Friday, 15 November 2013

Jika gagal sekali itu bukan penamatnya.. hidup ini lebih banyak lagi peperiksaan (Edisi UPSR)

Salam

Semalam keputusan UPSR.. aku baru balik dari urusan rasmi selama hampir seminggu selepas balik dari Vietnam.. dan sepatutnya tengahari semalam kami gerak.. Aku decide balik malam khamis tuh juga sebab 2 orang kawan baik aku.. anak masing2 nak ambik result UPSR pagi Khamis.. so sampai rumah pun dekat pkl 11.30mlm.. Aku no hal drive mlm sebab dah biasa gerak dari kg lepas maghrib selalunya..

Semalam Kawan aku M anaknya dapat 5A dan Kawan aku R pulak 1A3B1C.. kedua-duanya punya excitement dan sadness yang berbeza.. of course yang dapat 5A teruja dan happy giler.. and yang dapat 1A.. menangis pun dah takde guna.. yang ketara Kawan aku M memang jenis ada high expectation.. since anaknya memang agak cemerlang kat sekolah.. dan anak kawan aku R pulak.. dia memang tak letak apa-apa expectation sebab dia tahu tahap kemalasan (ahaks) anak dia juga macamana.. Kawan aku nie aku respek juga.. dia lebih redha.. walaupun kalau ikutkan dia lebih bijak sebab dia major matematik..

Selain itu aku juga ada baca satu status blog/FB nie.. seorang kenalan yang pernah aku kenali masa berblog dulu.. turut menyatakan rasa tak puas hati sebab anak dia dapat 4A1B kerana dia rasa anak dia patut dapat 5A.. Manakala kat sekolah kawan M aku.. ada seorang budak yang antara top10 utk dapat 5A.. bila dapat result dia hanya dapat 4A1B.. apa lagi dia meraung sebab kecewa..

Apa sebenarnya yang aku nak ulas?? Isu kejayaan yang diukur dengan gred atau markah.. dan isu harapan dan expectation yang tinggi..

Dulu zaman aku sekolah.. selalu juga dengar budak bunuh diri lepas ambil result SPM.. kini..seawal umur 12tahun.. sudah ada budak bunuh diri sebab ambik exam UPSR.. Inilah akibatnya apabila kecemerlangan dan kejayaan diukur dengan gred dan nilai A

Tidak dapat dinafikan.. kalau kita tanya sesiapa pun.. mesti nak dapat gred A dalam apa juga yang kita buat sama ada ambik exam.. buat keja.. buat assignment dan so on.. Sapa tak nak dapat benda yang bagus.. yang best.. yang cemerlang.. namun adakalanya kita kena nilai hasil kerja kita itu sama ada ianya layak dapat seperti itu.. Apapun ada je manusia yang buat lebih kurang.. dan lebih dahsyat p tiru hasil kerja orang dan terus dapat A.. jalan mudah..

Mulai tahun depan UPSR dah takde.. maka maybe keputusan UPSR kali ini memang agak havoc kerana dikira peperiksaan terakhir di tahun 6.. Hingga ada sorang ayah nie.. siap belikan mini copper utk anak dia sebab dapat 5A.. dahsyat kan.. Aku dulu.. start result SRP dan SPM.. semua p sekolah sorang2.. lepas tuh call mak bagi tahu result.. takde pun sapa-sapa teman aku p sekolah haha..

 Aku tak merasa ambik UPSR sebab aku ambil penilaian darjah 5.. seperti mana orang lain.. zaman sekolah aku dulu.. aku antara top 3 student yang diharapkan untuk dapat 5A.. tapi bila keputusan keluar aku hanya sekdar dapat 4A 1B.. dan ada seorang lagi kawan aku.. yang selama ini bukan dalam golongan top 3.. dapat skor 4A 1B.. maka kecoh jugalah 1 sekolah sebab dia yang unexpected dalam top 3.. antara yang cemerlang kat sekolah bila result keluar..

So bila penghujung darjah 6.. aku dan kawan aku mula dapat tawaran.. aku pernah dapat tawaran ke sekolah menengah berasrama tapi jauh di sarawak.. so awal-awal lagi mak aku dah reject.. tapi entah macamana.. masa hari penyampaian hadiah sekolah massa aku darjah 6.. mak kawan aku itu boraklah dengan mak aku.. dia bagitahu yang anak dia dapat sekolah asrama yayasan selangor.. dan bila tanya status aku.. memang aku tak dapat mana-mana offer pun.. hatta ke sekolah asrama mahupun mrsm.. means.. aku takde jodoh ke sekolah asrama penuh pun..

