkan pertemuan dengan sahabat-sahabat baru... Adik angkat baru... sahabat yang lama masih ada yang kekal lagi alhamdullilah... ada juga beberapa sahabat lama yang datang mencari kembali.. ada yang aku sambut dengan hati terbuka.. dan ada juga yang aku biarkan sepi dengan harapan cukuplah sampai di situ sahaja..

2015- Aku harap persahabatan yang ada akan terus berkekalan... persahabatan yang baru terbina juga akan terus bersemi dan lebih baik.. semoga kami dapat menjadi orang-orang yang sabar melayan kerenah manusia dan menjaga hati serta perasaan sesama manusia.. Aku tak perlukan sahabat yang ramai.. tapi cukuplah mereka yang benar-benar ikhlas berkawan...

Kerja:
2014- Kesibukan rutin kerja yang makin mendesak.. tahun ini sahaja workload mengajar aku paling giler.. 2 semester lepas sahaja aku mengajar hampir 18jam dengan rekod 6 subjek berbeza dan 6 kelas berbeza pada 1 semester... paling banyak subjek yang pernah aku ajar sepanjang 16 tahun aku mengajar.. redha dengan tanggungjawab yang dipikul.. sebab minat yang tinggi.. walaupun kadang rasa terbeban.. tapi bila tengok  muka student yang datang ke kelas sebab nak belajar hati aku cair juga.. penat tak perlu dicakap.. tapi aku pikul dengan senyuman dan rasa gembira..

2015- Aku mungkin akan mohon dikurangkan beban mengajar pada semester akan datang... tapi jika takde pilihan tetap terima juga dengan hati terbuka walaupun rasa dah tak cukup tangan nak handle semuanya.. selagi ada rasa minat dan gembira untuk mengajar tetap aku teruskan.. cuma jika boleh aku nak menggelak dari membuat kerja-kerja pengurusan atau menjawat jawatan pengurusan hehehe..

Keluarga:
2014- Mak dan adik-adik alhamdullilah.. banyak juga perancangan yang sepatutnya dibuat kat kampung terpaksa ditangguhkan ke tahun 2015. Adik akan mula masuk ke penghujung tahun 2 di universiti dan adik lelaki aku pula mungkin akan menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Penghujung tahun aku dapat gelaran ibu dari mentee aku sendiri.. selalunya aku sering membahasakan diri aku 'mama'

2015- Jika ada rezeki ingin juga menambah ahli keluarga dan jika ada rezekiNya pada aku.. InsyAllah.. semoga aku mampu menguruskan tanggungjawab pada mak dan adik-adik dengan lebih baik seperti mana amanah arwah ayah dulu.. Dapat nanti aku uruskan perkahwinan adik lelaki aku andai sudah sampai masanya nanti.. dan semoga hubungan aku dan pakwe akan terus berpanjangan hingga ke syurga..

Diri :
2014- Tahun yang menyaksikan setelah sekian lama aku memendam perasaan, menahan rasa hati, bertahan segalanya.. akhir airmata aku jatuh juga.. tapi aku tak menyesal pun meluahkan segalanya dengan airmata.. orang perempuan.. kesedihan diluahkan dengan airmata kan.. berazam untuk menyiapkan segala benda yang bertangguh sekian lama..

2015- Harapnya segalanya berjalan dengan baik..lebih banyak senyum.. gembira dan bahagia.. semoga aku dipertemukan dengan orang yang baik-baik sahaja.. Lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup.. semoga diberikan rezeki yang murah dan diberi peluang berkongsi dengan yang memerlukan.. semoga lebih disayangi oleh mereka yang rapat dan dihargai dengan sebaiknya... dipermudahkan dalam urusan mendidik dan menyampaikan ilmu.. Terus dapat senyum hingga ke penghujung 2015.. InsyAllah..

p/s Semoga kita semua akan success dalam hidup dan keluarga... 2015 selamat datang... 2014 selamat tinggal.. pasti aku akan merinduimu... BFFdah tiba di KLIA.. baru sahaja landing.. Alhamdullilah.. lega rasa hati.. apatah lagi selepas insiden QZ8501 baru nie..

