Saturday, 25 February 2012

4 jam lebih sebelum terbang di awam biru

Assalamualaikum dan salam tengahari Sabtu

Alhamdullilah sampai juga hari yang ditunggu-tunggu.. Pelbagai rasa ada dalam jiwa.. Sepatutnya jika aku menaiki penerbangan emirates.. waktu ini pastinya aku akan berada di lapangan terbang bersama seorang lagi rakan tetapi perancangan Allah tidak membenarkan kami untuk terbang pulang bersama.. Rezeki aku untuk penerbangan pulang dengan MAS.. mungkin sahaja ada sebab yang tersendiri..

Waktu ini 2 beg yang akan di'check-in' sudah pun siap dan sudah dibalut plastik transparent untuk keselamatan.. selebihnya 2 backpack dan 1 handbag dan 1 laptop bersama kitab Al-Quran.. Selepas sahaja selesai solat Zohor nanti.. Aku akan mula bersiap.. dan untuk kali ini.. Inilah detik terakhir aku solat di rumah ini.. sayu hati bila solat subuh pagi tadi.. setelah sekian lama tinggal dengan aman di rumah ini selama 4 tahun.. akhirnya tiba hari ini yang mana aku harus tinggalkan rumah ini.. walaupun nanti aku akan datang semula ke sini.. tapi nyatanya waktu itu.. rumah ini bukan lagi milik aku lagi.. tapi lebih sekadar menumpang teduh atas ikhsan kawan baik aku yg mengambil alih rumah ini..

Syukur juga dia datang semalam dan mula memindahkan brg2 dia.. sebab hampir 80% dia yang kemas semua.. rasa lega sangat sebab tidak perlu nak susah2 kemas barang.. bilik2 lain semua dah clear kecuali bilik ini..

Oleh itu.. Inilah kali terakhir aku menaip entri secara langsung dari rumah ini.. Doakan perjalanan kami selamat tiba ke tanahair pada hari Ahad iaitu esok Insyallah pada pkl 18.20ptg..

Langkah terakhir di dalam perjalanan pulang petang semalam
Selamat tinggal.. 
InsyAllah kita jumpa lagi nanti

4 comments:

ku-cit said...

mesti da ramai yang tunggu kat klia ni kan...

Zainur said...

Sedih dan sayu bila baca....tak dapat sy bayangkan bila tiba masa sy nanti. Anyway sekarang mesti dah ada kat Malaysia kan? Jangan tak update blog pula tau walaupun suasana dah completely berbeza...hihi..

Liza Razak said...

mesti dah sampai Malaysia dah..take care yer :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

ku-cit

takde org tunggu hahaha.. akak yg tunggu org ;)

zainur..

Alhamdullilah dah sampai.. ada masa akak cuba update

liza

Dah sampai ;).. Panas sungguh malaysia hehehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...