Friday, 8 February 2013

Darah bangsa cina yang mengalir dalam diri..

Salam petang Jumaat

Hari ini hari terakhir bekerja sebelum cuti raya cina hingga selasa depan.. Means hari rabu baru masuk kerja.. dan M juga dah balik 2 minggu dari training di Kuching.. Sepatutnya aku ikut serta training tuh.. tapi mengenangkan aku mengajar kursus diploma.. dan kena ponteng kelas 2 minggu dan buat kelas ganti.. aku batalkan hasrat ke sana.. kalau tak boleh ronda-ronda bandar Kuching...

Sejak pulang ke tanahair.. dan selepas arwah ayah meninggal tahun lepas.. Alhamdullilah.. hubungan mak dan tok (mak pada mak aku) terjalin baik semula... Sebelum ini mereka ada krisis keluarga sikit yang menyebabkan mak tidak pulang beraya ke rumah Tok hampir 10 tahun.. Mungkin di sebalik kehilangan seorang suami (ayah) dan Tok aku juga kehilangan suami (Tok jantan- keluarga aku panggil Tok dan nenek aku dua-dua Tok.. cuma yang lelaki kami panggil tok jantan) maka Allah terbitkan rasa kesian pada Tok aku untuk menerima mak aku semula.. Ada hikmahnya jugalah.. Alhamdullilah kini mak dah kerap balik ke rumah tok.. kadangkala dia bermalam kat situ 2 hari.. adakala datang sekadar menjenguk.. Oklah tuh.. setidak-tidaknya.. hubungan anak-beranak yang terputus lama.. kini Allah satukan kembali..

Tok perempuan aku adalah anak cina dari keturunan cina dari tanah besar China.. mereka datang ke tanah melayu waktu itu seperti yang kita ketahui dalam sejarah untuk mencari kehidupan yang baik di tanah melayu.. Namun apabila kedatangan jepun ke tanah melayu waktu itu.. ramai orang cina diseksa dan dibunuh.. menyebabkan ramai orang cina lari pulang ke tanah besar China waktu itu..

Keluarga tok perempuan aku merupakan salah seorang daripada mereka.. menurut kata mak.. setelah diceritakan oleh neneknya sendiri.. Tok perempuan diserahkan pada Tok Yam (nenek mak aku) sehari selepas dia dilahirkan dengan tali pusat pun masih belum tanggal.. Menurut kata mak.. Tok ada beberapa adik beradik yang lain.. 2 3 orang tak silap aku.. Mereka terpaksa serahkan tok pada Tok Yam kerana mereka bakal belayar atas kapal yang jauh perjalanannya.. Aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana agaknya perasaan mak tok waktu itu.. pasti berat hati dia melepaskan anak yang baru dilahirkan sehari.. tapi keadaan peperangan dan kezaliman orang jepun menyebabkan mereka tidak punya pilihan..

Sejak dari itu.. tok dibesarkan dalam keluarga orang melayu.. dan menurut kata mak juga.. arwah isteri PM dulu Datin Endun.. adalah sepupu pada mak.. kiranya ayah dia dan tok tuh adik beradik sebab arwah tok jantan kawin dua.. macam tulah ceritanya.. detail aku tak tahu sangat sebab malas pula nak bertanya lebih-lebih.. lagipun kisah-kisah sebegini masa arwah ayah ada dulu.. dialah yang paling rajin bercerita pada kami.. Sebab itu aku selalu teringat arwah Ayah.. tiap kali balik ke kampung dulu.. pasti arwah ayah akan bercerita kisah kecik-kecik dia.. kisah salasiah keluarga dia dan mak.. dan macam-macam lagi.. adakala bila merenung meja makan di ruang dapur rumah mak.. selalu aku terkenang arwah ayah cukup suka berbual dengan kami di situ..

Sejenak bila mengenangkan kisah Tok perempuan.. membuatkan aku sedikit sebanyak terfikir.. pasti keturunan asal tok perempuan kini hidup merata di negara China.. sayang Tok tidak dapat mengenali siapa mereka.. terfikir juga bagaimana agaknya hati seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anaknya sendiri di bumi asing.. Pernahkah dia teringat anaknya itu?? Bagaimana pula dengan kakak dan abang tok sendiri.. masih ingatkah mereka ada seorang adik yang ditinggalkan di tanah melayu..

Persoalan ini kadangkala bermain juga dalam fikiran aku.. walaupun hakikatnya pasti aku juga tidak mungkin mendapat jawapan untuk itu.. Sayang kan.. hubungan yang pernah wujud itu kini terpisah dan mungkin sahaja lenyap bila generasi demi generasi dilahirkan.. Lagipun orang mungkin sahaja akan kata..buat apa dikenang benda yang lepas.. Benar.. tapi bila aku terfikirkan soal keturunan.. tiap kali tiba sambutan Raya Cina persoalan-persoalan begini kadangkala singgah dibenak fikiran..

Setiap kita punya kisah keturunan yang warna-warni.. begitu juga dengan aku.. kadangkala mengetahui asal usul dan susur galur keturunan dapat membuatkan kita memahami dan mengerti siapa diri kita sendiri.. Sekadar untuk mengerti siapa mereka sebelum kita.. dan bagaimana hidup kita boleh tercorak dan tercipta kerana wujudnya peristiwa silam begitu..

Sebab itu dulu-dulu masa aku kecil-kecil.. tiap kali tok aku datang ke rumah mak.. selalu aku dapat soalan dari rakan-rakan sekampung..
"Perempuan cina yang datang rumah ko tadi tuh siapa??"
dan aku pasti dengan senyum sinis dan selamba aku akan jawab
"Itu tok akulah.. bukannya orang cina"
masa ini aku belum tahu yang tok aku sebenarnya anak angkat melayu dan dia memang berbangsa cina ;)

Apa pun.. aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina' pada semua rakyat Cina di Malaysia.. Gong Xi Fa Cai..

Hiasan Tahun Baru Cina berdasarkan tahun binatang di Pavillion KL

Thursday, 7 February 2013

Bila teringat Murtabak..

Salam Petang Khamis..

Tinggal 3 hari je lagi nak raya cina.. Ye aku tak celebrate raya cina.. walaupun nenek aku berketurunan cina.. tapi sejak lahir telah dibesarkan oleh keluarga melayu.. Kiranya darah cina secara sahih mengalir dalam darah aku ahaks..

Sejak beberapa hari ini kerap sangat kenangan zaman di UK datang kembali.. Banyak sebenarnya.. terutama bila teringat aku suka window shopping bila balik dari CIS.. apatah lagi beberapa hari lepas snow turun dengan lebatnya kat sana.. kawan-kawan kat sana pulun sakan upload gambar main snow.. main sledge.. hujan air batu.. dan semua benda-benda yang dah 5 tahun aku lalui..

