Walaupun trip aku ke sana sekadar 1 hari sahaja.. mungkin tidak cukup untuk aku buat penilaian.. Izinkan aku buat sedikit ulasan.. Ini adalah 11 perkara yang aku rasa +ve dan -ve tentang singapore
1- Bersih.. Ya aku tak nafikan bandar ini cukup bersih.. jarang nampak papan tanda jalan yang berconteng, ada stiker kena tampal-tampal.. shopping complex yang bersih (macam kat KL jek lebih kurang)..
2- Sistem MRT yang lebih tersusun.. semua in 1 stop.. tak jauh beza dengan sistem underground yang pernah aku naik di London dan Paris.. tapi di singapore ianya lebih bersih dan tersusun.. di London tidak semua stesennya ada elevator.. masih ada yang gunakan tangga.. manakala di paris pulak.. ada sesetengah MRT tuh kena buka pintu secara manual.. (lebih klasik) dan sesetengah stesennya agak kotor.. Singapore lebih tersusun... kalau nak compare dengan KL.. sistem transit kita banyak sangat.. komuter.. LRT.. STAR.. semuanya tidak bersambung secara berhampiran dan berlainan stesen dan tiket.. di sana 1 kad boleh pakai untuk semua..
3- Shopping complex.. merata-rata tempat ada.. yang best sekali pada aku adalah vivocity sebab bersambung dengan sentosa express dan boardwalk untuk ke pulau sentosa.. shopping nie all in one for leisure.. boleh lepak kat sini sambil rendam kaki.. boleh jalan kaki byr 1SGD ke pulau sentosa.. and do your thing.. ramai yang ke sini sebab nak USS Universal Studios Singapore.. Belum teruja lagi nak pergi sebab dah pernah pergi ke Disneyland Paris 2 Kali.. Pada aku tak jauh beza.. sangat.. yang bezanya character cartoon dan set permainan.. kalau aku masuk pun confirm malas nak main set2 yang ada ahaks..
4- Makan? Untuk makanan halal agak terhad.. kena hati-hati sikit kalau nak makan di gerai biasa kena tengok tanda halal.. tapi fastfoodnya halal.. so takde masalah.. but kena perhatikan jugalah tanda halal tuh..
5- Sikap.. Aku ada lalui pengalaman pahit tentang sikap diskriminasi bangsa india kat sana.. panggil untuk order makan sebanyak 2 kali dia boleh buat tak tahu.. kedai nie berdepan mustafa center jek.. tapi aku sempat begang tahap nak menyumpah juga sebab sombong giler pekerja tuh macam tahap tokei kedai.. hampir juga aku doakan kedai tuh bangkrap hahaha.. sakit hati punya pasal.. akhirnya kami endup makan di gerai makan Ahmad group berdepan dengan jalan Serangoon road.. kat situ memang ramai orang melayu makan.. dan pekerjanya pulak orang kelantan.. ramah mesra.. selepas kena pengalaman pahit si india yang sombong tuh.. kami jumpa orang melayu yang mesra rasa terubat sikit hati..
6- Kalau nak ke kedai yang lebih kurang macam mydin.. ada 1 tempat yang dikenali sebagai Mustafa Center.. naik MRT turun di Seranggon Rd.. jalan kaki sikit dah sampai.. bangunan nie buka 24jam.. macam-macam ada.. harga?? takdelah murah mana.. rasanya shopping kat Mydin USJ tuh lagik murah.. tapi kat sini memang ramai org yang shopping sakan jugalah.. kalau nak jalan sekitar indian arcade.. boleh turun di Little India..
7- Tempat lepak dan jalan-jalan.. kat sini banyak tempat yang bercirikan artistik.. yang boleh kita datang lepak-lepak sambil jalan-jalan macam di Merlion park.. (aku tak pergi sebab dari MRT Raffles Park kena menapak lagik.. masa nie kaki dah sakit tahap gaban dah.. tak mampu nak teruskan perjalanan), esplanade, marina bay, garden by the bay, botanical garden, pulau sentosa dan etcs..
8- Area melayu.. Bugis street.. kawasan yang ada shopping gerai-gerai.. Kami lalu jek.. tak sempat nak singgah sangat.. lagipun memang takde plan nak beli apa-apa.. maybe next time kot kalau rasa ter pergi lagi ke singapore..