Sunday, 28 December 2014

Menghampiri Penghujung 2014

Salam

Hari ini tinggal lagi 3 hari baki sebelum masuk 2015. Tahun baru.. azam baru.. serba serbi baru? Tapi orangnya masih lama juga kan.. tak tahulah kalau bertukar menjadi style baru dan manusia bersemangat baru

Hari ini kita diperkhabarkan dengan berita kehilangan pesawat Air Asia dari Surabaya ke Singapura.. belum reda lagi kesedihan kehilangan pesawat MH117 dan MH370.. kini giliran air asia pulak.. Semoga kita doakan yang terbaik untuk mereka semua.. semoga masih ada lagi harapan dan ada yang selamat.

Semalam lewat malam tadi aku dapat sms dari seorang pelajar (mentee).. dia sms dengan menyatakan dia sejak jumaat lagi tak makan dan kehabisan duit. Family di kampung tak dapat nak berikan duit sebab sedang hadapi musibah banjir teruk.. Mulanya aku macam tak percaya.. tapi selepas aku minta pelajar aku pergi siasat dan jumpa mentee aku.. laporan yang pelajar aku beritahu memang kes dia nie terdesak.. dan memang dia dah takde duit langsung.. Allahu.. susah pulak hati aku malam tadi.. Aku minta pelajar tuh belanja mentee aku.. dan pagi ni dlm pukul 11pagi tadi.. mentee tuh datang jumpa aku di bilik.. dan aku bincangkan pasal study dia.. gred semester lepas.. subjek dia ambil semester nie.. semua tuh ada dalam sistem.. dan akhir sekali aku tanya pasal keluarga di kampung... dan sebelum dia balik.. aku bagi dia duit sikit untuk belanja 2 minggu nie sebelum dia balik ke kelantan.

Malam tadi dia sms aku menangis-nangis sebab sedih sangat.. pelajar nie lelaki dan aku dapat dia menghidapi penyakit gastrik yang kronik. Bayangkan dah 2 hari tak makan dan berpenyakit gastrik pulak.. bila tanya keluarga.. aku faham sangat keadaan dia.. Malam tadi juga dia minta izin aku untuk dipanggil ibu.. terus airmata aku mengalir..

Baru sahaja tadi aku call dia semula just untuk tanya dah makan atau belum tengahari tadi.. dan panggilan aku dijawab di kedai buku. Oklah.. sebab aku dah beritahu duit yang aku beri itu.. aku nak dia gunakan khusus untuk beli makanan dan persediaan untuk peperiksaan selasa dan rabu ini...

Aku kini di pejabat dan mahu bergerak balik ke rumah.. letih sejak pkl 9 pagi lagi di pejabat dan menyiapkan semua kerja-kerja menyemak tugasan dan kuiz pelajar yang tak siap lagi. Alhamdullilah hampir 80% siap dan akan bersambung lagi esok.. InsyAllah..

p/s Semoga kita semua tabah menghadapi musibah yang melanda negara waktu ini.. Ramai pelajar aku terkandas di kelantan dan sudah ada 3 orang yang tidak dapat mengambil exam esok pagi...

Friday, 26 December 2014

Kembali ke sini dan hujan masih turun dengan lebat

Salam

Selama 5 hari aku berulang alik dari klang ke kuala lumpur.. seawal pkl 9pagi aku dah memandu melalui kesesakan lalu lintas.. sekitar sejam 30mint lebih kurang aku tiba ke library negara.. Tempat itu dah jadi macam ofis kedua aku.. cuma malangnya hari isnin aku tak perasan library tutup... dah sampai ke pintu masuk.. pegawai tuh cakap library tutup isnin... aduhhh... penat masa drive pun tak lepas lagi.. baru nak tarik nafas.. akhirnya aku berpatah balik melalui jem ke Shah Alam pulak... kali ini aku menuju ke library Raja Tun Uda di seksyen 13.. itupun puas berpusing mencari.. last2 jumpa dalam kelab golf huhuhu...

Apa pun aku tetap lebih suka library negara..  lebih santai... tak perlu buka kasut.. boleh bawa masuk beg.. boleh bawa air masuk.. setiap meja di lantai ada plug untuk elektrik... walaupun interior dalam library negara tuh macam suram.. tapi haii... kan library tuh dah bertahun2 kan... yang best dari guard jaga parking.. sampai guard kat pintu masuk.. sampailah ke guard di level 3.. semua kenal aku hahaha.. abis dah muka aku hari-hari kat situ dari pkl 11pg sampailah pukul 6.00++petang... dan lebih best.... port aku duduk tak pernah berubah.. hadapan tangga.. dekat dengan mesin fotostat.. dekat dengan toilet.... laluan sibuk orang lalu lalang tapi aku suka.. sebab selama 4 hari aku di situ.. tiap kali aku dtg tak pernah lagi aku tengok ada orang nak duduk kat meja aku tuh.. selalunya.. selepas aku dah duduk situ barulah ada sorang dua akan lepak meja sebelah aku tuh...

