Tuesday 29 November 2011

Bila cara berfikir kita berbeza

Salam Isnin..

Berbeza itu bagus.. Masih ingat akan topik tentang berbeza ini yang pernah aku perkatakan dulu?? Kali ini aku terasa nak bercakap soal berbeza ini lagi.. berbeza pendapat terutamanya dalam berkawan.. cara berfikir.. cara bawa diri.. cara memberi jawapan.. sedikit sebanyak dalam pada kita cuba juga terima hakikat bahawa peribadi dia begitu tapi kita juga tidak dapat tidak... mengakui bahawa dia punya cara berfikir yang cukup berbeza..

Minggu ini sahabat baik aku pulang ke tanahair.. kira antara rangkaian sahabat baik aku di sini..dia adalah sahabat baik terakhir yang pulang.. 4 darinya dah pulang tahun ini.. Kini secara rasmi tinggallah aku seorang yang masih belum pulang lagi.. ada seorang lagi bersama aku.. tapi dia aku anggap pangkat adik.. mean masih rapat tapi aku masih punya batasan keakraban yang ketara terutamanya sebab dia study dan tinggal di kawasan yang berlainan dengan aku..

Kini officially.. aku kehilangan rakan-rakan baik.. secara umumnya kini aku sendirian di sini tanpa lagi kawan-kawan rapat yang kerap aku jumpa setiap minggu.. atau yang pastinya setiap minggu pasti call aku.. atau aku akan call dia.. kini suara-suara mereka itu kini telah berada jauh di tanahair.. Sedih??? sudah tentu aku sedih.. tiapkali sahabat baik aku mahu pulang.. pastinya 2 3 hari sebelum itu aku dah menangis.. Cuma ketika pemergian dia hari itu.. pulangnya aku ke rumah.. aku sebak sangat2.. Bila tinggal di perantauan begini.. persahabatan yang terjalin selama 5 tahun itu bukan nya sekejap.. terlalu lama kami berkawan.. rumah kami dah macam rumah masing-masing.. melepak.. makan.. beribadat semua bersama-sama... Aku pulak jenis very selective sikit bila berkawan dan jarang sangat melepak rumah org.. kalau aku kerap pergi pun hanya ke rumah yang benar2 rapat dengan aku sahaja.. Bila kawan baik aku itu pulang.. Aku benar-benar rasa kehilangan dia.. tapi aku lihat seolah-olah dia tak rasa kehilangan aku kot hahahaha.. balik pun takde nak salam2 aku.. sampai aku sound.. org lain ko salam ye.. aku jek ko tak salam lagik..

Kisah aku dengan sahabat2 rapat aku ini.. diketahui oleh 2 orang sahabat baik aku di tanahair.. maknanya.. mereka tahu siapa kawan-kawan baik aku di sini walaupun mereka tak kenal siapa mereka.. tapi 2 orang sahabat baik aku ini.. sering menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa hati aku.. tiap kali aku sedih.. atau mahu kongsikan rasa.. kadangkala.. mereka sendiri yang menghantar sms bertanya khabar pada aku.. terutama bila mereka tahu.. aku punya dateline dengan G.. atau terbeban dengan tugasan yang perlu aku submit setiap minggu..

Kebetulan minggu ini.. salah seorangnya tahu yang kawan aku A dah pulang ke tanahair.. Seolah dia faham apa yang aku rasa.. dia jugalah yang mengatakan pada aku "I tahu hati U camna bila A balik.. mesti U sedihkan.. kawan-kawan baik U dah balik.. tapi U belum nak balik lagi".. Sejenak aku tersentak.. sebab kadangkala dia begitu memahami hati aku tanpa perlu aku cakap apa yang aku rasa... Pada aku cukuplah dengan hanya kata-kata itu.. itu dah buat hati aku sedikit terubat kerana merasakan ada yang faham..

Ia berbeza dengan seorang rakan lagi.. Dia nie biasanya aku perlu beritahu apa aku rasa.. tapi yang sedihnya pulak.. kadang-kadang bila aku meluahkan rasa sedih aku.. aku pulak terkena balik.. seperti kata-kata dia "Tak perlu fikir sangat benda-benda tuh.. U pun nak balik tak lama lagik.. fokus kerja..." Tet!!!!!!!! itu bukanlah jawapan yang aku nak dengar bila aku beritahu dia aku sedih... tapi entahlah aku tak faham cara dia berfikir.. camna gayanya kan.. bila seseorang kawan sedang meluahkan rasa sedihnya.. dengan harapan kawan itu memahami.. setidak-tidaknya.. kalau tak tahu nak cakap apa cakaplah "Sabarlah.. InsyAllah.. nanti mesti dapat jumpa juga kan" itu pun dah cukup buat hati aku lega..

Then aku realised... there are people who just think differently.. The way they see things.. and understand things so different than how you look at things... Sampai aku cakap dengan dia..

"Boleh tak.. dengar dan jadi pendengar yang baik.. dan boleh tak faham dan tak perlu buat penjelasan apa-apa.. sebab segala logik alasan.. jawapan pada itu.. aku pun boleh fikir sendiri.. luahan hati ini.. sekadar luahan hati.. tentang perasaan tentang rasa dan tak perlukan 1 penjelasan.. tak perlu diingatkan tentang perkara lain" (masa nie aku dah tensen sebab seolah bila aku cakap aku sedih tuh.. macamlah aku tak tahu aku ada kerja study yg kena siapkan.. macamlah aku tak tahu yang aku kena fokus dengan kerja aku.. tak yahlah ingat2kan aku pasal tuh..)

Betullah kan.. kadangkala bila kita berkawan.. tidak semua orang sesuai kita ceritakan masalah kita.. perlu juga kita tapis.. dan pilih siapa kawan dan lawan kita.. walaupun kita mungkin punya ramai kawan baik.. tidak semua kawan itu sesuai menjadi tempat untuk kita meluahkan...

Sabar... itu jelah yang mampu aku cakap tentang kawan aku sorang nie... Sahabat yang baik tapi bukan pendengar yang baik... I guess people just hard to change.. and we just got to accept who they are.. jangan sampai 1 tahap nanti aku rasa tak nak kawan dah hahahahaha.... Atau mungkin nanti satu hari nanti bila dia terkena seperti yang dia buat aku.. maybe masa itu baru dia faham kot (nie dah ada niat nak balas dendam nie hehehehe)

Apa pun keep on moving... kadang2 fikir pasal kawan pun pening pala juga.. hidup camtulah.. tak complicated.. bukan hidup namanya kan...

Tetiba aku rasa nak makan chicken chop...

Monday 28 November 2011

A Thousand Year (Music mode)


A Thousand Year
-Christina Perri-
The lyrics was written based from Twilight Saga Novel by Stephenie Meyer

The video have 4 elements that represent the 4 books
Apple : Twilight
Flower: New Moon
Red Cloth: Eclipse
Chess : Breaking Dawn

I loved the music video..
Really creative..

Even more, I had never meant to love him. One thing I truly knew - knew it in the pit of my stomach, in the center of my bones, knew it from the crown of my head to the soles of my feet, knew it deep in my empty chest - was how love gave someone the power to break you
Bella: Twilight

“Before you, Bella, my life was like a moonless night. Very dark, but there were stars, points of light and reason. ...
And then you shot across my sky like a meteor. Suddenly everything was on fire; there was brilliancy, there was beauty. 
When you were gone, when the meteor had fallen over the horizon, everything went black. Nothing had changed, but my eyes were blinded by the light. I couldn’t see the stars anymore. 
And there was no more reason, for anything.”
Edward: New Moon

“You know I love you right?” 

“I know,” he breathed, his arm tightening automatically around my waist. 
“You know how much I wish it was enough.” 
Bella-Jacob : Eclipse 

“Do you really have any idea how important you are to me? Any concept at all of how much I love you?" He pulled me tighter against his hard chest, tucking my head under his chin. 

I pressed my lips against his snow-cold neck. "I know how much I love you," I answered. 

You compare one small tree to the entire forest." 

I rolled my eyes, but he couldn't see. "Impossible.” 
Bella-Edward: Eclipse  

You could run from someone you feared, you could try to fight someone you hated. All my reactions were geared toward those kinds of killers – the monsters, the enemies. When you loved the one who was killing you, it left you no options. How could you run, how could you fight, when doing so would hurt that beloved one? If your life was all you had to give your beloved, how could you not give it? If it was someone you truly loved?”
Bella: Breaking Dawn 

His arms wrapped around me, holding me against him, summer and winter. 
It felt like every nerve ending in my body was a live wire. 
Bella Cullen, Breaking Dawn, Chapter 5, p.85

Friday 25 November 2011

Tangisan dalam tontonan

Salam Jumaat..

Alhamdullilah dah jumaat pun.. sekejap sahaja masa berlalu kan.. Seperti biasa setiap minggu aku pasti akan layan 2 rancangan yang tengah hangat kat malaysia sekarang..

