Salam petang Isnin
Tinggal 10min sebelum nak bergerak ke lab.. ada kelas petang nie macam biasa... dan aku tahu setelah sekian lama aku tak update blog...Sibuk dan teramat sibuk.. rasa seolah tidak punya masa nakbercerita macam dulu.. kat UK dulu pun bz gak.. tapi tetap ada masa nak beronggeng.. sibuk dan stress dengan study pun.. aku tetap punya masa nak ke town jalan2 cuci mata.. bila masuk musim fall atau autumn.. aku sudah gerakkan kaki ke park untuk ambil gmbr daun2 perang yang berguguran.. atau.. mengajak pakwe ke Highland menikmati saujana mata memandang pemandangan indah musim gugur di pergunungan..
Semalam aku berjaya mendapatkan tiket untuk tayangan pkl 2ptg untuk sequel filem terakhir twilight saga.. Breaking dawn part 2... di UK dan US tayangan bermula pada 16 Nov... di Malaysia.. 22 Nov.. tapi aku dapat tgk 25 Nov.. Plan asal nak tgk sabtu tuh.. tapi tiket semua penuh.. akhirnya aku dapat juga tengok pada hari Ahad.. beli tiket siap2.. ajak pakwe temankan... dan finally... berjaya tengok dengan gembira.. bezannya.. 4 filem sebelumnya.. aku tonton di UK.. reaksi panggung di UK jauh berbeza dengan di Malaysia.... suasananya lebih meriah.. di Malaysia pun not bad.. kecuali.. ada 2 budak remaja yang duduk belakang aku sibuk buat ulasan sendiri... nak je sound... 'Aku nak tengok wayang ler.. bukan nak dengar komen korang'
Aku rasa filem ini.. dari segi action dia memang menarik.. tapi banyak sangat part dan scene yang di'tiada'kan menyebabkan jalan cerita yang sepatutnya memberikan impak lebih pada cerita itu buat aku rasa tergantung.. Seperti scene bella jumpa J.Jenk.. sebenarnya ada beberapa pertemuan.. dan itu dikira antara scene yang mengambarkan bagaimana Bella berdepan dengan orang awam buat pertama kali.. dan bagaimana dia mengukur keyakinan dirinya sendiri terutama selama ini dia sering mengganggap Vampire itu cantik.. dan selepas dia sendiri menjadi vampire.. baru dia sedar yang dia juga cantik..
Begitu juga dengan scene apabila Bella berdepan dengan jacob dan menyedari Jacob Imprint dengan Reneesme... Scene itu lebih violent sebenarnya.. tapi dalam filem.. suam2 kuku je.. tak seperti yang digambarkan dalam buku.. dan ketika inilah kesetiaan seth pada Jacob sebagai ketua menyerlah..
Begitu juga scene semasa bella berlatih untuk meningkatkan kuasa pelindungnya.. reneesme terlibat dalam scene ini.. tapi dalam filem hanya Edward sahaja yang digunakan.. Pada aku scene kehadiran reneesme itu juga sepatutnya ada kerana ia menonjolkan kasih sayang seorang anak yang ingin membantu ibunya..
Overall.. menarik.. aku suka scene action yang terakhir yang digambarkan oleh Alice kepada Aro.. walaupun hanya dalam bayangan minda Alice.. tetapi apabila di'visual'kan dalam action sebenarnya penonton rasa lebih teruja..
Sayang scene dimana apabila saksi utama yang juga merupakan anak kacukan manusia dan vampire.. tidak ditonjolkan sangat.. sekadar ditayangkan sebagai saksi.. sedangkan.. selepas episod berperang itu.. scene inilah yang menonjolkan rasa kagum saksi itu pada Bella.. dan bagaimana dia mengharapkan seandai ibunya sendiri diberikan peluang untuk hidup seperti Bella..
Sesiapa yang belum menonton.. boleh cuba menonton.. Aku menonton kerana aku sudah berulang kali membaca keempat2 buah buku tulisan stephenie meyer ini.. dan kini kelima-lima filemnya telah aku tonton... Akhirnya.. Sequel ini sampai ke penghujungnya...
