Tuesday 28 January 2014

3 perkataan pertama yang anda lihat..


Cari 3 perkataan pertama yang anda nampak...

Mine are Intelligence, Love and Money...

Yours??

:)

(Just for fun okay)

Monday 27 January 2014

Bila pening kepala..

Salam

Sejak kebelakangan ini.. badan pun dah mula sakit-sakit dan pening kepala... biasalah kalau dah sibuk dengan kerja dan asyik duduk jek.. mulalah kepala pening-pening..

Selalu kalau pening kepala apa yang korang buat?

Mungkin ada yang
1- Makan panadol
2- Urut kepala, leher dan bahu
3- Tidur
4- Mandi
5- Typical malaysian.. minyak angin cap kapak.. ahaks :)

Dulu ada seorang rakan aku diperkenalkan dengan minyak aromaterapi semasa 1 bengkel di Shah Alam.. harganya tak silap aku dalam RM15.. Bau ada lebih kurang macam minyak cap kapak.. tapi harum sikit jek lagi..

Last week semasa aku ke Kuching.. di pasar serikin.. aku jumpa minyak yang sama.. dijual dengan harga 2 botol RM11 sahaja...

Hari ini cubalah sapu.. baunya agak kuat juga.. berangin.. tapi menyegarkan.. dan paling utama.. pening kepala yang berdenyut2 tadi.. dah hilang.. malah sakit tegang leher pun berkurangan..

Dulu aku guna minyak 'Jerslin' 30ml dalam RM30 dan selalunya agak berkesan untuk selsema.. dan untuk baby.. memang sesuai... Minyak jerslin nie masih juga ada dalam beg terutama di waktu lenguh-lenguh bahu dan leher memang jadi minyak urut...

Kali ini.. dah jumpa minyak 'Safe Care' nie.. not bad juga.. rasanya kalau di kedai-kedai jamu mesti ada ;)

Boleh cuba kalau nak..
Tukang promosi tak dapat komisen tau :)

Wednesday 22 January 2014

16 tahun dulu..

Salam Pagi Rabu

Semalam aku menyelia pelajar praktikal sekitar daerah Kuala Langat dan Sepang.. 4 orang semuanya di 2 syarikat yang berbeza.. Syarikat yang pertama terletak berhampiran sebuah kolej di situ.. Kisah yang nak aku kongsikan bukan sebab pelajar praktikal tersebut.. tapi kisah bekas pelajar aku yang mendapat kerja di kolej swasta tersebut.. aku mengajarnya di dalam 2 kelas yang berlainan... satu semasa semester 6 dan satu lagi di semester akhir..

Uniknya pelajar ini kerana.. pelajar ini memang nampak dedikasinya dalam membuat kerja kursus yang aku berikan.. selain itu.. dia juga aktif bertanya soalan tiap kali dalam kelas.. ditambah.. semasa aku mengajar dalam kelas.. pernah sekali dia online skype dengan ayah dia.. tayang pada ayah dia aku mengajar dalam kelas hahaha...siap kirim salam lagi..

Manisnya.. dalam kursus semester akhir itu.. hanya dia sahaja yang mendapat A.. baki rakan yang lain mendapat A- dan ke bawah.. malah dia juga merupakan pelajar kelas pertama.. dan kini dapat bekerja di kolej swasta tersebut sementara menunggu panggilan kerja dalam bidang pendidikan..

Semalam.. semasa makan di food court berhampiran kolej itu.. pelajar praktikal aku menyebut nama pelajar tersebut..  mereka selalu jumpa dia di situ.. aku tergerak juga nak jumpa tapi kerana kekangan masa yang memerlukan aku ke 1 lagi syarikat di Sepang.. dengan masa 30min pemanduan.. terpaksa batalkan hasrat tuh.. biasalah kalau dah jumpa takkan nak sembang 5 minit kan..

Yang buatkan aku teringat sebenarnya adalah kisah kerja pertama yang pelajar itu perolehi mengingatkan aku pada kerja pertama aku juga sebagai tutor dulu.. cuma bezanya sebelum itu.. aku pernah mengajar di sekolah selepas matrikulasi sebagai guru sandaran.. itupun kerana arwah ayah paksa aku kerja di sekolahnya.. sekolah yang dia jadi guru besar hahaha.. pengalaman manis giler semasa jadi cikgu kat situ.. dan akulah satu-satunya anak dlm keluarga aku yang pernah merasa pengalaman bekerja dengan ayah sendiri... pengalaman makan kat kantin sekolah yang pengusaha kantin tuh taknak langsung ambik duit aku sebab dapat tahu aku anak guru besar.. antara pengalaman masam manis aku hahaha... sekali tuh jek p makan kat situ.. selebihnya makan kat rumah jelah lepas balik sekolah..

Aku tidak pernah impikan untuk bekerja sebagai staf pengurusan.. atau eksekutif.. walaupun pengalaman kerja dan belajar itu mampu melayakkan aku memohon jawatan itu.. tak minat sebenarnya.. mungkin sudah sebati sangat kot jiwa sebagai seorang pendidik.. hingga pernahlah terniat untuk sambung lagi study tapi khusus dalam bidang itu..

Dulu sebelum berkahwin.. mak pernah minta aku tanya pakwe.. sama ada dia akan terus benarkan aku bekerja atau tidak selepas kahwin.. sebab mak mahu aku bertanya.. dia tak nak aku berhenti kerja.. dan tak bekerja kerana dia dah rasa susahnya bila tidak mempunya kerja tetap.. ini bukan bermakna jadi suri rumah itu tak best atau terkongkong.. cuma mak ketika itu lebih suka kami mempunyai kerjaya masing-masing.. Maka selepas bertanya.. pakwe memberikan aku 1 syarat.. boleh terus bekerja.. tapi hanya dalam bidang pendidikan.. dia tak nak aku tukar kerja buat benda lain... dan aku terima syarat itu dengan senang hati ;)

Adakalanya.. aku tidak faham.. kenapa banyak kes-kes tertentu.. apabila seseorang itu menjadi guru.. atau jadi pendidik.. apabila mendapat gaji yang lebih lumayan.. terutama dengan bisness.. atau apa-apa.. ramai yang bertindak untuk letak jawatan dan sanggup tak jadi guru lagi.. tapi  yelah itukan hak masing-masing.. tapi pada aku jawatan guru atau pendidik itu tinggi pahalanya.. banyak baiknya.. walaupun tugasan harian kadang-kadang macam-macam nak kena buat.. apapun.. masa bekerja mereka pun dah separuh hari jek kan.. cuti sekolah cuti.. tapi yelah kan.. nikmat begitu kadang tak semua mampu hargai.. dan mungkin juga ada benda lain yang ingin dikejar yang lebih penting..