1-Suria di Cordoba
2-Maharaja lawak mega

Suria di Cordoba:

Terlayan sebab tertarik dengan perkataan Cordoba tuh.. sebab aku dah ke sana dan memang pasang niat nak ke sana lagi... Lagipun ada kawan yang pernah review drama nie best.. Aku dah layan sampai 23episod.. Hari ini tengok episod 23 pun aku nangis huhuhuhu... terus teringat mak kat kampung.. dan ceritanya memang best.. Tertarik dengan lakonan Ady Putra.. Dari dia suka marah-marah dan bersikap pembengis.. kini dah insaf dan jadi baik sangat.. hahaha... Kalau belum kawin ada rasa nak ngorat lelaki cam nie..

Banyak watak dalam nie menarik untuk di komen..

Suria (Sari Yanti) yang lembut dan ayu.. tapi pada masa yang sama juga keras kepala dan ada pendirian sendiri.. Kini sedang diapit oleh 2 orang jejaka.. Tengku Huzir (Fahrin Ahmad) & Putra (Adi Putra).. Pada masa yang sama juga, Rudy (Alif Satar) turut jatuh cinta dengan Suria dan menjadikan alasan kaunseling dan masalah dia sebagai cara mendekati Suria. Suria baru sahaja kehilangan ibu.. Kini tinggal sendirian.. bekerja di syarikat kepunyaan Putra. Akhirnya bertindak berhenti kerja setelah Putra dengan biadapnya menyuruh Suria melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan tender untuk syarikat.. Dia mengambil keputusan untuk bekerja sambilan sambil menjadi penulis bebas.. dan menjadi sukarelawan tetap di Wadi Razan.. Bertemu dengan Makcik Salmah dan rapat. Kini mereka tinggal serumah kerana masing-masing saling memerlukan.. Makcik Salmah diabaikan anaknya.. dan Suria pula kehilangan ibunya.. Cuma kadang aku tak berkenan cari dia bertudung.. tak sepenuhnya.. Walaupun masih nampak sopan.. kalau dia tudung litup terus lagi nampak cantik.. Paling suka tengok muka dia yang licin jek.. hehehehe...

Putra; Ditinggalkan ibunya semasa kecil di rumah anak-anak yatim kerana dia tak mampu membesarkannya. Timbul dendam terhadap ibu sendiri kerana merasakan dirinya dibuang. Membesar dengan kejayaan yang dirasakan adalah 100% usahanya sendiri. Bersikap bongkak dan kasar serta memandang rendah pada pengemis. Ibunya pernah datang meminta maaf tetapi ditolak serta dicaci dengan alasan untuk menumpang kesenangan. Berubah selepas terkena penyakit lemah jantung.. mengambil cuti rehat ke Madrid untuk mengurangkan tekanan kerja yang menyebabkannya sakit jantung.. Bertemu dengan Suria di sana, ketika Suria sedang mengikuti aktiviti sukarelawan di madrid (sebelum itu Suria merupakan pekerjanya dan berhenti kerja kerana tidak menyukai sikap Putra yang biadap dan sombong).. Pertemuan itu membuka pintu hati Putra untuk berubah dan mula jatuh cinta pada Suria. Perubahan itu terbawa-bawa bila dia pulang ke tanahair dan dalam episod terkini sedang mencuba memohon ampun dari ibunya sendiri  (part nie sedih tengok.. terutama utk aku yg merantau nie.. huhuhu).. Aku harap sangat maknya akan maafkan dia.. dan bawak tinggal bersama.. Suka dengan cara Ady Putra membawa watak Putra.. Nampak nilai-nilai keinsafan tuh pada diri dia.. hehehehe... Hopefully in real life dia pun camtu gak..

Tengku Huzir; Dibesarkan dalam keluarga yang kaya raya dan menjadi anak yang manja serta suka berpoya-poya. Berkahwin dengan sorang wanita baik tetapi telah diabaikan. Isterinya meninggal kerana kemalangan jalan raya dimana ketika itu Huzir memandu dalam keadaan mabuk. Huzir berubah selepas kejadian itu dan mengembara ke seluruh dunia.. Bertemu dengan Dr Roziah ketika dalam proses penyembuhan dari kemalangan itu. Mereka bersahabat baik hingga tertubuhnya Wadi Razan, yang merupakan rumah yang diwakafkan oleh Huzir. Mula tertarik dengan Suria tanpa menyedari Dr Roziah pun turut jatuh hati dengannya. Ahmad Fahrin bawak watak nie rasanya biasa sahaja.. takdelah impak maksima sangat macam Ady Putra hehehe... Walaupun ada bawak watak lelaki yang berubah dan insaf tapi masih nampak gila-gila gak dan kelakar... berbeza dengan watak Putra yang nampak lebih serius dan macho jek (biasalah lelaki macho dan serius, my taste hahaha.. kalau gila-gila sangat rasa macam tak sesuai jek)..

Dr Roziah (Lisdawati); kenalan rapat kepada Tengku Huzir & Suria. Suria menganggap dia sebagai kakak sendiri, manakala tengku Huzir pula menganggap dia kawan baik. Sudah lama jatuh cinta dengan tengku Huzir tetapi tidak berani meluahkan rasa.. sering mengajak Tengku Huzir, keluar makan bersama atau kemana sahaja dengan alasan kerja kebajikan mereka. Mula rasa cemburu dengan Suria kerana merasakan Suria cuba rampas Tengku Huzir dari dia.. Lisdawati dalam cerita nie pesal nampak tua ekk.. ramai kawan-kawan aku kata.. dia pakai tudung nampak dia tua sangat macam.. Wataknya oklah.. lebih banyak watak cemburu dan berpra-sangka buruk terhadap Suria ditonjolkan. Banyak juga taktik-taktik men'tackle' dilakukan untuk pikat Tengku Huzir

Makcik Salmah; ibu kepada Putra.. Terpaksa meninggalkan Putra di rumah anak-anak yatim kerana tidak mampu membesarkan Putra setelah dihalau dari rumah sewa mereka. Cuba meminta maaf atas tindakan masa lampau tetapi telah dihalau oleh Putra ketika Putra masih dengan sikap yang lama. Sering sakit-sakit dan kini menjadi salah seorang pekerja di Wadi Razan dan tinggal bersama dengan Suria selepas mengalami penyakit paru-paru berair.

Rudy (Alif Satar); Remaja bermasalah. Penagih dadah dan pembengis. Cuba nak berubah tetapi asyik tak jadi jek.. kejap baik.. kejap buat balik.. Menjadikan Suria sebagai kaunselor walhal pada masa yang sama jatuh cinta dengan Suria. Menjadi 'stalker' dan sering mengintip pergerakan Suria. Aku penyampah sungguh ler tgk rudy nie.. over sungguh hahaha... adakah maknanya Alif Satar berjaya bawak watak dia nie?/ Aku kata berjayalah sebab sampai aku sendiri pun menyampah tgk muka dia.. hahaha.. Nasib baik lagu 'Aku lelaki' tuh best jek dengar..

Sebenarnya yang aku teruja nak tahu ending..
Siapa yang Suria akan pilih nanti ; Tengku Huzir atau Putra..
Mungkinkah dia pilih Putra sebab dia tahu Putra anak makcik Salmah dan makcik salmah sendiri menginginkan Suria jadi menantu dia..
Mungkinkah dia pilih Tengku Huzir sebab dia nampaknya rapat dengan Huzir dan nampak happy jek dengan Huzir walaupun pada masa yang sama dia tahu.. Dr Roziah ada menaruh hati pada Huzir..

Kalau ikutkan aku.. Aku lebih suka Suria dengan Putra.. Mereka sesuai berdua.. Tengku Huzir tuh biarlah dengan Dr Roziah.. kesian Dr Roziah lama sangat menaruh hati sampai teruk nak cemburu-cemburu tuh..

Tapi soal hati.. kita mana kan tahu... Apa pun tunggu siapa yang Suria akan pilih semasa mereka ke Cordoba nanti.. bertemu dan memilih cinta di Cordoba...

Maharaja Lawak Mega

Tiap minggu layan rancangan nie sebab nak release tension dengan dateline setiap minggu.. Dapatlah gelak-gelak hilangkan rasa tekanan.. Mula-mula rasa macam best jek Adlin, Boboi, Saehu, Pimai, Osbon & Hiro..

Tapi dah 4 minggu nie.. Adlin best minggu ke 2 jek.. minggu lepas tuh melalut sungguh.. tah apa-apa.. Minggu lepas paling teruk melalut dia.. Tah apa-apa tah yang dia sebut.. Aku memang pantang sikit kalau orang sebut perkataan yang berbau lucah atau tidak senonoh di tempat awam.. Memang kepantangan aku.. rasa nak lempang jek mulut orang yang cakap camtu..

