Friday, 22 March 2019

Selamat datang ke dunia Baby 'A'

Assalamualaikum dan Salam pagi Jumaat

Alhamdullilah sudah nak ke penghujung bulan Mac di tahun 2019, sekian lama blog ini sepi dan sunyi.. Dunia blog semakin dilupakan kadangkala... lebih banyak berkongsi cerita di wechat moment atau instagram.. tapi xdelah selalu sngat pun.. bila teringat.. barulah nak share cerita semula..

Alhamdullilah juga.. sudah menghampiri sebulan aku menerima anak lelaki bernama Adrian... Kisah Adrian ini ada kisah yang panjang... Setelah berkahwin selama hampir 19 tahun.. akhirnya aku putuskan untuk mengambil anak angkat... menjadi kejutan pada mulanya pada rakan-rakan dan keluarga...

Kisahnya memanglah tidak indah untuk diceritakan pun.. belum mahu lagi hendak aku kongsikan.. cukuplah aku katakan.. ini adalah demi untuk menyelamatkan maruah seorang gadis.. dan anaknya secara rela diserahkan pada aku.. we still in good contact.. dan aku sentiasa mengharap dia akan kekal dalam perhubungan aku sampai mati.. ' this relaltionship till death' dan dia kekal ibu kandungnya hingga akhirat.. dan aku juga kekal sebagai ibu angkat dan ibu susuan sampai akhirat... insyAllah...

Aku mula menjaganya selepas 6 hari di hospital disebabkan demam kuning.. dan alhamdullilah sudah hampir 3 minggu juga aku menjaganya setiap hari bahkan sampai bawa ke pejabat.. phew... not that easy but I manage it.. sampai semua kekawan bilik sebelah menyebelah tumpang dengar tangis pekiknya.. Alhamdullilah juga tempat kerja aku kondusif untuk aku menjaga Adrian.. sebab aku ada bilik aku sendiri dan kelas aku dah tamat 3 minggu yang lepas... kelas seterusnya bermula selepas raya.. so Alhamdullilah aku punya banyak masa nak adjust dan sesuaikan dengan rutin harian bersama Adrian dalam hidup aku..

Dalam memikirkan selama berminggu dimana nak aku letakkan Adrian.. dengan siapa? pengasuh? taska? Mulanya ada rakan yang mencadangkan taska di sebelah 'Pasti'  di taman tempat aku tinggal.. tetapi selepas bertantya.. taska itu penuh... dan aku mula membuat carian dia google..mulanya aku skeptikal sikit.. risau pun ada.. tapi mr google mencadangkan 2 taska yang ada berhampiran tempat kerja.. aku mula menghantar text membuat pertanyaan..

Mulanya aku dah bertanya pada taska yang pertama dan membuat bayaran yuran sebanyak RM50.. memandangkan kebanyakan taska menerima bayi 3bulan ke atas... maka aku putuskan utk hantar semasa penghujung bln 5.. sebaik sahaja aku membuat bayaran yuran taska 1... taska 2 pulak menjawab pertanyaan.. aku lebih tertarik dengan taska 2.. bayaran lebih murah RM20.. RM350 dari 7.00-5.30ptg.. manakala taska 1 RM370 7.30-6ptg.. bukan sahaja sebab taska 2 murah... tapi aku mengesyaki bahawa taska ini milik isteri kawan sepejabat aku dulu.. sebab kami pernah berjiran semasa aku tinggal di kawasan taska 2 ini... selepas aku datang ke taska 2 untuk membuat bayaran.. dan bila berjumpa dengan owner taska.. memang betul lah.. isteri kawan aku.. haha... lebih senang hati sebab rasa lebih selamat dan selesa.. taska 1? kena minta balik lah duit yuran tuh nanti... soon I guess..

Alhamdullilah hari ini dah hari ke 3 Adrian di taska... dan aku lebih tenang di pejabat,, kalau tidak time ini.. dia dah bangun pastu tak nak tido.. huhuhu.. jenuh mendodoi sampai tengahari.. pernah mendodoi dari tengahari sampai dekat pkl 3 baru nak lelap... sepanjang tuh.. memain jek kerjanya.. mata lelap.. sat g.. buka mata besar-besar.. macam seronok sangat kena dodoi..

oh ya sekarang nak kena berusaha untuk susukan Adrian dan masih belum berjaya mengeluarkan susu sebab bab nak mengepam aku asyik miss.. dan ubat motidone pun kejap makan.. kejap lupa.. semoga aku istiqamah sikit demi Adrian.. InsyAllah..