Apa jua.. seketika.. teringat kenangan pengalaman pertama bekerja dulu... kenangan itu masih tetap indah.. masih segar dalam ingatan.. bagaimana pengalaman bekerja anda dulu ye??
  
p/s Gambar petak ungu dalam entri sebelum nie.. berlokasi di Berjaya Times Square KL.. di level Ground di ruangan tengah tuh ada beberapa petak ungu yang mempunyai corak.. jika kita pijak.. corak itu akan berubah mengikut tempat yang kita pijak itu..

Mengimbau kenangan di Kuching
Been here last 2 days..
Another trip here again in couple of months..

Wednesday 15 January 2014

Ungu itu kegemaranku

Cuba teka apa ini..
dan di mana?

Monday 13 January 2014

Amalan jimat cermat, apa yang mungkin kita perlu ubah?

Salam

Semenjak dari hujung tahun 2013 lagi, sudah ramai yang mula berungut tentang kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan, bermula dengan isu minyak, tol, gula, brgan mentah, elektrik hinggalah harga makanan siap.. Rasanya saban hari hingga kini, isu ini masih banyak diperkatakan orang, tak kurang yang merungut dan bising hingga macam-macam lagi.

Ok, entri ini bukan untuk buat ulasan atau berdebat mengapa harga barangan semua naik.. tak perlulah nak komen pasal kerajaan atau kesalahan mana2 pihak di sini. Entri ini adalah ingin membincangkan bagaimanakah agaknya perlu kita lakukan demi mengharungi atau menangani isu kenaikan yang ada.. Dengan kata lain 'solution' atau 'suggestion' in action.. bukan cadangan dengan perkataan seperti 'terima jelah dah naik', 'kita pergi buat demontrasi', 'ini salah A, B, C..'.. yang kita nak bincangkan adalah apa mungkin penyelesaian jangka pendek atau mungkin pelan jangka panjang yang perlu/boleh kita lakukan.. mungkin berjaya, mungkin tidak.. tapi apasalahnya kita mencuba jika ia memberikan walaupun sedikit kesan pada kewangan kita..

1-Mulakan dengan masak makanan sendiri.. bawa bekal (ini sudah terbukti dimana-mana memang menjimatkan)
Rasanya cadangan ini mungkin kedengaran macam dah lapuk atau mungkin disertai dengan alasan 'tak pandai masak atau malas masak'. Tapi pengalaman aku membawa bekal selama 5 tahun semasa tinggal di UK dengan kos sara hidup yang terhad, kedai-kedai halal memang banyak tapi tak sanggup nak bayar hampir £5 untuk sekali makan. Selalunya aku memang akan bawa bekal untuk sarapan pagi dan juga tengahari. Amalan ini memang banyak membantu aku menjimatkan duit dan amalan yang sama pun pernah aku praktik kan semasa baru balik dulu.. hampir sebulan takde gaji dan ketika itu gaji yang ada pulak perlu dikumpul untuk membayar tunggakan hutang rumah dan juga kumpul duit utk settlekan cukai kereta.. dekat beberapa bulan juga aku masih kekal membawa bekal dari rumah.. dan sekali sekala jugalah makan di luar tak kerap mana pun.. Sebenarnya amalan membawa bekal ini lebih baik kerana kita akan punya masa 'privacy' untuk menikmati makanan yang dimasak sendiri.. takperlu keluar time panas2 terik matahari.. sibuk nak cari parking kosong.. nak byr parking pulak.. kdg berebut dengan org kalau kedai tuh penuh dan sesak.. Inilah perasaan yang paling aku suka apabila makan bekalan yang dibawa sendiri.. kepuasan dan kesedapan makanan itu tidak ada tandingnya jika dibandingkan dengan makanan yang dibeli/dibungkus dari kedai.
So antara azam tahun baru ini.. back to basic.. akan mulakan kekerapan membawa bekal dari rumah untuk tahun ini InsyAllah..

2-Belanja bila perlu dan 'stop' beli benda yang dah memang ada stok di rumah..
Bagi wanita bekerjaya.. beli barangan peribadi adalah antara perkara yang sinonim bagi wanita.. ada sesetengahnya mengelarkannya.. 'reward pada diri sendiri'. Benar ini memang baik.. cuma apabila benda yang dah ada.. dan masih elok.. hanya kerana kita berkenan.. maka mata dan tangan pulak tak sabar-sabar nak membeli lagi.. This is so true about myself.. sebab aku jatuh dalam kategori begini.. hahaha... selalu bila jumpa benda yang berkenan.. hati susah sangat nak kata 'tak nak', 'jangan beli', 'brg kat rumah ada lagik'.. so sekarang ini every penny yang dibelanjakan perlu difikirkan semula apabila perlu membeli.. Jika sudah ada.. masih elok.. berhenti dari membeli.. dan jika susah sangat keluar terus dari kedai atau berlalu dari rak brgan tuh hahaha.. Think logic and reasonable than your desire...

3- Jimatkan penggunaan elektrik dan air.
Ini pun salah satu amalan yang perlu dibuat.. sebelum nie mungkin tak kisah nak buka tutup lampu.. kipas dan aircon.. sekarang nie kena buat penjimatan.. masalah paling utama adalah penggunaan aircon.. kekerapan penggunaannya boleh dikatakan setiap hari.. rasanya perlu buat setting timing untuk penggunaan aircon.. on utk beberapa jam.. dan off juga beberapa jam secara automatik.. dulu semasa di UK.. kaedah yang sama digunakan untuk pemasangan heater.. kat rumah dulu kami memang set pukul berapa heater akan on... dan pukul berapa heater akan tutup.. Ini juga membantu dalam menjimatkan penggunaan gas.. so the same way perlu dibuat.. Penggunaan air pun sama.. mungkin perlu ada rutin membasuh baju.. meaning tak basuh baju hari2.. kalau keluarga yang besar.. susah nak buat kaedah ini.. tapi apa salahnya kita cuba kurangkan penggunaan mesin basuh setiap hari.. ada kawan aku.. sehari membasuh hingga 4 5 kali.. hatta kain sehelai pun masuk mesin basuh terus basuh.. Rasanya kena mulakan rutin bila membasuh.. kaedah ini dari di UK lagi aku dah praktikkan.. basuh setiap 2 hari sekali..

