Salam
Malam tadi, pengumuman yang dibuat oleh PM kita (Dato Seri Najib) mengundang rasa sedih pada semua rakyat Malaysia.. pelbagai riaksi.. komen.. kata-kata dan seribu satu rasa hadir dalam diri setiap kita..
Sedih sudah tentu... pagi tadi sebelum mulakan kuliah.. sempat minta semua pelajar sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama islam.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terjadi.. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. Sama ada kita dapat jumpa kotak hitam atau tidak.. itu juga dengan izin dan ketentuanNya juga..
Tragedi kali ini begitu dekat dengan hati kita.. dekat dengan rasa seluruh rakyat Malaysia... Mungkin kesedihan itu tak sama dengan ahli keluarga yang terlibat.. apatah lagi dengan keluarga 2 peneraju utama pesawat tersebut.. Aku kira tindakan mereka yang tidak mahu ditemubual oleh wartawan adalah amat bijak.. adakalanya wartawan itu lebih suka mensensasikan benda yang tidak sepatutnya.. apatah lagi waktu sedih begini..
Setiap kita pernah melalui episod kehilangan dalam hidup.. samada kehilangan ayah.. bonda.. adik beradik.. rakan baik.. mahupun saudara mara terdekat.. setidak-tidaknya.. kubur mereka kita ketahui dimana.. jasad mereka sempat kita ratapi dan lihat.. tapi buat mereka di MH370.. jika diizinkan Allah.. bertemulah kita dengan jasad mereka.. jika tidak.. di lautan kubur mereka... Apa juga doa kita akan sentiasa bersama-sama mereka..
Sebenarnya sejak sabtu lagi aku dah mula terasa yang mereka dah 'tiada' disebabkan oleh satu artikel yang disiarkan.. mengundang sedikit rasa hiba dan sayu dan terasa seolah mereka sebenarnya dah lama 'tiada' sebenarnya.. perkara yang sama juga telah diberitahu oleh seorang rakan seminggu yang lalu.. cuma ianya belum dinyatakan secara 'rasmi'...
Apa juga.. Semoga roh mereka dipelihara dan dirahmati.. Tidak kira apa juga bangsa dan agama.. kita turut meratapi dan menangisi kehilangan mereka..
p/s Ada beberapa status dan komen yang disiarkan dalam facebook berkenaan bacaan Al-fatihah utk MH370.. ada yang mempertikaikan isu ini.. come-onlah.. Al-fatihah itu kita baca untuk diri kita sendiri juga.. dan kita ambil kesempatan sedekahkan pada yang tiada.. mahupun pada yang hidup.. takkanlah sebab sedekahkan Al-fatihah ini pun nak dijadikan isu...
Setiap hari selagi teringat... Aku cuba dan sentiasa bacakan Al-fatihah untuk arwah ayah.. setidaknya.. ia sampai pada ayah sebagai hadiah dan kuburnya diterangi sentiasa... so sad when people even argue about this.. kalau tak suka atau tak nak buat.. janganlah sampai menghalang orang lain daripada membuat perkara yang baik...
Tuesday, 25 March 2014
Yang pergi tak kembali lagi..
Labels:
Bicara
Tuesday, 18 March 2014
Adakalanya.. lain yang kita fikir.. lain pulak yang kita buat
Salam
Kemarin.. Ahad... aku ajak BFF pergi makan seafood kat Jeram... Lama sungguh tak ke sana.. sebenarnya ke sana sebab nak survey jalan ke SMK Jeram.. Isnin aku kena drive ke sana.. ada keje kat situ...
Lepak-lepak makan seafood kat restoran pantai jeram... kali ini rasanya macam ada kurang sikit berbanding dulu.. Oh ya aku ada buat post pasal restoran tuh.. dan antara rating tinggi dalam blog nie..
So Semalam.. dengan keyakinan dan keunggulan.. memandulah hampir 1jam 15min ke situ... dan sampai sana.. dengan 'yakin'.. ye.. sekali lagi diulang dengan 'yakin' aku pun call lah student tuh... bagitau aku tengah tunggu dia kat kantin sekolah... lama juga tunggu tup-tup dia call balik.. dia cakap.. dia tak nampak aku.. puas dah dia pusing kantin tuh... ohhhh aku dah pelik... pesal lak dia tak nampak aku..