Monday, 26 November 2012
Movie sequel terakhir Twilight-Breaking Dawn Part 2
Labels:
Cakap-cakap
Sunday, 4 November 2012
Minyak zaitun & Habbatus sauda
Salam Petang Ahad
Aku hari ini ke pejabat.. Rajin sungguh aku kan.. merancang nak siapkan nota untuk kelas minggu depan.. tapi keadaan bilik tingkat bwh kena ketuk dinding dan bunyi drill.. buat telinga aku sakit sungguh.. lupa pulak nak bawak earphone.. idak leh sumbat pasang lagu kuat2..
Sejak beberapa bulan nie.. aku mula makan 1 produk minyak zaitun dalam bentuk capsule.. berjenama Minsyam olive oil.. 1 pek ada 20 biji dengan harga RM10.. ada juga capsul habbatus sauda 20biji dgn harga RM12.. Aku sejak dari di UK.. memang dah mula makan habbatus sauda yang dibawa oleh rakan dari arab saudi berjenama baraka.. kalau di negara sejuk amat sesuai untuk badan.. kat malaysia pun sesuai juga.. lagipun kebanyakkan orang dah sedia maklum dengan kebaikan habbatus sauda kan.. minyak zaitun pulak dari dulu antara minyak masak yang kami guna untuk masakan.. hby dulu selalu beli yang 5 liter dalam bentuk tin (bukan botol plastik mcm minyak masak biasa).. memang harga dia mahal sikit.. tapi kita juga sudah sedia maklum dengan kebaikan minyak zaitun kan..
Memandangkan kawan aku sekarang dah jadi stokis.. maka aku pun tolong kawan2 jugalah.. lagipun tak mahal.. 1 pek hanya RM10 untuk minyak zaitun dan RM12 untuk habbatus sauda.. untuk stok sebulan hanya perlu ambil 3 pek (baru RM30-jimat dan murah).. sehari 2 biji.. sebelum tidur atau selepas sarapan.. aku biasa makan selepas sarapan.. sebab dia boleh bust energy untuk kerja hari tuh.. Sauda kebiasaannya aku makan sebelum tidur.. ikut masing2lah..
Testimoni?? hahahaha.. ini adalah yang orang lain alami dan pengalaman sendiri.. baru2 nie aku beri kakak ipar aku cuba.. awal2 aku sound.. "nanti akak akan terjaga automatik pkl 5 pg tau kalau dah mula makan"..
Semalam dia call aku.. antara perkara pertama yang dia beritahu lepas makan minyak zaitun tuh.. "betul ler.. pkl 5pagi jek dah celik mata.. terus ingat ko tau.." tergelak sakan aku kejap... Sebab aku dah kena dulu dah.. memang senang sangat nak solat subuh sebab pkl 5 dah terjaga kan.. badan pun takde lesu sangat.. dan satu lagi kakak ipar aku juga beritahu... dia ada masalah sembelit.. 5 hari makan minyak zaitun tuh.. terus senang lawas buang air besar... lepas tuh terus order 3 pek untuk stok sebulan.. Ramai orang dah cuba.. yang ada masalah darah tinggi.. stroke.. pun ada yang cuba.. kawan baik aku ayah dia ari tuh kena stroke darah tinggi.. Alhamdullilah elok dan kurang sejak makan.. sebenarnya kawan baik aku tuh dapat tau dari seorang kawan dia juga.. yg juga beli untuk family kat kampung.. Aku sendiri pun.. lepas nie nak bagi mak aku cuba (dia pun ada darah tinggi kencing manis).. lagipun sebab benda tuh minyak zaitun je.. so sebab tuh aku galakkan cuba..
