Friday, 20 May 2011

Schedule kerja tukang cuci cute

Salam Jumaat semua..

Alhamdullilah.. kita masih bernafas di hari jumaat yang mulia ini kan.. Alhamdullilah juga Allah masih berikan kita kesihatan yang baik.. mampu bergerak dengan tenaga dan keupayaan yang ada.. Semoga hari-hari seterusnya begitu jugalah.. malah lebih baik dan sempurna dari hari ini..

Wah mukadimah ala-ala tazkirah.. Sajalah.. kita mulakan entri dengan kata-kata yang baik dan doa yang baik.. supaya nanti mood kita pun ceria dan baik-baik sahaja.

Hari ini aku memang rasa letih.. tak tahulah.. maybe sebab aku dah mula rasa macam bosan sangat .. Tadi masa lepas cover HR.. aku rasa happy lah sikit sebab dah selesailah tugasan aku cover kerja orang.. tuptup masa tengah mop tangga tadi.. Sv datang.. aku tau dah.. kalau datang tuh mesti ada kerja tambahan aku kena buat.. dan betul pun.. Isnin dan Jumaat depan aku kena tolong member kat level 4 pulak.. diorg cuti.. Rasa nak senyum pun tak larat masa tuh.. dahlah minggu nie aku cover 4 hari berderet2 kerja orang.. selalu kalau aku cover.. biasanya selang seli jek.. mmg minggu nie aku cover berderet.. itu belum kes minggu lepas yang aku cover level 4 tuh.. Nak merungut pun malas.. cuma aku rasa macam nak apply jek cuti tambahan lagik bln 6 nie.. mahu balas dendam pulak hahahaha... rasa kalau takat cuti 1 hari jek bln 6 tak cukup.. takpe aku rasa aku mahu tambah cuti.. betul aku bosan sangat2.. dah 3 thn aku kerja kat department tuh.. tahun nie mmg aku bosan sangat2.. sebab kali nie kekerapan cover kerja orang dah jadi rutin hampir tiap minggu.. walhal kan kerja aku sendiri pun banyak juga kena buat..

Ada orang pernah tanya aku.. kerja kalau cover nie kena bayar ke?? takde.. sebab kena cover dalam masa 3 jam waktu bekerja tuh.. cuma jadi penat sangat2 sebab kerja kita jadi double.. tempat sendiri pun kena buat.. tempat org pun kena buat.. memang penatlah.. tuh yang kadang2 aku tensen.. lepas tuh memang kena well plan dan kena timing.. kalau tak buat cam gitu.. pkl 10 pun belum tentu kerja siap..

Aku cerita sikit aku ye schedule hari-hari.. kerja cleaner nie pun ada schedule gak..

Isnin: 
Hari nie masa bekerja pendek jek.. sampai pkl 9.00pg.. so biasanya hari isnin aku lepak2 sikit sebab lebih fokus pada buat kerja yang ringan2 jek.. Yang biasanya kena buat..
  • Clear tong sampah di toilet ladies dan gents.. 
  • Lap meja & clear sampah di bilik meeting,
  • Clear 2 tong sampah di bilik seminar bawah.. lap meja dekat coffee machine.. check sampah dalam recycle bin.. 
  • Naik bilik seminar atas.. clear sampah.. lap meja coffee machine.. check recycle bin.. 
  • Tutup semua lampu..
  • Check sampah kat toilet disabled.. bersihkan kain lap biru.. gantung tepi tangga..
  • Masuk kitchen office SDS.. lap meja kabinet.. lap meja.. lap sinki.. clearkan sampah.. ganti plastik hitam baru.. 
  • Bersihkan kain lap hijau dan gantung untuk dikeringkan.. dan check kain lap tangan.. ganti kain lap baru setiap 2 hari..
  • Ambil 1  plastik recycle baru dan tukar plastik recyle pada mana-mana kotak recycle yang ada dalam ofis tuh.. biasa aku rotate plastik yang kena tukar nie ikut bilik ke bilik setiap minggu..
  • Clearkan sampah dari satu meja ke satu meja.. kalau plastik kotor tukar plastik baru.. bab ini aku amat particular.. kalau terkoyak sikit.. atau ada kesan kotor sikit.. aku terus tukar baru.. kalau department lain tuh aku tgk.. kdg plastik dah kotor sana sini.. pun tak tukar2.. oh.. aku takleh..sakit mata tgk..
  • Lepas clear semua tong sampah.. letak kain lap biru dan botol penyembur ecotense dalam stor..
  • Ambil baki plastik hitam yang aku letak dekat dgn toilet disabled.. dan bawah turun guna lif(paling sikit 1 plastik hitam.. paling banyak 6)
  • naik lif check karpet depan lif.. kalau kotor sangat vakum.. kalau kotor sikit2 pejam mata hehehe.. dan turun ke toilet ladies..
  • Keluarkan 2 baldi warna merah.. 1 untuk mop lantai dan 1 untuk lap toilet.. isikan air dalam 2 baldi ini.
  • Semburkan ecotense pada semua singki dan toilet.
  • Ambil baldi merah utk lap toilet dan mula operasi mengelap mangkuk tandas dan bekas tisu, cara lap dengan 8 lipatan kain.. dengan cara ini bakteria atau virus dari 1 permukaan takkan dipindahkan ke permukaan lain.. (mengelap pun ada cara.. dari atas ke bawah.. dan 1 permukaan lap 1 lipatan kain)
  • Selesai lap.. bersihkan baldi merah dan kain pengelap merah, simpan baldi dalam stor.
  • Mop lantai di sekitar tandas.
  • Lap pula setiap singki dengan kain lap kuning.. lap juga cermin.. pemegang pintu.. hand dryer.. kalau mood rajin bawah singki (paip tuh pun aku lap)
  • Mop lantai sekitar singki dan letak baldi dan penyembur luar pintu toilet ladies untuk naik ke tingkat 6.
  • Letak sign 'cleaning in progress' ke dalam ruangan sekitar singki.. supaya kalau ada sesiapa yang masuk.. akan perasan yang lantai tuh baru lepas mop.. kot jatuh sebab licin pun.. tak leh salahkan aku sebab ada sign tuh.
  • Naik level 6, bersihkan tandas disabled (proses sama cam tadi) lap tandas dan singki serta mop lantai. Check tisu tangan, kalau susut tambah tisu baru. Biasanya kalau aku kat level nie.. staf SDS ramai yang baru sampai.. so ucapan good morning akan berkumandang secara berjemaah ;)
  • Turun ke level 3, Toilet Gents. Kena ketuk pintu sebelum masuk takut ada orang lelaki dalam tandas tuh.
  • Kalau takde orang, aku masuk dengan bahagianya.. start sembur ecotense pada semua singki, tandas dan urinal area.
  • Basahkan kain lap merah dan mula lap tandas.
  • Lap pula urinal area (kalau kat tandas lelaki mesti ada benda nie), selalu aku cukup malas dan tak suka lap area nie.. sebab tahu air kencing diorg nie sure terpercik kat dinding2 dan lantai.. biasa kat sini aku sembur ecotense tuh banyak2 sikit.. terutama kat lantai..
  • Bersihkan kain lap merah, letak di luar pintu bersama botol penyembur dan mula lap singki dan cermin guna kain lap kuning.
  • Mop lantai di sekitar urinal area, bersihkan dalam baldi mop dan baru mop pula area sekitar tandas.. sebab 2 kali mop?? aku tak air2 kencing yang ada kat kawasan urinal itu berpindah ke kawasan tandas. Very detail kan aku fikir hahaha...
  • Buang air dari baldi dan naik ke tandas ladies level 4 untuk bersihkan baldi, mop dan kain pengelap.
  • Salin uniform dan bersiap untuk keluar dari bangunan tuh.
Selasa:
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Lap setiap meja ofis dengan duster
  • Vakum ofis SDS
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents

