Monday, 27 June 2016

Ku baca semula buku ini setelah sekian lama...

Assalamualaikum


Entah kenapa tetiba apabila aku bersembang dengan seorang rakan.. aku teringatkan buku ini... maka usai sahaja berbuka puasa dengan sahabat itu.. aku cari semula buku ini yang tersusun kemas di rak buku di rumah..

Malam itu aku luangkan sedikit masa untuk membaca semula setiap entri dalam buku ini... komen aku tentang Blook ini pernah aku tulis di entri ini pada 6 May 2013... woooohhhh dah 3tahun berlalu kan..

PRU13 & Blook 'Kuehbakar.. ia bukan tentang kueh'


Kueh pun dah jarang update blog dia... rindu juga membaca entri dia yang selalunya bersahaja tetapi kelakar kadangkala... rasanya kebanyakan rakan yang dulu rajin menulis dan kemaskini blog.. sekarang dah semakin menjauh... atau mungkin menulis di tempat lain.. atau mungkin sahaja seperti aku yang kadang sibuk dan terlupa kehadiran blog yang satu itu..

Dalam membaca entri.. terjumpa kata-kata ini dalam buku kueh bakar.. entri 'Chenta.. Wednesday, January 21, 2009'

Macamana nama gelemer aku ada dalam buku nie eh... hahaha
 Recall... dulu nick aku Tukang Cuci Cute.. sebab kisah tukang cuci antara sebab aku buat blog ini pada asalnya..

Aku masih enjoy baca buku ini... banyak kisah yang mencuit hati.. tidak ketinggalan juga kisah sedih yang pernah dicoretkan..

Andaian aku kini selepas 3 tahun pasti sudah banyak kisah demi kisah yang berlaku dalam hidup masing-masing.. aku pun begitu juga.. banyak benda terjadi.. ada yang berulang seperti rutin kebiasaaan.. ada yang berubah.. ada yang baru.. ada yang ditinggalkan..

Tahun ini sahaja 2 orang sahabat baik aku kini dah menjadi penulis buku.. dan sudahpun menerbitkan buku pertama mereka.. Aku?? entah belum ada rasa nak buat buku walaupun sebenarnya banyak sahaja bahan yang boleh ditulis.. menulis buka yang santai?? ada ke yang nak baca?? hahaha... kalau sahabat aku sorag tuh baca ayat aku nie.. sure aku kena tarbiah... hahaha

Apa istimewanya buku kueh bakar ini?? mesti ada yang tertanya sebab edisi buku nie pun bukan boleh beli kat kedai buku.. tapi istimewa kena dapatkan dari tuannya sendiri.. istimewanya sebab ini adalah kisah hidup dan kadangkala juga sebuah pandangan... setiap kita ada pandangan kita masing-masingkan... aku pun begitu juga...

Pernah dulu masa aku aktif menulis di blog ini.. pernah singgah seseorang yang 'anonymous' yang mungkin pada awalnya tertarik dengan gaya penulisan aku... dan dia pula mula komen di blog.. dan bila sahaja aku tidak setuju dengan pandangannya aku dilabel pula sebagai tidak matang dan emotional... hang on... masa tuh aku bit 'hot temper'.. bukan sebab aku tidak boleh menerima pandangan orang... tapi aku juga tidak semestinya kena terima semua pandangan orang dengan mengangguk sahaja... come on.. this is my blog... I wrote what I like... I tak paksa pun u agree on me.. but if you dont agree.. that fine... but dont force me to accept your point camtu je...

Bagi mereka yang selalu menulis blog.. pasti sahaja maklum banyak juga benda yang kadangkala tentang hidup.. seseorang atau peristiwa yang kita kongsikan bersama... aku tidak ketinggalan juga.. aku mula menulis blog dari tahun 2007... jika blog lama.. banyak juga kisah yang aku kongsikan tentang pengalaman silam dalam hidup.. later bila blog itu gelemer kat UK dulu.. aku mula slowdown menulis sebab bila sahaja aku update.. bila jumpa rakan-rakan... ada sahaja yang mereka komen dan sembangkan... then this blog come up as an alternative... why?? I can become semi-invisible sebab ada yang kenal aku gak walaupun pakai nama samaran.. but still.. I'm happy to be as it is now... sebab itu memang takdelah gambar muka aku dalam blog nie.. sila lah cari memang takde... yg ada just pandangan blkg je hahaha...

