Thursday, 8 May 2014

Shibazakura dan gunung Fuji

Salam

Malam ini malam akhir kami bermalam di Tokyo. Esok separuh hari masih ada utk kami menjelajah beberapa tempat lagi.

InsyAllah ikut perancangan sekitar pkl 9 kami sudah tiba di Haneda untuk penerbangan pulang. Flight kami tengah malam esok.

Perjalanan ke gunung fuji sungguh indah mata memandang. Kebetulan kini ada festival bunga Shibazakura dengan berlatar belakangkan gunung fuji. Kami menghabiskn masa kami di sini, perancangan asal ke tasik motusuko terpaksa dibatalkan kerana festival ini lebih menarik ;)

InsyAllah esok sambung update lagi.

Gunung Fuji dan bunga Shibazakura 

Mount Fuji here we come

Salam

Waktu ini sudah pukul 6 pagi. Seawal 4.30 kami sudah bangun dan bersarapan pagi lebih awal. Perjalanan kami ke Mount Fuji bermula pagi ini di stesen bas di Shinjuku.

Semalam kami habiskan masa di sekitar bandar Tokyo ditemani abang sulung kanako. Semasa kami di Kyoto, abg kedua kanako pula menemani kami. Maka sempurnalah perkenalan kami dengan hampir semua ahli keluarga kanako, hanya ayahnya sahaja kami belum temui. Ibu kanako kami jumpa semasa lawatan kanako ke Thailand 2 tahun lepas.

Semalam juga kami naik ke menara Skytree. Kami turut makan malam di restoran Thai.

Oklah kami nak bergerak ke train station.

Monday, 5 May 2014

Tokyo kami datang..

Salam tengahari Isnin

Alhamdullilah. Kini sedang duduk di kerusi yang kami reserved menaiki keretapi laju shikansen dari Kyoto menuju ke Tokyo.

Kami ucapkan selamat tinggal pada Kyoto dan kini menanti untuk tiba ke Tokyo pula. Kanako lebih pakar dengan jalan sekitar Tokyo memandangkan dia belajar dan kerja di Tokyo.

Hujan mula turun di Kyoto seolah menangisi pemergian kami (walau hakikatnya mmg dah nk hujan). Syukur selama 3 hari kami di Kyoto hari panas dan amat sesuai untuk berjalan. Ketika berjalan memakai kimono dan baju kurung. Cuaca benar2 panas dan berangin.

Harapnya nanti hujan berhenti bila kam tiba di Tokyo. Belum sampai ke Tokyo, brg kami sudah bertambah dengan membeli coklat dan manisan yang berasaskan teh hijau yg begitu popular di Kyoto.

Lebih enak kami turut membeli bento sebagai bekal makan tengahari kami. Aku memilih bento yg berjenis sayuran dan mempunyai kotak dengan gambar wanita memakai kimono. Kenyang tak terkata dan mungkin boleh bertahan hingga malam hari. Sudah beberapa hari kami memilih makan malam di bilik sahaja memandangkan stok makanan kami masih banyak.

InsyAllah akan aku update lagi. Kali ini lebih mudah mendapat wifi percuma menggunakan mobile data dari telefon bimbit Kanako.

Till then.. got to go.. nak lelapkan mata sebentar.



Shinkasen Noromi 342 ke Tokyo..
Tokyo we are coming..

Salam dari Kyoto

Salam

InsyAllah esok akan gerak ke Tokyo. Malam ini malam terakhir di Kyoto. Sedih rasanya nak tinggalkan memori indah di Kyoto ini.

Hari in kami keluar berjalan di sekitar bandar Kyoto dengan memakai kimono yang disewa oleh rakan-rakan dan aku sendiri berbaju kurung kain cotton. Ramai makcik yg menegur fesyen baju aku tadi dan mendapat pandangan dua tiga kali daripada orang ramai.

Ini antara kenangan amat indah buat kami bertiga. Hampir setiap masa yang sesuai setiap hari kami update status di facebook sbb melibatkan 3 negara asal yg berbeza. Hingga ada juga manusia yg mengambil kesempatan komen bodoh tentang kawan aku tuh.