Tetiba dia cakap balik.. 'Saya kat SMK Subang nie puan...'
Ohhhh.. dan dan tuh aku tepuk dahi...
Silap sekolah rupanya aku... memang patutlah tak jumpa kalau pusing 100 kali kantin tuh pun memang takkan jumpa aku...
Gelak sakan.. actually gelakkan diri sendiri...mengucap dan istigfar jugalah banyak kali..
Call student yang memang kat sekolah tuh... sembang2... pastu balik ofis...
Uihhh.. penat jek memandu jauh-jauh dan bawak laju2.. silap sekolah rupanya
Ok.. Esok InsyAllah akan ke sana balik... dan waktu ini (lepas makan dan solat) baru sampai dari Subang...
p/s.. ohhh... aku semakin muda nampaknya ;)

Cakap-cakap
Wednesday, 12 March 2014
Hilang dan tumpang glamour
Salam
Rasanya semua rakyat Malaysia waktu ini sedang berduka.. kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya semua pihak.. kini dah masuk hari ke 5 kehilangan.. Aku sendiri antara kebanyakan rakyat juga tak senang duduk.. saban hari waktu terjaga.. terfikir.. Syukur Alhamdullilah.. masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup lagi..
Kehilangan ini menyebabkan banyak berita dan spekulasi ditulis dan disebarkan dengan berleluasa.. dengan spekulasi awal kapal selamat mendarat di Nanninglah.. ada org menyamar menjadi anak perempuan salah seorang penumpanglah.. siap letak dlm tweet dan di 'quote' stesen berita.. tup-tup rupanya dia menyamar sahaja.. orang begini memang keji.. tak kena lagi diri sendiri kan... lepas tuh.. ramalan bomoh sedunia.. ditambah lagi dengan berita semlm ada yang dah kata jumpa kat vietnamlah.. kapal terbang terjongket di ekor.. ada yang selamatlah... hinggakan ada 1 blog lagi pulak siap buat ramalan.. akan dijumpa pada hari ke 7 nanti.. semuanya bakal selamatlah.. dan paling mengemparkan pulak hari ini.. ada minah australia pulak yang kata pernah bergambar dan 'berseronok' dgn co-pilot pulak...
Kenapa semua ini?? Sebabnya menumpang glamour.. mahukan publisiti dan ye kini Malaysia menjadi cukup terkenal di seluruh dunia... apa sahaja yang diberitakan.. dengan mudah akan tersebar dan dipercayai.. walaupun telah banyak amaran.. peringatan dan kenyataan dikeluarkan.. namun isu khabar angin ini semakin rancak dan terus popular.. hingga saban hari ada sahaja.. nota.. quote.. print screen.. photo edited.. photo upload.. yang berkisar tentang isu kehilangan ini..
Pada aku.. tiada apa yang boleh kita kata lagi.. sebab buat masa ini.. kapal itu masih hilang.. terpesona dengan temubual TV3 dengan kapten Norudin.. rasanya semua rata-rata terpegun termasuklah pengacara tv tersebut.. dengan jawapan dari kapten tersebut.. Selagi belum jumpa.. kita tak boleh nak dapat jawapan.. mengapa.. dan mengapa... apa juga semua itu ketentuan Allah s.w.t.
Bila mendengar berita ini.. semalam pakwe tetiba bertanya pada aku.. "Bila nak ke Jepun?'"
Aku jawab "InsyAllah 1 hb Mei ini"
"Berapa lama pergi?"
"Seminggu"
Selepas itu aku lihat airmuka dia sedikit berubah.. risau barangkali??
Ye aku tahu buat masa ini semua orang rasa begitu risau dan fobia apabila perjalanan yang dilakukan adalah berkaitan dengan penerbangan.. tapi acapkali juga kita terlupa.. sudah berapa banyak kali kemalangan jiwa yang melibatkan bas.. kereta.. motor.. lori berlaku di jalan raya kita.. tapi.. kita masih lagi yakin dan percaya menaiki kenderaan tersebut.. apatah lagi kadang dikendalikan oleh diri sendiri.. kadang orang lain.. Bukankah semua itu ketentuan Allah...
Pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang adalah pada tahun 2000.. ketika itu.. penerbangan yang aku naiki adalah diantara KLIA-London Heathrow selama 13jam penerbangan.. itulah penerbangan pertama buat aku dan suami.. penerbangan pulak lewat tengah malam sekitar pukul 12.30mlm.. yang lebih menarik.. penerbangan itu adalah pada 11 Oktober 2000.. sebulan selepas peristiwa 11 september 2000.. lapangan terbang heatrow pulak ketika itu baru 2 minggu sahaja dibuka semula untuk penerbangan antarabangsa.. Masih jelas di ingatan aku.. mak berkali-kali menyatakan kerisauan dia.. malah pernah minta aku batalkan sahaja penerbangan dan minta aku sambung belajar di Malaysia sahaja.. aku tidak ada pilihan waktu itu.. tiket telah dibeli.. surat penerimaan tawaran belajar telah diterima.. kuliah pun dah seminggu bermula.. Maka kami terbanglah dengan rasa yang bercampur-campur.. Ketika itu.. kami diberikan tiket kelas Business.. dan pada ketika itu.. hanya kami sahaja pasangan melayu yang ada di kelas tersebut.. seronok kelas business sebab ianya lebih selesa dari kelas ekonomi.. pramugari yang ditugaskan pulak.. kenal baik dengan sepupu aku.. (waktu itu sepupu aku suami-isteri adalah pramugara dan pramugari MAS yang sering mengikuti penerbangan antarabangsa).. maka kami diberikan layan yang cukup baik sekali.. bayangkan perjalanan 13jam tanpa henti.. penat memanglah penat.. tapi apakan daya kena teruskan juga apa yang telah dirancang..
Bila aku nyatakan perjalanan aku ke London ketika itu.. betul2 selepas peristiwa 11 september.. ketika mendarat di Heathrow.. entah berapa banyak jelingan dan pandangan serong yang terpaksa kami lalui dan lihat terhadap kami.. ketika ini sentimen begitu memang jelas.. terlalu banyak peristiwa yang kami hadapi.. teguran dan cacian yang juga pernah aku terima sepanjang setahun hidup di UK ketika itu.. hingga pernah ketika baru sampai.. ada yang menasihatkan untuk aku buka tudung.. demi keselamatan diri.. namun.. yang buat aku begitu yakin adalah.. semasa urusan imigresen di Heathrow... diantara barisan pegawai imigresen itu ada seorang pegawai perempuan muslim yang lengkap bertudung.. seketika aku rasa yakin dan syukur kerana sebelum aku terbang ke sana.. ada yang hingga menasihatkan aku untuk bersedia buka tudung atas urusan keselamatan...
Itu belum lagi kes ditegur oleh pemandu bas.. yang menyangkakan kami dari Afghanistan.. bila aku balas balik dan tanya dia tahukah dimana Malaysia?? tahu kah malaysia itu merupakan negara komanwel.. pernah dijajah oleh british dan ambil hasil buminya.. tercegang2 balik pemandu itu.. dan banyak lagilah peristiwa yang kekal ada dalam ingatan aku..
Buat masa ini.. kita doakan semoga pesawat MH370 akan ditemui.. dan masih selamat.. Andai tidak.. kita semua maklum akan apa yang berlaku selepas itu.. kadangkala bila melihat airmuka keluarga yang hilang itu.. terbayang juga muka mak dan pakwe sendiri andai aku pula yang ada di pesawat itu..
InsyAllah.. akan terbang ke Jepun.. Mei ini.. bukan sahaja pakwe yang mula risau.. malah Mak sendiri pun dah mula tanya pada aku hujung minggu yang lepas... InsyAllah kita serahkan pada Allah s.w.t..

Ketika menunggu flight ke London Heathrow Februari 2012 dalam perjalanan balik ke tanahair..
InsyAllah soon akan kembali ke sana
p/s Beberapa hari ini bila buka FB.. tiap kali ada orang yang pos something yang berita gembira tentang diri masing-masing.. aku rasa orang itu macam tak peka tentang kesedihan orang lain..
Negara sedang berduka.. walaupun life goes on.. but at least be sensitive lah..

Thursday, 6 March 2014
Warna dalam hidup kita..
Salam Khamis
Baru lepas blog walk ke blog Alis (爱) Peminjam.Rusuk.Fahri .. terbaca dia cerita pasal warna hijau.. macam-macam cara org decribe warna yang mereka suka..