Apa pun.. aku masih suka menulis di sini terutama bila ada rasa nak luahkan sesuatu.. atau rasa nak kongsikan sesuatu.. setiap kita ada emosi masing-masing.. aku pun begitu juga...

p/s Dik Kueh.. ko pernah komen dalam entri 6 may 2013 tuh ko nak buat blook kedua tahun 2015... nie dah 2016 nie dik.. mana? mana? mana? Hang p mana dik?

Monday, 6 June 2016

1 Ramadhan 2016.. Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum dan Salam Petang Isnin

Alhamdullilah tahun 2016 ini sekali lagi kita berpeluang berpuasa bersama lagi kan.. Begitu sekejap sahaja masa berlalu.. nanti tup tup.. dah nak raya (hahaha baru sehari puasa dan fikir raya eh...)

Ramadhan kali ini sama sahaja seperti yang sebelum.. cuma minggu ini boleh tarik nafas sikit.. sebab baru nak masuk gear bergerak.. minggu depan kembali rushing sebab minggu exam.. pastu kelas pun dah start.. tapi minggu depan nak full blast kelas semua... kena handle 2 program lak tuh...

Rutin berpuasa.. buka dan sahur sama sahaja aku rasa.. setiap tahun camtu juga.. cuma kemeriahan berpuasa di rantau orang dulu... masih terkesan dalam ingatan.. kini berbuka kadang lebih banyak sendirian dan kadang terikat dengan komitmen kerja macam biasa... meaning balik kerja pun masih macam biasa.. kalau ada pun awal sikit je kot dari biasa.. selebihnya rasanya tak banyak yang berubah kecuali mungkin kadar keletihan itu sedikit bertambah kerana perlu masak untuk buka dan juga sahur... kena cari resepi ler lepas nie..

Aku lebih banyak terasa dan teringat kenangan lama dengan kawan-kawan bila berpuasa ni.. yelah dulu pun selama 5 tahun duduk dirantau orang.. dan kawan-kawanlah keluarga semasa berbuka.. kemeriahannya tak dapat dibandingkan dengan kenangan lain pun... tapi yelah itu semua kenangan lama kan.. mungkin dapat dirasai lagi andai aku kembali ke sana atau ke negara lain.. (hasrat nak 'migrate' ada tapi belum masanya lagi kot)

Berpuasa mengajar kita erti sabar dan menahan diri.. kawal nafsu.. kawal emosi.. kawal fikiran.. banyakkan amalan.. tambahkan pahala.. itu sebaiknya..

Selamat berpuasa buat semua sahabat.. Salam Ramadhan Al-Mubarak


Tuesday, 31 May 2016

Adakala kita teringat bukan sebab kita rindu.. tapi sebab ia sebuah kenangan..


Assalamualaikum dan selamat pagi.. Salam Pagi Selasa

Terlalu banyak kenangan dalam hidup kita kan.. dari kita kecil hingga kini pastinya jika dikira kenangan itu mahu beribu atau berjuta jumlahnya.. ada yang sedih... ada yang gembira.. ada yang memalukan.. ada yang istimewa..

Selalunya kenangan yang sedih dan terluka itu lebih banyak kita ingati kerana selalunya kenangan sebegitu yang membuatkan kita menjadi lebih matang dan tabah dalam menghadapi kehidupan.. Ada juga kenangan yang indah yang kita ingat.. tapi mengingatinya juga buatkan kita rasa sedih kerana masa tidak mungkin dapat kita ulang kembali..

Kenangan bertemu dan berpisah selalunya lebih pahit untuk diingat kerana mereka pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita.. terutama bila kita pernah punya kenangan indah.. gelak ketawa.. gembira.. sedih malah juga mungkin selisih faham... semua itu menjadi warna warni dalam sesuatu perhubungan.. persahabatan.. dan juga percintaan...