Selamat datang ke dunia ini anakku... walaupun dulu kau hampir dibuang dan digugurkan.. Ketentuan Allah itu pasti... Kau berhak untuk hidup di dunia ini.. InsyAllah mama akan besarkan dan didik untuk menjadi insan berguna di dunia dan akhirat... Masa mama pun tak lama di dunia ini pun.. semoga mendidikmu menjadikan mama manusia yang lebih bersyukur dan beriman kepada Allah.. Amin..


caption image : Minggu ke3 bersama mama di pejabat..

Thursday, 21 June 2018

Salam Lebaran 2018

Salam Pagi Khamis

Alhamdullilah kita dah berada di lebaran ke 7.. sudah seminggu kita berhari raya dan sudah 7 hari juga kita tinggalkan ramadhan.. aku masih belum nak mula puasa 6 lagi... tiap kali nak bangun sahur punyalah malas.. hahaha apalah nak jadi ni.. bila nak bertekad nie.. ok.. insyAllah isnin kita mula ye..

Kini kita dah dipertengahan tahun 2018.. ada baki lagi 6 bulan sebelum ke penghujung tahun 2018. Masih banyak baki lagi urusan yang perlu dilakukan...tak sampai sebulan juga akan bertambah usia.. tidaklah mengharap apa-apa pun.. cukuplah sekiranya aku tetap happy dan ketawa ria..

Gundah di hati.. sentiasa ada.. apatah lagi tak sampai seminggu suatu insiden berlaku.. aku punya pengalaman yang sama sebelum ini.. maka dengan itu aku sedikit tenang sahaja menghadapinya.. namun dalam hati.. aku tahan sahaja semua rasa.. biarlah ia tinggal menjadi satu kenangan indah yang mengajar erti tabah dan kuat..

Setiap kita pasti akan rasa kehilangan... baik hidup atau mati.. baik ada dan tiada.. baik ada dan hilang.. baik setia atau ditinggalkan.. kita lalui semua itu.. yang penting kita sentiasa tabah dan kuat melalui cabaran dan kehilangan itu...

Pernah aku kata dulu.. adakalanya kehilangan itu berlaku bukan kerana kita tak sayang atau kita tak cinta.. tapi sudah suratan takdir bahawa ianya bukan kepunyaan kita.. adakala melepaskan juga bukan sebab kita tak sayang.. tapi kerana kita terlalu sayang dan itu adalah yang terbaik untuk kita... doa sahaja yang baik-baik.. semoga terdapat kebaikan dalam setiap perpisahan..

Lebaran kali ini pada aku biasa sahaja.. seperti tahun-tahun yang lalu... selagi ada mak.. selagi itu masih ada rasa kasih sayang untuk aku menumpang rasa.. masih bersyukur punya adik-adik yang masih hormat dan mengingati kakaknya... namun aku sudah tidak punya atok dan nenek untuk bermanja seperti kisah zaman remaja dulu... atau 10 tahun yang lalu... selalunya pagi raya.. beraya dengan merekalah buat kami lebih ceria.. kini rutin kami seperti tahun-tahun yang lalu menziarahi pusara ayahanda.. nenda.. tok.. sudah menjadi kebiasaan kami..

Tahun ini tahun terakhir adik-adik aku beraya single.. tahun depan mereka beraya berdua.. dan mungkin lepas itu akan bertiga atau berempat.. seperti tahun lepas.. aku take over dapur di petang raya.. mak dah tak larat lagi untuk memasak seperti dulu..hiba juga hati kerana mak sudah tak larat sangat...

p/s Bertahanlah hati.. semoga sentiasa tenang menghadapi apa juga... Selamat hari raya semua.. Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, 28 February 2018

Hari pertama di wad kecemasan dan hari kedua di wad wanita..

Assalamualaikum dan Salam Pagi Rabu

Recall how I started decided to send myself to the hospital on the day that I was warded..

Pagi sabtu itu, demam aku semakin teruk.. bangun berkali-kali ke tandas dan ke dapur berulang kali untuk minum air.. dan setiap kali itu juga aku akan muntah.. tapi yang keluar hanyalah air sahaja..entah berapa kali aku muntah pun aku tak kira.. rasanya lebih 10 kali kot.. petang itu akhirnya aku putuskan untuk ke hospital.. aku rasa badan aku ada yang tak kena.. pinggang mula berdenyut-denyut dan kepala pun ikut berdenyut sama..