Osbon; minggu lepas best sangat2.. pantun dia semua best2.. paling lawak bila dia cakap
'mak-bapaknya yang jawa.. Aku orang KL'
'tak kisahlah.. jawa pun jawalah.. janji rock'
Hahahaha buatkan aku rindu kampung jek.. teringat kawan-kawan lama aku yg majoriti jawa

Boboi; minggu nie best.. Aku terpesona dengan harun salim bachik yang bawak watak perempuan pakai tudung, mini skrit dan seluar tight.. sebijik macam perempuan.. buat aku teringat yuna jek hahaha... memang klasiklah.. Boboi nie byk bawak watak budak-budak.. tetapi aku selalu perasan.. bila tengah melawak jek Afdlin mesti suka tergelak sendiri.. nampak cam dia tak leh kawal mood.. Apa pun so far diorg best juga..

Pimai; Minggu 4 cam biasa jek.. minggu 3 best.. Buatkan kita teringat lawak diorg masa sketsa 'Pimai Pimai Tang Tu'. So far aku rate oklah.. ada masa best.. ada masa biasa jek..

Saehu; Dari Indon.. 3 perwatakan berbeza, kurus, gemuk dan kecil.. Apa pun mereka sentiasa menghiburkan.. terutama yang kecik tuh.. Setiap minggu cara melawak diorang ada style.. tapi memang lain dari yang lain.. Apa pun kumpulan nie antara fav aku..

Hiro;  Ini geng-geng senario yang lama.. so seronok layan lawak diorang yang ada makna mendalam.. ada maksudlah bukan lawak kosong sebenarnya.. bagus diorang nie ada mesej yang nak disampaikan secara berlawak..

3G; ok gak.. sebab dulu aku minat yassin.. lagik 2 orang tuh enot dan didie tuh cam biasa jek.. terutama didie yang kdg2 over.. Enot ok lagik... yassin masih maintain lawak selamba dia..

Apa pun... Semua aku layan.. Dulu kawan-kawan aku kat sini sibuk melayan maharaja lawak.. sepah, jozan dan nabil.. tiap jumaat port untuk kami melepak dan tonton bersama-sama.. Best sungguh masa tuh 4 family mesti berkumpul hari jumaat untuk makan malam bersama serta solat maghib-isyak berjemaah... 1 dah balik malaysia.. 1 lagi nak balik esok.. Tinggal aku dan 1 lagi family balik awal tahun depan... cepatkan masa berlalu.. Pasti aku akan rindu detik-detik camnie dengan diorang...

Ok aku nak kena gerak sebab nak beli hadiah untuk kawan aku balik esok.. dan dia pun dah call tanya bila aku nak balik sebab malam nie ada 2 3 family gak yang nak datang rumah melepak...


Selamat berhujung minggu ye... Hujung minggu nie kena buat kerja.. sebab G dah email bagi tugasan seterusnya..

Bus stop yang aku selalu tunggu bila pulang ke rumah..
Masa nie 6.30 masih terang lagik..
Sekarang 6.30 dah gelap macam pkl 10malam ;)

Thursday 24 November 2011

Tepusi..

Salam Pagi Khamis

Hujan turun rintik-rintik.. Teringat lagu kanak-kanak dengan tema yang sama.. ye sambil nyanyi sila ambil kertas dan lukis ye ;)

Hari nie takde mood nak sambung siri si 'kacak' Azhar.. Biasalah aku.. bila dilanda writer block.. memang aku malas nak bercerita.. Entri itu ditulis pun gara-gara aku bercerita secara lisan dengan seorang rakan sebilik di tempat aku belajar.. Just a short love story that remind me of my '1st crush'.. Sebab itu entri itu ditulis.. Pengakhir pada kisah itu pun takdelah klimak mana.. Nantilah ada masa pasti aku akan sambung bercerita.. sekadar bercerita.. sekadar berkongsi kisah.. sekadar mengingat kisah silam yang pernah membuatkan aku gembira.. Sekadar mahu bercerita cinta.. kalau Kueh boleh 'Meraban tentang Chenta' maka aku terlebih dulu terbuai dengan kisah cinta silam... mungkin satu lagi yang membuatkan aku teringat si Azhar nie.. aku tersedar ada seorang kawan lelaki yang punya wajah seiras dia... hahahaha... Patutnya masa aku mula mengenalinya seolah serasa.. 'so fimiliar' but I never have guess that he resemble someone that I know deary long time ago..

Sebenarnya mood aku seminggu ini sudah terbang ke pergunungan.. rasanya sudah sampai ke puncak gunung yang ada tanda-tanda bersalji sikit.. sekarang kan dah sejuk hehehe... Ada 1 email dari tanahair yang belum aku balas lagi hingga kini.. sebab aku masih memikirkan jawapan yang sesuai untuk itu.. Nantilah pastinya akan aku temui jawapan untuk itu.. harapnya secepat mungkin.. membaca email itu sahaja sudah membuatkan mood aku hilang 60%..

Sudah 4 hari aku cover kerja di HR.. 2 hari lepas aku buat bersama Janice.. patutnya selasa aku cover.. dan rabu dia cover... tapi dia datang jumpa aku pagi selasa tuh.. minta kami buat cover tuh sama2 which is good sebab dalam masa 30min semua siap.. kalau buat sorang2 memang akan ambil hingga 1 jam.. tapi hari ini dan esok aku kena cover sorang.. yup take up to 1 hour.. walaupun sebenarnya kerja aku tuh leh siap dalam 30min sebab toilet tengah dicat.. tapi sebab aku tgk habuk kat setiap meja staf tuh dah berbakul2.. so terpaksalah ambil masa sikit lap dengan duster... esok.. operasi vakum lantai pulak.. another 1hour juga.. bila kena cover begini.. time management memang kena pandai.. silap haribulan sibuk cover tempat orang.. tempat sendiri terabai.. itu yang tak best tuh.. tempat sendiri kena tip top juga walaupun tak menang tangan masa dok cover tempat org.. tuh yg kadang2 aku keluar lambat tuh.. ter'overtime' yang takkan dibayar..

Pokok togel xde daun..
Ini bukan time senja..
Ini time lepas Asar ;)

What is 'Tepusi';
Tepusi = Tepu + Tensi;
Harap maklum ye...

Tuesday 22 November 2011

Azhar (Siri 2)

Sambungan dari sini

Seperti hari-hari sebelumnya kelas matematik dihadiri dengan senyuman dan debaran kerna si kacak ada dalam kelas.. Ahaks... Pastinya bila kita sukakan seseorang melihat dia dalam kelas yang sama sudah cukup buat kita gembira dan teruja nak datang kelas hari itu hehehehe...

Selesai kelas.. Nik & Saiful datang mendekati aku..
"Lepas nie nak ajak you pergi minumlah.. nak tak?"

"Minum? ada apa-apa ke nie tetiba ajak minum?" kataku dengan sedikit rasa hairan

 "Takde apa.. sahaja nak belanja you makan.. lagipun dah lama sangat kita tak lepak-lepak"

"Ok jek kat mana tuh?" tanya aku lagi..

"Takpe nanti ikut kitaorg jek" kata Nik lagi

Aku lalu mengangguk tanda setuju..

Selesai waktu kelas tambahan dan selesai berbual sebentar dengan guru matematik.. Aku, Nik dan Saiful mula bergerak ke arah perhentian bas.. banyak gerai-gerai makan ada di sekitar perhentian itu.. Akhirnya Nik dan Saiful memilih 1 gerai yang tak ramai orang.. Kami order minuman.. Mereka minta aku order makanan sekali.. tapi aku menolak sebab aku hanya mahu sekadar minum sahaja.. Kami mula berbual dari satu topik ke topik yang lain.. Kebanyakan berkisar tentang pelajaran.. exam SPM.. sekolah dan sedikit sebanyak tentang kisah kawan-kawan sekelas.. Entah bagaimana nama 'Azhar' tersebut dalam perbualan kami...

"You rasa Azhar tuh camna?" tanya Nik

"Azhar? Dia nampak OK.. kenapa tanya nie?" tanya aku pulak

"Sajalah tanya.. selalu tengok korang asyik pandang-pandang jek dalam kelas" kata Nik sambil gelak kecil bersama Saiful

"Eh korang nie.. ada jek ekk.. Mana ada" kata aku cuba berselindung

"Alah bukan kitaorg tak perasan.. Sorang senyum.. sorang jeling... sorang pandang.. sorang tunduk.. hehehehe" kata Saiful pulak..

Aduh.. kata aku dalam hati 'dah terkena pulak nie'. Aku sekadar senyum dan tergelak sahaja menjawab persoalan mereka berdua.. Nik tanya aku lagi "You suka kat dia ke??"

"Suka sekadar kawanlah.. macam aku suka kat korang berdua" kata aku sambil senyum...

"Aku tahu suka lain macam nie.." kata Nik sambil mengusik aku..

Aku sambung gelak lagik... tiba-tiba Nik dan Saiful berdiri..

"Eh nak kemana nie??" Aku pula kehairanan..

"Kitaorang ada hal sikit.. kejap lagi kitaorang datang balik.. you duduk sini jangan pergi mana-mana ok.." kata Nik pula sambil memandang Saiful dengan satu senyuman sinis..