4-Kurangkan travelling atau melepak sesaja 
Ada sesetengah orang cukup suka lepak di luar dan kadang-kadang berjalan-jalan di shopping kompleks.. kalau jarak dekat mungkin tak terasa sangat.. tetapi jika kerap sangat pun.. mesti terasa sebab perlu bayar tol, minyak kereta dan juga byr parking.. Mungkin lebih sesuai dari lepak di kedai makan.. mungkin sudah masanya untuk melepak sambil beriadah.. jogging.. berjalan keluarkan peluh.. ataupun berkebun di rumah sendiri atau bersihkan rumah sendiri.. More time untuk kesihatan badan dan pada masa yang sama mencantikkan/membersih persekitaran rumah..

5- Banyakkan aktiviti yang menggunakan tenaga sendiri atau menghasilkan sesuatu dengan sendiri 
Paling tidak.. basuh kereta.. tak perlulah hantar ke kedai.. tapi basuh kereta sendiri.. nak jimatkan air.. pastikan air ditakung dalam baldi dan digunakan berulangkali berbanding dengan menggunakan secara direct dari paip yang kadang2 lebih cenderung lebih membazir.. Selain itu sebarang kerja yang dulunya mungkin memerlukan kita upah orang (kecualilah kita memang tak tahu buat benda tuh.. atau takde masa) kita cubalah buat sendiri jek.. contoh mungkin jahit baju, tudung, mesin rumput, cat rumah, pagar dan macam-macam lagi aktiviti lain.. setidak-tidaknya kita juga boleh cuba untuk recycle brgan yg ada dan jadikan bahan baru yang lebih kreatif..

6- Jual barangan yang masih elok atau terpakai..
Ini juga merupakan salah satu azam baru tahun ini.. barangan yang dah ada kat rumah itu banyak terutama barangan yang dibawa dari UK dulu.. daripada di simpan.. lebih baik dijual kepada yang mungkin memerlukan... Benda nie dah lama juga bincang dengan beberapa rakan yang lain.. sebab rasanya ada sesetengah barangan tuh dah memang takkan dipakai lagi.. daripada kuali, periuk tefal.. hinggalah kepada pinggan mangkuk.. Manakala baju-baju yang terpakai dan baru (tak pernah pakai) mungkin boleh dijual pada charity.. di pekan aku tinggal nie takde kedai charity.. kalau ada memang baguslah untuk memudahkan kita recycle brgan begini..

7- Car pool atau berkongsi kereta.. atau menggunakan cc kereta yang lebih rendah
Bagi yang bekerja berulang-alik.. kalau dapat beberapa rakan yang menghala ke arah yang sama.. idea nie memang bijak.. tapi pada aku kurang praktikal sedikit sebab jarak rumah ke tempat kerja hanya 10km dan tiada tol.. kedua-dua kereta yang digunakan Alhamdullilah minyak isi RM30 dan RM50 tahan untuk seminggu penggunaan.. satu kereta cc 1.3 dan satu lagi 1.8 tetap dengan enjin komprosser.. isi RM50 masih boleh pergi balik untuk perjalanan menghampiri 200km.. Dulu pernah terfikir nak ambil kereta dengan cc lebih tinggi.. tapi memikirkan kos minyak yang lebih tinggi apabila perlu buat perjalanan, ditambah dengan jadual kerja aku yang boleh dikatakan agak kerap kerja diluar dan travelling.. maka 2 jenis kereta ini Alhamdullilah.. kurang sedikit bebanan minyak.. Jika ada pengangkutan awam yang selesa dan murah apa salahnya gunakannya berbanding membawa kereta sendiri.
Selain itu mungkin boleh kurangkan kekerapan singgah ke tempat2 tertentu berulang kali.. kalau dah plan nak beli barang.. setkan terus beli yang diperlukan tanpa perlu pergi ke tempat yang sama berulang kali.. Boleh juga cuba untuk tidak membawa kereta dengan laju sangat.. sebab kelajuan kereta yang lebih tinggi mengakibatkan penggunaan minyak yang lebih banyak.. Terutamanya bila memandu di lebuhraya.. kalau anda memecut 110 keatas.. baki minyak yang tinggal pastinya sedikit berbanding jika anda maintain bawa kereta 90-100km/j sahaja.. Apa perlahan sangat?? Ok.. mana lebih penting.. sampai cepat (kecuali kecemasan) tetapi kena tambah isi minyak.. atau sampai lambat sikit (beza 10-15minit) tapi baki minyak masih boleh digunakan ;) .. hahaha ini ckp dari pengalaman sendiri yang pernah bawa 145km/j tanpa henti sampai dapat surat saman lah.. ahaks ;)

8-Jalan ber Tol.. elakkan? atau guna jalan lain
Isu ini juga pernah dibincangkan.. sampailah ada orang upload.. ada sorang nie bawa kereta ikut jalan motor sebab nak elak tol.. Rasanya jika kenaikan harga tol berlaku.. rasanya aku kena guna alternatif ini.. mungkin masih boleh guna jalan bertol.. tapi mungkin menggunakan separuh jalan bertol dan separuh lagi jalan biasa.. Kalau biasa balik kampung aku akan menempuh 7 tol.. yup serius ada 7 tol yang aku lalu tiap kali balik kg.. dari nkve, guthrie, nkve balik dan sambung ke skve.. kali nie.. mungkin terpaksa ikut nkve direct ke bukit raja dan ikut jalan lama klang-banting.. walaupun sesak dan jam.. setidaknya kos tol banyak sangat boleh jimat.. sebab kenaikan tuh boleh dikatakan sekali ganda daripada kos yang aku bayar sekarang menggunakan 7 tol tersebut..terpaksalah nampaknya.. sesak sekejap je kat bandar klang.. once dapat masuk jln lama ke jln kebun.. ok dah :)

9- Berniaga..
Bab yang ini memang ada rancangan tapi belum lagi nak menceburkan diri.. walaupun ramai dah orang2 yang berikan cadangan ini untuk tambah pendapatan.. Banyak risikonya.. kecuali kalau pendapatan seperti ambil upah jahit.. buat nasi lemak.. atau benda-benda kecil yang lain.. however ini masih dianggap satu cadangan yang baik.. dan tak salah kalau mencuba hatta menjual buah-buahan atau goreng pisang di tepi jalan kan..