Sekitar pukul 6 petang aku sampai ke bahagian kecemasan.. aku maklumkan aku dah demam lebih 5 hari dan pinggang aku sakit... bayar RM1 untuk pendaftaran.. dan dalam 5 minit nama aku dipanggil untuk mengambil tekanan darah... tekanan darah aku sekitar 137/80.. dan aku diminta untuk membuat ujian jantung.. risau dah masa nie.. ada yang tak kena dengan jantung aku ke... nurse yang diminta mengambil ujian jantung pun macam tak percaya aku ada serangan jantung.. (aku dah mula risau masa nie..huhu) syukur.. jantung normal... tapi doktor dah mula suruh aku buang air... masa ini badan aku berpeluh-peluh.. sampai jarum yang dimasukkan untuk mengambil darah tercabut semasa aku ke tempat xray... penuh darah memancut.. aku panik kejap masa nie..

Selepas cubaan kedua untuk mengambil air kencing gagal... akhirnya nurse ambil air kencing melalui tiub dan terlalu sedikit air kencing yang diambil... masa ini jarum dicucuk kali kedua di tangan kiri untuk mengambil ujian darah..

Selepas beberapa pemeriksaan.. doktor sahkan air kencing aku ada jangkitan kuman.. dan buah pinggang aku kering 200%.. doktor maklumkan aku mungkin ditahan ke wad.. hanya menunggu pengesahan doktor dari wad wanita datang untuk buat pemeriksaan pengesahan... ketika ini dah 2 botol air masuk dalam badan.. dan badan aku masih berpeluh-peluh tanpa henti.. tekanan darah mula normal sekitar 117/80..

Akhirnya doktor dari wad wanita datang.. seorang doktor india.. dia maklumkan aku perlu ditahan ke wad untuk masuk air kerana buah pinggang aku kering... Malam itu dalam pkl 11.10malam.. selama 5jam di wad kecemasan.. aku akhirnya di bawa ke wad wanita.. malam itu aku tidur dengan tidak selesa.. demam aku datang balik.. dengan bahang dari wad wanita yang hanya berkipas.. di wad kecemasan tadi ada penghawa dingin.. malam itu aku tidur dengan payah.. badan aku lemas sangat.. entah berapa kali juga aku bangun ke tandas dengan membawa air yang dicucuk di tangan.. sekitar pkl 3,30 pagi.. katil depan aku pula mula menerima pesakit.. seorang nenek yang dimasukkan ke wad sebab ada jangkitan kuman di paru-paru.. aku bertemu nenek ini di wad kecemasan tadi.. sejam sebelum aku dipindahkan ke wad wanita.. nenek itu baru tiba dengan keluarganya.. aku kembali tidur dengan payah malam itu.. setiap jam aku akan bangun ke tandas dengan payah..

Pagi Ahad itu aku bangun dengan badan yang masih lemah.. demam sedikit ok.. tapi badan memang tidak bermaya.. aku kurang mahu bercakap dengan jiran yang ada.. pagi itu aku upload gambar aku di wad wanita di facebook.. kecohlah pagi itu mendapat mesej dari rakan dan keluarga... tepat pukul 12.30tghri waktu melawat bermula.. jiran-jiran katil sebelah dan depan mula mendapat lawatan dari keluarga.. waktu ini demam aku bermula balik.. aku habiskan masa aku dengan tidur dan baring sahaja.. Petang itu aku juga terima lawatan dari 2 orang boss dan merangkap sahabat... semua terkejut aku masuk wad...aku pun tak sangka mereka sanggup datang melawat..

Petang demam aku semakin teruk.. aku akhirnya ambil keputusan untuk tidur sekejap walaupun waktu itu masih ada tetamu yang datang di katil jiran depan dan sebelah.. lena tidur aku amat terganggu.. menyumpah-yumpah juga waktu itu kerana amat tidak selesa ditambah dengan suasana hiruk pikuk mereka bergosip... pakwe pula datang petang sedikit.. itupun berkali-kali minta aku dipindahkan ke wad kelas pertama atau kedua.. aku suarakan rasa malas aku untuk berpindah katil.. sebab katil aku tuh dah ok.. cuma suasana hari minggu dan waktu melawat yang lebih panjang membuatkan aku rasa terganggu sangat-sangat..