Rindu?? mungkin juga.. tapi semua itu telah aku tinggalkan.. Malas nak menoleh ke belakang lagi.. sebab mungkin selepas Ayah pergi.. kenangan di situ seolah jadi hambar pada aku.. rasa 5 tahun di sana.. dibalas dengan hanya 3 bulan sahaja Allah beri pada aku untuk bersama Ayah selepas pulang ke tanahair.. sedikit sebanyak mengubah rasa rindu aku.. Aku tidak pernah rasa menyesal tinggalkan UK.. walaupun itu sudah sebati menjadi rumah kedua aku.. Dulu sebelum arwah Ayah pergi.. aku selalu teruja dan rindu mengenang hidup di sana.. kini.. menyebut benda-benda yang ada di sana kini buat aku takde mood... rasa rindu aku pada kehidupan 5 tahun di sana seolah tidak setanding dengan rasa 3 bulan yang aku rasai bersama arwah Ayah..

Ok.. tutup sekejap memori duka ini.. bercerita tentang rasa rindu memang sukar nak digambarkan.. benda-benda yang tersirat kadangkala sukar nak dizahirkan dan disuratkan :)

Semalam.. aku rasa macam malas masak.... memandangkan kemarin dah masak kari ayam.. semalam aku rasa kuah kari tuh kalau dapat makan dengan roti canai atau murtabak mesti best hehehe... Mulanya aku sekadar mahu memanaskan roti canai beku yang ada dalam peti ais.. tapi bila terlihat ada kulit popia yang berzaman beku dalam tuh.. hati tergerak nak buat murtabak.. sudah lama sangat aku tak buat murtabak nie.. dulu di UK.. kadangkala sebulan sekali..aku akan rajin buat.. Proses nak membuatnya banyak kerja.. itu yang kadang-kadang rasa malas nak buat.. bila makan.. sekejap jek masuk mulut.. hehehe

So dipendekkan cerita.. dalam malas-malas tuh.. aku gigih jugalah buat inti murtabak.. (versi ini guna kulit popia jek.. aku lagilah tak rajin nak buat kulit murtabak tuh)

Bahan-bahan :
Kulit popia saiz sederhana/kecil
2 ketul daging ayam bahagian dada  (aku potong daging ayam tuh kcik-kecik jek, kalau ada daging hancur lagi bagus)
2 biji bawang besar (sebiji untuk inti dan sebiji untuk masuk dalam murtabak-potong dadu)
2 3 biji bawang putih
4-5 biji telur (bergantung pada isi ayam yang digunakan)
serbuk kurma/kari
garam/gula

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dalam kuali
Masukkan bawang besar dan putih yang dah dipotong tadi, goreng sampai agak2 garing.
Masukkan serbuk kari/kurma dalam 1 sudu
Masukkan isi ayam dan goreng sampai masak dan kering airnya.
Masukkan garam dan gula, tutup sejukkan

Ambil 2 biji telur dan pukul hingga kembang, masukkan bawang besar dan masukkan inti ayam tadi.
Agak-agaklah keseimbangan isi ayam dan bawang tadi, jangan banyak sangat.
Ambil kulit popia, letak atas pinggan rata, letakkan bancuhan telur/isi ayam tuh di bahagian tengah.
Lipat kulit popia tuh hingga jadi segi empat, ambil bucu dan lipat ketengah..
Tekan hingga lipatan tuh tutup dan melekat pada telur tadi..
Ambil dan letak bahagian yang berlipat tuh atas kuali yang rata macam biasa kita tengok kat pasar malam tu..  kalau nak buat style lipat atas kuali pun boleh kalau tangan kebal panas ;)
Terbalikkan dua tiga kali hingga masak.. pastikan selalu letak minyak supaya kulit popia tuh lembut..(elok kalau guna berus)

Boleh imagine??? alah bukan susah mana pun.. main lipat-lipat jek.. guna kulit popia... kalau rajin nak buat kulit tuh lagi bagus.. tapi aku bab itu agak malas sikit hehehe...

Rasanya tak jauh beza dengan yang kat pasar malam.. cuma kalau guna kulit popia nie kena banyak sikit guna minyak dan sapu atas kulit popia nak bagi lembut.. tapi bila makan terasa ranggup sikit berbanding kalau makan yang dibeli.. Apa pun makan yang dimasak sendiri memang sentiasa lebih sedap.. :)

Gambar???? Takde..

Aku tak larat nak snap sebab letih sangat berdiri dekat sejam lebih buat murtabak tuh.. berpeluh sakan kat dapur.. Masa buat tuh teringatlah sebab ada 2 3 orang kawan dulu yang rajin suruh aku buat murtabak terutama time bulan puasa dan dekat-dekat nak raya.. Satu lagi.. diorang juga suka suruh aku buat begedil.. dulu suka buat begedil guna kentang dan kacang hijau (bukan kcg hijau buat bubur tuh.. kacang hijau yang besar tuh)..

Bolehlah cuba resepi nie.. atau nak dapat lebih gambaran lagi boleh google jek.. banyak blog yang cerita cara buat murtabak guna kulit popia nie ;)

Deretan tupperware yang kena bawak balik rumah sebab banyak sangat letak kat ofis.. 
Ye.. aku masih lagi rajin bawa bekal sarapan ke pejabat ;) 
Termasuklah bekal murtabak mini pagi tadi

Wednesday, 6 February 2013

Bila bercerita tentang kecantikan wajah..

Salam Petang Rabu..

Beberapa hari yang lepas aku review traffic source yang datang ke blog ini.. Majoriti ramai yang singgah sebab 1 entri berkenaan dengan produk 'Safi Rania Gold' yang pernah aku publish dulu..

Ini menandakan wanita dan perempuan tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan..Biasalah orang perempuan kan suka baca pasal produk kecantikan.. siapa yang tak suka jadi cerah, putih melepak, gebu, cantik, lawa dan awet muda ;)

Entri ini lebih kurang kesinambungan tentang produk Safi Rania Gold yang telah masuk botol ke 3 penggunaannya, krim pelembab dah botol ke 2 dan pencuci muka masih kekal botol pertama (ini sebab aku masih gunakan pencuci muka rania perfect 10) dan beberapa produk kecantikan yang pernah aku guna..