9- kalau tourist boleh beli Tourist day pass.. 1 hari SGD20 (termasuk deposit SGD10- pulangkan kad dapat balik ler).. atau kalau nak jalan dekat2.. boleh ambik EZLink card.. SGD12, sgd5 harga kad takkan dipulangkan.. baki SGD7 boleh digunakan untuk tambang naik mrt atau bas.. tapi pastikan nilai dalam kad tidak kurang SGD3 kalau tak kad takleh guna sampailah kita topup.. Disebabkan aku hari tuh memang nak round singapore.. maka ambil tourist pass 1 day tuh.. tidak semua stesen ada jual kad nie.. tapi kalau turun di Queen st dengan ambil bas dari JB sentral.. bayar RM2.50.. turun bas jalan kaki sikit dah jumpa MRT bugis St nie..
10- Bas stesen untuk JB-Singapore di Queen street amatlah daif (tempat lain aku tak pasti.. tapi stesen nie yang famous kalau dtg dari JB-dahlah tuh beratur punyalah panjang)... sistem MRT aku salute.. stesen yang teratur dan bersih.. tapi malangnya sistem bas transitnya menyedihkan.. ada pun sekadar platform yang buruk.. kena beratur panjang pada tempat yang separuh berbumbung.. kalau hujan.. memang confirm basah kuyup.. sistem kutip tiket yang masih manual.. ada apek letak baldi kecik atas meja.. tiap kali lepas bagi tiket... pulun kira duit tambang secara manual.. pada aku it's time to changelah.. Buatlah proper bus station yang berbumbung dan ada tempat duduk..
11- Pekerja mereka banyak yang berumur dan tua.. baik dari kaunter tiket.. hingga kepada kaunter McD.. rata-ratanya agak berusia.. aku terkejut jumpa lelaki cina tua yang dah berkedut seribu bekerja sebagai tukang cleaner di McD.. terus jatuh kesian sebab kat sini kita takkan jumpa golongan macamtu bekerja di fastfood... atau jaga kaunter (kecuali bgnan kerajaan).. rata-rata bila tengok kedai di shopping complex yang bg service semuanya golongan berusia.. did wonder mana pergi golongan remaja diorang ekk.. maybe tak minat bekerja macam tuh kot..
Itulah komen ringkas yang aku boleh bagi tentang singapore pada aku.. Syurga shopping? aku tak rasa begitu.. maybe kalau betul2 ada sales.. mungkin sahaja dapat harga lebih murah..Aku dengar time xmas atau newyear.. katanya masih murah kalau convert ke RM.. Aku tengok ramai yang shopping sakan perfume kat mustafa center.. pada aku.. kalau nak beli perfume baik pergi langkawi sebab situ macam-macam boleh angkut sekali.. tapi kalau nak beli juga no hal.. 2 perfume elizabeth arden boleh dapat sekitar SGD44 jek.. lebih kurang RM115 utk 2 botol.. oklah murah juga tuh.. originalitinya? itu tak pasti.. maybe ori kot.. Aku hampir juga terbeli tapi stok perfume pun masih byk so memang tak beli apa pun..
Apa juga I did enjoy the trip to singapore.. Imigresen Singapore yang check passport aku pun ramah orangnya.. (perempuan) hehehe.. so selain daripada sikap seorang penduduk tempatan yang agak sombong tuh.. aku suspek dia pun bukan local singapore.. silap2 bangla jek..
Orchard Rd
Branded shopping outlet
Little India Street
Water area top roof Vivocity inFront Harbour
Masa nie ambil peluang rendam kaki yang sakit tuh.. lega sikit
6 comments:
patut pun lama tak update. gi sana buat apa?
T.a.t.a
keje/bercuti lagipun awal thn aritu turun jb sbb keje tapi xsempat nak turun singapore.. kali nie dpt.. oklah dpt jln2
tak sangka pulak yg bab pekerja berusia tu.
Juliet
Dari kaunter beli tiket MRT lagi yang serve makcik tua.. confius kejap.. pastu bile pergi ke McD yang jaga kaunter pun rata2 dalam usia 40an.. tukang cleaner.. sorg apek cina dan sorg makcik tua.. terus rasa tak sampai hati tengok diorg buat keje.. itu dlm shopping complex besar tau.. bukan kedai kaki lima.. kita pergi mana-mana kaunter McD kat mesia nie.. jarang jumpa yg berusia jaga kaunter kan.. mostly muda2 remaja jek..
Yelah mungkin cara hidup memaksa mereka bekerja camtu kan..
rasanya currency kat sana guna SGD bkn USD...
ku-cit
thanks nnti akak btulkan ;)
Post a Comment