So aku pun nak promosi jugalah.. boleh pergi ke laman web official di http://www.minsyam.com/v1/index.php untuk tahu lebih lanjut pasal produk nie atau boleh guna google atau cari dalam FB
Selain daripada capsul minyak zaitun dan habbatus sauda.. ada juga lotion minyak zaitun RM20 baik untuk kulit dan rambut, juga minyak masak zaitun.. dan juga sabun minyak zaitun RM10 untuk bersihkan kulit badan dan muka.. Aku InsyAllah lepas nie nak cuba sabun dan lotion zaitun pulak.. sebab dengar kawan aku kata kulit muka dan badan dia bersih dan cerah lepas pakai sabun tuh.. dan lotion tuh sesuai untuk yang ada masalah kulit dan rambut.. lagipun harga taklah mahal sangat.. dan ianya 100% adalah minyak zaitun bukan ubat-ubatan yang diproses dan dicampur macam2... sebab itu aku memang beri 100% recommendation dan cuba.. sebab dah jadi amalan pemakanan dari kat UK lagi.. apatah lagi sekarang nie produk macam-macam kan.. yang pakai collagen.. minum collagen.. Bukan kata tak elok.. ada yang berkesan.. tapi tak kurang juga yang ada masalah.. (aku tak berani nak komen sebab tak ambik collagen).. tapi kalau nak tanya pasal penggunaan minyak zaitun dan habbatus sauda.. benda nie aku dah lama makan dan guna selama 5thn di UK..
Kalau ada yang berminat nak order.. boleh je beritahu kat sini... nanti aku uploadkan website kawan aku tuh kalau nak order direct dr dia.. kalau mana kawan-kawan yang kenal tuh.. kalau berminat nak order beritahulah.. kalau yang kat oversea tuh InsyAllah boleh usahakan kalau nak diposkan.. ;)

Friday, 2 November 2012
November..
Salam pagi jumaat
Lama sungguh tak update blog.. bukan terlupa.. tapi sibuk giler.. aku rasa aku dah terlau letih dengan beban kerja.. beban thesis study sampai sekarang tak sempat2 lagi nak jengah.. kena paksa diri cari masa..
Raya haji pun dah lepas.. raya haji kali nie biasa sahaja... aku cuti khamis.. tapi selasa dah balik kampung sebab selasa dan rabu tuh aku ada meeting di KL..
Minggu depan kuliah mula semula.. student habis cuti break sekejap.. lepas tuh cuti balik 4 hari sebab cuti deepavali dan awal muharam.. minggu tu juga aku ada kursus di kl selama 6 hari.. kena kuarantin buat kerja.. ada juga rasa macam menyesal terima tugas tuh hahahaha... walaupun dibayar.. tapi rasa tak berbaloi dengan pengorbanan masa dan tenaga.. cuma boleh ambik jadi pengalaman kot.. in future?? xtaulah.. kalau tgk ok maybe aku join lagi.. kalau tak.. that it.. baik aku ngajar PJJ.. ribu leh claim ahaks..
Sudah beberapa hari rumah aku ada astro hahahaha... aku ambil juga sebab dah bosan tengok tv2, tv3, al-hijrah dan ntv7 hehehe... bila astro masuk je.. 1st channel yang aku tengok ada BBC news dan Sky News.. rasa macam duduk UK balik.. sekarang tengah sibuk liputan berita pasal banjir di New York.. dan dapat jugalah tengok balik news kat UK macam rutin biasa aku 5 tahun kat UK.. aku memang gemar menonton berita.. baik pkl 8 malam je.. aku mesti switch to TV3 sampai 8.30.. lepas tuh switch ke tv2 untuk dengar berita bahasa inggeris pulak... nie sejak ada astro.. Sky news dan BBC news another addition to my fav news.. channel news lain aku tak minat.. maybe sebab aku tak pernah ke australia dan US.. so channel; CNN ke.. lelain ke.. kurang feel sikit..
So far.. Astro takdelah best sangat.. channel sky yang aku subcribe kat UK dulu.. double triple lagik best dan lebih banyak channel.. channel movie kat astro ada 3 jek.. kalau ada box office tayangan hebat tu.. tambah lagi 2.. yang lain kena beli kalau nak tgk astro First dan Astro best.. bab nie yang aku macam frust sikit.. sebab dulu masa ada SKY.. channel movie jek ada dekat 6 7.. tak masuk lagi channel hindustan.. aku rasa ada dekat2 100 channel kot all together yang aku boleh view.. Paling best.. bila hari jumaat je.. movie mesti movie baru... best2 pulak tuh.. tahun lepas punya movie mesti dah ada.. dulu.. kalau jumaat malam je.. aku mesti dah terpacak kat TV.. sebab tahu..latest movie akan keluar waktu tuh.. tak sempat tgk.. mlm esok dia akan ulang tayang..