Review :

1- Safi Rania Gold Serum Vs Safi Balqis Perfect 10 Serum
  • Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit. 
  • Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping meningkatkan penghasilan kolagen. Membantu menyamaratakan tona kulit. (Promo dari website safi.com.my) 

  • Penggunaan serum penting kerana molekulnya mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan pantas. Serum SAFI Balqis Perfect 10 bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit. 
  • Sesuai digunakan setiap hari. (Promo dari website safi.com.my)

Dulu sebelum guna serum ini, aku telah menggunakan Safi Perfect 10 Serum (warna biru dan dutanya Shila Hamzah).. kedua-dua ini ada beza sikit..

Kalau Safi perfect 10 tuh lebih rasa berair sikit dan letak sedikit pun dah boleh sapu seluruh muka.. Safi Rania Gold Serum pula.. agak pekat sedikit dan perlukan beberapa titik untuk disapu seluruh muka..

Tapi effect bagi kedua-dua nie lebih kurang sama je.. kalau perfect 10 tuh lebih untuk kulit remaja (untuk cerahkan muka) dan Rania Gold pulak untuk golongan wanita yang matang dan berumur sikit (untuk anjalkan kulit dan kurangkan kedut dan boleh cerahkan muka).. bau dia wangi dan bila disapu kulit rasa tidak berminyak sebab diserap ke dalam kulit. Cuma dari segi kadar serapan ada sedikit perbezaan, kalau yang perfect 10 tuh terasa serapan itu lebih sekata, tapi Rania Gold rasa kurang sikit.. Mungkin sebab serum nie pekat sikit sebabkan kita perlu beberapa titik untuk pastikan sapuan menyeluruh ke muka.

Kalau serum perfect 10 tuh selepas sapuan rasa kulit lebih ringan tapi serum rania gold rasa macam takde beza dengan tak sapu serum.

2- Safi Rania Gold Pelembab Siang
  • Melindungi dari sinar UVA dan UVB berbahaya. 
  • Melembap dan membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit. 
  • Melembut, menghalus dan menganjalkan kulit.

Selepas sapu serum Rania Gold nie, elok disapu pelembab ini sebab UV protection dia hingga 20SPA++. Cuaca malaysia yang panas berbahang ini mudah sebabkan kulit muka gelap.

Disebabkan selepas sapu serum rania gold tuh rasa macam tak serata, bila sapu pelembab nie, muka rasa lebih lembap sikit. Adalah lebih bagus sapu pelembab dulu sebelum sapu krim kecantikan. Aku suka pelembab nie sebab kurang berminyak dan terus meresap ke kulit, kebanyakan krim pelembab yang pernah aku pakai rasanya lebih berminyak dan lambat kering. Disebabkan muka aku jenis berminyak, pelembab yang kurang rasa berminyak nie memang aku suka.

Oh ya aku tak boleh nak komen tentang pelembab siang perfect 10 sebab aku tak guna, cuma yang aku pernah beli adalah krim pelembab malam perfect 10,
aku tak berapa suka pakai sebab terlalu berminyak bila dipakai di waktu malam. Lagipun serum perfect 10 itu dah cukup sebagai pelembab untuk muka aku.

Aku tak gunakan pelembab malam Rania Gold sebab bila malam aku lebih suka gunakan lotion minyak zaitun Minsyam, kulit rasa lebih lembut dan ada ruang bernafas sikit selepas 1 hari pakai macam-macam krim ahaks ;) kadang kala juga aku gunakan bedak sejuk 'ayu sejuk' yang berfungsi macam bedak sejuk dulu-dulu tapi dah diadaptasi dalam bentuk krim.

3- Krim Kecantikan Safi Rania Gold Vs Krim Kecantikan Balqis
  • Menyamar noda di wajah di samping menyamaratakan tona kulit. 
  • Membekalkan pelbagai nutrien untuk kulit wajah sepanjang hari. 
  • Sesuai sebagai asas solekan agar keserian wajah lebih terserlah.

  • Tona kulit yang tidak sekata menjejaskan penampilan anda. 
  • Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil bertindak sebagai asas solekan muka di samping menutup noda dan cela dengan sempurna.

Aku ada dua-dua jenis krim ini  dan kedua-duanya juga ada perbezaannya.

Krim Safia Rania Gold tekturnya lebih pekat dan padat, dan bila disapu ke muka rasa sedikit kesat dan kurang berminyak, manakala krim balqis tekturnya lebih halus dan berminyak sedikit, bila disapu mudah untuk diratakan dan tidak meninggalkan kesan krim bila disapu ke muka.

Krim kecantikan Balqis ini amat sesuai disapu selepas menggunakan serum perfect 10 sebab krim ini akan blend together dengan serum itu dan muka nampak sekata cerah (demo ini telah dibuat oleh salesgirl masa promote 2 produk nie pada tangan aku dan hasilnya memang sama apabila digunakan di muka) .

Aku pernah menggunakan teknik yang sama dengan Rania Gold Serum dan krim kecantikan. Hasilnya, krim itu nampak bercapuk dan tidak sekata seolah-olah krim dan serum itu tak boleh blend together, apabila aku sapukan krim pelembab barulah krim kecantikan itu nampak lebih sekata.

Perbezaan inilah yang sebabkan aku sedikit frust dengan produk Rania Gold sebab perfect 10 tuh, aku tak perlu gunakan pelembab pun.. muka aku dah rasa cukup lembap dengan hanya menggunakan serum dan krim. Sebab itu aku tidak beli krim pelembab semasa menggunakan perfect 10.

4- Gel Pembersih wajah Vs Pembersih muka kawalan minyak perfect 10 


  • Tekstur ringan berasaskan gel yang bertindak membersih wajah dengan lembut. 
  • Mengekalkan kelembapan kulit di samping mengawal lebihan minyak di wajah. Sebaik-baiknya digunakan di waktu malam.

  • Kulit berminyak mudah dijangkiti bakteria dan kotoran. 
  • Pembersih Muka Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10 membantu mencegah bakteria punca muka mudah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit.

Aku ada kedua-dua pembersih wajah ini, pembersih muka kawalan minyak perfect 10 itu masih aku gunakan sebab masa bertukar pada rania gold, pembersih nie banyak lagi. Walaupun aku dah beli gel pembersih rania gold, aku masih suka gunakan pembersih perfect 10 sebab rasa lebih bersih dan tidak berminyak apabila mencuci muka. Muka aku jenis berminyak dan pembersih ini lebih sesuai digunakan selepas seharian bekerja.