Aku dah semakin hairan.. nak pergi mana pulak diorang berdua nie... Lain macam jek gaya ye.. Aku mengangguk perlahan.. Risau juga kena tinggal sorang-sorang kat gerai makan tuh.. Bila sahaja Nik dan Saiful beredar keluar dari gerai makan itu.. Aku pun keluarkan buku novel yang sering aku bawa dari beg.. Sambil menunggu seorang diri.. baik aku habiskan dengan membaca... Lebih kurang 5minit aku khusyuk membaca....

"Assalamualaikum..." kedengaran suara yang biasa aku dengar.. Aku mendongak dan memandang ke arah suara itu.. tergamam seketika.. Nak senyum pun tak tahu camna nak senyum.. terkejut lebih tepat untuk aku gambarkan riaksi ketika itu..

"Waalaikumsalam.. Eh.. kenapa ada kat sini??" tanya aku pulak..

"Kan tadi kita habis kelas sama-sama... lagipun sahajalah nak tegur you sebab tengok duduk sorang-sorang kat sini" kata dia lagi dengan lembut..

Aku pandang wajah dia dalam-dalam.. "Apa mimpi.. si Azhar nie datang jumpa aku nie... Arghhh sudahhhh... nie mesti rancangan si Nik & Saiful nie.. takde orang lain dah nie" kata aku dalam hati..

Kami teruskan perbualan.. setelah aku asak dengan pelbagai soalan.. akhirnya Azhar mengaku.. yang dia minta tolong Nik & Saiful membantu dia untuk mendekati aku... Memang mereka sudah merancang untuk mengajak aku keluar minum dan setelah buat sedikit soal siasat dengan aku.. maka barulah mereka memaklumkan pada Azhar bagaimana riaksi aku... Terkena!!! itu yang aku boleh simpulkan... tapi setidak-tidaknya itu membuka jalan buat kami berdua untuk saling mendekati antara satu sama lain..

Sejak hari itu.. perkenalan kami menjadi agak rapat.. memandangkan kami masih mengikuti kelas tambahan yang sama.. kami masih berjumpa setiap minggu.. Dia sering sahaja menemani aku menunggu bas untuk pulang ke kampung.. Pastinya dia akan duduk di sebelah aku di perhentian bas itu..

Kadangkala hujung minggu pula kami akan keluar bersama ke perpustakaan di pekan kecil itu untuk study bersama.. Ada masanya juga kami juga saling bercakap di telefon pada hujung minggu... Pernah dia hubungi aku untuk tahu warna baju kurung yang akan aku pakai pada kelas esok harinya.. Aku teringat aku pernah memberitahu dia yang aku akan pakai baju kurung berwarna merah.. dan esoknya.. bila sampai ke kelas.. Aku lihat dia memakai T'shirt merah juga.. Entah berapa kali juga kami sering memakai baju dengan warna yang sama.. hingga insiden ini pernah ditegur oleh beberapa orang rakan perempuan aku.. Selalunya aku jawab kebetulan sahaja.. walhal.. semuanya telah kami rancang awal-awal lagi...

Memandangkan Azhar adalah jurusan sastera.. dan aku pula jurusan sains... Sudah tentu dia lebih bijak dalam kelas bahasa melayu... Setiap kali dia menunggu aku di perhentian bas.. Sering dia berikan aku beberapa helai sajak yang ditulis khusus untuk aku.. siap dengan lakaran lukisan di sebelah sajak itu.. Aku sendiri dah lupa berapa helai sajak yang pernah dia karang untuk aku.. tapi pastinya itulah yang sering menjadi hiasan meja study aku di rumah.. menatap sajak nukilan dia setiap hari pastinya membuatkan aku cukup gembira.. Sajak itu bukan sajak cinta.. tapi lebih pada sajak tentang tanggungjawab dan masa hadapan.. yelah tahun itu adalah tahun peperiksaan yang penting...

Namun sebenarnya.. pada masa yang sama.. Aku juga serba salah dengan Azhar.. kerana pada ketika itu.. Selain daripada dia.. Aku juga mengenali rapat seorang jejaka satu kampung denganku... Sebenarnya hubungan aku dengan 'I' ketika itu lebih pada dasar untuk membantu.. kerana dia banyak kali meminta bantuan aku untuk mengajarnya beberapa subjek asas.. kerana tahun itu dia mengambil peperiksaan SPM buat kali kedua.. Tapi al-kisahnya kami berdua bukan sekadar rapat dalam hubungan.. malah keluarga 'I' juga aku amat aku kenali kerana aku sering ke rumah 'I' untuk study bersama..

Bila sahaja aku mengenali Azhar.. Aku seolah jatuh cinta kali pertama.. Walaupun ketika itu aku rapat dengan 'I'.. pada entah.. dengan Azhar aku rasa selesa sangat-sangat.. Sikapnya yang sentiasa cool... macho.. suka mengusik dan serius buatkan aku jatuh hati.. My first crush.. hahahaha... Itu yang boleh aku gambarkan tentang perasaan aku... Aku memang sukakan dia.. suka sangat-sangat.. tapi pada masa yang sama.. aku juga rapat dengan 'I'... Kadangkala 'I' juga pernah menunggu aku di perhentian bas terutama bila dia tahu aku selesai waktu kelas.. memandangkan kami satu kampung.. sudah tentu sahaja.. perjalanan pulang kami juga sama.. apatah lagi dia mengikuti persekolahan waktu pagi di institut tuisyen yang sama dengan aku..

Memang serba salah.. Namun akhirnya Azhar tahu juga tentang hubungan aku dengan 'I'.. Ini gara-gara kejutan April Fool yang cuba dikenakan oleh Azhar kepadaku....

Ahaks... Cinta tiga segi lagi kan kan 
Love triangle...

Monday 21 November 2011

Si 'kacak' bernama Azhar (Siri 1)

Kelas petang itu bermula seperti biasa... Subjek matematik.. Sudah ramai pelajar yang datang.. Sebahagian dari mereka aku kenali.. Ada diantara mereka merupakan rakan-rakan sekelas yang mengikuti kelas yang sama tahun sebelumnya.. Apatah lagi tahun itu adalah tahun yang paling penting untuk kami semua.. Tahun peperiksaan SPM..

Tiba-tiba muncul seorang jejaka yang tinggi lampai.. Mukanya amat serius dan sedikit kelam kabut.. Ketika aku memandang dia.. serasa terhenti seketika degupan jantung.. 'Kacak!!' itu yang terbit dalam fikiran aku.. Walaupun wajahnya tidak ada sedikit pun senyuman.. tapi raut muka yang cukup bersahaja dan nampak serius buatkan aku cukup tertarik hati.. Sedikit sebanyak aku mula menguntumkan senyuman.. Dia duduk di 2 barisan belakang  dari aku.. Hati dah mula rasa berdebar-debar.. Teruja tapi sudah tentu aku kawal segala tindak tanduk.. tidak pernah lagi terlintas nak memulakan perkenalan atau bergaya ala-ala mengada pulak..

Sejak hari itu.. aku selalu menantikan hari-hari yang aku punya kelas bersama dia.. memandangkan dia hanya mengambil kelas tambahan untuk subjek matematik, BM dan BI sahaja.. manakala aku pula selain daripada 3 subjek itu aku juga mengambil kelas tambahan untuk subjek major sains (Add math, kimia, fizik & biologi).. Selalunya bila aku berkesempatan mengikuti kelas bersama dia.. pasti aku akan ambil peluang curi-curi pandang.. selalunya hati pasti berdebar-debar tiap kali melihat dia masuk ke kelas.. atau bila sahaja aku masuk ke kelas aku terlihat dia ada dalam kelas itu..

Selain daripada dia si'kacak' aku juga berkawan baik dengan 2 orang jejaka lain.. kami dulu sama kelas semasa mengikuti kelas tambahan untuk SRP.. Kiranya Nik & Saiful sudah aku kenal lama... Selalunya aku mesti perasan.. tiap kali aku menjeling atau curi pandang pada kelibat si'kacak' pasti si Nik & Saiful akan senyum-senyum memandang aku.. Hahahaha... mungkin sahaja mereka tahu makna pandangan curi aku itu.. Cuma aku tidak pernah sekalipun bertanya perihal si'kacak' pada mereka berdua.. Langsung tidak.. Malaslah nanti dikata pula terhegeh-hegeh.. Apatah lagi memandangkan status aku yang agak glemer dalam kelas tersebut sebab aku satu-satu pelajar yang bersekolah di bandar besar yang mengikuti kelas tambahan di sebuah pekan kecil.. Setiap kali kawan-kawan aku tanya dimana aku bersekolah.. mereka pasti terkejut bila tahu sekolah aku adalah di sebuah bandar besar yang terkenal di Selangor.. Sedangkan institut tuisyen yang aku hadiri kelas setiap minggu itu terletak di sebuah pekan kecil yang sejam lebih perjalanannya... Kenapa jadi begitu?? Sebabnya aku berulang alik dari sebuah kampung yang berdekatan dengan pekan kecil itu ke bandar besar setiap hari bersama ayah.. Bila harus mengikuti kelas tambahan.. pastinya aku memilih untuk ambil kelas tambahan berhampiran rumah.. walaupun sebenarnya destinasi persekolahan aku puluhan batu dari rumah aku..