Semalam aku tanyakan seorang sahabat.. jika kita rindu pada seseorang apa yang perlu kita lakukan?? banyak jugalah cadangan yang dia berikan.. antaranya titipkan doa (terutama untuk yang sudah tiada di dunia ini).. call atau text orang tersebut... dan mungkin ingat kembali kenangan bersama..

Banyak mungkin faktor yang membuatkan kita teringat.. kadang bila berada dalam situasi tertentu buatkan kita teringat kenangan itu.. adakala bila kita ke sesuatu tempat.. buatkan kita teringat tempat yang lain.. kadang bila kita gembira atas sesuatu perkara.. kita teringat pula seseorang yang selalu ada bersama tapi mungkin dia dah takde lagi.. atau mungkin tidak dapat bersama lagi..

Pada aku pula ada 3 keadaan yang mudah membuatkan aku teringat kenangan.. satunya adalah cuaca.. apabila aku mula berada di dalam keadaan yang sejuk... atau extreme sejuk.. maka kenangan selama 5 tahun di UK pasti akan datang dalam ingatan.. sebab kenangan rasa sejuk itu terlalu sinonim dengan kenangan lama itu..

Dua.. bila aku sesuatu tempat yang menyerupai tempat yang pernah aku kunjungi maka nama-nama sahabat atau mereka yang pernah aku bersama ke tempat itu akan buatkan aku teringat.. kenangan di tempat ini terlalu banyak.. malah di sekitar tempat kerja.. KL.. KLIA.. Subang.. Langkawi.. Kuching.. Butterworth,, Penang.. juga pernah punya kenangan yang terlalu banyak pada aku...

Tiga.. lagu.. Aku suka muzik.. banyak lagu yang kadangkala bila aku dengar automatik ia akan mengingatkan aku pada seseorang.. ada beberapa lagu yang aku kerap aku 'synchronous' dengan seseorang.. atau aku kaitkan dengan kenangan tertentu atau situasi tertentu.. bab ini jiwang sikit hahaha... aku boleh hidup kalau tak tengok TV.. tapi kalau tak dengar muzik.. uihh payah sikitlah...

Mendengar lagu ini banyak mengundang kenangan silam sebenarnya.. terutama rasa-rasa yang pernah aku lalui

Tetap dalam Jiwa : Isyana Saraswati

Tak pernah terbayang akan jadi seperti ini pada akhirnya 
Semua waktu yang pernah kita lewati bersama 
nyata hilang dan sirna 
Hitam Putih berlalu 
Janji kita menunggu 
Tapi kita tak mampu 
Seribu satu cara kita lewati tuk dapatkan semua jawaban ini 

Bila memang harus berpisah 
Aku akan tetap setia 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa
tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa 

Memang tak mudah tapi ku tegar menjalani kosong nya hati 
Buanglah mimpi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history 
Hitam Putih berlalu 
Janji kita menunggu 
Tapi kita tak mampu 
Seribu satu cara kita lewati tuk dapatkan semua jawaban ini 

Bila memang harus berpisah 
Aku akan tetap setia 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Bila memang ini ujung nya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa 

Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 

Bila memang harus berpisah 
Aku akan tetap setia 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa 
Tak bisa tuk teruskan 
Dunia kita berbeda 
Bila memang ini ujungnya 
Kau kan tetap ada di dalam jiwa

p/s Oh ya.. sekitar bulan ini atau bulan lepas.. aku ada terima text daripada seseorang rakan yang 'perasan' ada beberapa entri dalam blog ini yang aku tulis konon ye ada kaitan dengan dirinya... lalu dia katakan pada aku.. untuk tidak menganggu aku lagi... Untuk rakan itu... Maaflah.. mohon jangan perasan boleh tak??? hanya 2 entri yang awal2 dulu aku ada tulis tentang apa aku rasa tentang dirimu itu pun kerana isu pentingkan diri.. tapi the rest after that.. tidak ada langsung kena mengena pun... Pleaselah.. kalau tak tahu sila tanya.. jangan memandai nak perasan pulak... tak faham kadang-kadang... aku rasa aku tulis tak pernah pun sebut nama sesiapa.. kecuali mereka yang benar-benar rapat sahaja... Please move on ok..