Disebabkan kerana aku tak dapat mana-mana offer.. maka mak kawan aku tuh sedikit berbangga dengan status anak dia yang dapat offer tuh.. yelah kan.. tapi mak aku sedikit terasa hati gaklah.. tapi mak aku cool jek.. (tapi aku rasa leh selami hati mak aku sedikit frust masa tuh).. so bila masuk form 1.. ayah aku specifically hantar aku bersekolah di Bandar Klang.. masa tuh sekolah tuh memang ada asrama harian.. yang bestnya.. kawan aku yang dapat asrama yayasan selangor tuh.. sekolah yang aku belajar di Klang itu adalah antara sekolah yang dihantar oleh asrama yayasan selangor sekitar Klang.. tapi kawan aku tuh tak bersekolah di sekolah aku.. tapi bersekolah di sekolah jiran... see what I mean.. walaupun aku tak dapat asrama penuh sekali pun.. aku masih bersekolah di sekolah antara yang terbaik di Bandar Klang masa tuh.. dan sayangnya.. bila result SRP keluar.. dia dapat gred lebih dari 15(tak silap aku).. maka dia kena buang dari asrama yayasan selangor.. last2 dia masuk sekolah biasa.. lepas SPM dia apply masuk maktab dan jadi cikgu sekolah rendah sekarang nie... Hinggalah sekarang nie.. kalau mak aku terjumpa mak dia kat kampung.. pasti kisah masa kitaorg dapat result 4A1B itu disebut2 oleh mak kawan aku.. seolah-olah dia macam menyesal kot nasib anak dia tak sebaik aku.. atau belajar tak setinggi aku.. hingga kawan aku tuh nak jumpa aku pun segan.. (for me.. aku takde rasa macamtu sebab kena fahamlah soal rezeki dan kejayaan org tuh tak sama)

Dulu aku tak tahu kenapa arwah ayah aku hantar aku bersekolah kat sekolah tuh.. but later bila aku stay almost 5 year kat sekolah tambah sempat study form 6 sains selama 3 bulan.. aku tahu juga.. memang sekolah itu antara yang terbaik sekitar klang.. banyak anak didik dari sekolah tuh.. dapat ke matrik.. mrsm.. asrama penuh baik lepas SRP mahupun SPM.. tambah lagi.. arwah ayah aku.. dulu buat form 6 kat sekolah tuh.. ketika itu.. di Klang.. hanya sekolah itu sahaja yang menawarkan Form 6 dalam medium bahasa melayu ketika zaman lepas merdeka.. Ini aku akui sebab bila aku menyelia pelajar praktikal.. aku terjumpa kakak super senior yang pernah bersekolah sama dengan aku.. dan aku dapat lebih banyak cerita tentang sejarah sekolah tuh.. (aku pernah beritahu kan.. pakwe aku pun bersekolah sama dengan aku)

Bila ambik SRP pulak.. nasib aku memang macam takde jodoh lagi ke mrsm dan asrama penuh nie.. ketika aku ambik SRP.. yang dapat result Agregat 11 seluruh sekolah hanyalah 4 orang sahaja.. yang bestnya.. 2 p MRSM sorang p asrama penuh.. dan baki sorang lagi iaitu aku.. tak dapat kemana-mana pun.. hatta apply ke sekolah teknik pun tak dapat.. walhal kawan baik aku yang result 18 20 agregat siap dapat offer.. Masa nie memang sedih giler jugalah sebab apa.. bila geng2 yang 3 org tuh balik bercuti dari mrsm atau sekolah asrama penuh.. soalan diorang 'aihh.. ko tak dapat kemana-mana ke?' macam bagus jek punya soalan kan.. terasa memang terasa lah.. sebab itu masa aku form 4.. result aku jatuh teruk.. sampai cikgu kaunseling aku (Tuan Hj Hushim-motivator yg selalu keluar TV tuh) panggil aku personally ke bilik kaunseling dan membebel pasal result exam akhir tahun aku.. ayat dia yang aku takkan lupa 'kalau macamnie result awak.. nak ke ITM pun tak dapat tau'.. sedih juga kena sound.. tambah pulak arwah ayah aku tuh.. kawan baik dia.. lagik aku tensen..