Rabu
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Vakum bilik-bilik seminar dan kawasan sekitar lif dan ke pintu masuk ofis SDS
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Khamis
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Lap meja, kerusi, kabinet, sudut pintu, tingkap di ofis SDS dengan kain pengelap biru
  • Vakum tangga
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Jumaat
  • Bersihkan bilik-bilik seminar, kitchen dan pejabat SDS
  • Mop lif dan tangga
  • Lap pemegang tangga, pintu, suis lampu dan dinding berkayu sekitar lif.
  • Bersihkan tandas Ladies, Disabled dan Gents
Nampak simple jek kerja aku.. tapi setiap proses tuh agak terperinci.. tapi itulah schedule aku hari-hari.. kalau dah kena cover kerja orang di department lain.. maknanya ada proses yang aku sebutkan tuh aku tak buat, tapi yang major cam buang sampah dan bersihkan tandas tuh wajib.. kalau takat lap, vakum atau mop tuh aku akan skip ikut tahap urgency dia.. kalau ketara sangat kotornya aku tetap akan buat juga..

So camna?? Ada rasa nak join aku jadi tukang cuci dak???

Thursday, 19 May 2011

Perjuangan

Setiap kita pasti akan melalui perjuangan.. Cuma mungkin perkara atau prinsip atau tanggungjawab yang kita perjuangkan itu berbeza-beza.. Paling asas.. kita semua sedang berjuang untuk hidup.. Berjuang menjadi manusia yang beriman dan berilmu tak kira apa jua yang kita pegang dan percaya..

Semalam aku menyaksikan bagaimana sebuah perjuangan itu hampir sahaja merundum semangatnya.. Tinggal di sini istilah perjuangan pada kami bukan sekadar ilmu pengetahuan yang kami cari dan perolehi.. tapi kami turut berjuang dalam mengharungi kehidupan 4 musim yang cukup mencabar setiap hari.. Kami juga berjuang dalam berhubungan sesama manusia.. tapi semalam perjuangan keharmonian yang selama ini kami rasa cukup tenang dan akrab.. kini menyaksikan episod pertelegahan dan berbalahan yang cukup memualkan kepala, hati dan perasaan.

Penat sebenarnya.. tapi demi tanggungjawab kepada ummah dan masyarakat.. segelintir kami terpaksa korbankan masa dan tenaga untuk semua itu.. Terpaksa korbankan rasa beban pengajian yang cukup melelahkan dan meletihkan.. tapi kami lebih rasa terpukul kerana dalam diam ada juga yang berpaling tadah dan lepas tangan.. Terkilan dan terluka hati kami.. tapi seperti kata-kata seorang rakan malam tadi.. 'Andai kita gugur.. kita gugur selepas berjuang.. kita dah cuba dan buat ikut kemampuan yang kita ada'

Apa perjuangan yang kami perjuangkan?? Apa kisah sebenarnya?? Aku tidak mahu huraikan di sini.. cukuplah ini dijadikan sebagai bacaan santai dan cetusan minda buat sesiapa yang membaca rentetan ini..

Paling utama.. Aku mahu terus berjuang hingga semangat terakhir.. Semoga Allah kurniakan aku kejayaan yang cemerlang.. Permudahkanlah usaha aku.. Aminn

Hari ini aku tulis kata-kata ini..
Aku perlukan motivasi..
InsyAllah semoga aku terus berjuang hingga selesai..