Semalam juga.. hby kawan aku sound kat bini dia hahaha... dia kata aku ambik astro tuh bila nak tengok??? hahahaha.. tergelak.. memanglah time aku tengok pun malam aje.. tapi setidak2nya aku punya pilihan nak tengok tv.. nie idak balik2 5 channel tv biasa je yang aku tgk.. hahahhaa... actually.. aku suka tengok movie dan news.. lagipun.. dengan pakej superpack RM125 oklah... dulu aku ambik SKY sebulan pun dekat £65 je.. macam2 channel..
Sekarang nie aku rasa terpanggil2 nak balik UK... InsyAllah akan diusahakan secepatnya.. tak sabar nak terbang balik sana.. tapi risau cuaca tak menentu sekarang nie...

Tuesday, 9 October 2012
Minggu sibuk.. Thesis bila nak sambung semula nie??
Salam Petang Selasa
Mula minggu ini.. Kelas berjalan macam biasa.. cuma tugasan bertambah sebab kena tanda kertas exam.. key in markah hjg mggu nie.. baca forum student2 PJJ yang 4 group.. buat nota.. hal2 semua yang berkaitan dengan kerja.. Akibatnya?? Thesis aku tergendala sekian lama.. nak dapat mood buat semula alahai.. senanglah hendaknya..
Tak banyak nak dikongsikan.. melainkan kawan baik aku request aku stop balik kg untuk stayback kat ofis masa weekend nak siapkan thesis.. terfikir nak buat juga cenggitu.. sabtu dan ahad.. tapi keadaan bangunan yang tengah renovate.. pecah dinding sana sini.. habuk2 bertabur sana sini.. buat aku rimas sungguh ler...
Ye bangunan 4 tingkat yang aku duduk nie.. tingkat 2 dia p pecah dinding.. bayangkan habuk tanah merah yang berterbangan sana sini.. Tak sihat?? memang rasa amat tak sihat.. nak keluar pun rasa tak selamat.. macam duduk bangunan kena bedil jek rasanya..
Hujung minggu nie rasa malas nak balik kampung.. maybe aku start duk ofis kot.. sebab minggu depan last kuliah sebelum cuti semestere break..

Bila tak balik kg..
Rindu pulak ngan si putih nie..
Dia mmg suka tidur kat bilik air nie..
Sejuk...
Eh.. Nie sapa yang duk oversea nie ;)
Labels:
Cakap-cakap
Monday, 1 October 2012
Tua sebelum usia..
Salam Tghari Isnin..
Buat sekian kalinya selepas 14 minggu kuliah dan 4 bulan mengharungi semester 1 untuk program diploma.. Akhirnya minggu ini mereka exam akhir.. bermakna tamatlah sesi pengajian kuliah mereka minggu lepas.. Jumaat ini mereka ambil exam final.. menandakan.. mungkin inilah kali terakhir mereka mengambil kuliah bersama aku.. selepas ini.. maybe yes or maybe not.. kami akan dipertemukan semula..
Aku sejak dulu.. bila tiba akhir semester perasaan sentiasa bercampur2.. Syukur sebab tanggungjawab sudah dilaksanakan.. kini semester ini ada 3 group degree pula yang mengambil subjek yang hampir sama.. group pelajar yang berbeza.. bukan sekadar aku kendalikan kuliah.. malah aku turut kendalikan 2 dari 6 waktu makmal bagi subjek ini.. kiranya.. secara tidak langsung aku involve secara terus dengan tugasan projek..
Minggu ini aku balik ke kampung.. buat pertama kalinya minggu lepas aku tidak pulang ke kampung.. rasa lain bila memandu pulang ke kampung jumaat lepas.. rasa macam dah lama sangat pulak tak memandu ke kampung.. yelah sejak ayah meninggal hampir 4 bln nie baru sekali je aku tak balik kekampung.. itu pun kerana aku ada kelas student PJJ pada hari ahad lepas.. itu yang aku korbankan masa balik ke kampung dengan melepak di rumah..