Thursday, 26 May 2016

Day 4: Arriving in Tokyo

Assalamualaikum

Lama sungguh nak sambung entri nie.. tapi gagah juga nak update... ini kerana jika pengalaman ini tidak ditulis, pastinya kenangan ini juga akan tersimpan tanpa dikongsi bersama..

I miss japan... ok.. plan nak pergi semula pada 2017 atau 2018 nanti :)

Sambungan daripada sini
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas 'check-in' di hotel dan letak semua beg-beg kami. Kami pun mula bergerak untuk menjelajah tokyo. Tujuan kami nak beli souvenier dan jalan-jalan sahaja. Kami kembali ke Shinagawa Station dan mengambil keretapi ke Takeshita Street. Stesen yang kami tuju adalah Harajuku Station.

 
Shinagawa Station

Jalan Takeshita ini juga dikenali sebagai Takeshita Dori dimana terdapat banyak kedai-kedai butik fesyen bercirikan amerika dan anime. Kami menuju ke Jalan Omotesando yang juga dikenali sebagai Tokyo's Champs-Elysee. Di sini terdapat kedai-kedai yang berjenama.

 LaForet Harajuku dan Tokyu Plaza Omotesando Harajuku


Kami berhenti di sebuah gerai yang menjual pakaian kimono lama dengan harga yang murah. Sebelum tiba ke Tokyo aku dah mula mendapat beberapa pesanan untuk membeli kimono, so misi seterusnya adalah untuk mengambil beberapa gambar kimono dan upload ke facebook untuk sesi 'confirmation' nanti.
 
 Kimono yang terpakai

Kami sekadar melihat-lihat sahaja. Kami mula bergerak ke sebuah kedai bernama 'oriental bazaar' yang terletak di Omotesando. Gerai ini banyak menjual cenderahati dari kimono hingga ke poskad dengan harga yang lebih murah.
 Happi Coat dan Kimono di Oriental Bazaar


 Tidak ada orang lokal yang singgah di sini sepanjang kami ke kedai ini sebanyak 3 kali.. hanya pelancong sahaja yang kami jumpa. Kenapa aku katakan murah? sebab ada sesetengah barangan di sini kami dah bandingkan harga di tempat lain. Kami sekadar melihat-lihat beberapa barangan dan berjanji akan kembali ke sini semula untuk membeli barangan kemudiannya.

Oriental Bazaar

Selepas berjalan-jalan sekitar Omotesando, kami mula bergerak pula ke Takeshita Street untuk melihat fesyen remaja jepun. Ketika ini hari sudah semakin gelap dan kurang kelihatan gadis-gadis comel yang selalunya berdiri di pintu masuk untuk menjemput pelanggan masuk. Kami sekadar melihat-melihat dan mengambil gambar sahaja.
 Takeshita Street atau Takeshita Dori


Tidak ada apa yang kami beli di sini, kami lebih sekadar melihat-lihat sahaja. Lagipun baru sampai ke Tokyo, kami merancang untuk datang semula nanti untuk membeli souvenier sebelum pulang. Sedang kami berjalan, kami terjumpa kedai King Kebab, aku lebih teruja sebab ianya halal.. so apa lagi.. kami naik ke tingkat atas dan mula membeli kebab. Kanako dan Nuch turut membeli kebab. Kami beli bungkus dan makan di bahagian bawah kedai tersebut.

King Kebab Harajuku

Selesai makan, kami singgah pula ke Daiso Harajuku dan membeli beberapa barangan yang kami berkenan.


Selesai membeli belah serba sedikit, kami mula bergerak balik ke hotel. Hotel kami menyediakan bas pergi-balik ke Shinagawa Station. Ini amat memudahkan kami. Malah hotel yang kami tinggal juga berhampiran dengan stesen keretapi ke Haneda Airport.

Sampai ke hotel, kami sambung makan makanan segera yang kami bawa dari negara masing-masing. Masa inilah aku ambil peluang upload gambar-gambar di facebook. Ketika ini aku mendapat beberapa pesanan 'confirmation' membeli kimono daripada 2 sahabat baik, aku maklumkan pada kanako yang esok kita perlu ke Harajuku semula untuk membeli beberapa kimono di gerai tepi jalan dan juga di Oriental Bazaar. Selesai bersembang kami pun berehat untuk perjalanan seterusnya esok..