Pada mulanya aku mahu letakkan gambar ini di 'sana' tapi aku khuatir niat aku ini bakal disalah tafsir sebagai riak atau menunjuk-nunjuk...
Cukuplah aku abadikan kata-kata ini di sini..
Doakan semoga aku pulang dengan kejayaan..
(Eh.. baru perasan.. ayat aku skema giler dalam entri kali nie.. 
Biasalah bila sampai masa nak bermadah tuh mmg jadik aje)

Wednesday, 18 May 2011

Bila aku bosan cover kerja orang

Sejak blogspot buat hal beberapa hari lepas.. actually sampai hari nie aku ada masalah nak login ke akaun nie.. Akhirnya aku cuba login guna mozilla.. Akhirnya dapat juga.. Problem betul lah kan..

Minggu nie 4 hari aku kena cover HR.. kawan aku yang jaga department tuh cuti jaga hby dia yang baru lepas operation jantung.. Penat!!!! Aku rasa sejak minggu lepas lagi keje aku nie asyik cover orang jek.. Merungut ler tuh hahahaha... betul lah aku bosan sangat.. amat bosan.. bukan apa bila ada 2 department kena cover.. mmg meletihkan.. lepas tuh kalau cover yg basic jek takpe.. nie hari nie kena vakum kapet merah depan tangga ke tingkat 4.. tak vakum xleh sebab jalan tuh diorg guna untuk naik ke dewan exam kat level 4 tuh.. semalam nampak dah kena vakum.. tapi aku pejam mata jek sebab ada benda lain nak kena buat juga..

Bila kena cover 2 department camnie.. mmg aku kena well plan masa aku.. apa nak buat kat department aku.. dan department kena cover pun apa nak buat.. satu lagi aku memang kena set masa.. buat keje tertentu memang kena timing.. takleh lari.. kalau terlajak masa yang aku dah set.. alamatnya mmg aku kluar lambatlah.. cam tadi.. dari mula aku turun keta.. sampailah aku punch out.. aku langsung tak merasa nak duduk pun.. adalah sekejap.. xsampai pun 5saat sebab masa tuh dah lewat sangat dah nak pkl 9.20 masa untuk keluar dari bangunan tuh.. Memang penat sangat tadi.. aku merasa duduk pun masa tunggu pakwe depan bangunan punch out.. masa tuh baru rasa lega sikit.. fikir2 tadi pesal penat sangat nie.. rupanya selama 3 jam tadi tuh aku langsung tak duduk.. berdiri.. berjalan dan naik turun tangga non stop.. patutlah aku letih giler..

Bila selesai cover HR tadi dan vakum kapet merah.. aku terus turun ke basement untuk ambil stok plastik putih.. langsung terus ambil borang cuti untuk 2 bulan yang berbeza.. 1 hari pada bln jun sebab kwn baik nak balik mesia.. masa tuh dia duk umah aku 1 malam sebelum flight dia esok.. takkan tuan rumah nak keje.. sapa nak buatkan sarapan pagi tuh.. so ambillah cuti.. bulan 7 lak 5 hari cuti.. aku ambil cuti seminggu terus.. 6 hari jek cuti yang aku ambil.. tapi cuti aku masih berbaki banyak.. masih ada 28hari.. tolak 6 hari.. masih lagik 22 hari.. nie br bln 5.. ikutkan aku masih boleh ambil 3mggu cuti sampai hujung tahun nie..

Pagi tadi masa aku mengeluh dengan kawan-kawan aku.. pasal kena cover kerja org minggu nie.. diorg semua bising dengan aku... 'ko nie bila nak ambil cuti??? cuti langsung tak ambik.. ambiklah' hahahaha... aku tergelak.. memang pun.. tuh yang nekad isi borang cuti gak ari nie.. done.. ikutkan hati nak gak ambik cuti bln 5 nie.. tapi hjg bln nie ada public holiday lagi.. so takyahlah.. dah cuti umum kan..

Tengok aku punya cuti tahun masih ada baki 28 hari lagik..
Yang cuti ambik bln 3 hari tuh pun cuti hadiah 'perfect attendance'
Itu pun selepas kena sound berkali-kali dengan SV aku suh ambik cuti..
Aku nie memang workholic lah..
Ok cuti dah settle..

Tuesday, 10 May 2011

Minggu hujan

Beberapa hari yang lepas rakan-rakan di tanahair, ramai yang mengadu sekarang nie cuaca amat panas. Rungutan nie aku dengar hampir merata2 di malaysia.. Kat sini pulak bermula minggu lepas hujan hampir setiap hari.. minggu yang panas tuh merasalah 2 minggu.. dan 2 minggu itu jugalah aku merasa jalan kaki balik umah sebanyak 4 kali..