Tadi aku buat sikit review tentang satu produk kecantikan Safi Rania Gold.. Sejak balik ke Malaysia.. aku dah tukar produk.. dulu di UK aku pengguna tegar produk Elizabeth Arden.. Sebelum tuh banyak juga yang aku dah cuba.. dari Olay.. ke Simple.. ke Body Shop.. akhirnya aku guna Elizabeth Arden.. sejak guna krim tuh.. ramai yang tegur kulit aku nampak sekata.. dulu produk tuh mampu buatkan kulit aku tak kering sebab perubahan cuaca yang sejuk.. selalu menyebabkan kulit aku kering.. apatah lagi tiap kali basuh muka mesti basuh guna air panaskan.. bayangkan 5 tahun.. pakai air panas.. lepas jek wuduq memang kena pakai moisturizer.. kalau lambat sikit.. kulit rasa gatal dan kering..
Sejak balik ke Malaysia.. aku gunakan Krim Safi UV protection sebab aku agak concern dengan sinar UV kat malaysia.. maklumlah duk UK 5 thn tak merasa panas matahari.. Aku berhenti guna Elizabeth Arden sebab krim yang aku guna tuh takde UV protection dan harga dia melambung mahal dekat sini hampir RM200 1 botol.. Bila dekat nak habis tiub krim Safi UV tu (alah botol dia mcm botol fair lovely color pink).. masa aku survey nak beli yang baru.. Jurujual akak tuh.. recommend kat aku set Safi Perfect 10.. siap beli serum, pencuci muka dan krim kecantikan.. serum dah masuk botol kedua.. pencuci muka dah habis 1 tiub.. masuk tiub kedua.. dan serum botol ke2 pun dah nak habis.. lagipun harga dia berpatutan.. dan senang nak beli kat mana-mana.. semua pasaraya dan kedai ada produk nie.. malas pula nak try produk lain yang banyak dijual secara langsung tuh sebab nak kena cari agen dia pulak..
Bulan lepas aku ditegur sebanyak 3 kali oleh 3 individu berbeza mengenai tekstur kulit aku.. Sorang BFF kata kulit aku gebu lain macam.. hahahha... putih...aku buat dek jek sebab pada aku.. kulit aku memang jenis cerah sejak dulu.. pada aku andaian tuh biasa jek.. Lepas tuh masa melepak ke rumah sorang lagi kawan di bangi.. member Shah Alam aku tegur.. kenapa kulit muka aku nampak makin cerah berseri jek.. Bila dia komen nie.. aku pelik sikit sebab kami sama-sama geng di UK dulu.. tempoh masa kat sana pun lebih kurang je ngan aku..Kulit diorg pun lebih kurang macam aku.. tapi bila ditegur begitu aku sedikit hairan.. Bila aku cakap aku guna Safi.. kata aku disambut dengan komen seorang rakan dia yang pakai Safi Rania Gold.. katanya bila dia pakai waktu malam.. esok pagi dah nampak kulitnya putih cerah dan lembut.. (teruja dengan komen kwn aku tuh.. tuh yang tergerak nak cuba Safi Rania Gold pulak)
Kemudian.. Sejak M balik... komen pertama dia hari pertama dia masuk kerja.. adalah.... 'kenapa muka ko nampak makin putih gebu jek..' hahahhaa Akhirnya aku pun cerita yang aku gunakan set Safi Perfect 10.. So bila dah 3 orang tegur benda yang sama.. akhirnya terpaksalah aku akur dgn keberkesanan Safi itu...
Kemarin aku beli set Safi Rania Gold.. belum pakai pun lagi sebab set Safi Perfect 10 masih ada lagi.. beza 2 set nie.. yang Rania Gold ada emas 24k.. yang Perfect 10 takde 24k emas tuh.. tapi ingredient basic sama.. Mula aku ingat yang Rania Gold tuh utk org tua je hahhahaa... tapi bila baca testimoni ramai jek yang muda pakai.. yelah mana tau leh lawa macam Rozita Che Wan hehehe... jangan itu.. kawan lelaki aku pun ada yang pakai krim kecantikan Safi Rania tuh.. macam tak percaya je hahaha...