Library Raja Tun Uda.. exterior dan interior memang klas... moden dan simple.. tapi yang tak best.. agak sejuk.. dan tak boleh bawa masuk beg.. mengangkutlah aku dengan laptop.. buku.. kertas yang banyak tuh.. tapi aku bawa masuk juga handbag aku hahaha... air langsung tak leh bawa dan kasut kena pulak masuk dlm beg yg disediakan dan bawa masuk.. setiap level ada pintu masing-masing.. dan yang tak best.. port nak cucuk plug amatlah terhad.. ruang agak terhad tapi style nya bercermin hampir di sekeliling.. ada pelbagai jenis kerusi duduk.. so agak santailah.. wifi untuk kedua-dua library nie free.. oklah.. lepas tuh di setiap level ada toilet dan surau.. kalau macam library negara.. surau di bahagian bawah berhampiran cafe..

Apa pun pada aku library negara tetap the best.. sebab lebih tenang dan senang study kat situ.. gangguan tak banyak.. cafe makan pun best dan agak murah.. cafe di library shah alam tak banyak pilihan dan tak sedap sangat huhuhu... lepas tuh kena jalan kaki agak jauh sikit.. tapi suasana cafe yang terbuka dan bertingkat tuh memang santai.. terutama dikelilingi kehijauan pokok2.. tapi bab kena buka kasut dan bawa laptop masuk dengan file semua dengan tangan agak susah pada aku sebab dokumen aku banyak... library negara.. bawa masuk beg.. semua takde hal...

Semalam aku gerak balik ke sini.. malam tadi driving dalam keadaan hujan yang lebat dan angin kuat.. beberapa kali juga tak nampak jalan.. dan agak risau nak memotong kereta kerana air mengalir deras di atas jalan.. aku pernah mengalami kereta aku bergerak sendiri tanpa dapat aku kawal ke kiri dan kanan... syukur juga.. selamat sampai selepas baca doa perjalanan.. bismillahitawakal.. sepanjang sampai umah..

Hari ini patut bercuti lagi.. tapi sebab aku dah set appointment dengan student sepjg hari ini.. so datang juga ke pejabat tapi lewat sikit.. takde rasa nak rushing sangat sebab cuti kan... sepanjang minggu lepas semua kerja pejabat aku tak tengok pun.. nie ada kuiz nak tanda... nak key in markah.. dan macam-macam benda kerja nak buat.. hahaha.. minggu depan nak buat soalan exam pulak.. dan tanda paper exam..

Sepanjang hari dari malam tadi hujan turun tak berhenti.. banyak kawasan dahmula dinaiki air.. banjir besar di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak.. kg sebelah dari kg aku pun ada beberapa buah rumah pun mula banjir.. Sini kalau hujan lebat tak berhenti pun.. ada beberapa kg akan banjir juga.. last 2 3 week tak jauh dari sini.. kg ulu pun banjir teruk.. jalan pun retak... sekarang nie kena berjaga-jaga lah kan...,

Teringat masa hari kedua aku di Library negara.. selama 2 hari sebenarnya aku duk mencari 2 file lama yang aku tak jumpa.. kebetulan sahabat aku nie sms tanya aku tengah buat apa.. so aku mengadulah dengan dia yang aku sedang cari file yang hilang dah 2 hari aku buka tutup folder cari.. file tuh penting sebab adalah file data mentah aku.. tak sampai seminit selepas aku sms... aku terus dapat idea camna nak cari file tuh.. dan keyword apa nak gunakan.. dan immediatedly aku jumpa file tuh... bukan 2 tapi 5... Kuasa Allah kan... aku terus sms balik kawan aku tuh cakap aku dah jumpa file tuh.. dan dia cakap dia memang tengah doa depan kaabah untuk aku... Aku menangis masa itu juga.. tak boleh dah aku tahan airmata aku.. jika Allah nak beri jalan pasti semudah itu sahaja kan... Syukur sebab dipermudahkan urusan aku waktu itu... dan siapa sangka aku berpeluang mempunyai sahabat yang begitu baik.. kebetulan juga semasa dia sms aku itu aku memang tengah buntu sebenarnya dan sms dia tetiba masuk waktu aku sedang buntu memikirkan dimana aku letak file tuh... yang lebih pelik.. sebenarnya aku dah buka dan tutup folder yang sama... folder yg sama.. berulang kali.. tapi takde... tapi kali nie selepas doa dititipkan untuk aku... secara ajaibnya.. aku nampak file tuh dalam folder tersebut... bukan 2.. tapi 5 file yang aku cari...