Syukur.. selepas jek aku buat pas bas minggu lepas.. Hari itu juga hujan turun dengan lebatnya.. rasanya hingga ke hari ini.. hampir setiap hari hujan.. Syukur episod aku jalan kaki balik umah dah tamat.. rasanya aku pun tak sanggup nak jalan kaki kalau time hujan camnie.. kalau hujan sahaja tak per lagi.. aku masih redah walaupun lebat.. masalahnya kat sini.. hujan datang bersama angin kuat.. kadangkala kalau tak kena gaya boleh terhuyung hayang semasa berjalan.. kalau bawak payung pun takde makna.. confirm payung tuh patah.. entah bape byk payung aku yang telah ditong sampahkan.. satu lagi bila berjalan dalam hujan dengan hanya cover separuh badan dengan jaket hujan tidak memadai.. selain muka yang basah.. tangan.. seluar dan kasut pun basah sekali.. Nasib sekarang nie pakai kasut kulit.. tapi masalahnya tapak mudah masuk air pulak.. so episod stokin basah pun jadi 1 hal.. (nie namanya suh beli kasut baru hehehe)

Kerja takde beza sangat.. cuma esok bermulalah episod aku kena tolong kawan level 4.. sebab sorang tuh cuti 7 hari.. Kenalah vakum tangga dekat dengan muzium tuh lagik.. aduhhhh.. aku penah vakum sekali memang serik dan sakit pinggang.. mana idaknya.. kena vakum koridor dengan tangga berpusing tuh.. kalau sekali vakum habuk kat kapet tuh terus disedut takpe gak.. nie.. mau 2 3 kali tolak tarik vakum tuh barulah habuk2 tuh hilang.. mana tak letih.. nak kata vakum yang xkuat sedut pun bukan.. aku suspek kapet tuh memang kena p tukarlah.. puas menyedut berulangkali.. bak kata Sv aku.. 'I know that blue carpet is a pain in the but' hehehehe... tau pun.. aku ingat aku jek merungut dalam hati.. rupanya dia pun tau gak hehehe... dari cover tangga tuh kan.. sebenarnya aku lebih rela cover department HR dan vakum kapet merah kat entri masuk ke HR tuh.. walaupun luas.. tapi senang nak vakum sikit.. berbanding dengan kes kapet biru tuh... 'Sighhhh' Do I have choice??? NO... buat jelah...

Semalam dan hari nie dah mula dapat itinerary untuk trip early July.. kawan aku yang buat plan tuh schedule utk 7 hari... cuti nak kena ambil nie.. so far trip tuh oklah.. cuma aku suggest beberapa tempat sepanjang trip tuh.. dulu last round pun dengan dia juga.. cuma kali nie aku buat a few suggestion sebab ada 2 stop kena singgah.. ada orang kirim 'skaf' bola sepak.. dia punya fanatik buat aku gelak.. kesianlah pulak kan.. so kenalah masuk dalam schedule aku.. awal2 aku dah beritahu 2 stop nie pada kawan aku.. mean memang kena singgah.. dia sure no hal punya.. sebab laki dia mmg kaki bola gak.. maybe dia takde rasa nak singgah sebab pakwe aku kan bukan kaki bola..

Kiranya nie cuti yang agak panjang untuk aku sebelum puasa nanti nie.. lepas this trip mmg aku takkan kemana-mana dah sebab nak prepare untuk balik pulak InsyAllah lepas raya nanti.. memanglah rezeki aku berjalan masih dengan kawan aku nie.. dulu round pun dengan dia.. dia dah balik mesia.. datang balik nak konvo pun.. kitaorang masih ada jodoh berjalan gak.. hehehe... Takpe dah rezeki.. tetiba lak 2 3 hari nie rasa sayu lak.. maybe sebab rasa cam masa pun dah tak lama lagi jek kan..

Apa pun.. aku sure rindu dengan keje nie lepas nie.. Bukanlah best pun.. tapi so far dah 3 thn aku keje kat level 6 SDS tuh.. staf dia semua best2.. baru2 nie.. sorang staf tuh tanya camna progress study aku.. most of the staff memang tahu aku study.. dan diorg tahu aku ye major adalah computer sci.. sampai ada yang terkejut bila tahu aku ye background yang banyak involve dengan training seperti mana yang diorg handle kat department yang diorang handle tuh.. Heheheh... kadang2 best juga borak sebab pengalaman kitaorang sama jek.. terutama bila kena bg training kat staf proffesor.. staf tua2.. aku dah puaslah mengadap diorang2 nie.. mana jek staf baru masuk dulu.. memang akan jumpa aku untuk sesi training guna sistem universiti.. kena pulak aku cover jaga department yang memang buat training untuk universiti.. senyum2 jelah bila tengok nota-nota atau kertas-kertas training diorang tuh ;)

Esok another day.. kejap jek kan masa berjalan.. rasa baru jek jumaat dah esok hari rabu....

Wednesday, 4 May 2011

Bila roti bakar sudah menjadi sarapan wajib selama 5 bulan

Uih.. tajuk entri pun tak boleh blah.. Sungguh 5 bulan dah makan roti bakar.. itu tak kira 4 thn yang sarapan aku hanyalah salad kentang.. baguette tuna atau telur rebus.. atau kadangkala panini ayam coronation.. atau sushi sejuk tesco atau sainsbury..

Bila cerita makan roti nie.. aku mesti tersenyum sebab ada sorang kawan aku.. kalau sembang jek time aku baru sampai ke uni.. dia mesti akan perli aku.. Asyik makan roti jek hahaha.. Nak buat camna..dah itu makanan yang paling senang dan segera untuk dibawa bekal..

