Wednesday, 29 May 2013

Ayah.. Setahun telah berlalu..

Salam pagi rabu

Malam selasa tepat pukul 12.30 mlm.. genaplah setahun ayah pergi.. rasa macam baru sangat memandu selepas maghrib dengan kelajuan hampir mencecah 150km/j ke wad ICU di kampung... rasanya baru sangat melihat ayah yang menahan sakit dada di atas katil sambil cuba berkata-kata dengan aku.. Masih aku ingat kata-kata terakhir aku pada ayah.. 'Ayah rehatlah dulu' dan akhirnya ayah telah rehat buat selama-lamanya..

Pelbagai rasa yang aku simpan hingga ke hari ini.. saat ini tiap kali terkenangkan ayah.. aku pasti rasa sebak.. sesiapa yang pernah rasa kehilangan pasti akan tahu bagaimana rasanya diri seperti kosong sebahagiannya.. walaupun hidup harus diteruskan.. namun sekali sekala kita pasti akan berhenti untuk menoleh ke belakang.. pasti juga sekali sekala kita ingin berpatah balik dan cuba untuk mengubah atau menyelesaikan apa yang telah ditinggalkan.. namun.. masa tetap akan berlalu.. walau sebagaimana pun kuat dan tinggi kehendak kita untuk kembali ke masa itu.. kita tidak akan dapat mengubah apa-apa yang telah ditentukan..

Sebenarnya aku sudah kehilangan bicara untuk menyampaikan rasa hati.. bukan kerna aku sedih sangat.. tapi merasakan kehilangan itu telah aku redha.. telah aku tangisi.. telah aku simpan dalam-dalam.. lompongan dalam hati pasti akan kekal di situ.. kosong dalam diri akan terus berbekas di situ.. impian yang pernah aku rancang untuk aku buat untuk ayah juga tinggal sebagai angan-angan.. Namun yang masih aku ada adalah segala kenangan.. kenangan yang indah buat kami sekeluarga.. pahit atau manisnya.. telah kami lalui bersama..

Suasana petang yang biasa aku lihat hampir setiap hari sebelum keluar dari pintu utama..
Cuaca petang itu cerah dan banjaran titiwangsa jelas kelihatan..

2 comments:

Anonymous said...

Sometimes we'll never know the true value of a moment, until it becomes a memory- unknown-

kueh

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

memori indah sentiasa kekal dlm ingatan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...