10-Buat simpanan walaupun sedikit
Setiap duit yang diperolehi.. perlu disimpan sedikit bakinya.. sama ada dalam tabung.. di bank atau mana-mana pelaburan.. tidak perlu banyak.. walaupun rm50 sebulan sekali pun.. kalau susah sangat nak menyimpan.. apakata buat potongan gaji terus ke tabung haji.. (aku plan nak buat utk tahun ini)
Kebiasaannya amalan menabung ini agak sukar di kalangan kita kerana kesempitan hidup dan mungkin sudah biasa berbelanja lebih.. Tahun ini juga nak mulakan tabungan di rumah.. simpan duit untuk kecemasan dan simpan walaupun sedikit dan walaupun sekadar duit siling.. Mungkin tak banyak.. tapi lama-lama jadi bukit jugakan ;)

11- Jual barangan kitar semula
Mana-mana barangan yang mungkin tidak digunakan lagi.. seperti besi-besi buruk, kotak-kotak lama, barangan lama..paper lama.. mungkin sudah sampai masa untuk dikitar semula.. rumah aku pun dah banyak benda-benda begini.. so mungkin inilah masanya untuk buang dan jual benda2 sebegitu.. mungkin nilai duit yang kita dapat tak banyak.. tapi setidak-tidaknya boleh dijadikan duit tabung..

12-Bercuti dengan budget murah..
Bagi mereka yang suka bercuti atau travelling, mungkin amalan bercuti dengan budget murah dan rendah menjadi salah satu alternatif. Jika dulu tak kisah nak duduk hotel 4 5 bintang.. kali ini apasalahnya kita berjimat sikit dengan memilih hotel budget yang masih selesa dengan harga lebih murah.. Begitu juga dengan kos-kos yang lain seperti makanan.. pengangkutan dan sebagainya.. Bercuti tapi membawa bekalan makanan dari rumah amat menjimatkan kerana kita boleh jimatkan belanja dan memudahkan kita mendapat makanan yang halal dan terjamin kebersihannya.. Aku dah lakukan ini dulu semasa travel ke eropah dan sememangnya banyak menjimatkan belanja.. bawa periuk nasi dan multicooker.. perjalanan ke mana-mana negara amat mudah.. dan perut lebih kenyang.. :)

13- Kerja sambilan.. 
Rasanya ini antara alternatif lain untuk menambah pendapatan.. mungkin ada di kalangan kita perlu buat kerja sambilan begini untuk menambah duit.. bagi yang masih ada kudrat dan tidak ada pilihan lain.. ini adalah yang ada.. Untuk aku pulak.. mungkin perlu tambah kerja-kerja untuk konsultan dan kerja-kerja luar.. Bermaksud kena tambah research group di kalangan sahabat-sahabat yang ada.. Mungkin jika ada yang minat menulis novel.. boleh cuba bakat jadi novelis.. menulis di majalah atau akhbar.. boleh cuba jadi agen jualan produk sambilan.. jadi dropship untuk jenama-jenama baru, jaga budak dan sebagainya..

14-Downgrade penggunaan internet atau pakej perkhidmatan yang tak diperlukan
Sesiapa yang mungkin melanggan internet dengan pakej yang tinggi tetapi menggunakannya dengan kadar yang rendah.. mungkin ini masanya untuk resubcribe ke pakej yang minima atau lebih rendah.. Dulu mungkin kita rasa kita heavy user tapi mungkin masuk tahun ini.. kita mula merancang untuk mengurangkan penggunaan internet di rumah.. apatah lagi jika penggunaannya terhad atau sikit sangat.. Jika penggunaan heavy pulak.. mungkin perlu ada satu rutin masa untuk menggunakan internet.. supaya proses untuk mencatu penggunaan ini dapat mengurangkan kos..  Ini juga termasuklah dengan penggunaan astro... sejak pakej astro dinaikkan beberapa bulan yang lepas.. aku dah mula memikirkan untuk downgrade pakej yang dilanggan sekarang.

15-Jika buat pinjaman, pastikan kita mampu bayar dan tidak membebankan
Untuk barangan yang harga tinggi seperti rumah dan kereta kadangkala kita tak punya pilihan selain berhutang.. tapi kita juga masih ada pilihan untuk memilih rumah yang sesuai dengan pendapatan kita.. buat pinjaman rumah dengan kadar yang kita mampu bayar dan tidak membebankan. Tidak membebankan ini bermakna kita masih ada baki daripada duit gaji untuk hidup selepas tolak hutang.. jangan terlalu ikut nafsu untuk memiliki rumah atau kereta yang mewah atau besar.. tetapi hakikatnya selepas tolak hutang.. duit yang tinggal sekadar cukup lepas bayar duit minyak dan tol jek.. perlu ada ruang baki yang membolehkan kita belanja untuk keluarga, keperluan harian dan juga sedikit duit semasa kecemasan. Jika ada yang membuat pinjaman peribadi.. pastikan juga ambil sekurang-kurangnya 10% untuk buat pelaburan sama ada di asb atau tabung haji atau mana-mana pelaburan lain.. jangan habiskan ke semua duit pinjaman tersebut.. tetapi laburlah sedikit.. setidak-tidaknya tidaklah duit pinjaman itu habis semua begitu sahaja..

16-Bayar dengan tunai, elakkan hutang
Amalan ini sebenarnya bagus untuk menggelakkan kita daripada berhutang dengan tempoh yang panjang. Sejak dari dulu.. kali pertama dan terakhir aku membeli barangan perabot rumah daripada court mammout adalah di awal perkahwinan.. masa tuh kami beli sofa.. bayaran ansuran.. biasalah masa baru kawin dulu.. gaji aku pun tak sampai 2k pun.. adalah lebih kurang 1500 jek masa tuh.. ditambah gaji pakwe kerja kilang masa tuh.. sebulan dalam 3k jek.. nak beli perabot cash mana ada duit.. so pernahlah beberapa kali tertunggak bayaran.. Tapi kami settle juga bayaran tuh.. sebab dah malas nak berhutang lagi.. sejak itu.. kami buat prinsip.. kalau nak beli barang apa-apa lepas nie.. bayar dengan tunai.. kalau tak mampu.. kami tak beli.. ada duit lebih..barulah beli apa yang diperlukan..

17-Jangan ikut trend orang.. atau beli apa yang orang lain beli
Ini kadang-kadang sudah jadi kebiasaan pada sesetengah orang.. pantang nampak orang beli itu.. kita pun sama juga.. kena tahan nafsu dan tanya perlu ke beli?? Kalau jawapannya tak perlu.. tak payahlah beli kan.. Biarlah kalau kita ketinggalan trend atau tak ikut perubahan teknologi.. itu semua tak penting di mata orang.. janji apa yang kita ada.. kita selesa dan kita tidak dibeban dengan hutang atau kesempitan duit

18-Menderma atau bayarlah zakat
Ini juga bagus dijadikan amalan.. menderma tidak semestinya waktu senang dan banyak duit.. walau dimasa kita kesempitan duit pun apasalahnya kita menderma.. kalau ada lebihan eloklah di bayar zakat.. selain daripada tolak gaji bayar cukai.. elok juga kita amalkan duit gaji yang bayar cukai tuh.. kita peruntukkan dengan membayar zakat.. ada keberkatan kat situ.. menderma pada saluran yang sah seeloknya atau kita yakini kemana duit itu akan dibelanjakan.. Dulu ada seorang rakan aku.. tiap kali masuk bulan ramadan dia akan bayar fitrah terus kepada beberapa orang miskin yang dia dah kenal pasti.. pernah sekali aku ikut dia ke rumah sahabat kawan aku itu.. memang daiflah rumah dia.. dan itu antara pengalaman yang terkesan di hati..