Dulu aku pernah dengar cerita seorang sahabat baik aku... dia juga pernah didoakan oleh seseorang di mekah ketika dia membuat umrah hanya kerna kesiankan suami kawan aku yang menjaga anak-anaknya. Sampai doktor tuh tak sampai hati dan doakan kawan aku nie habis Phd dia dengan cepat... cerita itu terkesan juga pada aku sebab rasa.. ada juga manusia yang sebegitu baik sudi mendoakan kawan aku ini.. jeles pun ada juga... tapi bila kali ini giliran aku pula mendapat sahabat yang lebih kurang sama.. dan kes yang sama mendoakan aku dari jauh.. hati aku bersyukur sangat-sangat sebenarnya... Allah pertemukan aku dengan insan yang baik.. dan semoga yang baik-baik sahaja berlaku buat kami semuanya.. InsyAllah

Esok sambung cuti dan mungkin aku ke KL nak shopping hadiah betday Nuch yang dah bertangguh.. masa ke library negara nak singgah sogo ontway balik klang aku malas nak tempoh jem yang amat menyesakkan hati dan perasaan hahaha... tengoklah kalau rajin esok kan... bab 5 tesis aku ada lagi kena sambung tulis nie.. semalam dah cuti sehari balik N9... hari ini pun akan sibuk dengan kerja ofis nak settlekan... so kena siapkan jugalah nanti sebelum kawan aku balik dari umrah 31hb nie sebab dah janji dia nak tengok bab 5 aku siap... InsyAllah... pasti boleh kan :)

 Port lepak aku di Library Negara Day 1

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam Day 3

p/s Hari ini di UK dan US adalah boxing day.. dulu hari ini mesti keluar shopping sebab banyak kedai-kedai buat offer dan sale seawal pukul 5 pagi...
Hari ini aku pun berboxing di pejabat.. buka kertas nak tanda kuiz huhuhu...

Wednesday, 17 December 2014

Rindu..

Salam

Terlalu banyak benda yang aku rindukan..

Rindukan UK.. rumah keduaku..

Rindukan musim sejuk bersalji waktu ini..

Rindukan sejuk beku dan dinginnya angin saban waktu..

Rindukan kesibukan masa ketika masih bergelar seorang pelajar..

Rindukan dunia asing di perantauan..


Rindukan gelak ketawa bersama sahabat-sahabat tersayang..

Rindukan kepelbagaian wajah bangsa, agama dan bahasa..


Rindukan berbahasa inggeris.. ala-ala berabuk london...


Rindukan masa bercuti ketika terlalu sibuk bekerja..

Rindukan kenangan silam bila bersama si dia...

Rindukan senyuman dan wajahnya yang serius amat...

Rindukan celoteh dan ceritanya saban waktu..

Rindukan kesibukan kota walaupun selalunya aku tidak suka..


Rindukan kesesakan kotaraya.. tapi aku tempuhi juga sebab urusan kerja..

Rindukan laluan ke sana.. sebab itu tempat pertemuan aku dan dia..


Rindukan kampung halaman..

Rindukan arwah ayah... dan semua kenangan aku dengannya..

Rindukan waktu bersama.. sebelum dan selepasnya...

Nyatanya.. Aku rindukan dia... :)

Semoga perjalanan pergi dan baliknya menunaikan Umrah dipermudahkan.. Selamat dan baik-baik sahaja..

Amin.. Semoga yang baik-baik berlaku untuk dia...

p/s Tak sabarnya untuk bercuti seminggu dan mulakan penulisan tesis semula.. InsyAllah lepas nie mungkin aku rajin update blog... Aku mungkin berada sekitar KL.. Shah Alam semasa proses penulisan tesis nanti... (ada yang nak ajak dating?? boleh lepak masa lunch atau dinner nanti kan).. Misi melepak di perpustakaan akan bermula.. InsyAllah..