Bila masuk waktu malam.. penjaga katil sebelah aku mula bertukar orang.. malam sebelumnya menantu yang menjaga.. kak G namanya.. Hari ahad itu pula cucunya yang menjaga (tukar shif).. orangnya amat peramah.. Ateh nama panggilan.. memang banyak mulut.. dan hari-hari aku menjadi lebih ceria dan happening sebab ada si Ateh ini.. di sinilah bermula kami jadi kawan baik..

Malam ahad itu.. mak dan adik-adik ku datang.. mereka terkejut mendapat tahu aku masuk ke wad sabtu itu selepas dimaklumkan dengan pakwe.. mulanya aku tidak mahu pakwe maklumkan dengan mak takut dia akan risau.. tapi malam itu mak datang melawat aku dengan wajah yang bimbang.. yelah aku tidak pernah mendapat sakit hingga perlu masuk ke wad... Aku masih dapat berbual dengan mak dengan tenang... tidak lama mereka melawat aku kerana mereka datang selepas waktu melawat..

Demam aku datang kembali.. suhu badan aku sekitar 38.8 dan aku mula rasa tak bertenaga kembali.. sempat juga berbual dengan Ateh walaupun aku sebenarnya masih tidak bertenaga.. aku tidur dan bangun setiap jam dan ke tandas... kali ini aku heret sekali tiang besi tempat menyangkut air yang dimasukkan.. malas dah nak cabut botol air kerana di tandas tidak ada tempat penyangkut yang sesuai.. kali ini darah aku dah mula bercampur dalam tiub air tersebut... lantaklah.. aku malas nak fikir sangat.. ditambah dengan badan yang masih tak bermaya...

Aku tidur sedikit lena walaupun bahang demam masih terasa dan seluruh badan masih sakit-sakit.. aku terjaga pukul 4.30 dikejutkan nurse untuk mengambil darah... dan disuntik ubat masuk ke dalam darah melalui tiub saluran air yang sedia ada di tangan aku..

bersambung...

Monday, 26 February 2018

Kembali bekerja dan post pertama di 2018

Assalamualaikum dan Salam Petang Isnin

Syukur Alhamdullilah kini kita dah bulan 2 di 2018 dah dekat sangat nak penghujung bulan februari..

Aku pun dah 3 hari keluar dari hospital.. 14 hari menjadi penghuni setia hospital akibat demam dan jangkitan kuman dalam darah.. Setelah hampir 6 hari demam tak kebah dan mula muntah-muntah tak berhenti diikuti dengan sakit pinggang yang berdenyut-denyut.. aku akhirnya setuju untuk ke hospital untuk checkup.. aku jangkakan ada sesuatu yang berlaku dalam sistem badan aku yang tidak boleh diubat dengan ubat klinik sahaja..

Benarlah setelah ditahan di wad kecemasan selama hampir 5jam.. doktor sahkan aku ada jangkitan kuman dalam air kencing dan buah pinggang aku kering 200%.. perlu dimasukkan ke wad untuk masuk air.. 7 botol air masuk dalam badan aku selama 2 hari.. selepas ujian darah dilakukan.. doktor sahkan ada kuman dalam darah yang menyebabkan demam aku tak kebah-kebah.. hanya pada hari 5 aku di wad.. barulah kuman yang ada dalam darah aku dikenalpasti dan antibiotik ditukar.. antibiotik sebelum itu tidak berkesan melawan kuman yang ada.. dan demam aku pun tak baik-baik dalam 4 hari yang pertama di wad..

Alhamdullilah bila sahaja antibiotik baru diberikan.. demam aku mula susut. suhu badan pun berkurangan... selalunya suhu badan aku 38.8 dan paling tinggi 39.9.. akhirnya turun pada 36.4..

14 hari di wad pelbagai cerita dan jiran yang silih berganti datang dan pergi.. sebelah katil aku adalah seorang makcik yang dah seminggu masuk juga disebabkan demam dan jangkitan kuman e coli.. yang menjaganya silih berganti adalah menantu dan cucu.. anaknya yang jaga pun hanyalah 2 org itu pun tidak lama.. tak sampai pun 24jam.. nanti aku kisahkan ceritanya..

Setelah sekian lama bekerja dan bercampur dengan golongan profesional di tempat kerja.. berada selama 14 hari di wad wanita memberikan aku satu pengalaman hidup dalam masyarakat yang sebelum ini tidak pernah aku lalui.. tiada status dalam wad wanita itu.. kami semuanya sama sahaja.. pesakit...