Aku pulak.. ada 2 kawan baik.. meaning kawan selalu lepak masa makan tengahari.. dan kawan baik juga bila kena buat kerja sama-sama.. mereka ini termasuk golongan yang suka warna-warna tanah.. warna yang aku maksudkan adalah warna hijau alam.. dan warna coklat.. kenapa??? sebab banyak warna ini yang mereka pilih apabila melibatkan baju dan tudung..
Bila melepak dengan mereka.. warna baju dan tudung aku selalunya amat kontra dengan mereka.. sebabnya aku suka warna-warna ceria seperti.. pink, biru terang, kuning, oren, merah, hijau cerah, ungu dan warna-warna yang kita boleh kategorikan sebagai warna yang striking.. Namun koleksi baju kurung aku amat banyak warna pink, hijau, merah dan ungu.. manakala warna tudung fav aku adalah pink, biru dan kuning..
Sebenarnya kita semua pun tahu.. pemilihan warna secara tak langsung memberi impak kepada mood seseorang... dan adakalanya juga sering dikaitkan dengan personaliti seseorang..
Sumber dari sini Rahsia Warna Kegemaran Wanita
Atau yang ini Rahsia Psikologi Warna
Setiap kita ada warna yang menjadi kegemaran kita.. ada warna yang kita rasakan lebih sesuai dengan kita dan ada juga yang kurang sesuai.. macam aku.. tudung yang berwarna gelap sering aku rasakan kurang sesuai dengan muka aku kerana ia membuatkan muka aku nampak pucat.. dan kusam jek.. dan selalunya warna yang sering mendapat teguran kawan-kawan bila aku memakai tudung kuning atau oren.. warna ini sering mereka kaitkan dengan nampak berseri dan ceria..
Tapi bila memilih seluar dan kasut.. selalunya aku lebih suka memilih warna hitam, coklat atau biru tua.. mungkin sebab dah biasa dengan warna tipikal begitu.. jarang rasanya aku memilih warna lain seperti putih, oren, merah dll.. walaupun pilihan begitu memang banyak di pasaran..
Kereta pula.. aku lebih suka yang berwarna silver, biru laut, kelabu.. kurang berminat warna hitam sebab nampak macam ganas jek.. hahaha... tapi kalau takde pilihan dan berjenama seperti BMW hahaha.. ok jek.. ;)

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
Atau yang ini Rahsia Psikologi Warna
Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.
Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.
Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.
Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.
Setiap kita ada warna yang menjadi kegemaran kita.. ada warna yang kita rasakan lebih sesuai dengan kita dan ada juga yang kurang sesuai.. macam aku.. tudung yang berwarna gelap sering aku rasakan kurang sesuai dengan muka aku kerana ia membuatkan muka aku nampak pucat.. dan kusam jek.. dan selalunya warna yang sering mendapat teguran kawan-kawan bila aku memakai tudung kuning atau oren.. warna ini sering mereka kaitkan dengan nampak berseri dan ceria..
Tapi bila memilih seluar dan kasut.. selalunya aku lebih suka memilih warna hitam, coklat atau biru tua.. mungkin sebab dah biasa dengan warna tipikal begitu.. jarang rasanya aku memilih warna lain seperti putih, oren, merah dll.. walaupun pilihan begitu memang banyak di pasaran..
Kereta pula.. aku lebih suka yang berwarna silver, biru laut, kelabu.. kurang berminat warna hitam sebab nampak macam ganas jek.. hahaha... tapi kalau takde pilihan dan berjenama seperti BMW hahaha.. ok jek.. ;)
A colorful baju kurung today :)
Hari ini mood ceria macam kanak-kanak..
Labels:
Cakap-cakap
Monday, 3 March 2014
Bila teringat kenangan lama
Salam
Kemarin.. semasa aku browse facebook adik perempuan bongsu aku.. Aku tersentak seketika masa memandang header di facebook dia.. Tersentak sebab dia meletakkan gambar yang buat aku terus jadi rindu.. Yang manisnya sebab ianya disertakan dengan senyuman manis.. sebuah senyuman yang dah lama aku terlupa.. Gambar itu adalah gambar arwah ayah dan mak semasa duduk bersama..