Menulis entri ini bukanlah sebab nak puji diri sendiri yang nampak muda atau jelita atau cerah putih melepak tau.. tapi sekadar berkongsi pengalaman sendiri.. Safi Rania Gold aku belum cuba.. tapi Kalau yang Safi Perfect 10 tuh.. aku boleh recommend sangat2.. lebih bagus pakai bersama dengan serum dan krim kecantikan.. kalau pakai krim pun ok je. tapi kalau dipakai bersama serum.. krim dan serum tuh lebih sebati di muka dan nampak lebih sekata.. Wah dah jadi promoter kecantikan pulak..
Mesti geng2 perempuan suka topik nie kan hahahha... Satu lagi.. Lipstik pun aku dah mula gunakan lipstik kolagen.. keluaran dHerbs harga RM25.. Mungkin sedikit mahal dari brand lipstik yang lain macam loreal.. maybelline.. Sebab apa aku suka pakai lipstik nie? sebab dia ikut warna darah.. warna tak terlalu merah.. dan sederhana pink.. yang paling utama lipstik nie ada pelembab.. bibir tak kering dan warna merah dia kekal agak lama sebab dia jenis meresap ke bibir berbanding lipstik lain yang biasanya mudah tanggal dan meninggalkan kesan pada cawan bila kita minum air hehehhee... So far dah masuk lipstik kedua..
Sesekali share petua kecantikan ok juga kan.. Apa pun janji happy.. Pakailah dengan penuh keyakinan bak kata kawan baik aku ;)

Pintu Masuk yang aku lalu setiap hari
:)
Labels:
Cakap-cakap,
Cantik
Thursday, 20 September 2012
Bila orang suka buat andaian tertentu
Salam Pagi Khamis
Minggu ini minggu kuliah penuh.. Minggu depan kelas akhir untuk program diploma.. dan minggu ini kelas degree dan PJJ pun bermula.. Schedule aku penuh hingga hujung minggu.. Sudah beberapa hari aku keletihan.. semalam sahaja hampir pkl 10 baru aku selesaikan semua urusan rumah.. dari beli barang.. balik masak.. basuh kain. sidai baju.. kemas bilik.. gosok baju.. lipat kain bagai.. semua itu rutin biasa aku setiap hari... hanya boleh dikira berapa kali sahaja aku berpeluang untuk berehat sebelum pkl 7.. sempat melayan drama pkl 7 di TV3.. skrg nie.. langsung takde peluang..
Minggu ini emosi aku sedikit terganggu.. dah puas sabar sebenarnya.. tapi entahlah kadang2 aku rasa bosan dengan andaian orang terhadap sesuatu.. benda yang kita tak buat.. dituduh buat.. hanya sebab dia rasa.. dia rasa.. benar atau tidak itu belum jadi persoalan lagi.. kadang2 lebih dahsyat.. berlaku pun tak lagi.. tapi dia punya andaian dan sangkaan seolah-olah benda tuh dah pun berlaku..
Semalam tahap kesabaran aku memang maksima dah.. aku letih sangat semalam.. ditambah aku nak siapkan semua urusan rumah yang berderet menunggu untuk diselesaikan... sejak kerap pulang ke kampung setiap hujung minggu.. urusan rumah kebanyakkan terpaksa aku selesaikan pada hari bekerja.. nie pun kira minggu nie aku belum ada lab di waktu petang.. mula minggu depan.. aku akan lebih letih.. pagi kelas dan petang pulak lab..
Kemarahan aku semalam tidak ada kena mengena dengan pakwe aku di rumah.. tapi berkait rapat dengan sikap seorang sahabat ini.. Kadang2 jalan terbaik untuk penyelesaiannya.. adalah diam.. malas dah nak bertekak.. kita dah makin tua.. bukan makin muda.. dan aku sendiri pun banyak benda lain nak buat dan fikir.. malas nak melayan benda2 yang merepek2 dan bukan2... ini bukan zaman remaja lagilah... Kadang tak faham juga apa lagi yang tidak puas hati sangat.. nak kata tak melayan kehendak dia.. rasanya hampir semua kehendak dia aku turutkan.. entahlah kadang2 bosan rasanya... hanya sebab satu gurauan dah nak ambil serius.. yang buruk tuh tuhlah yang diungkit2.. yang baik aku buat takde pulak nak ingat atau ucap terima kasih pun...