Gel pembersih wajah rania pulak, berbau wangi dan lebih berbuih. Bila disapu ke muka rasa lebih lembut dan segar. Aku biasa gunakan gel pembersih nie bila basuh muka sebelum tidur dan waktu pagi. Yang bagusnya, gel ini perlu guna sedikit sahaja dan buih yang banyak tuh cukup untuk membasuh muka.Cuma bila digunakan pada muka yang berminyak lepas balik keje tuh kesannya kurang sedikit dan mungkin kalau guna pembersih muka rania gold yang satu lagi (ada 3 pembersih muka untuk Rania gold ; Gel, pembersih dan pembersih lembapan mendalam-bentuk botol), hasilnya lebih baik. Memandangkan aku masih ada pembersih wajah perfect 10, aku gunakan mana yang ada.

5- Krim Mata Rania Gold Vs Krim Mata Perfect 10
  • Rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif. 
  • Menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan bebayang gelap. 
  • Menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata.

  • Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV. 
  • Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 megurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.

Aku juga ada kedua-dua krim mata ini. Perbezaan ketara diantara kedua-dua krim ini adalah dari segi tekstur krim tersebut.

Krim mata Rania lebih padat dan lebih mudah menyerap ke bawah mata dan tidak meninggalkan kesan melekit, manakala krim mata perfect 10, sedikit berminyak dan agak melekit serta ambil masa sikit untuk kering.

Dari segi kesan, krim rania lebih ketara mengurangkan lebam bawah mata aku dan rasa lebih lembap berbanding dengan krim mata perfect 10 tuh. Yang ini aku bagi tumb-up kat Rania gold.

6- Bedak Arab- Kokuryu Supper Summer Cake : Cherry Pink


Disebabkan bedak compact jenama 'Max factor' yang aku beli semasa di UK dah nak habis, maka aku terpaksa mencari bedak compact yang baru. Setelah buat searching di google aku baca banyak review tentang kelebihan bedak Arab nie.

So pendekkan cerita, order bedak ini secara online dan dalam 2 hari dah sampai.. Harga dalam RM100 termasuk pos (2 kotak).. Produk ini dikilangkan di Filipina tetapi dihasilkan dari makmal di Jepun dan popular di Arab Saudi. Kebanyakan wanita di sana suka menggunakan bedak ini pada musim panas kerana ianya halal, tidak berminyak dan muka nampak serata. Ada banyak tona warna dan aku menggunakan jenis cherry pink sebab perasan muka cerah kemerah-merahan.. :)

Cara pakai kena basahkan span dahulu, sapukan pada bedak dan sapu rata-rata di muka. Ada yang menggunakan bedak ini begitu sahaja tanpa krim dan pelembab.. Ramai yang beri testimoni positif tentang bedak ini.

Verdict: Pada aku, bedak ini terasa ringan di muka bila disapu, disebabkan tona warna yang aku pilih itu agak cerah, bila disapu agak tebal nampak ketara cerah sangat. Amat jarang aku gunakan bedak ini tanpa sapuan krim atau pelembab dan hanya akan disapu begitu sahaja jika dipakai di waktu malam itupun sapu nipis2 je. Waktu siang selepas sapu produk rania gold, bedak ini akan jadi bedak sapuan terakhir. Disebabkan digunakan bersama krim pelembab dan krim kecantikan safi, aku sapu bedak ini secara kering sahaja sebab krim pelembab tuh dah mampu jadi pelembab untuk bedak nie.. lagi pun bedak ini pun jadi tidak terlalu tebal dan just nice di muka. Bagusnya bila siang hari berpeluh, muka tidak berminyak dan nampak elok di muka.

7- Lotion minyak zaitun Minsyam


Aku suka lotion minyak zaitun ini sebab ianya tidak berminyak sangat dan sesuai untuk kulit kering. Selalunya aku gunakan untuk pelembab di muka, tangan dan tapak kaki.

Aku tidak guna sebarang pelembab pada waktu malam sebab muka aku jenis berminyak, walaupun lotion zaitun tuh jenis minyak, tapi bila sapu ke muka tak ketara sangat minyaknya sebab cepat meresap ke kulit. Lagi satu aku suka sapu lotion nie pada anggota badan yang selalu kering macam tangan dan kaki. Sesuai juga disapu pada anggota badan yang ada bisul atau bengkak-bengkak, cepat susut


8- Krim 'Ayu sejuk'


Masih ingat versi bedak sejuk zaman dulu-dulu?? Aku pun pernah pakai bedak sejuk tuh.. kena basahkan dengan air pastu sapu kat muka.. silap haribulan.. terserempak dengan orang.. terkejut mak!! ahakss..

Aku diperkenalkan dengan krim bedak sejuk ini semasa bulan puasa tahun lepas, masa tuh sehari nak raya, kebetulan ada seorang pakcik nie buka booth buat promosi bedak nie berhampiran Mydin Klang dekat bawah jambatan tuh.. aku kebetulan tumpang berteduh kat booth tuh sebab hujan.. apa lagik.. pakcik tuh ambik peluang promote produk nie pada aku...

Mulanya rasa ralat nak cuba.. tapi sebab tengok pakcik tuh beria promote.. ditambah dengan tak boleh pergi mana dah sebab hujan.. so aku pun beli lah.. masa tuh dia jual dalam bentuk bekas bertutup 2 RM30. Dia promote beli 3 RM45 tapi aku cakap takpelah cuba 2 dulu..

Hasilnya memang best.. tahan lama dan memang bau harum sebab campuran minyak zaitun, lidah buaya dan ubi sengkuang. Masa awal-awal pakai terasa muka rasa tegang dan bersih. Macam pakai pelembab juga lah. Sesuai untuk mereka yang ada gatal-gatal kulit, kulit hitam, kesan parut dan macam-macam lagi.. Kiranya aku sukalah guna krim nie.. Lepas tuh aku order lagi dalam bentuk tiub pulak.. yg versi bekas tuh dah takde rasanya..
Ada beza sebab versi asal yang aku beli, krimnya lebih padat dan tidak mudah cair. Versi tiub ini bila dah lama digunakan menjadi berair dan tidak pekat, kena gonyang dulu kalau nak digunakan. Aku lebih suka versi asal dalam bekas penutup tuh lagi sebab krimnya lebih padat dan pekat.

Selalu aku gunakan krim ini macam scrub, sapu tebal sikit kat muka, biarkan kering, ambil kapas basah, lap hingga bersih dan basuh muka. Lepas tuh boleh sapu semula sebagai pelembab dan muka rasa tegang dan bersih.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara keseluruhan, antara 2 produk safi iaitu Rania Gold dan Balqis Perfect 10, ada perbezaannya. Rania Gold untuk mereka yang berusia 30an dan Balqis Perfect 10 pula untuk remaja dan 20an. Antara 2 produk ini Balqis Perfect 10 adalah produk mereka yang terkini yang dipasarkan untuk target golongan remaja.

