Salam pagi Isnin
Lagi 15 minit aku akan masuk ke kelas... sempat lagi nak update blog ahaks.. bukan apa.. masuk sahaja kelas pkl 11 nanti.. aku takkan dapat berehat sangat.. hinggalah ke pkl 4petang.. kelas hari ini direct..
Sabtu yang lalu.. aku ke rumah sahabat baik E.. bertemulah kami dengan 2 lagi sahabat baik yang merupakan geng semasa di UK dulu.. melepak lama juga kami.. hampir 12.30malam.. aku tiba balik ke rumah mak menghampiri pkl 1 pagi..
Pertemuan itu biasa sahaja.. cumanya banyaklah kenangan menjadi perbualan kami.. maklumlah dah lama tak dapat melepak begitu.. selalunya kami biasa lepak begitu semasa di UK dulu.. setakat balik pkl 1 2 pagi bagi kami biasa.. rumah bukan jauh mana.. selang 3 4 pintu sahaja.. kadang2 pernah sempat solat subuh terus.. itulah indahnya hidup di negara orang..
Entah bagaimana malam tadi aku mimpi.. Kali ini aku mimpi pulang semula ke UK.. pulang semula ke rumah lama.. pulang semula melangkah jalan yang penuh dengan salji.. Aku masih ingat langkah aku yang berselipar di laluan penuh salji.. selama 5 tahun itulah yang saban hari aku lalui bila turunnya salji tebal.. Entah mengapa malam tadi aku mimpi semula jalanan itu.. apatah lagi.. aku kembali semula ke rumah lama.. cuma bezanya rumah itu sahabat baik aku diami.. Tapi sedikit pelik sebab tetiba boleh pulak termasuk rumah arwah nenek aku pulak ahaks... biasalah namanya pun mimpi.. kena dramatik sikit...
Tiba-tiba aku terjaga terus... hingga kini aku sukar nak lupakan mimpi itu.. selama ini aku takdelah rasa rindu sangat.. kecuali rindukan cuaca dan udara yang sejuk... tapi mimpi malam tadi benar-benar mengamit kerinduan aku... pagi ini aku terus jadi terlalu rindu. amat rindu..
Kini aku dah 2 bulan pulang ke tanahair.. sekejap sahaja rasanya masa berlalu.. macam-macam peristiwa dah berlaku.. cumanya masih banyak urusan yang belum sepenuhnya selesai lagi.. barang di rumah yang belum dikemas sepenuhnya.. urusan kereta yang belum settle lagi.. lepas itu nanti urusan benda-benda lain.. yang mana semuanya bukan sekadar memerlukan kerahan tenaga.. fikiran... malah juga kelajuan pengaliran duit poket yang tanpa had.. Hakikatnya.. memang sejak pulang.. duit keluar bagaikan air je.. semuanya perlu diuruskan dengan duit.. nak kemana-mana perlukan duit untuk isi minyak kereta... aku rindukan naik bas ke sana sini dengan hanya menggunakan pas bas tanpa perlu susah payah nak byr tambang setiap hari.. bayar pas untuk 4 minggu aku bebas naik bas banyak kali sehari... bebas juga meredah laluan yg penuh deretan kedai-kedai di bandar.. kini.. walaupun sekadar hanya mahu ke pekan.. aku malas.. bukan apa.. nak byr parking berkupon.. nak kena isi minyak.. nak kena cari parking...
Aku perlu berhenti.. Masa untuk ke kelas... Apa juga hati aku masih rindu
4 comments:
Assalamualaikum... mesti rindu pada rumah lama tu dah menggunung... nanti bolehlah menjengah ke sana lagi...
ada orang kata living cost di kl lagi tinggi dari uk..glupp..
aku pun benci dengan parking berkupon...ia mundur ke belakang..
kueh
Kak Anie
Bila mimpi lagi2lah rasa rindu InsyAllah kak ;)
Kueh
Bab byr kupon gores nie mmg akak malas lah.. bkn kupon kat mesin tau.. nie kena beli kupon 5 keping trus.. nak letak kena gores... tuh yg kdg2 rasa mls nk p parking..
ye tau. gores lepas tu letak atas dashboard..memang leceh.
melaka maju pun guna manual/gores.aiseh!
Post a Comment