Sedar tak sedar sudah nak hampir 2 tahun arwah ayah pergi.. bulan 5 nanti genaplah 2 tahun pemergian arwah ayah.. semalam pulak semasa melepak dengan jiran sebelah rumah aku... dia pun tersebut tentang arwah ayah aku.. dulu kan arwah ayah yang jaga rumah aku masa aku 5 tahun di UK.. so memang arwah ayah aku rajin menegur jiran tetangga aku.. kebetulan masa tuh cerita pasal pagar rumah.. so terbukalah cerita-cerita lama.. rumah aku sekarang nie memang telah di pagar pun oleh arwah tok pakwe aku.. pakwe khusus bawak dari kg untuk dia pagarkan rumah kami tuh..
Bila kita bersembang dengan rakan-rakan.. bila topik itu ada kaitan dengan orang yang mungkin dah tiada.. atau mungkin melibatkan kenangan lama.. memang mudah sangat hati tersentuh atau mudah juga fikiran menerawang ke detik itu.. seperti aku.. bila aku lihat gambar yang adik aku letak di facebooknya.. sejenak aku teringat semua kenangan yang pernah kami sekeluarga lalui.. terutama bila kami satu family semua ada dalam majlis itu.. Majlis terakhir yang kami semua keluarga berkumpul sebelum arwah ayah pergi.. adalah majlis pertunangan adik lelaki bongsu aku... dan yang paling meruntun perasaan aku adalah pagi itu.. sebelum adik beradik arwah ayah sampai (pakcik-makcik aku).. arwah ayah sempat duduk sebelah aku.. masa itu aku sedang gubah brg hantaran saat akhir.. arwah ayah sempat sembang dan beritahu aku perasaan dia tentang adik2 aku.. apa yang diharapkan dari kami adik beradik.. andai aku tahu itulah pesanan terakhirnya.. pasti aku akan luangkan masa yang lebih banyak untuk menjadi telinga luahan hatinya.. (menulis perenggan ini sahaja airmata aku berlenang tanpa henti)
Ahh... Andai aku dapat lihat semula senyuman arwah ayah seperti dalam gambar itu.. pasti aku akan lakukan apa sahaja...
Seperti mana aku duduk di sisi arwah ayah pada malam dia pergi.. dan mengharap dadanya akan kembali berombak dan bernafas semula... serius.. ketika itu aku benar-benang renung tubuh badan ayah dan aku pandang wajahnya... malah malam itu jugalah buat pertama kalinya aku mengelap badan arwah ayah dengan kain atas permintaan mak.. kata mak.. "biar kita bersihkan arwah ayah dulu.. nanti bila nak dimandikan nanti.. takdelah kotor sangat badan dia nanti" dan disebabkan aku mengharapkan begitu.. malam itu aku langsung tak dapat lelapkan mata hinggalah arwah ayah selamat dikebumikan..
Namun... Allah lebih menyayangi dia kan... Redha..
Al-Fatihah...

Thursday, 27 February 2014
Dah putus urat kot...
Salam
Tadi semasa lepas makan tengahari.. topik gosip kami hari ini adalah isu putus urat..
Ye tak silap dengar...
'Putus Urat'
Ada yang pernah dengar istilah nie??
Selalunya benda nie orang selalu sebut bila berkaitan dengan memori.. atau ingatan.... kalau mat saleh cakap.. 'short wired ' atau ada wayar yang rosak..
Tadi sembang jugalah tentang camna nak pulihkan ingatan balik hahaha.. bagi boleh memorize benda2 yang kadang kita mudah terlupa.. kesnya sebab dua2 kawan baik aku nie.. sorang terlupa yang meeting dia pergi pg tadi.. sebenarnya semalam sepatutnya... dan sorang lagi pulak.. patut malam nie kelas makmal.. dia terbagi tau student malam semalam... siap call aku pkl 8.00mlm minta no tel technician nak suruh buka makmal tuh.. masing-masing dah bergelak-gelak sakan.. itu yang sorang kawan aku cakap..