Boleh bayangkan tak pelajar antara the best kat sekolah.. tapi tak dapat offer kemana-mana.. baik sekolah asrama.. mrsm mahupun sekolah teknik... Memang rasa depress.. tapi sebab aku ada sorang kawan baik yang dapat 10agregat.. dia lah yang pujuk aku sebab dia memang takde plan nak ke sekolah asrama atau mrsm.. so kami jadi kawan baik dan maintain masuk kelas sains 1..

Bila aku masuk form 5.. sikap yang main2 dulu kali nie dah mula serius sebab tahun penting peperiksaan.. dan aku rasa aku syukur tidak bersekolah di sekolah asrama ataupun mrsm sebab aku diberi peluang untuk belajar bersaing dengan pelajar bukan melayu selama 2 tahun.. jumlah pelajar kelas aku 32 semuanya.. tapi berbangsa melayu hanyalah 10 orang.. baki 22 majoritinya adalah cina dan hanya 2 3 orang sahaja india..

Pengalaman inilah yang cukup mahal pada aku dan takkan aku tukar ganti dengan pengalaman di sekolah asrama penuh atau mrsm yang majoriti melayu.. sebab itu bila aku dapat sambung master dan phd di UK.. pada aku untuk mix dengan bangsa asing bukan masalah untuk aku sebab.. pengalaman 2 tahun di sekolah menengah banyak mengajar aku bagaimana nak bersaing dengan mereka ini..

Kenapa aku cakap ianya pengalaman mahal? sebabnya.. pelajar bangsa cina dan india dalam kelas aku tuh semuanya bijak2 belaka.. setakat dapat 98% 99% untuk subjek math.. bio.. kimia fizik..kacang jek.. kami yang sedang2 nie semput nak kejar mereka.. lepas tuh.. aku juga sempat belajar bagaimana mereka cukup kedekut ilmu.. tanya soalan math.. diorg boleh cakap.. 'U buat sendirilah'... tapi bila subjek BM.. nak tahu apa jadikk... bila bab kena buat ayat... rata-rata kawan cina aku.. semua pakat hantar kertas minta tolong aku buatkan ayat BM utk diorang.. see what I mean?? Diorg ye ilmu kedekut nak bagi.. tapi bila nampak kita ada kepentingan lain.. tanpa segan silu dan malu.. selamba badak jek minta tolong.. (selalu kalau aku dah tolong buatkan ayat.. ini selalu jadi modal untuk aku minta tolong diorg balik utk bg penyelesaian math atau subjek sains).. antara sebab aku agak famous dalam kelas pun sebab aku outspoken sikit bila masuk subjek BM.. itu yang budak2 cina selalu minta tolong..

Lagi satu disebabkan kesemua cikgu yang mengajar kami masa form 4 & 5 adalah cikgu melayu.. dari subjek sains.. math hinggalah BI.. maka kami yang 10 org budak melayu nie memang selalu jadi perhatian cikgu.. ditambah dengan cikgu kaunseling cikgu Hushim (motivator) tuh.. aku rasa kami dapat go thru all the way sebab mereka.. aku pulak rasa berterima kasih kat cikgu Hushim sebab dia punya perhatian yang super extra kat aku.. meaning.. almost every week.. atau every month mesti aku dipanggil untuk sesi kaunseling akademik tentang prestasi akademik.. plus.. aku ada kawan-kawan melayu satu kelas yang bersatu padu dan supporting each other..

Inilah pengalaman mahal pada aku.. tak bermakna kalau tidak ke sekolah asrama penuh ataupun mrsm.. ko akan gagal.. Aku dah buktikan semua tuh.. hinggakan bila result SPM keluar.. kawan aku yang di MRSM dan asrama penuh pun terkejut dengan result kami 10 orang yang lebih baik dari geng2 ini... walhal kami sekolah biasa jek.. tapi kerana persaingan sengit dengan pelajar cina dan india.. kami belajar survival yang tinggi.. kami belajar bagaimana nak korek rahsia ilmu dari pelajar cina.. diorg siap ada private tutor kat rumah.. kami? pelajar melayu?? kami ada private study group kat sekolah... yup.. kerana merasakan semangat persaingan yang tinggi dengan pelajar cina.. kami decide buat study group sendiri lepas sekolah.. kami sentiasa share apa yang tahu dan tak tahu.. this I think aku takkan dapat kalau aku pergi sekolah mrsm atau asrama penuh yang fully di spoon feed oleh cikgu2 mereka.. Cikgu2 asrama penuh ramai yang merupakan pemeriksa kertas spm.. so dengan mudah mereka boleh dapat soalan spot.. kami yang di sekolah harian?? kami survive tanpa semua itu.. yang ada hanyalah usaha dan sokongan sendiri..