Hari ini bekal aku hanya 2 keping roti bakar berinti kaya.. sejak dapat beli kaya di kedai cina.. jam orange marmalade aku pun dipandang sipi-sipi jek.. sentuh pun idak.. betapa sombongnya aku beberapa minggu nie.. aku rasa minggu depan nie confirm kaya tuh habis.. sebab kalau aku yang menyapu kaya di roti tuh adalah budget jimat cermat sikit.. ingat2 jugalah untuk hari esok lusa.. tapi bila datang pakwe aku.. dia sapu kaya itu dengan sesuka hati dia jek.. main sapu banyak2.. tengok tuh tensen jek.. tapi yang aku juga perasan.. sejak seminggu dua ini.. dia pun dah mula bawa bekal roti bakar.. wahhhh... nampaknya pengaruh aku makan roti ini sudah berleluasa pada pakwe.. cuma hujung minggu kalau sabtu ahad tuh.. aku biasanya tak makan dah roti bakar untuk sarapan pagi... sebab biasanya aku akan masak bihun goreng.. nasi goreng.. atau apa2 yang heavy jek.. tapi pakwe aku.. walaupun aku goreng nasi.. roti bakar dia tetap makan dulu.. kiranya dia lagik tegar dari akulah..

Hari ini.. aku memang budget dah tak tahu apa nak bawak bekal.. selain roti bakar kaya 2 keping yang wajib setiap hari.. selalunya aku pasti akan bawa benda lain yang lebih berat untuk makan tengahari aku. roti bakar tuh just utk sarapan pagi.. mulanya aku dah budget.. lunch nie aku nak makan baked potato dan tuna.. my all time fav.. udah lama teringin nak makan.. memang best.. kalau dah mengadap nie.. dengan kulit2 potato tuh makan sekali.. hehehehe... tapi.. bila check email.. ohh hari nie ada RD (research digest) meaning ada discussion group sikit.. dan biasanya memang ada lunch free.. oppsss... ulang sebut.. lunch free.. so nampaknya.. rancangan untuk pergi beli baked potato tuna terpaksalah dibatalkan.. uihhhh... nie teringin nak makan baked potato udah postpone entah berapa lama dah nie.. sebulan lebih ada nie.. takpe.. 1 fine day.. 1 fine day.. aku pasti akan pergi cafe joanna bites tuh untuk beli baked potato.. niat dulu.. buat kendian hehehe..

Sebenarnya tadi masa aku duk merenung roti bakar yang aku makan hari2 tuh.. terfikir seketika.. betapa mudahnya cara hidup aku sekarang nie.. nak makan pagi dan tengahari hanya sekadar roti.. semalam jek breakfast & lunch aku 5 keping roti (3 keping roti bakar + 2 keping sandwich tuna -pemberian orang) dan 1 gulung tortilla wrap berinti sosej, timun bwg dan keju danish.. balik mesia.. confirm lah kan.. mesti sarapan aku nasi lemak.. kue tiaw goreng.. roti canai.. soto kak pah.. dan lunch pulak.. siaplah segala restoran sekitar TM tuh yang akan dikunjungi.. merasa lagik ke aku nak makan roti bakar pagi2 dan lunch tortilla wrap lagik?? Selama hampir 6 thn dulu keje.. itulah hari2.. sampai 1 masa aku dah jemu sangat makan nasi lemak aku tukar makan cornflakes.. dan pernah juga 2 minggu makan epal hijau untuk sarapan pagi.. (yang bestnya.. epal hijau tuh pakwe tolong potongkan dan dia tolong masukkan dlm plastik untuk aku bawa bekal sebelum start keje)..

Kadangkala bila berbual dengan rakan-rakan di tanahair.. bila tanya sarapan dan lunch apa.. sure aku terkedu bila diorg cakap makan macam-macam.. sebab sarapan dan lunch aku cukup simple jek.. diorg pulak rasa pelik.. sampai tanya aku.. kenyang ke??? hehehehe.. sebenarnya aku ye style makan simple jek.. aku tak kisah makan apa pun.. walau pun hanya cekodok bawang jek.. aku ok lagik..

Ini buat aku flash back masa aku zaman sekolah rendah dan sekolah menengah.. Aku memang dari zaman sekolah.. kalau keluar awal pagi.. memang aku tak sarapan sangat.. kalau makan pun sikit sangat atau takat teguk air 2 3 teguk.. tabiat nie memang terbawa-bawa sampai sekarang.. kalau aku buat air milo.. atau nescafe kat umah sebelum keluar umah.. nak2 pulak ada urusan kerja.. memang aku akan minum takat 2 3 teguk jek.. lepastuh memang terletaklah atas meja dapur atau meje kat ruang tamu sampai aku balik umah petang.. Pakwe dah faham sangat perangai aku yang satu nie.. kalau teringat jek.. then baru aku letak dalam peti sejuk.. selalunya memang letak kat luar jek.. Tak basi ke?? takkk... sebab suhu kat rumah aku nie sejuk.. biasalah.. kalau kat mesia confirm mmg dah tak leh minum..

Sebab itu aku suka sarapan benda-benda yang simple di awal pagi.. kalau namanya nak makan yang berat2 terutama kalau kena keluar pkl 6 pagi tuh.. memanglah takde dalam kamus hidup aku.. sarapan aku yang berat hanya bermula lepas pkl 10pagi.. Kiranya cam aku makan brunchlah.. Itupun selama 4 thn nie.. memang roti jelah sarapan utama aku..

Makin kurus?? Hahahaha... nan ado lah.. aku rasa berat badan aku maintain jek pada stage nie.. Balik mesia kan.. aku dah terbayang2 dah.. nie mesti akan ada orang promote produk macam2 nak kuruskan badan.. walhalkan aku dah lama tahu.. untuk aku kurangkan berat badan aku.. hanya 1 jek.. aku kena exercise.. orang yang jenis kuat bersukan memang camnielah.. kalau aku bersukan balik cam dulu-dulu.. sebulan jek aku jamin memang aku boleh turun dan develop muscle aku balik.. nie dah 2 minggu aku jalan kaki.. dah rasa dah badan aku ringan.. bukan susah pun sebenarnya.. kalau kena makan produk2 nie.. turunlah kejap.. pastu naik balik.. tapi kalau aku maintain bersukan atau p gym cam dulu.. memang senang sangat turun.. Pemakanan tak beri kesan sangat pada aku.. sebab aku jenis tak makan banyak.. dan aku memang makan simple..