'Kepala kita nie dah putus urat kot '
Tadi ada jugalah beberapa tips yang kami duk kongsikan camna nak atasi masalah 'putus urat' nie
1- Amalkan selalu baca Asma Ul- Husna
2- Doa penerang hati, Surah Al-Insyirah dan Surah Al-Anbiya ayat 79, Surah Toha ayat 25-28
3-Makan kismis
4- Buat checklist.. gunakan Post-It note
5- Tampal notis peringatan pada diri sendiri bila ada benda urgent kena buat dalam masa terdekat (mak aku selalu buat cara nie.. kat rumah hatta nak tutup lampu pun ada notis kat suis lampu tuh)
6- Letak reminder pada email (kalau nak attend meeting)-ini biasa kami buat kat ofis.. tiap kali ada meeting penting jabatan/fakulti.. satu reminder akan dihantar secara automatik kepada semua orang 5 atau 10minit sebelum meeting bermula
7-Letak reminder pada Hp sendiri.. sampai masa.. alarm berbunyi
8- Terima jelah hakikat memang dah tua dan pelupa (ahaks)- yang ini redha jelah hehehe
Apa juga.. bila semakin meningkat usia.. memang ramai dikalangan kita akan mudah jadi pelupa.. adakalanya taklah sampai tahap berbahaya sangat.... banyak juga kes yang bahaya.. termasuk aku.. ada 2 lagi kawan aku.. yang kami pernah terlupa nak tutup dapur masak semasa memasak/memanaskan sesuatu.. Kes ini terjadi kat aku sendiri.. tengahari tuh balik.. panaskan kuah laksa.. memandangkan kedudukan dapur tuh ke belakang sikit daripada ruang tamu.. terus terlupa langsung pasal kuah laksa tuh.. tersedar selepas 2 jam masuk pejabat.. kelam kabut balik sebab risau kot rumah dah terbakar... nasib baik.. periuk jek rentung.. tapi takde kes letupan berlaku.. kawan aku pun kes yang sama... dan sorang lagi pulak.. masak air sebelum tidur malam.. lepas tuh terus masuk tidur tak ingat langsung pasal cerek air tuh.. kebetulan anak dia terbangun dan menangis sebab asap dah penuh kat dapur.. dan cerek tuh pun dah hancur tangkainya.. nasib baik juga gas tak meletop... and yes... adakalanya bila terlupa begini memang mengundang bahaya..
So ada yang pernah kena kes macam 'Putus urat' begini.. maybe boleh kongsi bersama..
p/s Agaknya orang yang tak reti pam tandas lepas guna tuh pun putus urat kot ahaks :)

Miss this cadbury chocolate..
Labels:
Cakap-cakap
Wednesday, 26 February 2014
Tisu Tandas
Salam
*Masih lagi isu pasal toilet..*
Rasanya sejak kebelakangan ini.. meaning sejak aku balik mesia last 2 years.. aku nampak ada new added kat mana-mana toilet.. Rasanya 6 years back benda tuh taklah popular sangat.. but nowadays.. benda ini macam benda popular dan wajib ada kat toilet..
Kenapa aku tetiba nak story mory pasal benda nie.. sebabnya toilet kat level aku.. kalau toilet tisu tuh dah habis... maka jawabnya mau seminggu 2 karang baru ada balik.. tension juga.. dan keduanya aku malas nak sound akak yg jaga toilet tuh.. kenapa? Sebab aku kan pernah jadi cleaner dulu.. kes yang sama pun pernah gak kena pada aku.. antara faktor tisu tuh takde... 1 sama ada memang cleaner tuh malas nak ambik kat stor (aku tak pernah malas camnie hehehe).. 2.. stok memang dah habis.. kena tunggu order baru (kes ini aku selalu kena masa kat UK.. staff complain selalu juga pasal tisu nie.. tapi sebab toilet aku jaga dulu ada pengering tangan so.. problem solve secara tak langsung)
Selalunya.. kebanyakan toilet ada 2 cara bagaimana diorg letak tisu toilet.. ada yang jenis letak kat setiap cubicle... ada pulak yang letak 1 gulung besar kat tepi singki.. so pandai-pandailah.. sebelum masuk toilet ambik dulu tisu kat gulungan besar tuh... kes macam nie memang jimatlah.. tak perlu nak check setiap cubicle dah habis atau idak tisunya..