Apa sebenarnya aku nak cakap??

Mudah.. sekali pun UPSR nie tak dapat straight A.. adik2 tak perlu risau.. perjalanan hidup masing panjang ye dik.. peperiksaan dalam hidup ini berterusan.. kalau bijak dan pandai sekali pun.. tapi sekadar menghafal.. dan mengingat dan tidak diapply dalam hidup tak berguna juga.. Rezeki.. Jodoh.. itu semua ketentuan Allah.. tapi kita wajib berusaha..

Siapa yang tak dapat 5A.. terimalah.. InsyAllah belum terlambat nak berusaha lagi.. masih ada SPM dan bila masuk Uni.. masih ada exam utk level diploma dan degree untuk setiap semester... bila masuk universiti.. tiap tahun ada exam hahaha.. masa nie takde lagi konsep spoon feed... belajar lah sendiri.. pepandailah sendiri nak uruskan masa.. pepandailah bila masa nak exam.. soalan spot??? biasanya takde hahaha.. student aku sendiri pun jarang dapat spot soalan yang aku akan klurkan sebab?? aku akan buat soalan berdasarkan apa yang aku rasa student aku tak boleh jawab bila time aku soal dalam kelas..

So.. percayalah.. gagal sekali bukan penamatnya dalam hidup.. Cuma aku nak ingatkan satu jek zaman belajar nie..

Jika zaman sekolah/belajar kita bersusah payah untuk belajar.. InsyAllah peluang utk kita senang lenang sikit di alam pekerjaan itu ada..

tapi

Jika zaman sekolah/belajar kita bersenang lenang.. malas untuk belajar.. Maka.. kita perlu pulak bersusah payah untuk alam pekerjaan..

Faham maksud aku??
Bila belajar dapat gred yang baik (tidak semestinya cemerlang) InsyAllah bila nak kerja.. lebih mudah untuk dapat pekerjaan yang setara kerana kita mempunyai kelulusan yang baik..

Tapi kalau zaman belajar kita belajar lebih kurang.. malas.. dapat gred teruk.. agak2 kerja apa yang kita boleh buat (kalau berniaga sendiri.. itu kelebihan) tapi kalau nak minta kerja..dengan gred yang teruk.. kerja yang kita dapat pun ala-ala basic jelah..

You got what I mean.. so nak yang mana??

Bersusah-sesusah dahulu .. bersenang-senang kemudian??

atau

Bersenang-senang dahulu.. bersusah-susah kemudian??

p/s Yang penting kita usaha.. setiap benda yang kita usahakan pasti ada hasilnya.. Selepas kita berusaha.. barulah kita bertawakal.. berserah pada Allah sebab kita dah usaha yang terbaik.. keputusannya?? kita kena terimalah.. baik atau buruk kan..(pasti ada sebab mengapa Allah takdirkan sebegitu perjalanannya) -peringatan utk diri sendiri juga nie kan ;)


Among Motivation Notes that I manage to camera capture during my work as a cleaner..
Siapa Jennifer Russell?
She's one of the staff that work at the office where I was working

9 comments:

t.a.t.a said...

aku wondering, which school di Klang tu yang offer form 6 untuk both gender? kau sekolah mana dulu?

nephew aku antara student yang diharapkan dapat 5A UPSR dulu, tapi dia cuma dapat 4A1B, hence dia tak dapat MRSM. dia tanya aku, kenapa abg tak dapat 5A acik? tak dapat abg nak masuk MRSM. masa tu memang aku tak dapat nak jawab apa. aku tak nak la jawab Dia dah tentukan segalanya kind of answers, sebab dia belum matang lagi nak betul² faham akan hal takdir tu.

dengan result tu aku daftarkan dia under yayasan selangor. alhamdulillah dia dapat masuk dan yang best nya sekolah dia tu sebelah aje pejabat aku ni. sek tu pun memang one of aku punya customer. semua staff dan cikgu² kenal bos aku, kenal aku. penyelia asrama tu pulak dulu sama² turun naik bas dengan aku masa awal kerja dulu.

aku siap pesan pada nephew aku, kalau abg nak buat jahat, ingat la yang ini ya. semua cikgu², warden penyelia asrama, pak guard semua kenal acik, semua kenal bos acik. jadi jangan buat sesuatu yang buat kami semua malu ye. aku pesan macam tu pada dia. selalu.