Mesti aku terkejut nak sesuaikan makan benda2 yang kebiasaan kat mesia kan.. dan mesti juga aku rindu roti bakar aku hari2 nie.. Agak2 boleh ke ekk aku maintain budaya nie.. Will try.. nanti aku ajak kawan aku yang baru balik dari NZ tuh join.. ntah2 nanti dia yang pengaruh suh aku makan macam-macam.. udahlah dia tuh kurus kering.. makan banyak mana pun maintain jek..

Thursday, 28 April 2011

Esok cuti lagi.. Cuti lagik??

Ye hari esok cuti lagik.. Cuti pun tak nak.. oklah.. cuti pun cutilah kan.. 2 minggu berturut-turut nie memang weekend holiday.. last week.. jadual aku penuh dengan aktiviti melepak kat luar.. termasuklah aktiviti melepak di rumah orang hehehe.. minggu ini.. episod rumah aku pulak yang bakal kena lepak.. InsyAllah ada hajat dari kawan-kawan baik untuk solat hajat di rumah aku.. Mendoakan semoga urusan perjalanan hidup di sini dipermudahkan hendaknya..

Minggu nie aku kerja 3 hari jek.. Dan cam minggu lepas kena cover orang kerja.. lepas nie.. 2 minggu berturut pun aku kena cover lagik kerja orang.. member level 4 cuti 2-6 hari.. Biasalah kalau salah seorang dari kawan level 4 tuh cuti.. biasa aku kena turun tolong diorg buat kerja.. itu tak termasuk kerja kat level aku yang memang kena buat juga..

Masalah bila asyik cover kerja orang.. yang aku nie bila nak cuti ye?? Kadang-kadang memang rasa nak bercuti.. ala-ala cam nak balas dendam camtu hehehe... tapi entah kali nie aku cam malas betul nak bercuti lah.. sebab bukannya nak p mana-mana pun..

Cuti masih belum ambik.. hehehehe.. plan nak ambik bulan 5 tapi belum ada tarikh lagi.. bukan apa.. hujung bulan 6 ada kawan nak datang 2 minggu dan pastinya kena ambik cuti gak masa tuh.. Pakwe hari tuh dah tanya nak cuti bila.. lagipun kebetulan 2 minggu nie pun dah cuti jumaat isnin.. so takdelah rasa cam nak ambik cuti sangat.. cuti umum jek dah 4 hari.. Weekend nie pun pakwe dah tanya takde nak kemana-mana ke?? aku belum decide lagik.. mungkin isnin nanti berjalan kot.. dekat2 sekitar sini jek pun..

Hari nie tengok follower dah jadi 3 orang.. terima kasih sebab sudi jadi follower blog yang tah apa-apa nie.. sebenarnya lebih banyak membebel.. bahasa pun ikut suka ati jek nak cerita apa.. takde skema2 sangat.. Apa pun terima kasih ye korang.. walaupun ada yang tahu aku kat mana dan siapa aku.. senyum-senyum jelah ok.. senyum jek tau..

Sambil taip entri nie.. aku dah mula meneguk gelas ke 3 air sejuk.. Hari panas betul.. bilik rasa berbahang.. belum pun pkl 12 tghari nie.. tapi panas dia aku rasa kalah mesia kot.. cuma bezanya kat sini anginnya sejuk.. Kemarin aku jalan kaki dari sini ke rumah.. aku time adalah 50min.. mengah jugalah bila dah separuh jalan.. udahlah panas... pakai jaket hujan yang kalis air dan angin tuh.. aku dah rasa rimas.. nak buka jaket aku malas nak main sangkut2 kat beg nie.. tapi walaupun rasa berbahang.. tangan aku sejuk giler sebab angin sejuk.. cuma bila berjalan dibawah terik mentari muka aku merah padam tak tahan.. aku rasa dah seminggu nie muka aku asyik merah jek kena matahari.. tak yah sesusah nak beli blush tuh.. dah dapat blush semulajadi..

Hari ini rasanya aku bakal berjalan kaki lagik.. kali nie maybe aku nak stop sambil snap gambar kot.. sebenarnya ada gak hajat nak berhenti di tengah jambatan nak ambil gambar masa jalan kaki hari tuh tapi cam malas ler pulak.. tengoklah hari nie camna... aku nak buat timing lagik kot.. agak2 masih 50min perjalanan atau aku speed jalan kaki tuh mana tahu jadi 40min ke hehehe.. aku rasa lebihkurang 4km aku jalan kaki tuh..1km 12.5min.. ada logik tak?? sebab dari rumah ke uni aku lebih kurang 3 batu (sini ukur ikut miles tau).. tapi laluan yang aku ikut tuh laluan bas.. ok check google map.. dia jangkakan kalau jalan kaki ambil masa 47min.. so betul lah kan.. sebab aku time masa aku jalan hari tuh 50min.. jarak lebih kurang 2.4batu.. lebih kurang 4km lah kan.. Dah 4 tahun kat sini.. inilah 1st aku jalan kaki.. balik umah.. Exercise ler konon.. hari tuh sampai umah terus flat... aku rasa aku kena beli air kosong sebelum jalan kaki nanti.. tak boleh tahan sebab rasa hidung sebu sangat.. cam sekarang nielah.. 2 tingkap dibuka.. tapi rasa cam berbahang dan hidung mula rasa cam tak cukup oksigen.. rasa cam menghirup udara panas dan rasa tak selesa.. air dalam gelas ke 3 nie pun dah nak abis.. kejap lagik adalah gelas ke 4 atau 5 nie..