Dulu masa di UK.. rasa lebih tenang hidup sebab kalau ada masalah pun sekadar dengan diri sendiri je.. Jarang sangat terlibat dengan emosi orang lain... Hidup aku.. hidup kau.. rutin aku setiap hari adalah kerja.. pergi CIS dan balik rumah... tak kacau orang.. tak usik hidup sesiapa... Sekarang nie.. semua nak dilayan.. itupun aku masih amalkan sikap privacy yang tinggi di kalangan rakan sekerja.. kalau takde hal.. aku buat hal sendiri je.. takde sibuk2 nak menjengah bilik jiran tetangga sebelah bilik di pejabat mahupun jiran tetangga di rumah sendiri.. Maybe org akan kata aku buat hal sendiri.. Malas nak layan sebenarnya.. lagi2 pula kebanyakan hal2 di rumah aku yang uruskan sendiri..
Biarlah.. Aku malas nak melayan.... baik layan lagu lagi best kan..

Lepaskan oleh Wanna
Best melayan anmasi nie.. walaupun bukan dihasilkan oleh orang yang buat klip ni..
Animasi macam ini antara projek assignment untuk student degree aku semester nie..
:)
Labels:
Cakap-cakap
Wednesday, 12 September 2012
Hampir sebulan menghilangkan diri
Salam petang rabu..
Lagi 3 hari genaplah blog ini dah dekat sebulan tak update.. raya pun dah nak abis.. minggu nie last raya.. sekejap sahaja rasanya berpuasa dan kemudian sambut hari raya.. tup2 dah nak habis raya.. rasanya banyak lagi rumah kawan-kawan yang belum sempat pergi raya.. nampaknya tunggu p raya haji jelah ;)
Sebulan nie selepas sibuk cuti raya seminggu.. aku pula sibuk training programming Java Servlet pulak... naik minggu itu student pula masuk untuk minggu pertama semester.. kini kampus dah kembali sibuk.. minggu ini minggu tambah gugur kursus.. aku pula.. kecuali hari rabu je takde kelas.. selebihnya pagi dan petang ada kelas dan lab..
Esok sahabat baik aku M balik dari New Zealand.. sekejap je masa berlalu kan.. rasa macam baru je dia pergi bulan 3 ari tuh.. aku pulak.. sepanjang 6 bulan sibuk dengan kelas dan juga kerja2 ofis.. baru semalam aku demam.. perut meragam tahap kritikal hingga ke toilet setiap 15min.. Alhamdullilah hari ini ke toilet tak seteruk semalam.. selesai je kelas semalam... aku terus tidur sampai dekat nak balik.. nak bawak badan pun tak larat.. balik umah.. singgah kedai beli roti.. sebab hanya itu sahaja selera tekak yang ada.. beli bubur segera dan panadol soluable... selesai makan roti.. telan ubat.. makan bubur.. barulah badan berpeluh.. baru rasa kebah sikit demam.. dalam tuh sempat juga p kedai balik sebab terfikir nak bawak kek batik untuk jamuan raya kat fakulti.. demam2 tuh sempat lagik buat kek..
Hari ini Alhamdullilah perut tak meragam sangat.. tapi masih ke toilet gak.. harapnya malam nanti makin baik.. esok dan lusa ada kelas... Jumaat macam biasalah.. rutin balik kampung macam biasa.. weekend nie cuti panjang kan.. berderet2 cuti bulan nie.. hari tuh cuti raya... seminggu pastu cuti merdeka.. pastu cuti 1 malaysia pulak..

Sejak kebelakangan nie aku suka layan lagu nie..
OST drama bukan bidadari tayangan tv3 setiap hari selasa 9-10malam
Labels:
Cakap-cakap
Subscribe to:
Posts (Atom)