so sekarang aku jawab balik pada dia soalan kenapa dia tak dapat 5A, tak dapat MRSM. aku cakap, kalau dapat MRSM babah dengan mama tak boleh datang setiap minggu tengok abang. acik tak boleh nak bila² masa jumpa abg hantar duit, hantar itu, hantar ini. abg tak boleh balik 2 minggu sekali. jadi abg tahu sekarang kenapa abg tak dapat 5A?

dia diam. maksud dia tahu la tu.

aku setuju dengan pendapat kau. UPSR tak dapat cemerlang tak bermaksud yang lain pun kita gagal. contoh ya kalau UPSR kau cemerlang, masuk sek men kau alami culture-shock, terus drop result kau. pastu berjangkit pada SPM pulak, so tak guna juga la kan UPSR bagus sekali pun. bukan minta kerja tanya UPSR berapa kan?

alami dulu kegagalan di peringkat awal. had a taste of failure now, better than then.

t.a.t.a said...

aku pun sekolah campur dulu. sekolah perempuan. di kawasan tu juga. so aku tahu bila kau kata yang mereka kedekut ilmu. memang. memang sangat stingy.

dari form 1 memang dalam kelas aku tak ramai melayu. apportion nya sikit. bila period agama dan moral, 2 kelas combined baru dapat penuh Melayu. masa form 4 & form 5 yang ambil science lagi la sikir. dalam 40 lebih student, yang Melayu cuma 12 orang aje. so aku tahu bila kau kata mereka kedekut ilmu.

time dalam lab tanya soalan, depa diam aje. tak nak cakap apa pun. time BM sibuk tanya budak Melayu. hebat mereka kan?

tapi apa pun kenangan sekolah perempuan campur ni memang kenangan hebat. student nya hebat² belaka. malangnya aku bukan di kalangan yang hebat, cukup makan aje. aku tak salahkan sesiapa, aku salah kan diri sendiri. tapi semua benda tu dah lepas, dan aku yakin takdir diri aku.

t.a.t.a said...

oh btw, Cikgu Hushim pernah jadi kaunselor aku dulu. Cikgu Hushim dengan Puan Fuziah.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

T.a.t.a

Sekolah aku mmg sek mix. Sekolah star klg. So mmg ada form 6 pun dr zmn arwah ayah aku buat form 6 lg. Sek tu mmg famous mmg dh ramai super super senior yg pnh aku jumpa.

Kdg2 kesian tgk budak2 skrg bila ada mak ayah yg terlalu high expectation. Bila anak xdpt penuhi apa yg parent dia nak, mmglah effect dia truk.

Biasalah persepsi org klu dpt msuk mrsm atau asrama penuh itu lebih menyerlah. Mcm kes adik aku dulu lps pmr dia sibuk nk ke sek teknik alasan sbb ikut kwn2. Tp bila aku tgk result dia dgn course yg dia nk ambik, aku ckp ngn mak aku xpyh adik aku ke sek tu. Buat form4 kt sek biasa je. Alhmdullilah bila lps spm dia trus smbg form 6 walaupun dpt offer diploma byk tmpt. Now dia dh ke ums. Masa buat form 6 pun dia jenuh kena kutuk sbb msuk sek blik. Walhal kwn2 dia buat diploma n sllu pndg rendah kt dia. Now bila dia msuk ums kwn2 dia pulak jeles smpi dia blik kg cuti br ni, xsempt nk jmpa kwn2 siap ada yg merajuk.

Penah gak cikgu adik aku tu suruh adik aku study kt tmpt aku tp adik aku awal2 reject ahaks aku rasa dia tkut nnti aku ada high expectation kt dia kot.

Ko sek mana dulu?

t.a.t.a said...

STAR. aku dah agak. sebab MGS tak offer form 6 untuk boys. aku sekolah bawah jejantas, sebelah bus stand.

t.a.t.a said...

bawah jejantas la pulak. silap. depan nya ada jejantas.

kalau pergi sekolah jalan kaki lalu depan akan lalu church, kalau belakang akan lalu kuil.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Mgs mmg sek pompuan sorg kwn baik aku sek situ. Aku aritu 5 kali p sek telok gadong. 1st p tersesat gak ke mgs tu.

Anonymous said...

upsr main main
pmr main main
spm - turning point dalam hidup. kalau ok dan pilih path yang betul akan suksess dan gembira.

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kueh

yup I agree.. SM plg penting sebab kalau nak keje.. spm minima qualification.. walau 5A UPSR pun.. kadang tak laku bila nak keje.. but if dapat5A.. insyAllah ada harapan nak dpt SPM yang byk A juga kalau masih nak usaha belajar btul2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...