Oklah. Mahu berhenti untuk tidur rehat.

Bandar Osaka..
Penuh dengan papan iklan..
Tak berpeluang melihat cahaya warna warni waktu malam..

Wednesday, 30 April 2014

Final Itinerary ke Jepun

Salam

Ye.. aku masih belum terbang ke Jepun.. InsyAllah esok malam pukul 1.00pg berangkatlah kami ke bumi Nippon..

Hari ini dah takde mood kerja hehehe... Sepatutnya ikut rombongan ke UTP, Perak.. tapi awal-awal pagi dah maklumkan dengan boss tak leh pergi nak duk ofis.. Badan tak berapa sihat.. mula asyik bersin.. dan melambak jugalah appointment student nak jumpa.. biasalah dah dekat2 nak habis semester nie.. dan selepas beberapa sesi amaran berbaur ugutan.. itupun baru 3 orang jek yang datang.. ada baki 4 orang yang masih belum nampak bayang...

Hari ini rasanya aku, Nuch dan Kanako dah super duper excited giler.. Nuch awal lagi dah upload gambar beg yang penuh dengan makanan segera dalam FB hahaha.. aku ada gak rasa nak follow upload gmbr sebab beg memang dah pack.. tapi macam malas nak khabar dalam 1 FB tuh aku nak p travel.. krg ramai yang nak mengirim (ahaks)

Buat masa nie cuma alat-alat charge camera, hp dan kosmetik jek yang belum fully pack masuk beg.. malam nie akan buat final packing.. Kanako pulak dah mula remind kami pasal arrival dan nak tunggu kat mana.. Hari ini dia bagi final plan kami sepanjang 8 hari di Jepun.. agak detail jugalah.. siap ada waktu dan tempat apa nak pergi.. Yelah kan.. disebabkan dia dah buat plan untuk kami... so ikut sahajalah kan.. kalau kena turn aku.. uihh jenuh juga.. kawan2 kami ada di sekitar kedah, penang dan johor.. 3 tempat nie dah aku fikirkan untuk bawa diorang dan termasuk trip masuk singapore sekali.. (tak pe.. next year ye plan kena fikir)

Detail esok:

9.00/10.00 am : Gerak dari rumah ke kampung.. paling lewat kena keluar pkl 10pg.. sampai kampung dalam 2 jam gak..

12.00pm : Sampai kampung.. Jika agak-agak sampai awal singgah tesco/giant untuk final shopping jajan

12.30/1.00pm : Gerak ke LCCT..

2.00pm : Nuch sampai dari Thailand.. so probably clear imigresen maybe 2.30pm lewat2 dia dah tunggu aku kat starbuck

3.00pm : Ke KL.. tukar duit.. lokasi masih belum identify.. ada cadangan nak ke KLCC, sogo atau Ampang Park dan lunch kat KL

6.00pm : Kena gerak balik kampung.. untuk repack beg dan siap2.. (harap jalan tak jem.. dan moga rakyat KL semua p balik kg.. yelah dan rakyat bukan KL pulak p masuk KL huhuhu)

9.00pm : Gerak dari kampung untuk dinner kat luar

10.00pm : Sampai LCCT untuk bag drop dan melepak

(2 May)1.00am: Depart from LCCT ke Kansai International Airport.. and say bye-bye to LCCT for the last time.. sebab balik nanti akan landing kat KLIA2

p/s The final Itinerary..
Sorry.. Giler excited nak p Jepun.. giler excited juga nak update kat Blog..
So guys.. Starting tomorrow.. I'll be off..
Jika ada masa kat jepun dan line tenet ok..
I'll update.. if not.. then wait till a week later next week InsyAllah I'll update
Till then.. I see you when I see you yeah
:)

Tuesday, 29 April 2014

Japan.. Here I come..

Salam

Menghitung hari je nie sekarang sebelum terbang ke Osaka... Baki 2 hari++ sahaja.. So far persediaan barang2 semua dah ada.. baju pun dah gosok siap2.. cuma beberapa benda kecik lagi yang masih belum pack.. Benda yang major so far so good.. cuma sikit2 last2 minit..