Hari nie semua orang sure balik cepat.. esok cuti kan.. dan esok pun semua nak tengok tv.. royal wedding

Friday, 22 April 2011

Bila lelaki menjadi topik perbincangan kami

Hampir ke pkl 3.30ptg tadi aku teringatkan seorang kawan yang dah nak abis kerja waktu tuh. Terus aku sms ajak keluar lepak ke city centre... Biasalah mood nak bercuti esok kan.. Tak lama 5 minit lepas aku sms.. dia call.. kata program melepak boleh diteruskan.. Sebenarnya nak ajak p Tesco.. Tapi sebab dia dah ajak kawan seorang lagik.. so date dari berdua jadi bertiga.. Hari pulak panas.. Hari nie decide ke Uni pakai T shirt.. Heaven.. Nak merasa pakai T shirt di tempat aku nie.. Amatlah jarang-jarang sekali aku buat.. tapi sebab tak tahan sangat sebab aku dah panas sangat 2 3 ari nie.. Nekad ari nie pakai T shirt.. Rasa panas cam kat mesia jek..

Rancangan nak ke Tesco tukar jadi rancangan pergi makan.. hehehe.. Aku dah agak dah.. kalau minah sorang nie ikut.. Confirm dia ajak p makan kat satu tempat lepak nie.. Memang selalu pun port kami keluar makan.. Makan western sikit ala-ala Nandos camtu.. Pakwe pun suka ke sini.. Bolehlah layan tekak.. Apa lagik. bila 3 orang mak dara nie melepak.. dari satu topik ke satu topik kami sembang.. Tapi yang paling rancak sembang pasal lelaki.. Ini memang topik hangat kami..

Lelaki yang kami maksudkan tak lain dan tak bukan suami masing-masing lah.. Sekali tengok perangai memasing lebih kurang je.. Apa yang kawan aku kena.. aku pun penah kena.. kawan aku pun penah kena.. 1 bab jek.. Bab duit.. Bab berbelanja.. Bab tak menyimpan.. Tapikan masalahnya yang diorang duk bebel tuh kan.. bukan pun duit diorang yang kami gunakan.. Aku selalu dah kena dengan pakwe.. Isu tak menyimpan.. Isu suka berbelanja.. Selalu jadi topik untuk dia bebel dengan aku.. Tapi kan yang aku heran tuh.. dia beli hardware.. beli macam2.. yang nyatanya lebih mahal.. Banyak lak tuh.. takde lak aku bising.. Bila bincang-bincang kan.. Alahai memang masalah sejagatlah.. Itu belum bab kena marah.. kena bebel.. kena tuduh relak2 kat uni sambil duduk-duduk jek.. Bab ini aku angin sat.. Apa ko ingat buat programming tuh tak guna otak ke?? Aku confirmlah kan.. kalau dia kena buat keje yang aku buat.. awal2 lagik sure dia dah surrender.. Cuma beza aku dengan kawan aku sorang tuh.. Dia jenis malas nak cakap banyak.. Aku pun sebenarnya.. Kalau dia banyak cakap.. Selalu aku stop jek dengan cakap "dah jangan nak bising.. kepala I dah cukup berserabut nie.. stress nie." Lepas tuh dia senyaplah..

Sebenarnya isu wanita berkarier dan agak berdikari ini adalah masalah semasa.. rata-rata kawan-kawan aku menghadapi masalah yang sama.. Kesimpulan aku senang je.. Sebenarnya ada sedikit rasa tak puas hati.. atau rasa iri hati kerana pasangan tuh ada kelebihan sedikit.. atau mungkin senang sikit.. Yang dia nampak senang.. yang susah dia tak nampak.. Lagipun aku rasa.. Aku layak mendapat apa yang aku dapat.. sebab aku berusaha untuk dapat tuh.. berusaha study hingga ke peringkat yang aku nak.. berkerja dengan kerjaya yang aku suka.. Bercita-cita untuk memperolehi apa yang aku nak capai untuk masa depan aku.. Soal dia menjadi suami itu. itu adalah pasangan.. Mungkin kot kerana pasangan ada sedikit rasa tercabar.. atau melihat ada kesenangan sikit.. Maka isu-isu yang aku sebut tadi dibangkitkan...

Pernah ada beberapa senior pernah menasihatkan aku.. "Lelaki ini jangan mula diajar dengan kesenangan.. kalau dia tengok U dah boleh handle semua perkara.. memang dia akan lepas tangan.. Masa tu kalau nak bising pun dah tak guna.. sebab dia tahu U boleh berdikari dan boleh buat semua itu" Ya benar.. aku dah rasa benda-benda nie.. Memang pun.. ada kebenarannya dan ia pun memang dah terjadi pada aku.. Bila aku mula ambil alih semua urusan rumah memang dia banyak lepas tangan.. Malah kadang-kadang kalau nak minta p kedai beli barang pun.. dia boleh cakap "Alah P lah drive sendiri.. Abg penatlah"

Aku bukan apa, sudah terdidik jadi independent seawal umur aku 15tahun.. Siapa lagi yang ajar aku.. Ayah akulah.. Dialah Lelaki pertama yang ajar aku tentang tanggungjawab.. Dia jugalah yang ajar aku untuk mulakan tanggungjawab sebagai satu-satunya anak perempuan sulung dalam keluarga.. Ya seawal umur 15 tahun itu juga aku dah mula masak untuk family aku.. Mak memang lepas tangan.. Sebab itu aku jadi terbiasa bila mengurus rumahtangga.. Lagipun aku tak suka bertangguh.. dan kalau boleh nak semua perkara mesti selesai.. Bila sesetengah urusan tak selesai.. Maka selalunya aku ambik jalan.. settlekan benda2 tuh.. dan benda itu mungkin menyebabkan dia rasa.. dia tidak perlu lagi untuk menguruskannya.. Silap aku..