Rindunya nak ke Jepun semula...
InsyAllah mungkin aku kembali ke sana nanti..

Tuesday, 16 December 2014

2 minggu ke 2015

Salam

Masih berbaki 2 minggu lagi sebelum masuknya tahun 2015.. Lama lagi kan.. tapi bila pejam celik nanti.. sekejap sahaja tempoh itu berlalu..

Hari ini emosi bercampur-campur.. macam-macam rasa hadir dalam diri.. Dalam kesibukan masa, ada juga ruang yang meminta aku berfikir.. mungkin sebab aku pasti akan merindui seseorang dalam masa terdekat ini.. menyebabkan rasa emosi bercampur-campur..

Sahabat datang dan pergi.. tapi mana yang serasi bersama.. pastinya terus setia bersama.. Bila menghampiri hujung tahun di bulan disember ini.. banyak tarikh-tarikh yang perlu diingati.. ada yang perlu dihantar hadiahnya ke Thailand.. Ada pula yang sejak aku balik dari UK.. hingga kini belum aku jumpa dia.. dari dulu anak 2 kini dah nak masuk 5 hehehe.. Ada juga tarikh pertemuan yang menghampiri 9 tahun.. Ada juga yang tarikh lahirnya hari ini.. tapi aku berat hati membuat ucapan selamat hari lahir.. cukuplah aku doa dari jauh sahaja..

Apa jua bulan 12 ini banyak tarikh yang istimewa.. beberapa sahabat baik lahir pada bulan ini.. kenangan akhir tahun juga mengundang rasa pelbagai sebab penutup tirai tahun hampir tiba..

Tahun 2014 pada aku merupakan tahun yang sedih.. Aku kehilangan 2 orang sahabat yang pernah dekat di hati.. yang aku kenal bertahun-tahun.. dari awal umurku 30an hingga kini 40an.. Redha dengan perpisahan yang terjadi.. Berkawan pun nak sedih?? memanglah sedih sebab mereka pernah jadi sahabat baik aku.. mereka pernah memberi kekuatan pada aku ketika arwah ayah meninggal dulu.. mereka juga pernah menjadi sumber kekuatan untuk aku terus tabah mengharungi kehidupan ketika aku di UK dulu.. dan mereka juga sering mendengar keluh kesah semasa aku susah hati dan stress dengan study..

Mana mungkin aku lupakan seseorang yang pernah menjadi bahu untuk aku bersandar suatu ketika dulu.. cuma sayangnya hayat persahabatan kami terhenti di situ.. Aku terima dengan hati yang sedih.. dan terus melangkah kembali.. cuma kini aku masih punya sahabat-sahabat baik yang masih setia menemani.. dulu bila aku di UK.. mereka ini aku tinggalkan di Malaysia dan seorang pula di New Zealand.. merekalah juga tempat aku mengadu sekali sekala..

Tahun 2014.. menyaksikan airmata aku mengalir sekali lagi dengan susah dan payah.. sebab aku rindu semua kenangan silam.. semua kenangan lama.. dan adakalanya aku rindukan arwah ayah.. sering membayangkan andai dia masih ada bersama... Tahun ini juga aku mula terlalu sibuk dengan urusan kerja.. kerja luar non stop sejak lepas raya hinggalah ke awal tahun depan sudah mula menanti aku..

Tahun 2015.. Aku tak tahu apa yang bakal aku lalui.. tapi aku harapkan sinar kegembiraan yang lebih lagi.. Aku niat untuk tamatkan pengajian Phd aku tahun depan ini.. sudah terlalu lama bertangguh.. sudah terlalu lama aku lupakan.. Aku punya seorang sahabat yang mengambil berat dan sering mengingatkan aku untuk selesaikan pengajian itu.. Aku sebenarnya berterima kasih pada dia.. sebab dia secara tidak langsung aku terbuka hati untuk memulakan sesuatu yang terlalu lama aku tinggalkan.. Doakan aku selesaikan dengan baik semuanya.. Aku dah penat menahan rasa hati dan terlalu lama membiarkan penulisan tesis aku berhenti begitu sahaja..