Semalam unpack kotak Nuch.. dia ada tinggalkan 2 kotak dan 1 beg dia masa aku nak balik aritu.. so dia tumpang kotak door to door aku.. so nie dah 2 tahun dia baru nak ambik balik brg dia.. so far semua sekali 31kg barang dia je.. tapi aku dah advice dia takyahlah angkut semua 31kg tuh.. balance yg tak nak bawak tuh krg.. if Kanako datang mesia tahun depan ke (confirm dia kena dtg mesia) bolehlah angkut baki tuh balik..

Tak sabar nak ke Jepun.. yeahh.. tapi pada masa yang sama.. kerja melambak2.. kelas kena ganti sebab off seminggu.. cuma masalahnya.. bulan 5 nie aku banyak sangat out station.. balik dari Jepun kena p bengkel ke Melaka 3 hari (aihh cancel kelas lagi).. lepas tuh hujung bulan 5 ada conference pulak 3 hari (cancel kelas lagi).. pening kepala nak settlekan benda2 nie.. Masa plan 8 bulan yang lepas tak nampak lagi schedule camna.. rasa macam ok.. rupanya bulan 5 macam2 hal.. Apa juga.. aku doakan semuanya settle dengan mudah dan dipermudahkan... walaupun macam havoc.. hopefully.. semuanya berjalan lancar..

Doakan perjalanan kami semuanya selamat pergi dan balik ye... Lama sangat tak travel jauh.. this time will be around 8 hours on flight.. Syukur flight tengah malam.. so baki masa tuh boleh tidur dan tiba di sana awal pagi pkl 8.35pg (waktu malaysia 7.35pg).. Since flight nie takde entertainment device.. so melangut jelah maybe sembang dengan kawan baik aku.. atau tidur jelah ahaks..

Harapnya masih ada saki baki bunga sakura di sana buat rakaman kamera aku.. Trip ini unik kerana kami bertiga dari 3 negara berlainan.. dan bahasa utama kami adalah bahasa Inggeris.. Just like old day... Aku dan Nuch pernah travel bersama selama 3 hari di London dan juga beberapa trip yang kami balik hari berdekatan bersama Kanako..

p/s Gonna enjoy myself.. Be happy.. and safe journey.. InsyAllah..

Wednesday, 23 April 2014

Kembali mengembara.. Jepun (Persediaan awal)

Salam..

Tinggal seminggu lebih sikit sebelum perjalanan ke Osaka dimulakan.. Sejak minggu lepas lagi dah mula sibuk buka balik beg lama.. kotak baju lama.. tujuannya adalah mencari balik semua khazanah lama.. stokin, seluar, jacket dan kasut..

Sejak kembali bermastautin di Malaysia.. selalu mengembara pun dekat2 jek.. dan cuaca pun tak berbeza sangat dengan malaysia.. so selalu bawa sahaja seluar dan selipar bila berjalan.. Kali ini bila ke negara 4 musim.. walaupun pada awal bulan mei diramalkan suhu sekitar 20 darjah.. tapi pengalaman aku sendiri di UK.. malam hari suhu boleh jatuh dengan tiba-tiba..

Sepanjang beberapa minggu kami kembali rancak menghantar mesej di facebook.. adakalanya mengingatkan rakan-rakan tentang waktu flight yang akan tiba di Osaka.. mengingati waktu rakan aku dari Thailand akan sampai ke Malaysia petang 1 Mei.. bertanya tentang urusan booking hotel untuk visa masuk ke sana andai di tanya imigresen..

Antara benda-benda yang perlu disediakan (mari kita buat checklist)

1- Visa ke Jepun : Done, telah dibuat awal bulan april hari tu.. lega sikit sebab dah selesai..