Selain daripada status 'budak sekolah bandar' ahaks.. aku juga sering terkehadapan dalam subjek matematik.. yelah.. bila budak sains masuk kelas matematik biasa.. biasanya segala penyelesaian matematik tuh takdelah rasa susah sangat nak selesaikan sebab Add math lebih kompleks.. sedangkan pelajar-pelajar lain yang mengikuti kelas itu kebanyakan mereka adalah jurusan sastera atau perdagangan.. Selalu sahaja bila cikgu tanya sesiapa yang mahu ke depan dan selesaikan masalah matematik di papan putih.. aku sering sahaja mengangkat tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.. pernahlah juga aku malas nak menonjolkan diri... tapi bila cikgu tanya pelajar lain masing-masing semua malas dan tak tahu bagaimana nak selesaikan permasalahan itu.. So sebelum cikgu sebut nama aku.. baiklah aku awal-awal angkat tangan dan bagi jawapan ;)

Disebabkan 2 status itu.. aku menjadi pelajar glemer di situ.. Selalunya aku lebih glemer di kalangan guru-guru sebab biasanya aku sering menonjol dalam subjek-subjek asas.. Sedikit sebanyak si'kacak' turut memberikan perhatian lebih pada aku kadangkala.. cuma kami selalunya hanya bertegur sapa biasa.. tidak pernah lagi kami berbual secara serius... Sekadar.. pandang.. senyum.. dan tunduk hehehehe.. itulah rutin kami setiap kali bertembung dalam kelas yang sama...

Hinggalah satu hari.. Nik & Saiful merancang sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan....
(Tetiba macam malas jek nak sambung..)

Ini hanya merupakan ingatan kenangan silam zaman remaja.. 
My first ever crush to a handsome guy.. which is so athletic.. serious and mysterious..
I'm not the only one who fall head over heal over him during those days..
but I guess I'm one of that lucky girl who given a chance to know him closely and become his friend..

Sihat sebelum sakit

Salam Isnin..

Alhamdullilah.. Hari ini masuk bekerja semula.. selepas 2 minggu cuti sakan dan bangun lambat.. hehehehe.. entah berapa kali aku terjaga sejak pkl 1pg lagik macam tak sabar2 jek nak p kerja ahaks... Tapi masuk kerja cam biasa walaupun aku tau dah habuk yang  tak berlap tuh mesti tebal.. Like I aspected.. Masuk jek lift.. dah tau dah.. kejap lagik kena lap butang lift dan vakum lantai.. Check kotak recycle semua bilik penuh.. meaning selama 2 minggu nie memang takde sapa buang kertas2 recycle dalam tuh.. so nah tadik 3 plastik sampah aku clearkan semua kertas recycle.. Habuk dalam toilet seperti yang aku agak juga.. penuh.. tapi sebab dah aku lap tadi so tomorrow gonna be easy..

Hari ini dapat berita kawan aku yang jaga department HR Yvonne kini sedang bercuti sakit.. kanser hati, paru-paru dan buah pinggang.. Very shocking news sebab aku baru jek jumpa dia 3minggu lepas.. seminggu sebelum aku cuti tuh.. aku dan Janice duk cover department dia sebab dia cuti emergency katanya ada pembedahan usus.. tup-tup masa check-up again.. doktor sahkan kena kanser pulak.. 3 sekali gus.. terkejut sangat2 tadi bila Elaine beritahu aku.. maknanya selama dia bercuti sakit tuh.. aku dan Janice akan silih berganti cover department dia.. esok, khamis & jumaat aku kena cover HR.. so esok aku kena well plan aku ye schedule sebab department aku sendiri pun huru hara sejak aku cuti 2 minggu.. tangga penuh dengan habuk.. meaning kena vakum.. office not so bad.. tapi tadi bilik seminar bawah mmg kena vakum.. which aku dah buat tadi.. cuma bilik seminar atas jek yg belum settle..

Terkejut.. amat terkejut sebab Yvonne tuh memang baik sangat-sangat orangnya.. lembut jek.. kalau sembang dengan aku pun cakap elok2 jek.. very typical scottish.. Rasa terkilan sebab tahu pasal hal ini baru hari nie.. meaning dia dah bercuti rehat kimoterapi selama 3 minggu dah.. Aku harap dia sihat semula.. but I think it would takes many months ahead... agak2 sempat tak jumpa aku sebelum aku balik mesia?? Emm.. kalau ada jodoh dan rezeki mesti aku jumpa dia.. tapi mendengar penyakit yang dia alami tuh.. terlalu kritikal sebab serang organ2 utama badan.. Aku harap hayat dia panjang.. Jika tidak.. Mesti aku sedih giler.. because I'll missed her so much.. Dulu selalu gak cover kerja dengan dia.. bila dengar dia sakit camnie mmg aku sedih sangat2.. Apatah lagi aku selalu nampak kelibat dia pagi hari bila nak naik lif pagi2.. mesti dia lambai aku.. kadang2 bila lampu koridor dekat HR tak menyala.. selalunya mesti aku akan on lampu kat situ.. Tak sangka kan.. dekat nak 4 tahun kerja kat situ.. kawan-kawan sama tempat kerja lalui pelbagai peristiwa.. 2 tahun lepas Carmela buat pembedahan cecair kat lutut.. cuti dekat 4 5 bulan gak sebelum dan semasa x'mas... dan tahun nie pulak.. Yvonne... mesti terasa kehilangan dia terutama bila time x'mas party.. selalu ada muka dia.. tahun nie xde.. Ini pun aku dah rasa sebak.. walaupun dia hanya kawan sekerja tapi aku dah rasa dia tuh adalah sebahagian dari lingkungan sahabat handai kat sini.. kalau kerja pagi.. aku dah anggap Yvonne, Loraine & Carmela macam keluarga aku sendiri sebab kami kerja di bangunan yang sama dan tengok muka masing2 tiap2 hari bekerja..

p/s Bila kita sihat.. kita lupa bagaimana rasanya sakit... tapi bila kita sakit.. masa itulah baru kita teringat betapa seronoknya masa kita sihat..



Thursday 17 November 2011

Mood makan musim sejuk berhujan..

Salam Khamis

Hari ini betul-betul takde mood nak buat kerja.. sebabnya sepatutnya ada kerja lanjutan yang kena buat tapi sebab semalam G terlupa yang dia ada meeting ngan aku.. menyebabkan kerja2 yang aku dah prepare nak tunjuk dia semalam jadik 'on'hold'. So hari nie mood santai tapi pada masa yang sama perut aku dah berbunyi2 nie hahahaha... Dah lama tak hujan.. hari ini hujan semula dan kejap lagi pkl 4.08 masuk maghrib.. masa taip nie br pkl 4.00ptg

Hari nie juga takde mood nak masak.. Aku duk teringat nak makan donner kebab dan ayam goreng with chips.. Sudah lama tak buat kerja2 camnie.. dulu aku rajin beli 2 benda nie.. tapi dah 2 thn nie aku jarang2 sangat p beli.. bukan apa selalunya bila aku balik dah lewat petang.. dan aku malas nak singgah kat kedai tuh.. walaupun bukanlah jauh sangat cuma kena jalan kaki sikit.. Nie pun tak tahu nak singgah ke idak sebab hujan.. Oh ya.. aku terlupa.. depan umah aku ada jual kebab nie hahahaha... so takpelah balik nanti confirm aku singgah beli jek nanti.. tak yah sesusah jln kaki jauh (bukan apa kedai yang aku selalu beli tuh sedap tapi yang depan umah tuh aku tak sure pulak kalau kebab.. selalunya beli pizza jek)

Aku dah mula rindu kerja pagi.. rasa macam lama sangat tak kerja hehehehe... so minggu depan isnin bermula lah rutin biasa.. bgn pkl 5 keluar umah pkl 5.40.. pkl 6 sampai.. pkl 6.10 aku masuk keje.. pkl 9.30 aku abis kerja dah terus pergi ofis untuk settlekan kerja2 study lak.. Dah tak larat asyik bgn lewat sesuka hati jek mentang2 tak kerja hehehehe..

