Tuesday, 4 February 2014

Wanita berkerjaya atau Surirumah

Salam

Sebenarnya isu ini adalah antara isu yang kadangkala aku dan rakan-rakan sembang bila keluar lunch.. Biasalah bila hidup dalam suasana yang semuanya naik harga.. maka kadangkala kita takde pilihan melainkan terus bekerja.. namun topik menjadi surirumah juga agak sering menjadi perbualan kami..

Pernah satu ketika dulu topik ini juga pernah dibincangkan secara hebat di facebook.. dan ada rata-rata isteri dan wanita yang menyokong jadi surirumah.. dan ada sesetengahnya pula mengatakan tiada pilihan atas desakan hidup.. Dalam membincangkan topik ini.. ada seorang rakan aku berkata.. Dia tak sesuai duduk rumah.. sebab dia rasa pening kepala menguruskan rumahtangga.. terutama bila 2 orang anak lelakinya itu sedikit hiperaktif.. Aku tak pelik sebab kebanyakan urusan rumahtangga suami dia yang uruskan.. (untung sungguh dia) Namun seorang kawan aku pulak.. mengidamkan menjadi surirumah.. sebab dia lebih suka bersama keluarga dan memang menyusu badan.. lagi pula suaminya ada business sendiri..

Aku?? Aku rasa aku lebih suka bekerja.. sebab kerja aku sekarang nie ada pasang surut sibuknya.. yang paling aku suka.. aku boleh masuk kerja ikut pukul berapa aku nak.. asalkan 8jam sehari... kalau dulu-dulu masa1st kerja aku pun lebih kurang sama jek waktu kerja.. masuk ikut suka hati.. hari takde kelas boleh cuti hahaha.. itu dulu.. Sekarang nie pulak.. kalau nak balik awal.. boleh masuk awal.. seawal pkl 7pg... dan pkl 3ptg dah boleh balik hahaha... lagipun aku nak kutip pahala banyak2 sebab mendidik dan mengajar anak orang disamping juga mengajar anak sendiri nanti ;)

Bagi kebanyakan wanita mempunyai kerjaya sendiri adalah kepuasan peribadi.. kerana mereka punyai pilihan dan kebebasan kewangan.. namun ini tidak bermakna mereka yang duduk rumah takde pilihan.. ada tapi agak terhad.. Ada seorang rakan aku.. lelaki.. dia memang tidak benarkan isterinya bekerja.. tapi dari perbualan kami.. aku lihat isterinya pun bekerja separuh masa.. ambil kelas jahit.. nak buat tempahan jahitan.. atau berniaga sambilan.. bermakna.. rata-rata surirumah yang aku kenal di kalangan keluarga sendiri atau rakan-rakan.. kebanyakannya bekerja juga dari rumah.. cuma bezanya mereka tidak perlu ke pejabat sehari-hari.. dan tidak perlu sibuk mengejar dateline setiap hari.. melainkan dateline tuntutan keluarga atau perniagaan sendiri..

Sebenarnya aku rasa sayang juga jika semua kaum wanita berhenti kerja dan duduk rumah.. nanti siapa nak jadi jururawat di hospital.. siapa nak jadi guru tadika? siapa nak jadi makcik tukang cuci.. siapa pulak nak jaga kaunter bank.. siapa pulak nak jadi doktor wanita.. (bab ini aku kisah.. sebab kalau penyakit wanita.. aku segan dan malu nak jumpa doktor lelaki...tak sanggup rasanya nak buka kain atau baju depan doktor tuh.. even masa aku kat UK dulu pun.. aku akan request jumpa doktor wanita tau.. memang best..) dan banyak lagi jawatan yang jika tidak kendalikan oleh wanita, jika diambil alih oleh lelaki kita akan rasa janggal dan tidak selesa :)

Paling utama jika dah berkeluarga... kalau suami sokong kita bekerja.. so why not.. kecualilah suami itu dah banyak duit dan jutawan.. mungkin kita lebih selesa duduk rumah goyang kaki.. atau pergi shopping... tapi pada aku.. kalau suami aku banyak duit pun.. rasanya aku tetap suka bekerja sekarang ini.. melainkan jika keadaan berubah dan memerlukan perubahan..

So anda bagaimana pula ye??

Lama tak makan puding karamel dan aiskrim..
Nyum.. nyum..

9 comments:

julietchun said...

kalau saya ditakdirkan berkahwin dengan jutawan, saya akan berhenti kerja dan menumpukan pada kerja amal, dan saya nak belanja awak eskrim bersama puding karamel, kita duduk tepi pantai bagan lalang pun ok, :D

kueh bakar said...

kak
kalau aku kayaaaaa...
bini aku akan jadi suri rumah..

ahaks..

kueh

t.a.t.a said...

kak, macam mana saya boleh miss entry ini? huhu.



juliet. aku pun nak jugak eskrim dengan puding karamel!

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Juliet

Ok aku nak santai keliling pulau naik ferrari ahaks ;)

Kueh

Bagus2... suami mithali

t.a.t.a

ada tuh.. biasalah tak perasan ;)

Unknown said...

bes nya kan kalau dapat jadi suri rumah yang boleh income setiap hari.. hehehe... jemput la visit saya punya blog.. http://ainzakiahzaki.blogspot.com/.. tq..

Zura Rahman said...

I just wanna say that I like your entry.

nak jawab soalan you....Kalau saya kahwin dengan jutawan saya tak aka keluar bekerja kerana duit. Saya akan buat apa yg saya suka.

Anonymous said...

"Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
"

nini said...

At first nak jadi suri rumah...at last rasanya nak bekerja....ends up....kena wait la dulu hahahha

Aisyah Ghazi said...

sedapnya puding caramel tu ! Rasa lapar pulak tengok T.T . Anyways, Jemput dtg blog i, tips and info untuk kekal slim.

>>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...