2- Passport belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan : Ini penting.. kerana kebanyakan negara takkan benarkan pelawat masuk ke negara mereka jika tarikh tamat tempoh passport kurang dari 6 bulan.. ini kerana ada sesetengah negara memberikan visa on arrival up to 6 month

3- Beli ticket kapal terbang : Ini mestilah ada.. takde camna nak p jepun kan. Perancangan asal kami sebenarnya adalah untuk menaiki MAS.. tetapi oleh kerana aku dan Nuch masih dalam proses perbincangan tentang destinasi kami selama 8 hari di Jepun.. maka bila aku semak semula harga ticket.. dah naik dekat RM1000 bezanya.. ditambah pula Kanako mula mencadangkan kami untuk ke Osaka & Kyoto terlebih dahulu.. memandangkan ticket sehala keretapi shinkasen RM400++, kanako mencadangkan kami mengambil flight terus ke Kansai dan balik dari Haneda Tokyo.. maka kami boleh jimat lebih banyak dengan ticket shinkasen sehala sahaja.. Oleh sebab itu kami ambil keputusan untuk ke sana melalui air asia.. dan ini lebih mudah kerana sahabat aku Nuch pula akan terbang dari Surathani ke LCCT dan tiba pkl 2petang.. dan sedang elok sangat kerana flight kami ke Kansai bertolak pada pukul 1.00pg hari yang sama.. Jika kami memilih menaiki MAS.. Nuch terpaksalah tidur rumah mak aku di kampung dan kami naik flight ke Narita esok paginya.. so we save the time.. dan perjalanan balik pulak.. tiba di LCCT pkl 6.30pg dan Nuch akan terbang balik ke Surathani pada pukul 10.30pg hari yang sama..

4- Tukaran duit Yen : Buat masa ini telah membuat tukaran dalam 100,000yen bersamaan dengan RM3255 Untuk hotel dan shinsaken ticket dari kyoto-tokyo adalah 34000yen, tempahan hotel telah pun dibuat oleh sahabat aku awal tahun lagi.. Tukaran yen ini dibuat dengan mengumpul duit sikit demi sedikit.. dah beberapa bulan ini.. menukar duit sikit-sikit bila dapat gaji.. 1000yen=RM32.25.. so antara tukaran terendah yang aku dapat.. di tempat lain yang aku pernah survey 1000yen-RM32.90.. ada banyak beza.. terutama kalau kita nak tukar 10000yen.. ada beza dekat 7 ringgit.. Anggaran perbelanjaan untuk perjalanan sekitar osaka-kyoto-tokyo dalam lingkungan 15000-20000yen.. Ini belum termasuk untuk makan, entrance fees dan beli souvenier.. Kanako awal-awal dah maklumkan dia akan sponsor kami makan... sebagai balasannya dia kata.. bila dia dtg Malaysia nanti.. turn aku pulak belanja dia makan.. oh no hal punyalah heheheh...

5- Jacket : Sebenarnya dah 2 3 hari mencari jaket-jaket lama.. maklumlah banyak kotak bertingkat-tingkat kat rumah tuh.. dan finally semalam jumpa.. uihhh dah nak berkulat jacket tuh dalam kotak.. so immideatedly masuk dalam washing machine.. petang nie balik kerja basuhlah.. mungkin akan bawa dalam 2 3 jaket; 1 untuk kalis angin dan hujan, 1 jacket wool untuk ketahanan sejuk dan 1 untuk cuaca yang tidak terlalu panas dan sejuk.. jacket ini selalu aku pakai pada musim panas...

6- Stokin : Sejak berada di malaysia jarang sangat pakai stokin sebab kasut bertutup dan sering berselipar.. since kita akan travelling jauh so rasanya kurang sesuai nak pakai selipar.. but aku mungkin bawak juga selipar yang selesa.. maka stokin aku yang amat banyak suatu ketika dulu dicari dan digunakan semula..