Syukur doktor benarkan aku balik (discharge) sebelum cukup 14 hari antibiotik perlu dihabiskan.. kiranya pada hari ke 10 jumaat lepas aku dibenarkan pulang.. sepatutnya esok (selasa) 28hb aku sepatutnya discharge.. Alhamdullilah.. Jumaat lepas aku dah dapat balik ke rumah.. sabtu kemarin sempatlah aku menghantar adik lelaki ku bertunang... mulanya aku khabarkan pada mak yang aku tidak dapat ikut serta.. namun perancangan Allah.. Dia berikan aku peluang untuk melihat dia bertunang dengan pilihan hatinya...

Hari ini aku kembali bekerja.. sebenarnya badan masih lemah lagi... aku agak kerana antibiotik ini agak kuat dosnya.. secara tidak langsung badan terasa tak berdaya.. oleh itu air 100plus sentiasa ada dibeli semata-mata untuk memberi sedikit tenaga.. sedikit sebanyak dapatlah aku bergerak aktif sikit.. jika tidak terasa lesu dan mengantuk... tak larat nak tidur sebenarnya..

Alhamdullilah.. aku masih diberikan hayat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.. sakit itu penghapus doa... berat badan pun dah turun 6kg.. ramai menegur kata dah kurus dan cengkung haha..

Baru sahaja semalam.. semasa berhenti di solat jamak di rnr sg buloh.. aku dingorat oleh beberapa lelaki (jap.. apa motif statement nie.. hahaha).. kata kawan baik aku M... itu baru turun 6kg dah kena ngorat.. kalau ko turun 12 kg.. hahhaa..... takde maknanya... tapi peristiwa semalam.. dapatlah buat aku senyum sambil gelak dalam hati sekejap...

Buat sahabat.. jagalah kesihatan... dan harapnya terus diberi kekuatan untuk melalui apa juga cabaran..

Tuesday, 17 October 2017

Hola.. Kembali singgah sebentar

Salam Tengahari Selasa..

Setelah 5 bulan hilang.. akhirnya aku teringat yang aku ada blog hahaha.. tahun ni pun lupa nk singgah sini untuk ucap hari lahir kat diri sendiri.. tau-tau je dah bulan 10.. huhuhu..

Lagi 2 bulan nak bulan 1 2018... ada seseorang yang ingatkan aku tentang 1 Januari tuh.. mentang-mentang lah birthday dia haritu.. awal lagi dah buat reminder.. haha.. yeah.. u did make me think what sort of coming present would be.. smile :)

Tak tahu nak menulis apa.. sebab tiada apa sangat yang nak ditaip pun.. hahaha bosan kan.. banyak yang berlaku sebenarnya.. tapi dah macam malas nak bercerita sangat.. dulu selalu datang ke sini bila hati rasa terbeban dengan rasa dan rindu... masih ada..tapi malas dah nak fikir sangat sekarang nie.. live life as it is.. move on with confident.. step back once a while and smile..

Rindu nak travel kembali..sudah 2 tahun tidak keluar dari Malaysia.. haha.. gile lama berkurung dalam negara.. mostly banyak dalam semenanjung dan ada jugalah 3 4 kali ke kota kinabalu tahun lps dan tahun ini... Teringat Kanako di Tokyo.. dan teringat juga Nuch di Nakhon Si Tamarat.. lama gile tak jumpa diorang... ingat nak travel kembali ke Jepun tahun depan tapi belum nak buat plan lagi.. adik-adik nak kahwin tahun depan.. financially limited tahun ini untuk beri laluan perbelanjaan kahwin untuk mereka..

Selalunya bila aku bangkitkan isu pasal aku nak kena saving duit sebab adik-adik aku nak kahwin.. mesti rakan-rakan aku cakap.. "kenapa ko nak kena sediakan duit pulak.. kan diorang yang nak kahwin.." susah nak jawab soalan ni.. terutama bila ko adalah anak sulung.. dan ko juga takde ayah dah... dan tambah mak pulak tak kerja.. harap pencen arwah ayah je... Selalunya aku jawab sempoi je... 'duit aku kot.. kalau tak bagi kat adik-adik.. aku nak bagi kat siapa lagi?'

Isu ini sebenarnya dijawab dengan hanya satu perkataan sahaja 'Tanggung Jawab'  tak kiralah anak lelaki ke perempuan ke.. bila ko jadi kak long atau abang long... kena faham sendirilah tanggungjawab yang hidden yang tidak perlu disebut dan diungkit.. itu pada aku sudah cukup untuk aku pikul sampai bila-bila... aku happy je kot sekiranya aku dapat sumbang sedikit duit untuk ahli keluarga sendiri.. pahalanya lagi banyak kan..