Tuesday, 3 May 2016

Why did sometimes we feel empty and lonely?

Salam Petang Selasa

Selamat hari pekerja walaupun dah lepas 2 hari... Tak kisahlah kan.. janji masih ada masa dan peluang..

Why.. back to the question.. and why did I'm asking this question??? Something bad.. something happen??

This is just a thought that been in my mind sometimes this week... I think at certain point in life people would feel this way.. either its coz by someone.. or situation or even incident... We would feel that way.. and sometimes we try to figure out the solution.. but its difficult to get the answer... having a partner in life is a blessing.. but sometimes we need friends to make our life more meaningful and colorful...

I think I had try my best to become someone that always try to understand everyone.. either families.. sibling.. friends.. lovers.. partner.. BFF... but I started to question myself today.. Have they ever tried to understand me instead.. or even thought or think about me.. or at least try to understand how I feel.. What I have been thru.. what I had done for them... sometimes I used to question myself.. would I ever deserve to be love at all.. would anyone love me as who I am.. except my bad. my rough.. my mistake.. my stupidity.. my selfishness...

Question all this.. doesn't even get me to answer any of those questions... I think it make me more drifting away from the main point... but I just let it be.. I might not have the answer now.. but I hope I would get the answer finally later in life... It might be anywhere or after certain situation that I have to face later.. or maybe when someone would be kind enough to explain to me.. and give me the answer in a good way..

I think I had come to a point that all things in my life have change faster and faster and I really struggling to catch it up... I'm almost out of breath.. I'm trying to breathe and inhaler deeper and sucking all that I could but its not as easy as it takes..

Life is meaningful and colorful if we choose to live it that way.. Life could be gruesome and grumpy.. if we always see and think opposite... but as a human.. sometimes there are days that we choose to see life in bad way and start judging people and ourselves...

 p/s Life please be easy on me... Lets take things one at the time.. and enjoy all the moments...


Friday, 29 April 2016

Rasa-rasa..

Assalamualaikum dan salam petang jumaat

Sejak kebelakangan ini.. macam-macam rasa yang ada... adakalanya rasa itu lebih pada rindu.. adakala rasa serabut.. hahaha.. adakala juga rasa seperti kehilangan sesuatu.. dan adakalanya rasa perlukan seseorang..

Hidup itu warna warni.. bertemu dan berpisah itu lumrah.. adakalanya pertemuan itu muncul semula.. namun adakala juga pertemuan itu adalah yang terakhir buat kita.. kematian itu suatu yang pasti kan..

Banyak yang rasa ingin diluahkan di sini.. tapi aku mengambil jalan untuk tidak menyatakan semuanya di sini.. ada yang perlu disimpan sedikit sebagai rahsia hati.. begitu berat kali ini untuk menyatakan apa yang dirasakan.. terlalu banyak perkara dan rasa yang perlu difikirkan.. adakala rasa terbeban seketika.. namun hati dan fikiran masih mampu bertahan lagi..

Entri kali ini mungkin kedengarannya agak separuh jalan barangkali... sepanjang sebulan ini berulang kali aku dengar mengatakan banyak tentang aku yang sudah berubah.. sikap.. tutur kata.. tindakan.. perasaan.. mungkin ada benarnya... tapi begitu ketara juga mereka mula menilai aku sebegitu ye...

Banyak juga perkara yang aku kini tidak lagi 'excited' nak buat macam dulu-dulu.. haha.. banyak juga perkara yang aku 'stop' dari melakukannya... banyak juga tutur bicara kini aku lebih 'direct' dan berterus terang... 'tak nak' begitu mudah untuk aku katakan... 'tak mahu' juga kini mudah untuk dinyatakan... Aku kini memilih dalam setiap tindakan yang akan aku lakukan.. mana yang mempunyai kepentingan untuk orang lain.. atau memerlukan untuk aku menjaga hati orang... tidak lagi aku teruja untuk melakukan.. selalunya aku melihat kepentingan untuk diri sendiri dan keperluannya untuk aku.. Jika ianya hanya untuk keseronokan mereka.. selalunya aku back-off .. dan sering sangat aku terima tindakan balas... 'you dah lain sekarang kan' dan aku hanya sambut dengan senyuman dan gelak ketawa sahaja...