Harga bagi 2 produk ini juga berbeza, kalau perfect 10 harga rata-rata dalam RM10-30 dan mampu dibeli untuk golongan remaja tetapi kalau Rania Gold sedikit mahal dalam harga antara RM15-40. Contoh Serum untuk Perfect 10 dalam harga RM25++ tetapi serum Rania Gold dalam harga RM35++ (kadang2 boleh dapat murah bergantung pada promosi dan kedai yang jual tuh).

Bila dah guna 2 produk ini aku ada mix feeling tentang 2 produk nie.. Kalau serum, aku lebih suka perfect 10 sebab rasa lebih sekata dan ringan. Tapi kalau dari segi pelembab dan krim mata, aku lebih suka Rania Gold. Pembersih muka pula pada aku both ok cuma Rania Gold ada kepelbagaian sikit dari segi pembersih dan pencucinya pun memang bau harum dan terasa ringan di muka selepas dicuci.

Kesannya pada kulit? So far kulit memang cerahlah dan kurang berjerawat, kalau ada pun sikit-sikit.. So far aku masih yakin dan suka guna produk nie sebab senang nak beli ada kat mana-mana pasaraya dan harga pun berpatutan. Kurang berminat nak beli produk lain (produk-produk yang banyak iklan di surat khabar tuh) sebab rasa leceh nak dapatkan di pasaran dan harga pun boleh tahan juga.

Apa pun terpulang pada pilihan masing-masing.

p/s Sejak balik ke Malaysia, agak cerewet juga tentang kulit sebab masa baru balik dulu kulit muka aku cerah dan kemerah-merahan sampai kena tegur dengan kawan-kawan. Nampak sangat merah macam udang kena bakar. Sejak dah guna produk safi nie, kecerahan itu nampak lebih neutral dan tidak merah macam dulu. Hingga baru-baru ini semasa ke JB, jumpa kawan lama masa di UK, dia siap tanya kenapa muka aku nampak semakin cerah pulak hehehe ;)

Tuesday, 5 February 2013

Restoran Ikan bakar di Pantai Jeram, Selangor

Salam Petang Selasa..

Buat masa nie..aku tengah rajin nak buat review tentang tempat-tempat makan yang pernah aku singgah.. Hopefully boleh jadi review pada mereka yang nak singgah ke sini..

Kali ini nak review tentang 2 buah restoran ikan bakar yang terkenal di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Tempat ini sesak di hujung minggu.. dan ada 2 buah restoran ikan bakar di sini.. kedua-duanya aku dah pergi dan boleh buat perbandingan..

1. Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Ini adalah restoran ikan bakar yang kita akan mula-mula jumpa bila masuk ke jalan pantai Jeram.. Ada pintu gerbang besar yang tertulis, 'Medan Ikan Bakar Pantai Jeram'

Papan tanda (kredit goggle)
Di tepi restoran nie.. tempat parking bot-bot..
Kami dapat tempat duduk dekat dengan area nie.. memang boleh nampak deretan bot-bot yang parking dan menjelang senja boleh ambik gambar matahari terbenam

Sampai sahaja kami terus ke kaunter basah untuk memilih udang, ketam, sotong dan menu yang kami order :

Nasi putih
Udang masak butter
Sotong goreng tepung
Ketam masak cili
Air buah

Selepas itu kami diberikan nombor tempat duduk, kami boleh pilih tempat duduk yang mana kami nak.. Masa nie orang tak ramai sangat... So tempat pun selesa dan tidak sesak sangat

Service : Cepat dan pantas sebab tak sampai 20minit, hidangan dah sampai dan boleh makan dengan gembiranya..

Makanan : Rasanya biasa-biasa jek.. Not bad.. cuma ada rasa kurang terasa masam manisnya..

Gambar ambik lepas makan.. 
BFF kata kurang rasa sikit.. tapi habis juga.. Ahaks

Environment : Selesa sebab dapat tempat duduk berhampiran tempat keluar masuk bot ke laut.. parking yang banyak, kemudahan toilet, surau dan taman permainan kanak-kanak..

Lokasi tempat duduk : Berhampiran laluan bot-bot keluar masuk.. kira dah dekat dengan lautlah.. view memang cantik..

View tepi laut yang sempat aku ambik

Harga : Kami bayar hanya RM78++ dan cukup murah sebab kami pernah order yang menu kurang sikit dari itu di Restoran Ikan Bakar Pulau Ketam.. harga lebih kurang itu jek..

Akan datang lagi : Ya, selepas kami dah pergi ke Aroma Ikan bakar.. kenapa? nanti aku beritahu


2- Medan Aroma Ikan Bakar

Medan ini agak terkenal juga di Pantai Jeram dan jika dikira dengan bilangan kereta yang singgah.. di sini lebih banyak.. sebelum sampai ke Medan Ikan Bakar Pantai Jeram tuh.. belok kiri dan medan nie sebelah kanan jalan.. parking ada sebelah kiri dan kanan..
Entrance ke Aroma Ikan bakar (Kredit Google)


Signboard 


Charge tambahan yang dikenakan untuk jenis tempat duduk.. (kredit google)

Tempat duduk di sini ada charge berlainan.. kalau duduk dalam pondok bambu kena charge RM10 dan RM20.

Kami duduk di tempat duduk biasa yang percuma.. Masa kami sampai nie orang dah mula ramai.. hampir semua tempat duduk penuh dan kebetulan masa kami sampai tuh ada orang dah selesai makan..

Proses di sini sedikit berbeza dengan Medan Ikan Bakar Pantai Jeram.. kalau kat sana.. ambil dulu seafood basah dan kemudian tempat duduk diberikan nombor.. tapi kat sini terbalik..

Kena cari tempat duduk dulu.. baru boleh pergi kaunter basah sebab ramai orang sangat..

Masa kami sampai tuh.. tak tahu ingatkan pergi kaunter basah dulu.. dah ambik semua.. tetiba bila ditanya no tempat duduk.. kami blank kejap.. dah jadi satu keje sebab kena pergi cari pulak tempat duduk.. kebetulan tak lama tunggu dah dapat tempat duduk.. Lepas kami sampai tuh.. ramai yang duk berdiri menunggu tempat duduk... malah tempat kami makan tuh pun.. dah ada 2 group tunggu kami habis makan.. rasa tak selesa jugalah...