19- Bersederhanalah dalam kehidupan dan sentiasa berdoa
Ini merangkumi semua aspek kehidupan.. apa juga yang kita lakukan bersederhanalah dalam semua perkara.. secara zahir.. batin semuanya.. bukan sekadar aspek material yang boleh kita nampak.. tapi juga aspek rohani dan sikap.. bertindaklah dengan kesederhanaan.. dan melakukan ikut keperluan dan kemampuan.. Peringatan untuk diri sendiri juga... Sentiasa juga berdoa dan mengamalkan doa-doa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

20- Perubahan pada rutin harian dan mengurus rumah tangga dengan baik
Mungkin sudah sampai masanya.. kita perlu buat satu jadual rutin harian yang lebih sistematik dan teratur. Mungkin perlu buat jadual untuk masakan apa yang perlu dibuat. Aku ada jadual ini di rumah dibuat oleh pakwe :). Jadual membasuh baju, jadual bila perlu keluar belanja barang dapur dan jumlah yang perlu dibelanjakan. (Bila ada jadual memasak.. lebih mudah untuk kita buat budget barangan dapur). Malah plan/jadual untuk balik kampung, bercuti, berehat, makan diluar sepanjang tahun atau mengikut bulan boleh dicadangkan untuk disediakan. Ini setidak-tidaknya dapat mengawal aliran keluar duit dan membuat perancangan kewangan dengan lebih baik..

Ok cukuplah 20 tuh.. kalau ada sesiapa yang nak menambah dialu-alukan.. tapi tolong jangan jadikan entri ini pencetus untuk menyalahkan mana-mana pihak atau memberi komen yang tidak membina..

Ini adalah bekal 'baked potato with coleslaw' 
Antara bekal yang sering aku bawa dulu..

Thursday 9 January 2014

Dinding yang kosong

Salam Pagi Khamis

Alhamdullilah hari ini dah hari ke 9 di bulan Januari 2014.. dah sembilan hari kita di tahun 2014.. dan selama 9 hari itu jugalah dinding di tepi meja kerja aku ini kosong dan sepi hahaha.. Tahun 2013.. ada jugalah beberapa keping calendar yang dicetak sendiri dan ditampal.. Tahun 2014 nie tak jumpa sangat template yang berkenan di hati.. nak buat sendiri aihh.. malas ler pulak..

Akhirnya.. selepas merasakan kosong dan kosong.. biasalah bila mood tanda kertas periksa nie.. mulalah mata melilau nak buat macam2 kerja lain.. Gagah dan rajinkan diri juga mencetak pada kertas biru.. (apa kes.. dinding dah biru.. kertas pun biru?.. nak buat macamana itu jek kertas yang ada.. hahaha)

Inilah hasilnya.. 

Ada beberapa gambar di situ yang terpaksa di 'blur' untuk menjaga akta kerahsiaan.. 
Walaupun ada korang yang dah kenal aku ;)

Sekali imbas tengok macam kosong juga huhuhu.. takpelah.. janji aku toleh ke kiri ada benda best yang aku nampak kan :)

Nak letak papan tanda pulak lupa bawak hook yang boleh ditampal tuh.. dan rasanya dah tiba masa nak kongsikan koleksi gambar peribadi yang diambil sendiri sepanjang 5 tahun di UK dulu.. nak print semua byk sangat pulak.. Dulu aku suka lekatkan poskad pada papan putih atau papan tanda lekat tuh.. maybe kena mulakan balik hobi lama nie..

Kad tahun baru yang dilekatkan itu datang dari 2 negara yang berbeza.. Thailand dan Japan.. InsyAllah bulan 5 nie akan terbang ke Osaka.. cuti pun belum apply lagi nie..

p/s Bila lah nak buat projek print poster gambar scenery yang dalam koleksi nie? Dah lama plan nak frame dan gantung kat rumah.. huhuhu 

A friend post this video on facebook today..
I had seen this last year..
It's 'the power of words'
But most important.. 
This video was shot in area where I had walked almost everyday for 5 years :)

Wednesday 8 January 2014

Bila stok tudung dah mula banyak kat rumah..

Salam pagi rabu

Perempuan kan.. antara benda wajib yang sering kami akan beli adalah barangan keperluan diri.. disebabkan wanita nie ada banyak benda yang nak kena sarung setiap hari.. dari kepala sampailah ke kaki.. maka kedai-kedai yang menjual barangan keperluan wanita antara business yang popular.. kalau kita survey pulak business online pun sama juga.. produk tudung, baju, kecantikan antara yang banyak diniagakan secara online.. itu belum masuk bab2 keperluan dapur dan bilik tidur (cadar, bantal).. taip sahaja dalam google.. mesti jumpa.. kalau cari melalui facebook pun banyak juga.. kain cotton, baju kurung, tudung, shawl, krim kecantikan, bedak arab dan senarai goes on..

Semalam selak stok tudung yang ada kat rumah.. hampir sebahagian adalah  fesyen tudung2 lama.. set2 tudung bawal yang zaman anak dara pun banyak.. adalah 2 kotak lebih kurang.. nak buang sayang.. nak bagi orang pulak.. belum tentu ada orang nak pakai dah.. sebab zaman nie tudung sarung ekspress jek.. orang lebih suka pakai tudung syria.. shawl.. pashmina.. trend tudung dah berubah masa kini.. set2 tudung ekspress aku pun ada yang dah tak pakai sebab kebanyakannya saiz S.. terlalu kecil dan singkat.. dulu di UK selalu pakai sebab setiap hari pakai jaket.. zaman tuh teman sebilik pun semua perempuan.. so taklah rasa tak selesa sangat..

