Alhamdullilah aku telah selamat pulang ke tanahair semula.. selama 4 hari berkampung di Thailand.. Aku akhirnya pulang semula ke Malaysia.. kenangan selama 4 hari di sana adalah kenangan terindah buat aku.. banyak yang aku lihat.. rasa.. pegang dan paling utama.. makan hahahaha.. tidak ketinggalan juga pelbagai aksi manusia. yang turut membuatkan aku tersenyum dan juga ada sesetengahnya yang buatkan aku sedikit mual dan meluat..
Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan... tapi nantilah sedikit demi sedikit akan aku kongsi setiap inci perjalanan aku.. namun seperti biasa.. di sini aku agak kurang berkongsi cerita kisah travel aku.. sebab di sini aku lebih selesa bercerita tentang rasa hati dan luahan rasa... bagi yang tahu aku.. boleh sahaja nanti mencari cerita yang lebih terperinci tentang kisah perjalanan aku.. di tempat lain ;)
Rentetan kisah perjalanan aku sepanjang di Thailand.. banyak episod dan kenangannya... Pertemuan dengan emak 2 orang sahabat aku.. melihat budaya mereka.. layanan istimewa... makan minum.. terlalu banyak yang aku lihat dan lalui... Pastinya.. andai mereka pula datang ke KL nanti.. InsyAllah.. pastinya layanan yang lebih baik akan aku berikan untuk mereka..
Kini sekembali semula ke tanahair.. Aku pula terasa rindu akan bumi UK.. Bukan aku tak sudi nak menetap di bumi tanahair.. sama sekali tidak.. terutama bila melibatkan urusan keluarga dan jiwa aku lebih tenang bila dapat pulang ke kampung dan menjenguk emak seperti dulu.. Namun.. rutin dan jiwa yang telah 5 tahun di UK cukup sukar untuk aku lupakan.. walaupun sebenarnya dari segi adaptasi.. aku agak mudah menyesuaikan diri sebenarnya.. kerenah aku tak banyak.. cuma.. mungkin sahaja.. aku masih punya urusan yang belum diselesaikan..
Esok.. Sahabat baik aku M akan terbang ke New Zealand.. 6 bulan di sana dan aku hanya akan jumpa dia menghampiri penghujung tahun ini.. Namun.. dalam rasa sedih aku.. aku tetap redha dan gembira untuk dia.. Cuma sejak beberapa hari ini.. Rindu aku pada bumi UK begitu kuat sekali.. terasa ingin terus berada di sana menjalani rutin harian yang sudah sebati sangat-sangat dengan aku.. Sebenarnya aku belum 100% settle down.. jiwa.. hati.. minda aku masih banyak memikirkan benda-benda yang perlu di buat.. itu belum lagi termasuk minggu depan aku akan mengajar subjek baru.. Esok InsyAllah aku akan mulakan tugas di jabatan baru.. permohonan aku untuk pindah ke jabatan ini telah diluluskan minggu lepas.. dan kini secara rasmi aku bekerja di bawah bos yang baru.. yang merupakan sahabat baik aku sendiri... Aku sebenarnya ada mix feeling tentang pertukaran jabatan ini.. sebab idea asalnya adalah permintaan dari 2 orang sahabat baik aku.. untuk aku join mereka di jabatan ini.. Aku pula mengikut sahaja sebab aku tahu permintaan itu dibuat atas sebab yang mereka lebih arif.. Namun aku cukup lega.. sebab bila bekerja di bawah ketua jabatan yang merupakan sahabat baik sendiri.. pastinya advantage itu sangat tinggi... tapi aku tak hairan sangat soal jabatan ini.. sebab suatu ketika dulu juga aku dah biasa bekerja dengan beberapa sahabat baik yang juga merupakan dekan dan timbalan dekan ketika itu... Bukan soal mereka berpangkat yang aku nak ceritakan dan punya hasrat untuk mengambil kesempatan.. cuma.. hubungan aku dengan mereka sudah terlalu lama.. aku dah bekerja di sini 12 tahun.. bukan sedikit masanya.. dan kebanyakan staf senior di sini mereka rakan-rakan yang sama-sama mula-mula membangunkan fakulti.. so tidak pelik jika dikalangan kawan baik aku sudah menjawat jawatan yang penting di fakulti..
Namun hidup harus diteruskan.. Walaupun aku tahu.. aku pasti akan kembali keseorangan... tapi tidak lama kan.. Petang ini aku akan ke rumah M sebelum dia berangkat ke KL untuk penerbangan awal pagi esok ke NZ.. Minggu ini sahaja aku menerima 4 perpisahan.. A yang pulang ke sibu selepas seminggu ke KL.. K yang ke Bangkok dan esok akan pulang ke Jepun.. S yang aku tinggalkan di bumi Thailand.. dan esok M pula yang akan terbang ke NZ.. Bukan mudah sebenarnya mengendalikan perasaan perpisahan begini.. Hari ini sahaja.. Mood aku bercampur baur... sebab semua mereka adalah sahabat baik aku.. mereka yang sentiasa istimewa di hati aku..
Namun aku juga pasti.. masih ramai lagi kawan-kawan yang masih belum aku jumpa... InsyAllah.. selepas aku selesaikan sedikit demi sedikit urusan aku.. nanti kita pergi lepak-lepak ok ;)
Flight Air Asia yang baru tiba di Thailand
Langit biru menyambut kedatangan kami..
6 comments:
Hi Yang..
bab ko tukar jabatan tu.. aku tak berani nk komen.. cumanya semoga ko berjaya memanfaatkan diri dan memberi manfaat kepada yg lainnya..
cuma aku nk highlight skit bab "masih ramai lagi kawan-kawan yang masih belum aku jumpa" .. YA YA YA... AKU SETUJU!!..
sebab salah seorangnya - AKU!!!... hahahaha...
assaalm ina..5 tahun disana..mustahil kalau btak ada rasa rindu.
rindukan kehidupan dan suasan disana.
perlahan lahan rasa rindu itu akan berkurangan bila ina dah kembali sibuk..tapi kenangan dan kerinduan tidak akan boleh hilang terus..
Tiny
Hahahhaa.. InsyAllah soon my dear.. bukan apa.. weekend jek aku ye schedule dah penuh.. manjang jek kenduri.. tuh yg susah nak cari masa.. nntilah once ada weekend free aku p umah ko nanti ;)
Acik Erna
Memang kak.. saya rasa susah nak lupakan.. tapi.. mungkin sebab saya tahu saya akan ke sana semula sebab itu rasa nak balik sana tuh meluap2 hehehe...
terima kasih kak ye ;)
berjalan sebelum naik flight lebih feelnya dari masuk via aerobrigde....ahaks
5 tahun bukan senang nak lupa gitu je kan.
kueh
memang best.. tapi kalau kena time musim salji atau sejuk.. beku sebelum sampai tangga flight tuh hehehehe...
Juliet
Mmg bukan senang.. tapi sedang cuba untuk trima hakikat dunia di sana sudah semakin jauh meninggakan aku hehehe...
Post a Comment