Menu kami : 
Nasi putih
Sotong goreng tepung
Udang masak butter
Lala masak cili
Ketam masak sweet sour
Air buah

Makanan : Sedap dan lebih terasa dari di medan ikan bakar pantai jeram.. BFF lebih suka masakan kat sini.. tapi bagi aku pulak.. dua-dua tuh oklah.. boleh jek terima

Service : Lambat sikit.. berbanding di Medan Pantai Jeram.. agak lama juga tunggu hidangan sampai.. sempatlah toleh kiri kanan berpuluh-puluh kali..

Environment: Agak sesak bila hujung minggu.. Penuh bila selepas maghrib dan ramai yang terpaksa menunggu meja yang kosong.. kalau datang tak ramai takpe.. kalau kena ramai ahli keluarga.. lebih baik buat booking dulu.. kemudahan lain macam biasalah.. ada toilet, surau dan parking kereta yang banyak. dan tempat duduk pelbagai.. Yang jenis bambu tuh makan bersila dan 1 meja panjang.. sesuai untuk keluarga yang ramai.. dalam dewan pun ada juga.. ikut yang mana..

Lokasi tempat duduk : Berhampiran dengan pintu masuk.. Agak tension juga duduk kat sini sebab tempat laluan orang keluar masuk.. dan asyik memandang kami makan sebab nak chop tempat bila dah takde meja kosong.. lokasi di belakang sedikit adalah pondok bambu.. berhampiran kawasan pantai.. kena charge RM20 untuk tempat tuh..View area tuh nak kata lawa sangat.. biasa jek.. bukan atas laut pun.. sebab aku pernah pergi makan di restoran atas laut.. di Port Klang, Bagan lalang dan Thailand :) viewnya lebih menarik lagi..

Harga : RM89++.. Bolehlah.. tak jauh beza sangat dengan di Medan Pantai Jeram..

Akan datang lagi? : Maybe.. tapi kena booking dulu.. atau datang lebih awal untuk dapat tempat duduk...

Gambar takde sebab takde mood nak ambik gambar sebab orang ramai sangat.. ahaks..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara kedua-dua restoran nie.. 

Aku lebih suka di Medan Pantai Jeram.. sebab persekitarannya yang lebih selesa.. tak ramai orang.. lebih dekat dengan laut.. takde charge berlainan untuk tempat duduk.. service lebih cepat dan soal rasa makanan tuh.. so far pada aku boleh terima jek... takdelah kata tak sedap sangat.. tempat duduk akan ditentukan oleh pemilik kedai.. takde pening kepala nak cari sendiri meja kosong.. kalau tak suka meja yang kita dapat tuh boleh minta tukar.. takde masalah ;)

Aroma ikan bakar.. Makanan sedap.. terasa.. tapi environment agak kelam kabut dan sesak sedikit bila ramai sangat orang.. makan pun rasa tak selesa.. servis pun agak lambat.. tempat duduk kalau sampai dah penuh.. pandai-pandai cari sendiri atau tunggu meja yang kosong..

Style aku makan.. selain daripada rasa makanan yang sedap.. persekitaran antara perkara yang menjadi pilihan utama aku .. tak minat makan di tempat yang sesak dan ramai orang.. Kalau nak makan juga.. biasa aku lebih suka bungkus atau datang time orang tak ramai..

Apa pun terpulang masing-masing.. Biasa kita lebih teruja pergi makan ke tempat yang ramai orang.. mungkin sebab kita rasa kat sini lebih seronok dan menarik.. Bagi aku teori tuh memang boleh pakai.. tapi pengalaman aku makan di tempat yang sesak nie adakalanya tidak menyeronokkan.. macam servis lambat.. meja kosong takde.. makanan kurang sedap.. sebab tukang masak nak cepat.. ada order tertinggal.. dan macam-macam lagi.. Apa pun.. dua-dua restoran nie.. pada aku ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. kalau nak rasa happening.. Aroma Ikan bakar memang sesak dengan orang.. dan Medan Pantai Jeram pulak.. lebih selesa dan tidak sesak sangat.. soal rasa makanan pada aku boleh tolerate..

Misi seterusnya .. tengah nak pujuk pulak pergi Muara Ikan Bakar di Port Klang dan Bagan Lalang.. Dua-dua nie pernah pergi masa bujang dulu.. nanti kalau sempat singgah ke sana.. aku buat review lagi ;)

Thursday, 31 January 2013

Nasi Goreng Jakarta di Little Jakarta

Salam Pagi Khamis

Ye aku tengah rajin update blog ;)

Aku belum pernah pergi ke Jakarta.. teringin nak pergi tapi masih belum ada kesempatan.. InsyAllah.. jika ada masa pasti sampai ke sana..

Disebabkan aku telah subcribe pada 2 web berkaitan pembelian barang online secara berkupon iaitu 'Dealmates' dan 'Groupon' maka selalulah dapat macam-macam offer yang best yang berkaitan fashion, brgan rumah, pelancongan dan makan-makan.. Kebetulan hari tuh 'Groupun' ada offer kupon murah untuk makan di 'Little Jakarta' maka.. kami decide nak mencuba ke sana..

Dimana Little Jakarta?

Ia terletak di Jalan Klang Lama di tingkat bawah Plaza Pearl Point Shopping Centre bersebelahan dengan plaza OUG.. kalau dari KL kena u-turn sikit sebab plaza tuh di sebelah kanan dan jalan tuh sesak sikit sebab plaza tuh terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.

Alamatnya : GF, Lot 10.23, Pearl Point Shopping Centre, Old Klang Road, 52000, KL
Website : http://www.littlejakarta.com/

Cafe Little Jakarta di Plaza Pearl Point (gambar dari website Little Jakarta)

Cafe ini terletak dalam Plaza Pearl Point di tingkat bawah berhampiran dengan supermarket Econsave.. naik je eskalator sebelah kanan dah nampak..

Parking kat sini tak mahal.. Kalau beli barang kat Econsave dalam harga RM20 ke atas.. tunjuk je bil ke cashier.. parking free jek..

 Apa yang best di sini?

Menu makanannya terdiri daripada menu dari seberang iaitu Jakarta.. antara yang famous ; nasi ayam penyet, nasi rawon, nasi uduk dan nasi ikan tenggiri pepes dan juga desertnya yang pelbagai..

Senang cerita menu-menunya memang versi dari sana..


Masa kami sampai.. cafe nie penuh giler dengan orang.. langsung takde tempat duduk.. majoriti yang datang makan di sini orang cina dan melayu boleh dikira berapa kerat jek.. mungkin sebab kawasan nie penempatan orang cina..