Sejak mula bekerja.. jenis2 tudung yang begitu memang dah takkan dipakai lagi.. sebab tidak sesuai dengan suasana kerja dan persekitaran.. so akibatnya.. tudung macamtu tersimpan dalam almari.. itu belum lagi kes beli tudung2 yang rasa macam ok.. tapi bila dah pakai macam tak selesa dan singkat pulak.. Itu tak masuk lagi tudung2 yang banyak aku beli di tie-rack (jenama london) antara jenama yang popular.. pernah survey harga tudung ini di KLIA.. harga mencecah RM50 kalau ada sales.. kalau xde sales memang RM70 ke atas.. dulu rajin beli sebab selalu ada sales setiap hujung tahun.. beli 2 untuk £5 sahaja.. kadang dapat 3 untuk £10.. itu yang banyak koleksi tudung jenis itu.. masalahnya tudung jenis ini jatuh kategori scarf.. kalau minah saleh tuh buat pakai kat leher atau sekadar tutup rambut jek.. cuma yang menariknya.. corak2 jenis klasik dan dibuat dari Italy atau France.. itu belum masuk tudung yang aku beli agak banyak semasa ke Istanbul dulu..  jenis berkilat2.. kalau siapa biasa tengok gadis2 turki pakai tudung yang jenis ikat depan dan selit bawah tudung dan ikat belakang.. itulah antara jenis tudung yang aku beli.. sayang sebenarnya nak bagi orang sebab rasanya org malaysia pun dah tak pakai tudung tuh.. pernah juga sekali dua pakai tudung2 tuh dulu.. ramai juga yang tegur sebab warnanya yang lembut dan berkilat.. di kalangan rakan-rakan yang pernah bersama di UK dulu.. selalunya mereka mesti akan tegur sebab tahu asal tudung tuh dibeli dimana.. dan sering jadi mangsa dibelek2 pulak.. hahaha..

Pernah juga cuba mengilhamkan.. bagaimana nak modify tudung yang sedia ada untuk disesuaikan dengan trend sekarang.. dan pernah sekali dapat post dalam facebook tentang 'Tudung terbaik dari ladang'.. yang digabungkan tudung halfmoon plain chiffon dan bercorak diatasnya..


Masalahnya.. nak kena pergi beli kain chiffon, potong dan padankan dengan corak tudung yang ada.. Masalah paling utama untuk tudung ini ada kerja extra sikit.. kalau ada mesin jahit sendiri mungkin laju je kot buat tudung nie.. masalahnya mengharap nak pergi jumpa akak tukang jahit tuh pulak.. kain cotton 5 pasang 2m yang dah beli ari tuh pun belum sempat nak gunting lagi.. kes buat halfmoon nie senang sangat.. cuma ukur dengan halfmoon yang ada.. lepas tuh terus pergi jahit tepi jek.. takde rumit sangat..

Ada cadangan lain apa nak buat dengan tudung yang dah tak pakai lagi tuh? Selain dari buat kain buruk :)
kalau orang dulu2 diorang rajin buat patch work.. potong segi empat pastu jahit buat selimut atau alas kaki..

Bila orang bekerja nie.. selalu balik rumah dah penat buat kerja2 rumah.. ditambah dengan takde mesin jahit.. lagilah malas berkarya ahaks ;) Idea ada tapi duk dalam kepala je..

p/s tudung yang rasa masih ok dan tidak ketinggalan trend rasanya akan diberi pada adik aku jelah... dia budak Uni.. kalau bagi tudung ok je kot.. kakak dia bagi gratis je kan ;)

Monday 6 January 2014

Movie korea yang terkesan di hati..

Salam Pagi Isnin

Beberapa hari yang lepas.. semasa cuti hujung minggu aku terlayan 2 movie korea ini.. Kedua-duanya menarik.. dan berdasarkan kisah benar..

Movie pertama 'My Paparotti' terlayan semasa bangun awal pagi sabtu lepas.. Kisah seorang gangster yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi Tenor yang terkenal dunia... Movie ini diinspirasikan daripada kisah benar 'Kim Jo Hoong' yang pernah masuk audition untuk Star King- Kisah ini pernah jadi sebutan sekitar tahun 2008 dan ada di you tube.. Best juga cerita ini.. yang menarik perhatian aku adalah kisah seorang guru yang bersungguh untuk mengajar seorang pelajar ini walaupun awalnya dia sering memperlekehkannya.. namun akhirnya.. dia sanggup menawarkan kakinya untuk dibelasah sebagai ganti untuk melepaskan 'Jang Ho'(pelajar itu) dari ketua gangster tersebut.. Akhirnya dia berjaya ke Itali untuk mengikuti kelas nyanyi tenor secara professional dan akhirnya berjaya membuat konsert sendiri di Korea.

Sempat jugalah semasa melayan cerita ini menangis setitik dua hahaha... ada part yang kelakar dan ada part yang menyayat hati.. Paling menarik adalah lagu yang menjadi kegemaran guru muzik tersebut.. 'The person that give me happiness'

Movie kedua di channel (FX-HD) pula 'Children' mengisahkan kehilangan 5 orang budak lelaki yang berlaku pada tahun 1991 semasa mencari katak di bukit berhampiran kampung mereka. Insiden kehilangan ini dikenali di Selatan Korea sebagai 'the Frog boys'. Kisah ini adalah kisah benar dan diinspirasikan daripada kes kehilangan tersebut. Yang menarik bagaimana seorang proffesor yang meletakkan teori dimana kehilangan 5 budak ini dikaitkan dengan teori gangguan tingkah laku dimana salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan suspek pembunuhan kanak-kanak tersebut. Walau telah pelbagai usaha dijalankan.. akhirnya selepas 11 tahun pada tahun 2002, mayat kelima-lima budak itu akhirnya dijumpai oleh seorang lelaki yang mencari 'Acorn' di sekitar kawasan itu. Mayat mereka didapati telah diikat dan tengkorak seorang kanak-kanak itu didapati mempunyai kesan lubang (disyaki ditembak) dan hentaman benda tajam. Polis menutup kes ini sebagai kes mati mengejut akibat kesejukan melampau sedangkan pakar forensik telah menemui banyak bukti kecederaan dan penderaan pada kelima-lima kanak-kanak tersebut. Kes pembunuhan ini hingga kini masih menjadi misteri kerana alat yang menjadi punca kematian itu masih belum diketahui dan pembunuhnya masih bebas.

Apapun.. cerita-cerita korea ini adakalanya begitu bijak memainkan perasaan dan jiwa manusia.. Apatah lagi cerita ini berdasarkan kisah benar.. Best melayan di waktu hujung minggu..


Lagu  'The person that give me happiness'
Lagu akhir filem My Paparotti..