Untuk sahabat itu.. Terima kasih.. Tiada kata-kata yang aku dapat ucapkan lagi.. melainkan rasa terima kasih yang tinggi buat dia.. Bersyukur kita dipertemukan di saat aku tidak sedar sebenarnya aku memerlukan nasihat dan sokongan.. Bertemu dengan adik Wan juga.. membuka hati aku kembali untuk menjadi seorang kakak.. bukan aku tidak ada adik-beradik.. cuma adik beradik sendiri mungkin kita sudah terbiasa..

Apa juga.. Semoga penghujung tahun 2014 ini memberikan satu penutup yang mengembirakan.. Hujung Tahun 2012 aku sambut di Johor Baharu.. Penghujung Tahun 2013 aku sambut pula di Kuala Lumpur.. Hujung tahun 2014 aku mungkin sekadar sambutnya di sini.. kerana sahabat baik aku itu akan kembali ke tanahair pada 31hb.. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja.. Amin..

Friday, 12 December 2014

Bertahan untuk cinta..

Salam

Sejak kebelakangan ini.. aku sering memikirkan tentang persoalan ini..
Aku tidak tahu selama mana cinta itu mampu bertahan... tapi aku akan terus bertahan untuk cinta itu selama mana pun..
 Pelik.. sebab ungkapan ini sering hadir dalam kotak fikiran.. ini bukan sekadar soal cinta semata-mata.. tapi juga soal hati.. juga soal rasa.. juga soal kehendak..

Cinta sesuatu yang indah.. namun dalam keindahan itu pasti ada derita.. pengorbanan.. suka.. duka.. gembira.. bahgia.. dan pasti juga airmata..

Setiap kita pasti kenal erti cinta.. cuma siapa yang kita cintai itu berbeza.. tapi rasa cinta pasti hadir dalam diri.. paling tidak pun untuk diri sendiri.. keluarga dan juga Allah yang maha esa..

Namun dalam menginjak dewasa kita mula kenal cinta lain yang membuatkan hati kita rasa suka.. ingin dicintai.. ingin berpasangan... ingin merasai alam percintaan..

Pengalaman pernah putus cinta berkali-kali masa lalu.. sedikit sebanyak mengajar aku erti kecewa dan putus asa.. tapi ia juga mengajar aku menjadi kuat.. dan percaya pasti akan ada cinta baru yang lebih baik untuk diri... Namun selagi aku mampu bertahan untuk cinta itu.. pastinya aku tidak teragak-agak untuk terus bertahan.. pasti ada nikmat di sebalik pengorbanan seperti itu..

Kemarin aku berbual dengan seorang rakan.. dia meluahkan rasa hatinya.. tentang kasih sayang anak-anak.. dan kasih sayang suami... berlaku satu insiden di rumah yang menyebabkan dia terasa bahawa kasih sayang dia pada anak-anak.. nanti mereka bila dewasa.. mereka akan tinggalkan rumah dan tinggalkan ibu-bapa.. tapi suami juga yang akan kekal di sisi... berjurai juga airmatanya bila bercerita dengan kami.. aku memahami perasaannya itu.. kerana aku pernah lihat rasa yang sama pada emak.. bila arwah ayah pergi meninggalkan kami 2 tahun yang lalu... namun sebagai anak.. aku akui.. kehadiran kami anak-anak pada ketika itu tidak mampu mengubat rasa kehilangan mak pada arwah ayah.. walaupun aku kerap balik ke kampung setiap minggu temankan mak.. kehadiran kami anak-anak hanya sebagai pengubat rasa sepi dan kosongnya seketika...

Cinta itu indah... yang buruk adalah mereka yang merosakkan keindahan cinta dan kenikmatannya..

Bertahanlah selagi ada daya upaya.. kerana bertahan demi cinta itu memerlukan pengorbanan hati..


 Selimut tetangga- Repvblik
Terdengar lagu ini beberapa bulan yang lepas semasa memandu..
Mulanya pelik sebab tajuk lagunya..
Apa pun layan jelah..

Saturday, 6 December 2014

Pendirian dan Jawapan

Salam

Terlalu lama aku menyepikan diri.. Terlalu sibuk sebenarnya.. hingga mencari ruang untuk menulis pun aku tidak punya masa.. Bukan tak ingat.. sentiasa ada dalam ingatan.. tapi biasalah.. Alasan sahaja yang mampu aku nyatakan..

Sebulan lebih menghilangkan diri.. selain daripada kesibukan.. aku juga sedang mencari makna dalam diri.. walaupun sering dibebani dengan urusan tugasan dan kerja luar hampir setiap hujung minggu.. namun aku masih sempat luangkan masa untuk urusan peribadi..

Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat lama menghubungi aku setelah hampir 2 bulan kembali ke tanahair.. Kami pernah ada konflik peribadi dalam persahabatan hingga aku mengambil jalan untuk membawa haluan masing-masing.. dek kerna terasa hati.. dia meminta aku melupakan persahabatan kami.. Maka aku ambil pendirian.. 'Move on'.. walaupun hakikatnya hati aku ada banyak persoalan..

Perbualan lewat waktu itu sedikit sebanyak membuka ruang hati.. tapi aku masih dalam fasa berjaga-jaga kerana sifat manusia tidak begitu mudah berubah sekelip mata. Mulanya kami seperti mahu kembali bersahabat.. namun bila aku buka hati aku untuk memaafkan.. aku temui jawapan pada persoalan itu.. walaupun jawapan yang dia berikan pada aku itu.. tidak cukup mengubat rasa sakit hati masa lalu... (menurut kata seorang sahabat aku.. itu bukan jawapan.. tapi alasan..) Aku akhirnya temui sesuatu yang aku pasti... Dia tak mungkin berubah.. sifat manusia itu tidak mudah berubah... walaupun kita rasa dia sudah sedikit berubah.. tapi ego seseorang itu cukup sukar untuk dibuang ke tepi... Aku minta dia buang egonya.. letakkan ke tepi bila berbicara dengan aku.. Namun..sayang.. ego itu terlalu hebat untuk diketepikan.. Sayang.. kerana ego itu jugalah.. aku terpaksa melepaskan dan mengambil kata putus..

Secara tak langsung.. Aku rasa lega.. lega sebab sebahagian daripada beban perasaan aku rasa bebas... sebahagian daripada persoalan yang aku sering tanyakan pada diri terjawab juga.. walaupun itu sekadar alasan untuk menyelamatkan diri.. atau sekadar untuk membela diri.. atau sekadar untuk memujuk aku kembali.. hati aku tegar menyatakan semua itu setakat itu sahaja... Aku tidak lagi terasa hati seperti dulu kerana aku sudah tidak mengharapkan apa-apa... mungkin kami sekadar sahabat biasa-biasa sahaja.. dan semakin masa berlalu.. sahabat itu tinggal kawan jauh mungkin.. Nyatanya aku tidak pernah menyesal membuat keputusan itu..

Sebulan ini.. aku mengenali beberapa sahabat baru.. aku kenal seorang adik yang cukup baik dengan aku tatkala aku kerja luar di Puchong baru ini.. kami terus 'klik' macam adik beradik.. malah kalau dilihat dari saiz fizikal.. kami macam kembar... aku panggil dia 'adik'.. dan tatkala aku ke melaka.. aku ambil masa berjumpa adik di sana.. sambil aku ambil peluang ke rumah dia.. sebenarnya aku sudah lama tidak ada adik angkat.. berbelas tahun rasanya..

Selain itu juga aku temui seorang sahabat yang bila aku lihat dirinya.. aku seolah melihat diri aku sendiri.. pelik hahaha.. namun aku cukup selesa dengan dia... Satu permulaan yang baik untuk tahun baru yang bakal datang dalam 3 minggu lagi ini...

Semoga tahun 2015 nanti menjanjikan kembali kenangan indah dan menyeronokkkan.. aku mahu tinggalkan semua kenangan pahit dan sakit hati yang telah aku lalui tahun 2014 ini.. tahun yang akan aku kenang kerana banyak kisah duka aku lalui.. tahun yang menyaksikan beberapa kali airmata tumpah kerana aku tidak mampu lagi bertahan rasa... payah dan lelah... InsyAllah.. kita mesti teruskan kehidupan..

Ya.. aku juga terbuka hati untuk menulis kembali tesis yang sudah terlalu lama terhenti penulisannya.. Aku berjanji dengan sahabat ini untuk menyiapkannya sekembalinya daripada umrah hujung tahun ini... InsyAllah kan.. Doakan aku...

Semoga aku terus ketawa dan gembira.. Aku hanya mahu gembira.. aku sudah lama tidak ketawa bila aku benar-benar bahagia... ketawa biasa selalu.. ketawa yang dibuat-buat.. atau ketawa untuk membuatkan orang lain gembira...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...