7- Kasut : Buat masa ini belum decide lagi kasut apa nak bawak.. huhuhu yang penting jenis flat dan tak bertumit sangat.. ada beberapa kasut yang biasa digunakan untuk travelling.. tapi tak pasti jika ianya masih sesuai dipakai atau tidak.. so dalam minggu ini terpaksa test semula semua kasut yang ada dalam simpanan.. terfikir nak beli kasut baru tapi takut nanti masih belum selesa bila nak dibawa berjalan.. nak pulak kali nie travel 8 hari dan banyak berjalan.. teringat kasut yang aku pakai masa ke singapore hari tuh.. nak melecet rasanya kaki pakai kasut tuh.. maybe sebab dah lama sangat tak pakai kasut tuh jalan jauh... If takde pilihan mungkin terpaksa beli kasut baru.. huhuhu

8- Seluar : Sejak balik bekerja.. aku jarang sangat berseluar.. kebiasaan berjubah, baju kurung atau pakai skrit.. nak pakai skrit dan jalan jauh aku tak galakkan kerana faktor berpeluh dan mungkin boleh menyebabkan melecet di peha.. pakai seluar lebih baik kerana mudah bergerak.. beberapa seluar telah dikenalpasti dan dijahit semula untuk keselesaan berjalan.. stok seluar lama berkain corduroy.. antara jadi pilihan.. seluar ini kurang sesuai pakai di malaysia sebab faktor cuaca yang panas.. kalau di negara sejuk.. seluar ini amat selesa dan aku ada 3 4 helai seluar ini..

9- Travelling adapter : Ini juga satu perkara yang mesti dibawa.. sebab plug di jepun berlainan dengan di Malaysia.. kenalah bawa benda nie.. siap bawa extension socket sekali.. senang nak charge hp, camera serentak.

10- Kamera : Secara peribadi aku ada 3 kamera.. maksimum boleh bawak pun 2 jek hahaha.. masalah ye.. 1 kamera ini bersaiz dslr.... berat dan satu lagi pulak pocket size.. masalahnya kamera olympus yg saiz pocket tuh kualiti gambarnya tak secantik kamera canon yang lagi 2.. mungkin angkut jugalah yang saiz besar tuh.. walaupun bakal membuatkan bahu aku gagah perkasa memikulnya ;)

11- Baju: Rasanya aku bakal banyak bawa baju gaya malaysia.. stok baju di UK lebih cenderung singkat dan sebenarnya lebih sesuai jika dipakai dengan jacket.. buat masa nie rasanya masih stick dengan gaya baju malaysia kot sebab lebih nipis dan labuh.. senang nak gulung masuk beg berbanding baju UK yang berjenis kain cotton dan sedikit tebal..

12- Tudung : Sudah diputuskan akan memakai tudung syria dan halfmoon.. sebabnya? tak perlu sibuk2 nak gosok tudung dan of course no 'tudung bawal' hahaha... pashmina juga akan dibawa just in case perlu dijadikan selimut andai sejuk dalam flight nanti..

13- Baju kurung : Sepasang baju kurung terpaksa dibawa ke jepun hahaha.. Ini sebabnya kami ada sesi bergambar dengan pakaian kimono.. memandangkan baju kimono yang mereka ada itu takde saiz aku yang comel ini (setelah sesi check mengecheck saiz badan).. maka kami aku cadangkan aku pakai baju kurung jelah masa sesi bergambar nanti.. untuk sesi bergambar dengan kimono dikenakan 1500yen dan tambahan 500yen seorang jika bergambar guna baju selain kimono..

14- Makanan : Stok makanan nak ke sana belum beli lagi.. walaupun senarai benda makan tuh dah ada dalam kepala. Antaranya bubur nasi knor, maggi, serunding, nasi impit, telur rebus, sardin/tuna ayam brand, roti, biskut, jajan. Memandangkan rakan aku dedua tuh non-muslim.. so of course tendency untuk makan di kedai non-halal adalah tinggi.. aku takde masalah sangat pasal nie.. sebab kita dah tahu halal haram..tapi kalau jenis yang nak cari juga sijil halal tuh.. payahlah kalau nak travel.. tapi eloklah korg bawak makanan sendiri.. tapi aku sendiri dah kenalpasti beberapa kawasan restoran halal dan telah aku maklumkan pada kawan jepun aku.. selalunya aku tak risau sebab kawan thailand aku tuh.. mesti nak cari nasik juga nanti hahaha :)

15- Ubat-ubatan : Ini semua kena sediakan seperti panadol, antibiotik, pil chi kit teck aun, bam, ubat sapu otot, koyok dan lain-lain. Ini penting jika ada masalah kesihatan dan sebagainya..