Though the road I’m taking is dangerous and far 
I’d like it if you went with me 
If the morning sun shines on our path 
Then I can tell you that I am happy 

Looking here and there but the best part is 
That I am together with you 
You are someone who gives me happiness 
Though the road I’m taking is dangerous and far 
 You are someone who gives me happiness 

Though sometimes the path is boring and lonely 
I’d like it if you went with me 
Because these are the days when we laugh with joy 
I can tell you that I am happy 

Looking here and there but the best part is 
That I am together with you 
You are someone who gives me happiness 

Though the road I’m taking is dangerous and far 
You are someone who gives me happiness 
Though the road I’m taking is dangerous and far 

I’d like it if you went with me 
Though the road I’m taking is dangerous and far 
You are someone who gives me happiness

Friday 3 January 2014

Forgive and forget

Salam

Kebiasaan dalam kehidupan.. kita pasti akan temui dan lalui pelbagai peristiwa dan cabaran.. Adakalanya.. kita sangat gembira.. ada kalanya sangat-sangat sedih.. adakala macam takde perasaan.. ada kala.. teringat-ingat..

Dulu semasa aku jadi tukang cuci di bangunan yang menjalankan training untuk lawyer dan hakim.. petang pukul 3 tuh aku masuk kerja.. mereka baru sahaja selesai training.. maka melambak makanan baki training tadi yang diletakkan di atas meja dapur.. Mulanya aku ingat mereka dah tak nak makan sandwich2 itu.. maka tanpa aku sedari (tanpa bertanya atau meminta izin) aku telah meng'tong sampahkan' makanan itu.. Aku fikir aku telah buat benda yang betul.. Tidak lama.. ketua di unit training itu datang ke dapur.. dan bertanya pada aku kemana perginya baki makanan tadi.. Aku dah mula rasa serba salah dan mengatakan secara jujur yang aku dah buang makanan itu.. Aku tersedar aku telah melakukan kesilapan besar.. dan ketika itu pasrah jelah kena marah.. maka berulang kali aku minta maaf pada dia.. Namun.. jika insiden yang sama itu berlaku di sini.. agak2 korang apa respon kebanyakan kita?? mesti membebel kan atau pun marah-marah.. tapi ketua itu cakap pada aku..

'It's ok.. don't worry.. things already happen... you don't have to feel so guilty.. just forget about it'

Nah.. ketika dan waktu itu.. aku terkejut.. sebab sepanjang hidup aku dalam menjalani kehidupan dan berdepan situasi yang lebih kurang.. respon amarah adalah benda yang biasa aku terima.. tapi dalam situasi sebegitu semasa aku di sana.. itulah respon yang paling positif yang pernah aku terima..

Teringat juga.. ketika aku terpaksa menjalani ibadah puasa yang musim panas yang panjang siangnya.. ketika aku masih bekerja di unit training itu.. aku berbual mesra dengan seorang pegawai di situ.. kami membincangkan tentang topik puasa dan bagaimana aku harus sesuaikan diri dengan keadaan siang yang lebih panjang.. Hingga kini yang masih berkesan di hati aku adalah kata-kata dia..

'Well.. I think when you have faith and great believe in doing your fasting (Ramadan) then God will given you enough strength to fullfill it'

Maknanya.. Jika anda mempunyai kepercayaan dan bersungguh dalam menjalani ibadah puasa itu, pastinya tuhan akan memberikan kekuatan pada kamu untuk melakukannya..

Sejenak bila teringat kata-kata itu.. aku jadi hormatnya kerana pandangannya yang begitu positif.. dan sifat2 positif seperti ini amat selalu aku temui pada bangsa 'orang putih' (walaupun bukan semualah).. Hingga pernah seorang rakan aku berkata.. Sometimes those non-muslim have attitude like muslim.. and sometimes the Muslim have attitude like non-muslim..

Pengalaman aku tinggal di UK dulu, banyak juga isu-isu yang pernah kami temui dan lalui.. hinggalah baru-baru ini aku terbaca di blog seseorang yang mana ada seseorang komen tentang ucapan 'Merry x-mas' yang tidak sepatutnya diucapkan pada mereka yang non-muslim.. dan isu ini pernah aku ulas lama dulu.. Sepanjang aku bekerja sebagai sebagai tukang cuci.. rakan sekerja aku dulu semuanya non-muslim dan menyambut x-mas. Setiap tahun aku dapat hadiah x-mas.. dan aku bagi hadiah x-mas pada rakan-rakan.. kad x-mas lagi lah melambak aku dapat.. Bayangkan jika aku langsung tidak mengucapkan merry-xmas pada rakan-rakan aku.. dan bila diorang tanya aku cakap 'aku tak boleh sebut perkataan itu sebab berlawanan dengan agama islam' korang agak2.. macamana pandangan rakan-rakan aku pada islam?? Yang penting apa niat dalam hati.. Sedangkan semasa aku hendak menyambut hari raya.. mereka semua datang dan mengucapkan selamat hari raya pada aku.. malah semasa hari pertama berpuasa pun.. mereka amat prihatin dengan keadaan fizikal aku kerana mereka tahu aku berpuasa dan pada masa yang sama aku masih menggunakan kapasiti tenaga dan upaya untuk menjalani kerja seperti biasa...See what I mean?

Kadangkala bila kita berbicara dengan mereka yang tidak pernah keluar negara (tidak semua).. ada sesetengah mereka ini sering menempelak atau memperlekehkan.. atau mengatakan... mereka yang pernah ke oversea ini berlagak.. tak sedar diri.. hingga pernah seorang rakan aku cakap.. 'kalau kita sembang topik macam nie dengan kawan-kawan yang tak pernah ke oversea.. mesti kata kita berlagakl'.. sebenarnya bukan berlagak.. tapi berkongsi pendapat terutama bila kita jumpa geng-geng yang pernah tinggal di oversea.. Selalu aku cakap begini sahaja dengan kawan aku tuh.. biasalah kak.. bila bercakap dengan orang yang tidak ada pengalaman seperti kita mesti dia akan kata kita nie berlagak.. tapi kalau dia tuh pun dah pernah ke oversea... mesti dia pun akan cakap macam kita juga..

Cerita pasal pernah ke luar negara.. sering orang cap kita nie berlagak... tapi bila diorang pulak sibuk cerita pasal anak.. pasal suami.. pernah tak fikir yang orang lain yang mendengar tuh mungkin bujang.. atau mungkin takde anak lagi.. agak2 diorang tuh pun akan cakap ko berlagak jugakan.. macam ko sorang yang ada anak.. dan ada suami.. yang best bila kita tegur.. dia siap cakap... 'ahhhh... sebab tuhlah ko kena kawin cepat'.. 'sebab tuh ko kena pandai cari laki'.. sebab tuh ko kena usaha buat anak.. sebab tuh ko kena pergi berubat.. dan banyak lagi sebab alasan yang seolah-olah merendahkan orang lain... See what I mean?? Adakalanya kita perlu tapis apa yang kita suka dengar atau tidak.. Seperti mana aku nyatakan dalam entri sebelum ini.. Kita semua ada hak untuk menentukan atau memilih apa yang kita suka atau tidak..