Setiap kita pasti berubah kan.. keadaan.. persekitaran.. rakan-rakan.. kehendak.. keperluan akan membuatkan kita perlu berubah... dan terpaksa berubah... begitu juga aku.. mungkin kini rasa lebih 'cool' untuk menghadapi sesuatu walaupun adakalanya aku tahu ianya tidak mudah untuk aku...

Sejak kebelakangan ini juga beberapa kenangan lalu datang mengetuk pintu hati.. mengetuk kembali rasa kenangan silam... adakalanya aku layan memikirkan.. yang aku kenang adalah kenangan yang indah-indah sahaja.. yang sedih.. yang pahit.. aku tidak mahu fikir.. walaupun sebenarnya ia pasti ke situ juga... Teringat juga rasa-rasa gembira yang pernah hadir ketika kenangan itu hadir dalam ingatan..

Teringat bukan sebab aku mahu kembali pada kenangan itu.. teringat juga bukan kerana aku rindu pada mereka itu... teringat juga bukan kerana aku mahu sambung semula yang terhenti.. teringat hanya kerana itu pernah menjadi detik gembira dalam diri.. teringat kerana itu pernah menjadi sebahagian daripada diri aku sendiri.. teringat kerana melalui kenangan itu.. menjadikan aku seperti diri aku kini..

p/s Selamat tinggal kenangan silam... Harapnya aku tidak ingat lagi semua itu.. tapi siapa tahu.. ia pasti datang kembali kan..


Seperti Novel Cinta -Shiha Zikir
Aku suka lagu ini..
Mendengar lagu ini memang membuatkan aku teringatkan kisah lama...



Monday, 18 April 2016

Kehilangan dan Kematian

Assalamualaikum dan Salam Petang Isnin

Pagi semalam aku dikejutkan dengan berita yang arwah tok (nenek) dikhabarkan nazak. Mak dari awal minta aku bersiap untuk ke rumah tok.. Kelam kabut jugalah kami... Bila kami sudah separuh perjalanan mak dapat panggilan yang arwah tok dah takde.. kami tetap juga teruskan perjalanan..

Sampai sahaja.. rumah tok yang bersebelahan masjid pun ada beberapa orang.. ada yang aku kenal dan ada yang tidak.. sedara mara belah mak sememangnya aku tak kenal sangat.. kebanyakan mereka ini orang ada-ada/ berada.. sebab itu aku kurang kenal dan mesra sangat dengan mereka..

Menjengah arwah tok dikatil.. aku sedikit terkejut.. kain yang menutup jenazah sedikit tidak sempurna.. pengalaman menjaga arwah nenek dan arwah ayah semalaman.. buat aku sedikit prihatin.. lalu sahaja aku minta dari mak untuk mencari kain batik lepas yang baru supaya jenazah lebih tertutup kemas.. memandang wajah arwah tok aku sedikit sebak.. tapi yelah,, pasti sahaja hati mak lebih sebak dan sedih..

Sebenarnya sejak kebelakangan ini hati aku memang sedikit gelisah.. pernah juga beberapa kali terlintas tentang berlakunya peristiwa kematian ini.. seperti mana aku pernah niat terlebih dahulu.. Dulu arwah nenek... aku dan mak juga yang mandikan... kali ini.. arwah tok.. aku ambil peluang untuk melakukan perkara yang sama.. Syukur sebab aku berpeluang melakukannya... bukan kerana hendak berasa bangga atau apa,, tapi setidaknya adalah sedikit ruang dan peluang untuk aku berbakti untuk mereka di saat akhir mereka di dunia ini...