Donner Kebab..
Lapo ler pulak nie

Tuesday 15 November 2011

Seminggu yang sibuk atau buat2 sibuk

Salam Selasa

Alhamdullilah aku baru balik makan dengan kawan baik aku.. Tadi temankan dia ambik gambar dengan jubah konvo kat dataran yang famous kat tempat aku nie.. lepas tuh yang best dia pun bantai suruh aku pakai juga jubah tuh.. kata dia ambik berkat.. supaya cepat2 aku habis study dan graduate pulak.. Aminnnnnnnnnnn... InsyAllah... dah 2 jubah aku pakai nie.. dari 2 Universiti yang berbeza dan untuk 2 course yang berbeza.. Engineering dan Bussiness hahahaha... jubah untuk computer science jek belum lagi merasa nak pakai... InsyAllah tunggu jubah khusus masa aku konvo tahun depan ;)

Semalam sibuk hampir seharian meraikan kawan aku tuh konvo.. dari dia belum masuk dewan.. sampai dia keluar dari dewan.. sampailah dia nak p ambik gambar studio... Disebabkan keluarga kat mesia tak dapat datang dan mak dan ayah dia pun dah lama meninggal.. Maka kami yang 4 orang family kawan baik nie kena jadik family dia.. memang ramai sungguh semalam geng2 kami masuk studio ambik gbr.. Memang kenangan manislah.. Aku cakap dengan kawan aku tuh.. nanti bagi softcopy sebab aku nak frame... kalau org tanya family aku.. boleh juga aku cakap.. family aku kat sini ;)

Malam sikit pulak ada jemputan makan rumah kawan baik juga.. Kat sini Alhamdullilah.. aku ramai kawan-kawan yang kira rapat jugalah.. Boleh tolak ansur dan tak kisah nak tolong lebih kurang.. Lagi pulak semua geng2 yang sampai sama tahun jek.. Aku dah rasa kenyang sangat nie masa makan chicken grill tadi.. Takpe rezeki orang nak bagi jangan ditolak kan.. ;)

Esok kena jumpa G.. nak bincang pasal kerja seterusnya.. dan esok juga sorang lagi kawan konvo juga.. member2 aku pergi gak esok.. kawan baik aku yg dah konvo nie pun balik esok.. semua aku tak dapat pergi dan hantar sebab kena siapkan kerja sebelum jumpa G..  Lusa takde apa-apa plan... so ingat boleh melepak hahaha.. tapi cam biasa kena buat kerja.. Jumaat pkl 10pagi nak p tengok wayang cerita 'breaking dawn part 1-twilight saga' ini dah kali ke 3 aku tgk twilight saga movie kat sini.. tahun depan barulah tengok kat mesia pulak untuk finale... so anak kawan aku dah asyik sibuk tanya mak dia bila aku nak p tengok.. masa tgk eclipse aku p dengan dia.. so dia memang excited nak pergi tgk.. kalau harap mak dia p tgk wayang.. buat dia p tido dalam wayang jelah gamaknya..

Sabtu pulak kawan baik aku angkut barang naik kontena dan seperti biasalah malam hari jumaat tuh aku kena masak lagik kari kambing 5kg.. Macam kerja tetap jek jadik tukang masak nie hehehe.. so demi memenuhi permintaan kawan aku tuh.. kenalah masak untuk dia.. kadang2 fikir agaknya kalau time aku nak balik sok.. sapalah agaknya yang boleh masak untuk aku kan... Takpelah aku tak nak fikir.. kalau ada rezeki dan kemurahan hati orang.. InsyAllah mesti ada yang offer nak tolongkan ;)

Sekarang nie kalau type entri mesti separuh jalan hahahhaa... pastu macam tak boleh nak generate idea jek.. pastu browser nie asyik hang jek... taip sikit hang,. taip sikit hang... itu yang rasa macam malas jek nak habiskan.. nie pun dah bape kali sangkut tuh yang berhenti separuh jalan jek nie.. aku rasa pc nie pun dah tepu banyak sangat bekerja keras...

Oklah aku nak stop dulu.. sebab nak singgah beli coklat atau something untuk kawan aku yang nak konvo esok.. paling tidak pun nak kena beli kad.. takkan tak bagi apa2.. walaupun diorg takdelah minta tapi sebagai kawan kenalah juga kan.. Wife dia balik mesia pun ada gak ingat nak belikan aku tudung sehelai.. pastu dia pun dah chop rumah aku bila aku balik thn depan nie..

P/s sekarang nie mood nak letak gbr ala-ala malas jek kan... so ari nie rajinkan diri upload gbr ler

Autumn 2011..

Sunday 13 November 2011

Berbeza itu bagus?

Salam malam minggu

Lagi sejam nak masuk ke tengah malam dan bermulanya detik waktu hari ahad.. Sejenak fikiran datang membuatkan aku berfikir seketika.. Selesai berbual dengan seorang rakan baik buatkan hati dan emosi aku bercampur-campur..

Berbeza sikap dan pendapat itu adalah lumrah dalam berkawan.. Adakala kita akan jumpa orang yang jauh berbeza pemikirannya dengan kita.. Adakala pula kita akan jumpa orang yang cukup sama sifat dan minatnya dengan kita.. Biasanya yang sama ini kita lebih teruja dan seronok bila berkawan.. Manakala yang berbeza itu kadangkala kita rasa janggal dan sedikit tidak selesa.. Namun itu tidak menghalang kita daripada terus berkawan dan terus menjalinkan hubungan..

Punya minat.. citarasa.. selera.. cara.. sikap yang sama itu sememangnya ideal.. bukan sekadar dalam persahabatan malah juga dalam hubungan.. Terutama bila kita mencari pasangan hidup.. pastinya mereka yang punya gaya.. sikap.. minat yang sama itu lebih cenderung untuk kita dekati.. dan mereka yang kita lihat jauh beza citarasa dan sikap itu kita cuba hindari dan tidak layan..

Ini menyebabkan aku terfikir sejenak.. kerana selain daripada kawan-kawan yang sekepala.. yang sama minat.. sama citarasa.. sama perangai... yang aku katergorikan sebagai sekepala.. seia sekata.. Aku juga punya  kawan yang cukup jauh berbeza sifatnya..citarasa dan minat.. tapi kami kawan baik... masih boleh berkawan dan bermesra walaupun kadangkala hati terusik dengan sikapnya.. atau hati terasa dengan tindak tanduknya..

Mengapa perbezaan itu kadangkala buatkan kita lebih rapat?? Janggal dan pelik kan.. walaupun kadang hati cukup terasa.. walaupun fikiran seringkali mengatakan.. terimalah dia dengan perbezaan itu.. Hati tak dapat tidak menindakkan rasa kejanggalan itu.. dan kini.. ia sedikit sebanyak menjadi persoalan.. kenapa kita masih nak berkawan dengan orang sebegini..

Jawapannya??? Pada aku takde jawapan.. Soal hati ini terlalu kompleks.. ada orang mungkin dah lama ignore atau tidak berkawan dengan orang sebegini.. tapi mungkin pada orang lain.. perbezaan itulah tarikan.. berbeza itu bagus... berbeza itu menarik.. berbeza itu istimewa..dan mungkin sifat dan sikap yang berbeza itu membuatkan aku tertarik mendekati dan berkawan dengan insan sebegini... walaupun hakikatnya cara hidup..sikap dan pendapatnya amat jauh berbeza dengan aku..

Pendekatan?? Aku rasa yang terbaik untuk aku lakukan bila mendekati kawan sebegini adalah redha dan sedia membuka minda seluasnya untuk terima dia seadanya.. Aku tidak boleh lagi apply rules tertentu atau meletakkan keegoan sikap aku bila berkawan dengan orang sebegini.. Maknanya.. aku kena tolak ansur tahap maksima.. Meaning it's better just to agree than to disagree... Aku rasa itu cara terbaik sebagai penyelamat keadaan.. Agree to disagree.. it's save the situation.. it save the relationship.. Aku kena kawal sedikit sikap terbukaan dan ketelusan serta 'terus terang' bila berbicara.. But sometimes I feel deeply sad because it's sort of like pretending to be ok.. just for the sake of avoiding the situation turn into something worst.. I learn my lesson the other day... Mengalah tidak bermakna kita kalah.. Mengiakan tidak bermakna kita setuju sepenuhnya.. Menerima tidak bermakna kita tidak ada pendirian.. cuma selagi ia tidak memburukkan keadaan.. just be it.. Aku dah letih nak mengeruhkan keadaan.. Sometimes you just have to accept the way they are kan..

Walaupun kadangkala kita rasa 'tidak adil'.. kita rasa 'tak sepatutnya' tapi jika itu yang terbaik untuk kita hadapi sesuatu situasi itu.. so just let it be that way.. Aku dah sampai peringkat ini.. Kadangkala bersifat menerima tidak salah.. walaupun ye.. mungkin sahaja rasa tuh terpendam jauh dilubuk hati.. but janji tak gaduh.. tak selisih faham.. tak bertekak.. tak bertegang urat.. hubungan aman damai.. so why not.. why take the risk to be so direct and point out all the different things but at the end of it.. masing2 terluka.. masing2 kecewa dan masing2 sedih.. and worst.. the relationship end..

Tapi pasti sahaja org akan kata.. aku lebih rela putus atau berpisah dengan seseorg dan berterus terang apa yang aku tak puas hati tuh daripada aku pendam rasa yang menyebabkan rasa tak bahagia.. Setuju juga dengan pendapat ini.. Tapi mengapa kita nak memburukan keadaan seandainya kita rasa kita boleh handle lagi situasi itu.. atau kita masih boleh berhubungan baik dengan dia.. Well.. sometimes.. memendam itu baik..  it's the best practice sebenarnya.. ia mengajar kita mengalah dan menerima.. menerima untuk kebaikan kedua-dua pihak.. kadangkala soal hati kita kena tolak ke tepi dan letakkan priority benda lain sebagai keutamaan..