Mulanya dah rasa tak jadi makan kat situ sebab masa kami sampai ramai yang tengah menunggu di luar kedai tuh.. Tapi sebab BFF kata dah alang-alang sampai lalu jem.. dan pusing-pusing cari parking.. Sementara aku pergi beli waffel kaya.. BFF dengan senang hati cakap dia nak pergi tunggu kat situ hehehehe... So rezeki kami.. sebelum waffel aku siap .. dia dah pun dapat tempat duduk dalam cafe tuh dan yang bestnya.. masa kami makan tuh.. kedai tak penuh sangat macam tadi... Just nice jek.. so apa yang kami order...

Yang kami order masa tuh.. Nasi Ayam Penyet, Nasi Goreng Jakarta, Ikan tenggiri pepes dan 2 ais kacang.. (nak order cendol special tapi dah abis..)

Ini ABC yang kami order.. (kredit google)

 Nasi Goreng jakarta yang aku order (kredit dari website little jakarta)  

Nasi ayam peyet tuh dia bagi sambal ayam penyet yang mahaa.. amat.. pedas giler hahaha... BFF terletak banyak sebab ingat tak pedas.. rupanya pedas amat... Nasib aku tak makan.. Kebetulan atas meja kami tuh ada 2 jenis sambal.. Sambal ayam penyet dan sambal terasi..  Sambal terasi tuh tak pedas.. tapi sambal ayam penyet tuh memang pedas giler.. BFF yang kuat makan pedas pun surrender ahaks... Nasib ada ABC yang dapat cover rasa pedas tuh..

Nasi goreng Jakarta pulak.. oklah.. biasa-biasa je macam kita makan nasi goreng seafood...

Ikan tenggiri pepes tuh.. Not bad.. lemak-lemak ikan tapi kurang pedas pulak.. 

ABC memang sedap.. rassanya mengingatkan aku pada rasa ABC yang biasa aku makan masa kecik-kecik lepas sekolah dulu hahaha.. ada rasa-rasa nostalgia sekejap..

Gambar tak banyak sebab tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat.. tapi tak susah nak cari cafe nie.. sebab dalam shopping complex takkan sesat punyalah ;)

Harga yang kami bayar untuk semua tuh dalam RM45++, mulanya tersilap bayar sebab bil yang kami bayar tuh meja orang lain.. nasib baik check bil.. ada orang tukang bayar tak tengok bil.. last2 kena pok pek kejap hahaha...

Environment: Selesa sebab dalam shopping complex.. kalau masa ramai orang sedikit padat dan kelam kabut.. bila time tak ramai orang selesa dan boleh cuci mata tengok orang lalu lalang hehehe...

Service : Sebab masa kami sampai tuh ramai orang.. order lewat sikit.. tapi boleh bersabar lagi... kena faham jugalah sebab staff dia ada 3 orang jek masa tuh dan orang memang ramai giler.. cuma air suam/air kosong yang kami order sampai abis tak sampai.. diorang lupa ler kot... nasib ABC sampai.. :)

Verdict : Makanan - Sedap Not Bad, ABC memang best..

Akan datang lagi? : Maybe.. kalau teringin nak makan versi Jakarta.. atau maybe terlalu dekat-dekat sini lagi..

Etc: Oh ya kat sini ada jual air kotak 'Teh botol' yang biasa jumpa kalau pergi ke Indon..

Kalau nak mencuba.. bolehlah datang ke sini.. :)

Wednesday, 30 January 2013

Mencari nasi arab versi sesedap Al-Jazeera

Salam petang rabu..

Beberapa minggu ini aku cukup teringin nak makan nasi arab.. sejak balik ke tanahair.. hanya 3 kali sahaja (3 restoran) yang aku berkesempatan mencuba nasi arab ini.. tapi so far misi aku GAGAL.. rasa yang sudah sebati sesedap versi Al-Jazeera di Manchester, Kebab Mahal di Edinburgh dan versi Paradise di Glasgows masih belum aku temui.. Cuma nasi arab yang pernah aku makan di USJ hampir memenuhi citarasa cuma portion nasi itu tidak sebanyak yang biasa aku makan..

Entri ini lebih kurang macam review tentang cafe atau restauran nasi arab yang pernah aku pergi..

1- D'Arab Cafe @USJ Subang Jaya

Cafe ini terletak di No. 16, Jalan USJ9/5Q, Subang Jaya.

Aku ke sini pada bulan puasa tahun lepas, sebenarnya nak berbuka puasa di Restoran Murni USJ tapi sebab ramai sangat orang masa tuh.. So kami decide singgah berbuka di cafe nie..


Briyani Arab
Verdict aku untuk cafe nie.. Not Bad.. Sedap.. tapi portion sedikit berbanding yang biasa kami makan.. harga seperti dalam menu tuh.. taklah mahal sangat.. (gambar kredit google).

Kami spend dalam RM40++ termasuk air

Next time boleh makan lagi sebab dengar-dengarnya banyak cawangan kat KL

2 - Sahara Tent @ Plaza Massalam, Seksyen 9 Shah Alam

Sahara Tent ini ada 4 cawangan; KL (Bukit Bintang), Ampang, Putrajaya dan Shah Alam.
Aku ke cawangan di Shah Alam.. Order Nasi Kabsa Chicken dan BFF order Briyani Chicken, Air Teh Lemon Ais.

Verdict : Tak boleh nak habiskan.. sebab terlalu MASIN.... rasa macam setengah kilo garam dalam tuh..
Mulanya rasa macam boleh telan.. tapi makin lama makin pedih lidah aku menahan rasa masin.. akhirnya aku surrender letak tepi.. Nasi ok.. tapi ayam masin giler dan terlalu basah macam ayam dah lama..

Harga : Nasi briyani dan Kabsah dalam rate RM20++ sepinggan dan aku bayar hampir RM80++ termasuk service charge RM10. Harga rasa tak berbaloi sebab tak sedap dan masin.. Keluar dengan rasa kecewa sangat-sangat dan memang takkan datang lagi..

Environment : Selesa dengan decor timur tengah.. tempat duduk selesa.. tapi malangnya makanan OUT..

Selepas itu kami terjumpa restoran yang sama di Bukit Bintang.. tapi aku hesitate nak singgah sebab terkenang insiden di cawangan Shah Alam.. so tak nak ambik risiko maka kami ke restoran sebelahnya iaitu..

3 - Hadramot Restaurant @ Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang KL 

Misi nasi arab diteruskan hingga ke Bukit Bintang.. kebetulan berada di sekitar kawasan nie dan teringin nak ke Ain Arabia (Arab Street) ternampak restoran nie.. kena naik tangga sikit..