Dulu aku lebih rapat dengan keluarga di sebelah arwah ayah.. arwah nenek memang nenek kesayangan aku.. menjadi cucu sulung perempuan buatkan aku disayangi arwah nenek... manakala arwah tok pula agak garang.. menjadikan kami adik beradik agak kurang mesra dengan dia.. namun rasa hormat tetap ada... pernah dulu rasanya 7 8 tahun yang lepas.. aku pernah bertengkar dengan arwah tok.. itupun kerana dia mengutuk dan mengejek mak depan kami adik beradik... aku memang panas telinga dan paling tak boleh tahan... itulah pertama kali aku mengamuk depan arwah tok... sampai aku ingat ucu pernah cakap dengan aku.. 'tok tuh marah anak dia (mak aku).. ko sibuk kenapa?'.. lantas aku jawab dengan selamba 'ya betul.. mak itu anak tok.. tapi ucu juga jangan lupa... anak yang dia cakap itu.. adalah mak saya'  sampai ucu aku terdiam tak mampu nak jawab soalan aku balik... mmmm ini kisah lama lah... benda dah lepas.. tapi tetap juga aku ingat sebab pernah jadi kenangan pahit pada aku dalam mempertahankan maruah mak suatu ketika dulu...

Namun aku syukur.. pengalaman yang pernah aku lalui.. sebenarnya membuatkan aku belajar erti hormat.... erti budi bahasa... erti budi pekerti.. menjaga adab.. menjaga bahasa... keluarga arwah ayah amat meniti beratkan tentang tingkah laku.. perkataan dan bahasa yang digunakan.. tertib.. berjalan kena tunduk.. bila hendak makan perlu sapa dulu org tua.. keluarga sebelah mak sedikit kasar dan bahasa juga agak keras.. selalunya kami adik beradik lebih banyak diam daripada bercakap... namun kami paling geng dengan anak-anak arwah pak long.. mak anak no 4.. sampai sekarang pun masih geng lagi... sepupu yang lain?? susahlah kawan dengan anak-anak orang kaya ni hahaha... kami yang geng sama jawa dan banjar ini juga yang best berkawan.. maklong aku org jawa.. dan arwah ayah pula orang banjar... keturunan mak pulak.. bangsa bugis..

Bila berlaku kematian juga buat aku berpeluang melihat dan menilai tingkah laku manusia.. perangai adik beradik.. sepupu sepapat... berjumpa sepupu yang aku tidak kenal langsung... yang menyambut arwah tok dalam kubur semalam rupanya sepupu aku sendiri.. anak pak cik ayob yang kini tinggal di indonesia.. arwah tok penah cerita dengan aku kisah pakcik ayub dilahirkan... degilnya pakcik ayub itu.. itulah seronoknya bila duduk mendengar cerita dari orang tua... aku rindu kenangan silam ini.. dulu dengan arwah nenek.. sering sahaja aku dengar kisah arwah ayah masa kecil.. dari kisah zaman susah jepun.. hinggalah pengalamannya.. paling aku rindukan nasihat-nasihatnya.. kini aku hanya ada mak sahaja untuk aku dapatkan nasihat dan panduan... benarlah kata orang.. bila orang tua sudah tiada.. kadang jurang pemisah antara sedara mara juga makin terasa...

Semalam aku selami juga hati mak... mak kini kehilangan kedua-dua orang tuanya... dulu semasa arwah nenek meninggal... mak ngah pernah cakap dengan aku... 'kini mak ngah dah anak yatim piatu.. dah takde mak dan ayah'. Aku selami juga hati arwah ayah masa tuh.. selalunya hati lelaki nie kan lebih keras dan kuat.. tapi penghujung hayat arwah ayah dulu pun.. arwah ayah lebih banyak berpesan-pesan juga...

Cuma bezanya kali ini.. aku lebih kuat menerima kematian berbanding dulu.. ye memang sebak dan pahit untuk ditelan.. tapi rasanya tidak seperti dulu... kehilangan arwah ayah memang aku sukar hadapi.. paling aku ingat.. aku cium wajah arwah ayah sepanjang malam aku berjaga entah berapa kali.. berpuluh atau beratus barangkali...  sampai orang pelik tengok aku,.. tapi aku tak peduli... sebab aku tahu hanya itu sahaja peluang yang aku ada untuk aku cium arwah ayah...

Kematian itu pasti.. dan menginsafkan... 
Redha pada setiap pemergian... 
Al-fatihah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...