Benda yang aku cerita nie nothing to do with my relationship with my beloved.. Jangan pulak silap faham.. my relationship with him is strongly bond.. Dia terlalu mengenali aku.. walaupun kami ada juga perbezaan.. but the way I look into his differents.. I also judge his good side and things that we really enjoy doing together.. Maknanya.. walaupun dia ada perbezaan dan ada sikap2 dia yang kadangkala tidak aku senangi.. tapi aku juga tidak hanya melihat perbezaan itu.. masih banyak lagi persamaan lain yang berganda lebih baik daripada perbezaan yang aku lihat itu.. Maksudnya.. bila aku rasa tak puas hati dengan dia tentang sesuatu.. aku juga tidak lupa tentang benda lain yang dia buat menyenangkan aku... so that way.. aku boleh cool.. and love him even more..

Yang aku bicarakan di sini adalah dalam soal persahabatan.. Different is good yeah.. and different is special.. just the way we accept it.. As long as it make both happy then.. terimalah perbezaan itu dan sesuaikan dengan cara kita berkawan..

Berbeza itu istimewa... bukan sekadar berbeza itu bagus pada aku...

Saturday 12 November 2011

Bila dah cuti seminggu

Salam Jumaat

Alhamdullilah.. hari ini adalah hari ke 5 aku cuti kerja.. Bosannya sebab dah 5 hari jugak aku bangun lambat hahahaha... yelah dah dulu tiap hari bekerja mesti bgn pkl 5 pagi.. skrg nie takde sapa nak marah kalau bangun lambat.. bgn solat pastu smbg tido sedar2 dah nak pkl 9... huhuhu Al-maklum ler pkl 9 tuh masih suram2 terang jek..

Alhamdullilah juga hari ini aku dapat settlekan urusan council tax.... Syukur sangat aku dapat extention trus smpi bln 4 thn depan.. mean duit yang aku dah bayar tuh akan di bank balik masuk akaun... Syukur sangat.. benda nie jugalah yang merisaukan aku.. Yang paling best.. Ingat dak aku ada cerita pasal pakwe aku tak tahu letak mana dia ye kad visa biometric.. nak dijadikan cerita.. malam tuh aku balik.. Sesi membebel bersambung lagik hahahaha... tengah aku pot pet.. tetiba dia bangun dan masuk bilik study aku..

Tetiba dia jerit dari bilik tuh.. "Ahhhh.... nie dia.. nie apa nie.. macamana ada kat sini". Aku yang kat ruang tamu terpinga-pinga sat.. Pesal pulak pakwe aku sorang nie... Langsung dia datang dekat aku tunjuk dalam purse aku.. Nak tahu apa dia hahahaha... Kad dia ada dalam purse aku tuh.. siap dengan IC sekali... Masa tuh juga aku terkena balik... "Ahhhhh tuhlah bebel lagik kat Abang..." Time tu juga aku terus gelak sakan... Eh serius.. aku sendiri pun tak ingat bila masa aku ambik kad visa dan kad IC tuh... Puas fikir balik.. aku sendiri tak leh nak trace.. maybe juga aku simpan masa lepas buat Passport masa aku turun London ari tuh...

So lepas minta maaf.. dan cium-cium pakwe aku hahahaha.. dah salah kenalah minta maaf.. lebih extra bagi hugs and kisses terus hehehehe... patutnya semalam aku ke pejabat council tapi sebab aku sibuk sangat terus lupa.. So tadi ontway ke Uni aku terus singgah pejabat sementara council.. Syukur.. bagi jek surat exemption dari registry... terus dapat confirmation dapat exemption... Seronok sangat aku dah tak perlu nak fikir pasal council tax nie..

Minggu depan ada seminggu lagi cuti.. Aku dah bosan pulak cuti kerja pagi sebab takde lagi dah pakwe aku nak hantar aku p ofis hahaha.. sekrang nie kena bgn masak sarapan dan p uni naik bas.. jalan kaki lak naik bukit huhuhu mengah... ngada ler tuh kan.. However aku enjoy jelah cuti nie.. tak nak cuti pun memang kena cuti sebab cuti banyak... So next week kena well plan kerja2 aku pulak.. Ada dateline nak htr isnin nie.. tadi petang dah jmpa G... so kerja tuh esok ler kot aku buat hahahaha biasalah last minute punya kerja..

Ok aku nak balik nie.. nak singgah beli barang.. nak jalan2 ronda2 town time gelap cepat nie.. Nak ambik mood happy sikit sebab raa lega kepala sebab 1 urusan utama pasal tax dah selesai...

Wednesday 9 November 2011

Bila kita ada masalah.. tidak semua kawan sesuai jadi tempat mengadu

Salam rabu..

Dah 3 hari kita menyambut hari tashriq.. iaitu 3 hari 11-13 Zulhijjah.. dan selama 3 hari itu ibadah korban masih boleh dilakukan... Sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad lepas syukur disambut dengan serba sederhana.. Ahad lepas majlis di dewan.. Aku pun ambil kesempatan buat openhouse di rumah sendiri..Tak ramai yang datang.. tapi syukurlah makanan terluak juga... Sempat jugalah aku beraya 4 buah rumah malam itu.. pulang ke rumah hampir 11.30malam...

Isnin aku ke Uni seperti biasa... ambil surat exemption council tax.. Semalam pulak kawan baik dari mesia datang.. Satu hari aku spend masa dengan mereka.. So rancangannya hari ini aku nak settlekan urusan tuh.. tapi pakwe punya visa card biometric entah kat mana dia letak.. Pagi2 lagik aku dah tensen.. sebab kalau betul hilang tuh,, banyak benda nak kena buat balik... Udahlah sepatutnya hari ini aku settle urusan tuh.. Awal pagi memang aku membebellah jawabnya... Sampai jek CIS.. sebelum masuk lif aku dah terserempak dengan G.. Aduhhhh.. terus teringat kerja2 yang tak siap lagik... Dia nak jumpa Jumaat nie lak tuh... Double stress...

Naik ke pejabat aku call sorang kawan nie.. kira untuk mengadu tensen aku.. biasalah org tengah tensen kan.. cakap pun memang tak berhenti2.. sebab kita tengah luahkan perasaan... aku pun tak sedar entah berapa kali aku ulang2 cakap benda yang sama.. yelah bila kita stress... kdg2 kita mana ingat apa yang kita cakap sebab waktu itu kita fokus nak luahkan apa kita rasa.. sesiapa pun macam tuh.. tapi buat aku lebih terasa hati... ada ke patut.. benda yang dia boleh cakap balik pada aku.. "Dah cakap sekali pasal masalah tuh dahlah.. tak yahlah ulang-ulang kali cakap" terus aku terdiam.... ehhhh... kenapa aku kena balik nie.. aku ingatkan.. bila aku berkata camtu.. cerita masalah aku.. paling2 tidak aku nak dengar "Sabarlah.. InsyAllah.. ada tuh... boleh buat..." sedap sikit lah hati aku nak tenang dan cool... nie alih2.... benda pasal aku berulang2 cakap itu jadi isu... aku makin stress... ingat nak mengadu.. rupanya kadangkala kita terlupa.. tak semua org faham masalah kita.. dan tak semua org sesuai jadi tempat untuk kita mengadu..

1st time dalam hidup aku.. bila aku mengadu pada orang yang aku anggap kawan baik.. aku dapat komen camtu.. 1st ever... kata-kata dia buat aku terfikir.. ehhh dia nie fokus pasal aku cakap berulang kali ke?/ atau fokus pada permasalahan aku... sekali pun aku cakap berulang2 kali... takyahlah tegur sebab teguran itu cukup menyakitkan hati... aku terus jadi lebih2 stress... sedih yang dari tadi memang aku duk tahan dan tahan.. akhirnya buatkan airmata aku mengalir tanpa aku dapat tahan lagik... kalau tak dapat tolong selesaikan masalah... tolonglah dengar.. sekali pun orang itu meraung ke.. marah2 ke.. bentak2 ke.. biarlah sampai dia puas hati.. lepas tuh... bila kita tgk dia dah tenang barulah komen.. nie tak... org tuh abis cakap pun belum.. tapi duk komen pasal yg bukan2...

I learn my lesson today.. sometimes.. friends that we think could be the one for us to seek for comfort.. sometimes can turn into the one that really annoy you.. even more annoying than the problem itself...

Aku terkena hari ini... Sedih sudah tentu.. bila aku cuba jelaskan keadaan aku.. dia pulak makin bertekak menegakkan kebenaran tindakan dia tuh... dah jadi aku pulak kena mengalah dan terima pendapat dia.. walhal aku tengah stress nie.. aku tengah tensen.. jadinya aku pulak kena faham keadaan dia.. aku pulak yg kena mengalah..