16- Skincare : Ini juga penting terutama kalau negara sejuk perubahan suhu dan cuaca meninggalkan kesan pada kulit.. boleh jadi kering dan gatal.. Aku pulak mempunyai masalah kulit yang berminyak dan kering pada kawasan T zone.. so kena sentiasa membawa pelembab setiap waktu.. jika tidak kulit akan jadi kering dan gatal-gatal.. since pelembab yang biasa aku guna nie aku pakai di UK dan juga di malaysia terutama bila duduk dalam aircon.. so agak confident jugalah.. cuma masalahnya stoknya dah nak habis.. so tengah riki-riki dengan kawan jepun aku sama ada brand tuh ada dan murah di jepun atau tidak.. Jika tak.. terpaksalah beli kat sogo.. sebab jenama antarabangsa dan berharga hampir RM200

17- Souvenier : Ini so far dah beli.. sebab nak beri pada kanako utk birthday dia bulan 5 dan juga hadiah untuk keluarga kanako... Buat masa nie dah berhajat nak bagi kain batik borneo (beli masa ke kuching aritu).. dan untuk buah tangan nak bagi kopi 434 yang dibeli masa pergi kenduri sepupu aku kahwin kat muar.. org muar tahulah kopi nie.. kopi gajah.. aromanya kalau buat.. satu rumah boleh cium... since aritu ada beli 3 pek kopi dlm bentuk uncang.. so decide nak bagi diorg sorang satu pek.. dan juga terfikir nak bagi kerepek hahaha... very tipikal local product kan.. since aku duk area yg terkenal dengan industri kerepek kat selangor nie.. so belilah untuk diorang rasa.. hadiah birthday kanako dah siap2 beli masa kat Kota Kinabalu ari tuh.. gelang batu emas yang diikat suasa.. beli gelang ini 3 utas untuk kami bertiga.. meaning kami bertiga ada gelang dengan batu dan design yang sama..

18- Bag: Aku pelancong yang kurang lasak.. maka beg tarik menjadi pilihan utama dan 1 back pack akan dibawa... balik dari tokyo dah siap2 ambik 25kg.. mulanya plan nak ambik 20je.. tapi risau sebab takut terlebih berat je nanti.. maklumlah dah plan nak beli kain cotton sekali masa p nippori fabrik town

19- Toiletries : Ini benda-benda yang waib kena bawa jugalah, walaupun hotel memang menyediakannya.. tapi memandangkan kami nie bertiga berkongsi 1 bilik.. so tak nak ambik risiko kalau tak cukup bahan hehehe.. lagipun lebih selesa bawa benda2 nie sendiri sebab dah memang sedia ada dalam beg.

20- Buku catatan travel : Patut dari dulu lagi aku dah buat buku catatan nie.. so better late than never.. so untuk travelling tahun 2014 ini.. aku mulakan buku catatan ini.. mudah untuk aku rekodkan.. dan tulis apa juga berkaitan kembara aku nanti.. maklumat berkaitan penerbangan.. perjalanan.. kewangan.. benda yang do and don't.. food and etcs... InsyAllah selepas ke Jepun.. hujung bulan 6 pulak akan ke Bandung untuk urusan kerja.. kali ini dah maklumkan dengan pakwe dia kena ikut (atas arahan aku) hahahah... kesian kat dia.. sepanjang 2012-2014 nie.. dah 4 negara aku pergi tanpa dia.. so tahun nie kena follow ler pulak..

21- Cetakan dokumen penting : Buat masa ini belum lagi buat check in online sebab untuk date balik nanti masih belum boleh check in online.. so dalam minggu depan proses cetakan akan bermula dan buat masa nie.. semua maklumat hotel, tempat makanan halal dan lain-lain dah dicetak.

My Travelling book
InsyAllah akan rekodkan pengalaman perjalanan ke sana nanti 
Next trip
InsyAllah Bandung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...