Sejak balik ke sini 2 tahun lepas.. aku dah setkan dalam kepala aku.. jika aku perlu menghadapi apa-apa juga masalah atau dugaan.. 1st thing aku akan cuba be positif.. bagaimana menjadi positif.. antaranya aku akan cuba elakkan daripada mendengar atau membaca sesuatu yang negatif.. jika benda itu semua yang boleh buat emosi aku turun atau sedih.. my immediate action will be is..'delete it'.. aku tidak mahu terlalu memikirkan sangat.. cuma aku cuba 'close' atau 'dismiss' sebarang kata-kata yang boleh buat aku marah dan sakit hati..

Pernah aku terbaca.. ada orang bakar surat cinta lama bila putus dengan seseorang.. alasannya sebab kita dah tak nak ingat benda yang lepas.. dan bila benda itu dah takde depan mata.. maka hati taklah sakit sangat.. so benda yang sama juga aku apply dalam hidup aku.. tak suka aku buang.. sakit hati aku elakkan dari jumpa atau berurusan dengan dia.. itu cara aku untuk be positif.. Mungkin ada orang yang tak setuju dengan cara aku.. tapi cara ini yang buat aku happy.. it's my life and this how I want myself to be happy.. orang lain ada cara masing-masing untuk handle stress.. cara aku.. aku follow pendekatan 'ketua unit training' dalam cerita aku di perenggan 1.. 'What had happen.. just forget it.. close it'..

Aku mudah memaafkan orang.. tapi aku amat sukar melupakan.. sukar melupakan kerana aku mahu ia jadi pengajaran.. ada orang yang mudah forgive dan forget... aku ada seorang kawan yang sebegini.. begitu mudah naik angin.. tapi dia juga mudah memaafkan dan melupakan.. tapi dia memang amat pemurah orangnya.. kalau belanja orang.. dia tak kisah keluar duit yang banyak.. sebab itu dia mudah disayangi oleh orang lain (bukan sebab dia pemurah tapi dia memang baik hati)

Aku sebenarnya amat sensitif dengan bicara orang yang kurang ajar dan kurang bahasa.. dua benda ini adalah benda yang aku tak boleh tolerate langsung.. pantang sesiapa yang bersikap kurang ajar begini.. aku tak teragak2 sound kalau depan mata..Aku tak suka orang begini..

Adakala dalam hidup kita perlu letakkan batasan apa yang boleh dan apa yang tidak.. Aku mudah.. benda yang aku tak suka.. yang buat aku sedih.. yang buat aku marah.. buat aku sakit hati.. aku akan buang dan elakkan.. Jika tidak mampu berbuat begitu.. di sinilah tempat aku menulis dan meluah.. dan aku percaya ramai yang mungkin mempunyai pendapat yang sama seperti ini..

Forgive and forget.. for me that really hard to do.. it can be.. but for me it takes time..

A new year card from Thailand..
Arrive 1 day before 2014
Mood Happy :)

Thursday 2 January 2014

Tahun baru.. Cabaran baru

Salam Sahabat semua

Alhamdullilah tahun 2014 dah pun tiba dan kini sudah mula bekerja kembali pada hari kedua. Azam baru dan semangat baru..

Bila diimbas kembali peristiwa tahun lepas banyak juga suka dan dukanya.. Pergerakan dan perkembangan perjalanan hidup dan kerjaya tahun 2013 pada aku ada turun naik tetapi lebih banyak yang mendatar. InsyAllah harapan dan doa aku tahun untuk tahun 2014 ini, lebih banyak kejayaan, kecemerlangan dan kesudahan baik berlaku.

Di penghujung tahun 2013, ada 2 cabaran besar yang telah aku lalui berkaitan kerjaya dan peribadi. Apa juga akan tetap teruskan hidup tak kira apa juga yang bakal terjadi, cabaran, gagal, susah, duka, sedih semuanya perlu dihadapi dengan tenang.. Itu lumrah hidup kan.. tidak sentiasanya indah.. dan tidak sentiasanya mudah.. Namun kita punya hak untuk mengatakan 'tidak', 'tak nak' pada sesuatu perkara atau pesepsi/kata orang yang kita tidak suka. Pokok pangkal jika kita 'tak suka', kita tetap ada hak untuk kata 'tak suka' atau mencari jalan untuk menghentikannya.

Insiden yang berlaku beberapa hari yang lepas mengingatkan aku pada ilmu yang pernah aku perolehi semasa mengikuti 1 kursus 'Assertive' semasa di UK.. Aku masih ingat kata-kata pensyarah aku itu..

'You always have the right to say 'No' to people who say bad things about you or to person who make you angry or uncomfortable. You always have the right to say 'No', 'Stop it', 'I don't want to listen to you'. or 'walk away' from people who make you unhappy, who make you angry and who make you uncomfortable. You don't have to let yourself to listen to harsh word, bad words or let people put their anger towards you.'

Bermula beberapa hari lepas, aku terpaksa memulakan tapisan komen semenjak masuk beberapa komen yang tidak aku perlukan dan aku tidak mahu baca. Jika ada dikalangan komen anda itu tidak aku publish mudah sahaja jawapannya, kerana aku 'tidak suka komen anda' dan 'aku tidak perlu komen tersebut'. Lebih ironiknya.. Aku tidak berminat hendak mengenali anda dan tak nak berkawan dengan anda. Pendek kata aku akan 'tong sampahkan' komen seperti itu. Jika tidak suka dengan apa yang aku tulis, jangan singgah lagi ke blog ini dan jangan tinggalkan komen anda kerana saya tidak berminat untuk membaca komen atau mengenali diri anda.

Selamat tahun baru semua.. Semoga tahun ini kita semua diberikan keberkatan rezeki, bertambah murah rezeki dan dipanjangkan jodoh masing-masing hingga ke syurga, bagi yang masih bujang moga dipertemukan jodoh yang baik-baik, diberikan kesihatan yang baik berpanjangan, bahagia dan bertambah ilmu dan amalan.

May we smile all the way until 2015.. InsyAllah

Bunga api di malam 1 Jan 2014 sekitar KL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...