Gambar kredit google


Kami order Nasi Mandy Chicken dan Chicken Soup, waiter tuh turut bagi kami roti nie (from google)


Sedap dimakan bersama sup ayam yang agak masam.. (suspek diorang letak yogurt) sedikit liat dan sejuk.. mungkin kalau makan masa panas lagi sedap.. Nasi not bad tetapi ayam tuh tak berapa crunchy sangat.. namun lembut dan bolehlah makan.. Nak kata sedap sangat tuh.. takdelah biasa jek..

Harga : Untuk nasi dalam RM30++ dan sup ayam tu dalam RM10++, total kami kena dalam RM 50++ termasuk air.. Pada aku agak mahal sebab nasi tuh dia charge sampai RM30++ sepinggan kalau sedap aku tak kisah.. tapi bila rasa biasa-biasa jek.. frust sungguh... nasib order 1 pinggan nasi jek sebab portion dia besar dan nasi dia banyak.. Ayam portion sebelah.. kira kenyanglah juga sebab dari 4 keping roti yang dia bagi tuh.. 3 keping jek aku yang makan dengan sup ayam tuh ;)

Environment : Decor simple dan cosy. Decor timur tengah tuh takdelah sangat.. walaupun interior tuh adalah sikit-sikit.. Yang bestnya waiter tuh terdiri dari pekerja Indon.. disebabkan aku duduk menghampiri kaunter dan dapur.. terdengarlah geng-geng Indon nie bersembang.. rasa macam bukan makan kat kedai arab pulak...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


So far untuk 3 cafe dan restoran nie.. D'Arab Cafe so far yang aku suka sebab harga yang murah dan rasa yang sedap.. Cuma yang aku sedikit pelik.. ketiga-tiga cafe/restoran arab nie.. kedekut bagi salad.. setakat bagi timun 2 3 keping.. karot 2 keping.. sedangkan nasi arab nie amat sedap dimakan bersama salad hijau, ungu, bawang, tomato, buah zaitun dan timun yang dipotong memanjang dan bukan potong keping-keping camtu.. dan sos pun macam pelik jek.. sebab yang biasa aku makan adalah sos cili merah segar dan sos mint.. dan kadangkala bersama dressing minyak zaitun...

3 cafe yang aku pergi nie.. bila bab salad tuh.. macam mahal sangat timun, tomato dan salad tuh.. boleh kira berapa keping sangat.. 'frust' lagi...

Masih banyak lagi kedai-kedai nasi arab yang belum aku pergi.. Misi untuk mencari nasi arab ini akan diteruskan hingga aku jumpa yang sama dengan citarasa selama 5 tahun makan nasi arab nie masa di UK..

Nanti aku update lagi untuk misi seterusnya :)

Friday, 18 January 2013

Menikmati otak-otak di Bukit Tinjau..

Salam Petang Jumaat..

Pemandangan seluruh bandaraya Kuala Lumpur

Sudah lama aku teringin nak ke sini.. Kiranya setelah puas mengajak dan memujuk BFF .. Akhirnya sampai juga.. Kali pertama dulu tak sempat nak ambil gambar sebab ramai orang... banyak gerai makan yang di letak di tepi jalan..Disebabkan ramai orang.. mood nak ambil gambar pun terbantut.. rasa tak selesa nak snap sana sini sebab asyik nampak kepala orang jek.. Lagipun waktu itu cuaca sedikit mendung dan angin bukit agak sejuk meniup.. Sempat juga mengigil pada skala minima :)

Kali kedua nie tak ramai sangat orang.. sempatlah ambik gambar puas2 sebab meja depan kami tuh takde orang duduk.. Apa lagi.. Aku pun tengah nak testing keupayaan kamera Olympus yang baru dibeli.. Dulu peminat tegar Canon.. tapi masa nak beli.. penjual tuh rekomen Olympus sebab optical zoomnya tinggi.. dan lebih banyak features baru.. Dari segi efek gambar Olympus ada banyak features.. tetapi dari segi 'What you see and what you get' sungguh berlainan.. Apa yang aku tengok di skrin.. bila snap jek.. terus jadi lain.. Agak frust jugalah... mungkin juga sebab aku belum jumpa momentum dan gaya yang sesuai dengan kamera Olympus nie.. maklumlah.. dah lebih 6 tahun aku pengguna setia kamera canon :)

Ok berbalik semula cerita di Bukit Tinjau..

Dimana Bukit Tinjau??

Terletak di Jalan Ampang-Hulu Langat, BT14. Dulu terdapat menara tinjau dan cafe, tapi telah ditutup atas sebab keselamatan. Boleh ambil jalan ke Ampang- Bukit Belachan dan ikut jalan naik bukit ke Hulu Langat.. jalan tu juga boleh sampai ke Jelebu Negeri Sembilan.. Bila lalu situ.. kalau nampak banyak gerai-gerai di sebelah kiri.. itulah tempatnya... Memang takkan terlepas punyalah.. sebab waktu petang memang banyak kereta-kereta dan motor lepak kat sini.. semua bersusun tepi jalan.. memang port budak-budak lepak dan coupling ..


Apa yang best??

Biasanya orang ke sini sebab nak lepak-lepak dan dapat melihat pemandangan sekitar KL dari jauh.. ramai yang kaki fotografi.. suka lepak di sini.. Boleh nampak semua pencakar langit di KL.. Ada banyak gerai-gerai yang menjual makanan.. dari otak-otak, satay, laksa, yang goreng-goreng, burger dan macam-macam lagi.. Bolehlah nak cuba ambil gambar masa matahari terbenam.. waktu petang.. dan keindahan lampu KL di waktu malam...

Sampai-sampai jek.. 
5 keping otak-otak dah ada atas meja kami

Otak-otak yang kami makan
Murah jek.. 
Sekeping 60sen kalau tak silap..

KL waktu malam..
kalau lepak malam new year.. 
Boleh nampak berbunga api ..
:)

Antara gerai-gerai yang ada di sini..
Depan nie kedai jual otak-otak dan sate..


Deretan gerai-gerai di tepi jalan Ampang-Hulu Langat..

Ingin melihat bandar KL yang penuh warna-warni cahaya waktu malam?? 
Bolehlah lepak di sini sambil menikmati makan malam di gerai-gerai.. 
Murah dan halal.. 

Sesiapa yang minat fotografi.. 
Boleh juga mencuba bakat dan merakamkan moment yang menarik di sini.. 
So now.. I have another favorite places to be added to my list...

p/s Kini secara rasmi blog kembara jalanan aku tutup dan pindahkan ke blog ini..
Rasa lebih mudah untuk aku maintain 1 blog sahaja berbanding 2 blog memandangkan tahap kerajinan aku amat tipis sekali hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...