Tapi aku syukur juga.. Sejak bulan 1 lagi tahun ini.. semua urusan rumahtangga... kini aku dah serahkan bulat-bulat pada dia.. sengaja aku tak lagi pergi ke kedai membeli barangan rumah.. sengaja aku tidak lagi mengajak dia untuk membeli barangan ke kedai cina.. Hingga pernah kawan-kawan aku datang melepak rumah aku.. pelik.. semua stok makanan yang biasa penuh dalam peti ais aku.. kosong.. Sebenarnya untuk kawan-kawan yang biasa lepak umah aku.. diorang memang selalu kata.. rumah aku banyak stok makanan.. sebabnya aku suka beli sekali banyak sebab senang tak yah susah2 nak pergi beli lagik.. Lagipun Alhamdullilah rezeki makanan rumah aku memang murah.. kadang2 kawan-kawan datang pun memang bawa macam-macam.. Lagipun aku memang jenis tak berkira sangat bab2 makan nie.. nak apa aku beli.. nak makan apa aku beli.. Malaslah nak control sangat.. Cuma baru-baru nie jek aku kawal sedikit sebab masa nak balik pun dah dekat sangat kan.. Kenalah habiskan stok yang ada..

Kini aku tetap syukur.. sebab kali ini aku memang terasa bagaimana rasanya bila suami yang uruskan semua urusan rumah.. dari barangan dapur.. hingga ke top-up elektrik.. kini semua tanggungjawab dia.. Malah roti yang aku bawa bekal setiap hari ke uni pun dia yang belikan.. Malah dia memang peka kalau roti dah habis.. atau apa2 sahaja yang aku boleh bawa bekal tuh dah habis.. Bila dia tengok roti dah abis.. atau wrap tortilla dah habis.. dengan sendirinya dia akan masak mee atau nasi goreng semata-mata untuk aku makan.. Perasaan aku??? Setiap kali aku bawa dan makan masakan yang dia buat khusus untuk aku tuh.. Pasti aku rasa seronok sangat.. perasaannya?? Korang boleh bayangkan jelah.. Itu belum lagi kes.. tiap-tiap pagi hari dia hantar aku ke uni..selama 11 tahun aku kerja kan.. boleh dikira berapa kali sangat aku merasa di hantar pergi kerja.. dan selama 4 thn aku kat sini.. selepas 4 tahunlah baru aku merasa ke uni dihantar.. sebelum nie.. semua aku pergi sendiri.. Perasaannya?? Aku hanya senyum-senyum tiap kali keluar dari kereta tuh..

Sebab itu tadi aku cakap dengan kawan-kawan aku.. komunikasi itu penting.. Aku rasa dia banyak berubah juga.. bila ada sesetengah perkara aku jelaskan pada dia.. terutama bila kes kenapa aku bawa bekal.. kenapa aku terpaksa berjimat kadang-kadang.. bagaimana stress dan berserabutnya kepala aku.. Sebab yelah bila aku kat rumah dengan dia.. takkan aku nak menangis melalak2 pulak kan.. cuma mungkin dia perasanlah mood aku yang kadang banyak diam.. atau jawab sepatah dua jek bila dia tanya..

Kadang-kadang pernah juga terfikir nak duduk rumah jek.. jadi suri rumahtangga.. tapi sebab aku dah pernah janji dengan mak.. yang aku akan terus bekerja.. maka sebelum aku kawin lagi.. aku dah pernah tanya dia sama ada benarkan aku bekerja atau tidak.. Mak kata.. dia taknak aku jadi macam dia.. dia tak pernah bekerja dan tak pernah rasa pegang duit sendiri.. Atas sebab pengalaman itulah.. dia tak nak anak-anak perempuan dia rasa seperti mana dia rasa.. Lagipun aku rasa apa salahnya aku bekerja.. aku punya ilmu untuk aku kongsi dengan orang lain.. kerjaya aku bukan kerjaya kelas bawahan.. dan aku berusaha dan berhak untuk menddapat apa yang aku dapat.. lagipun sapa nak bagi mak ayah aku duit bulan2 sebanyak mana aku selalu bagi tuh?? Suami aku nak bagi?? mesti dia nak bagi juga mak dan ayah dia kan.. Sebab itu tak pernah lagi terlintas dalam kepala aku untuk jadi surirumahtangga.. Bukanlah aku merendahkan martabat mereka yang menjadi surirumahtangga.. itu adalah pilihan mereka.. dan aku memang respeklah pada mereka yang pernah berkerjaya dan sanggup duduk rumah urus keluarga.. Tapi pilihan aku bukan kesitu sama sekali.. Selagi aku boleh kongsi ilmu aku.. selagi itulah hasrat aku untuk bekerja akan aku teruskan.. Why not.. Share it.. Because sharing is caring kan..

Rasanya topik lelaki nie kalau bincang lagi.. boleh jadi kontroversi.. Cukuplah perbincangan kami tadi.. Cukup untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.. sambil gelak-gelak lepas tensen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...