Pada aku yang lebih selesa adalah letak tisu kat setiap cubicle.. senang.. selesa untuk pengguna dan cuma akan banyak kerjalah pada cleaner.. kalau masa aku kerja dulu.. gulungan besar yang diorg letak kat singki tuh.. adalah gulungan yang sama juga aku letak kat setiap cubicle.. biasanya dalam sebulan baru habis.. dan setiap hari kalau bersihkan toilet dulu mesti akan check tisu nie ada ke idak..
Perangai aku pulak.. sebab dah biasa.. setiap kali lepas guna toilet.. aku mesti akan ke singki dan ambik sabun sikit dan cuci tangan.. bukan cuci sikit2.. tapi cuci tapak tangan sepenuhnya.. dan disebabkan cara cuci begitu memerlukan aku keringkan dengan tisu yang ada... ada sesetengah toilet disediakan pengering tangan.. kat tempat aku nie takde... kalau toilet tisu dah habis.. at least pengering tangan tuh membantu jugalah.. dan bila musim sejuk.. pengering tangan nie membantu juga sedikit sebanyak untuk panaskan tangan :)
Dulu semasa di UK.. penggunaan tisu ini adalah penting selepas membersihkan diri.. bukan maksudnya bersih dengan guna tisu sahaja... bagi yang muslim.. semasa hidup diperantauan.. bila kena buang air.. biasanya kami dah biasa akan bawa botol air kosong.. so bila sampai masa nak buang apa yang patut maka.. botol atau cawan yang ada digunakan untuk isi air.. selepas proses tuh.. perlulah dibersihkan pulak dengan tisu untuk mengeringkan.. sebabnya?? kan cuaca kat sana boleh dikatakan 90% sentiasa sejuk dan berair.. terutama tempat aku.. musim panas pun mcm musim hujan kat mesia.. so kebersihan dan pengeringan pada mana-mana anggota badan adalah penting.. supaya tiada pembiakan bakteria hahaha...
Rasanya rata-rata kawan-kawan aku kat sini yang dah balik ke mesia.. semuanya masih terbiasa menggunakan tisu toilet dan biasanya..stok tisu nie kami sentiasa beli dan ada di rumah.. Dulu kalau masa kecik-kecik.. dulu2 jiran kiri kanan rumah aku adalah cina.. dan selalu nampak diorg beli tisu nie satu bungkusan besar.. orang melayu mana ada yang pakai tisu toilet kan.. cuba tengok kat rumah mak ayah kita kat kg.. takde kan.. tapi sekarang.. orang melayu pun dah mula pandai pakai tisu toilet.. bukan pakai tisu tuh.. tak nak pakai air dah.. masih pakai air.. cuma tisu nie digunakan untuk mengeringkan..
Kes ini membuatkan aku teringat cerita kawan baik aku.. masa dia baru balik mesia.... dia belilah tisu toilet nie dah letak kat toilet rumah dia.. so bila adik beradik dia datang.. seorang anak buah dia tegur kawan aku nie.. dia tanya.. 'mak lang buang air.. pakai tisu je ke' hahahaha... jenuh pulak kawan aku tuh nak terangkan kenapa tisu toilet tuh ada kat rumah dia...
Benda nie mungkin pada orang lain.. nampak remeh... tapi dalam kehidupan sehari-hari.. macam aku yang dah biasa... bila tisu nie takde kat toilet proses yang aku ceritakan tadi.. rasa terganggu sangat-sangat.. paling aku rasa ralat.. adalah selepas bersihkan guna air.. dan selepas basuh tangan bersabun.. hingga kadang sebelum ke toilet terpaksa bawa tisu sendiri.. (kalau di China.. orang sana memang akan bawa tisu toilet sendiri ke mana-mana toilet.. bak kata kawan aku.. sebatu dah boleh bau hancingnya)
Itu baru kes tisu toilet.. kalau orang perempuan pulak.. tisu muka adalah antara benda wajib dalam beg tangan kan.. kalau beg tangan aku.. bukan takat tisu muka.. tisu basah untuk multipurpose pun ada.. senang diwaktu kecemasan.. terutama time air kena catu nie kan... so kadang-kadang tisu basah nie amat berguna untuk membersihkan tangan atau muka dikala perlu...
p/s selalu rasa begang bila orang guna toilet.. kepala getah paip ada jek yang tak reti nak sangkut balik..

Stok tisu basah yang sentiasa ada dalam beg ;)
Labels:
Cakap-cakap
Subscribe to:
Posts (Atom)