Apa pun.. enjoy life.. enjoy happiness.. smile always..

p/s Esok cuti.. yeay..

Tuesday, 30 May 2017

Kembali untuk merindu memori lama..

Assalamualaikum dan Salam pagi selasa

Semalam Alhamdullilah mak kembali ke tanahair.. sedikit tak sihat aku lihat tapi semuanya baik-baik sahaja aku kira.. Tak lama bersembang dengan mak.. pagi ini aku dah memandu pulang ke pejabat.. letih masih ada.. badan dah tak sekuat dulu... drive sejam lebih sampai pejabat pun dah rasa tak larat...

Baru-baru ini ada seorang sahabat lama kembali mengutus khabar.. bertanyakan khabar itu tidaklah menjadi persoalannya.. itu pada aku perkara biasa.. bila sudah lama kita tidak mendengar khabar dari seseorang pasti sahaja perkhabaran sihat dan how u been doing adalah soalan biasa..

Namun lanjutan dari perbualan itu yang sedikit mengusik rasa hati.. ada beberapa perkara yang kami bualkan.. dan sedikit sebanyak membuatkan aku sedikit rindu memori lama itu.. tapi disebabkan kita sudah 'move on' maka dapat sahaja aku bertahan rasa hati untuk tidak menoleh ke belakang lagi..

Aku tidak tahu sama ada kita dapat kembali bersahabat seperti dulu.. sedikit sukar aku rasa kerana kita pernah mencipta alasan untuk tidak terus berhubung kerana keterpaksaan dalam memahami keadaan dan situasi ketika itu.. We have our own life.. our own stand.. our own principles..

We will see later.. malas nk fikir sangat walaupun kadang tuh terfikir gak..

Ngantuks.... bgn pkl 5 dan gerak dari kg pkl 6 dan terus masuk pejabat... letih... nguap je ni...

Friday, 26 May 2017

Sehari sebelum ramadhan 2017

Assalamualaikum dan SalamSejahtera..

Sudah terlalu lama aku tidak menulis di sini.. sebenarnya sudah ada 3 4 entri yang aku taipkan.. namun ia tidak pernah selesai.. ada sahaja aku biarkan tergantung ayatnya dan akhirnya aku simpan sebagai draf sahaja di blog ini..

Sehari sahaja lagi kita akan berpuasa esok.. Alhamdullilah.. kita dapat lagi berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.. bulan yang berkat dan penuh keberkatan dan banyak peluang berbuat pahala..

Tahun ini juga tahun ke 5 berpuasa tanpa arwah ayah... Lagi 2 hari sahaja genaplah 5tahun dia pergi.. namun ingatan dan doa sentiasa ada... Rindu sentiasa kekal di hati... Ingatan dan kenangan sentiasa segar dalam memori..

Hari ini aku kembali menulis kerana aku rindu... rindu rasanya sudah terlalu tebal dalam hati.. puas ditahan dan digagahi.. namun aku rasa tidak tertanggung rasanya... biarlah jemari ini kembali menulis agar sedikit rasa rindu itu terluah dan setidaknya aku dapat kembali waras memegang kekuatan hati dan semangat... sukar dan payah sekali pun... redha itu sentiasa ada sentiasa menjadi pegangan hidup..

Adakalanya aku rasa aku telah banyak berubah menjadi orang yang berbeza.. rakan... sahabat.. orang sekeliling kita juga berubah dan menyebabkan kita tidak ada pilihan melainkan ikut berubah mengikut peredaran masa..

Mak kini masih di mekah untuk menjalani ibadah umrah.. InsyAllah isnin ini mak akan kembali ke tanahair... harap semua baik-baik sahaja... mak dapat umrah yang mabrur dan berkat..

Aku rindu... terlalu banyak kerinduan yang memaksa hati aku untuk bertahan... terlalu sukar untuk mengambarkan rasa hati.. dan adakalanya... kenangan silam kembali mengetuk pintu hati.. Sahabat macam seperti dulu.. ada yang pergi.. ada yang datang.. usia juga semakin menginjak dewasa.. harap juga akan kekal awet muda hahaha... walaupun tenaganya udah menginjak tua dan makin kerap pula sakit kaki... yelah memanjat tangga.. berdiri 2-3jam... alah bisa tegal biasa.. dah tak boleh pakai peribahasa nie hahaha...

Selamat berpuasa semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...