Entahlah... manusia nie macam-macam... Tak pernah lagi aku kena macamnie.. selalunya kalau aku mengadu.. tak pernah lagi aku kena begini.. Mungkin silap aku juga sebab mengadu pada orang yang salah.. silap aku... aku silap perhitungan.. maybe I should stick to the one that I always seek comfort.. masalahnya kawan aku tuh pulak tengah busy.. ada dateline esok.. itu yang aku tak sampai hati nak call dia tadi.. so aku call org lain... rupanya.. aku yang kena balik...

Susah ke nak jadi pendengar yang baik?? Susah ke.. nak jadi orang yang mendengar.. tak komen tak kata apa pun sebenarnya takpe.. Entahlah.. I'm really sad.. deep down aku rasa aku macam silap pilih kawan.. entahlah..

Aku dah call sorang lagi kawan baik.. minta tolong ayah dia 'tengok' kan kalau kad biometrik pakwe tuh leh jumpa ke idak.. Itupun tadi dia tgh busy dengan setup system... kesian pulak... Emmm kadang2 bila kita perlukan seseorang nak mendengar.. kdg2 kawan2 yg biasa tuh pulak ada kesibukan masing2...

Yeah mengadu pada Allah itu lebih baik... tapi kadang2 kita perlukan seseorang just utk mendengar dan ada kat sebelah kita bila kita ada masalah kan... walaupun dia tak cakap atau komen apa2.. kdg2 cukuplah dia dengar dan beri perhatian pada apa yang kita cakap...  

Dah cool sikit walaupun tak sepenuhnya...

Friday 4 November 2011

Salam Aidiladha

Salam Jumaat..

InsyAllah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad ini.. Begitulah juga untuk kami di sini.. hebahan untuk majlis sambutan hari raya pun dah dibuat.. solat raya akan diadakan di 1 dewan utama dalam mukim kampung kitaorg nie... Tadi dah terima email dari AJK bertugas minta tolong masak kari kambing 5kg.. Biasalah.. permintaan sebegini pada aku dah biasa.. dah terbiasa masak menu2 begini untuk majlis2 besar atau kadangkala untuk rakan-rakan yang berniat nak buat kenduri kesyukuran.. Takat 5 kg tuh takdelah banyak sangat sebenarnya.. Mungkin sebab aku dah selalu masak ;)

Menu rasa macam biasalah.. tiap tahun sambut Syawal dan Aidiladha.. menu2 raya nie memang kena buat.. Tak pernah lagik sejak aku kwin aku tak masak... Biasanya mesti kena buatlah.. kalau tidak memang kena sound hehehehe... So tahun nie.. Macam biasa.. Nasi impit.. kuah kacang.. rendang ayam.. 'daging lompap' resepi akak sorg tuh.. dan pagi raya nanti baru aku nak masak lodeh.. biasa aku tak masak lodeh petang raya sebab sayurkan.. nnti dipanas2 hancur jek jadinya.. selalunya pagi raya tuh aku masak.. (dah terbiasa dgn cara mak aku masak camtu)..

Sambutan raya kali nie rasa biasa2 aje.. tak tahu ada openhouse ke idak hari tuh.. rumah aku.. close house!!! Sekarang nie mood nak masak memang takde... kepala berserabut sungguh dengan rutin kerja setiap minggu.. Minggu nie jek.. aku masak tah bape kali jek.. itupun semua menu2 aku segera jek.. sambal goreng telur.. ayam masak merah.. sosej masak paprik.. semua benda2 yang boleh siap dalam masa 30min jek.. kegemaran aku memasak yg benda2 cepat nie bila time2 kepala tgh serabut dan mood stress... Memang kali nie nak masak lelebih malas sungguh apatah lagi tangan aku yang melecur pun baru nak baik lepas 2 minggu nie.. Cuma kira sabtu nie aku ye mood masak yang agak heavy sikit.. tadi masa pakwe hantar aku ke CIS.. aku dah sound.. esok kena p beli brg sebab petang aku nak masak dah... lagipun dah lama sangat aku tak shopping brg2 rumah.. stok bihun.. kuehtiaw semua dah lama abis.. santan pun dah abis.. so esok memang nak kena p beli ler... Masak tak banyak mana pun.. cuma menu2 raya tuh wajiblah dimasak... sebab itu dah memang benda mesti ada di pagi raya.. Syukur kawin dengan org nogori.. selera makan dia di pagi raya tak banyak beza dengan aku yang di Selangor tapi tinggal dalam masyarajat yg 90% adalah jawa... Kalau kawin dengan org negeri lain.. lain pulak selera pagi raya diorg.. cam org kedah.. diorg mana de makan kuah kacang ngan nasi impit.. diorg panggil benda tuh kuah satay..  Aku tau nie sebab bekas adik ipar aku dulu org kedah.. pulun mak aku masak., utk adik aku bwk p umah mak mertua dia.. tup2 diorg sound.. kuah kacang tuh kuah satay.. kenapa nak makan pg raya.. sorry ye  org kedah... mungkin tak semua kot.. aku cite based on pengalaman aku sendiri.. sila maklum.. kawan2 baik aku ramai org utara ok ;)

Tak kisahlah janji pandai2lah bawak diri dan sesuaikan diri dengan selera masing2.. Bila sebut pasal masak nie aku teringat masa kitaorg dating dulu2.. dia pernah uji aku suruh masak selama seminggu.. Masa tuh rasa macam pelik jek pakwe sorang nie hahahaha... setiap hari dia request menu macam2.. bihun goreng ler.. sandwich sardin ler.. mee goreng ler.. dan paling aku tak leh lupa menu nasi minyak.. Masa nie rasa cam sentap jek sebab mana penah masak seumur hidup hahaha.. so penyelesaian pada pencarian resepi (masa nie internet mana de sangat nak cari resepi nie).. Aku call mak kat kg... tanyalah ngan dia camna nak buat nasi minyak.. Nak tahu apa mak aku cakap??? "Ahhhh.... nie mesti takde orang lain yang suruh ko masak kan.. mesti si Z kan" terkedu kejap nak jawab soalan maut dari mak aku hahahaha... ngaku jelah.. selepas kena bebel pasal org pmpuan nie kena tahu masak.. blah-blah itu ini hehehe... Akhirnya aku berjayalah masak nasi minyak hehehehe... Alah.. itu dulu.. klu nak kira sekarang berapa kerat sangat aku buat nasi minyak sepjg kwin lebih 10thn nie hehehehe.... tapi takat nak suruh buat tuh anytime jek.. Takde dah nak call mak tanya camna nak buat hehehe...

Kali nie raya haji kat mesia mesti meriah sikit sebab jatuh cuti hujung minggu.. mean mesti korang kat mesia berpeluang nak ambik cuti lama sikit raya nie kan.. kalau jatuh tengah minggu.. dapat cuti sehari jelah.. esok dah mula keje.. Untuk kami di perantauan.. raya setiap tahun kalau cam aku.. memang sambut sehari jek.. kalau jatuh isnin tuh.. aku rasa aku tak beraya kot.. takat pg p solat raya.. tghri tuh sure aku dah ke department nak siapkan keje.. Syukur raya Ahad.. so takat raya di dewan pagi tuh.. lepas tuh kalau ada jemput kwn2 nak beraya di rumah diorg InsyAllah aku pergi.. rumah aku?? closed house... Biasalah rumah org2 senior nie mmg kalau buat manjang kena serbu jek... erkkkkkk aku dah jadi org antara paling senior kat sini huhuhu...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat kalian semua... Semoga selamat perjalanan pergi dan balik kampung... Main mercun ingat2lah jari jemari.. karang takleh nak menaip entri blog hehehee... Selamat bercuti dan InsyAllah jika ada peluang masa dan ruang serta rezeki.. Mungkin kita berpeluang pulak menunaikan haji dan umrah di Mekah nanti.. InsyAllah...

Meja yg penuh dengan macam-macam..
Hari ini aku bawak 3 tupperware biskut raya dari mesia..
Sebabnya kuih tuh kalau letak kat umah memang tak luak banyak..
Kalau letak kat ofis.. confirm keje aku asyik nak ngap jek cepat sikit habis
Semua kuih nie dari bungkusan yg kawan baik aku htr sebelum raya pose tuh..
Sampai pada aku sebulan lebih lepas raya..
So kira rezeki aku nak raya haji nielah..
Oh ya.. yg dalam tupperware atas buku tuh adalah kuih batang buruk hehehehe...
Merasalah makan kuih nie lepas raya..

Thursday 3 November 2011

Bila kembara Spain dalam kenangan..

Puisi dari Putra kepada Suria
Dari bawah balkoni hostel di Madrid..

Putra; "Suria.. Untuk kali terakhir saya tulis puisi untuk awak dan saya tulis puisi ini sendiri.. dan saya janji saya akan hilangkan diri sendiri"

Suria ; "Hai.. Puisi pulak... oklah oklah.. bacalah.. bacalah.."

Esok saya dan awak akan berpisah
Esok akan jadi sejarah
Sejarah sebuah pintu
Ya.. Saya lah pintu tuh..
Pintu yang awak buka dan masuk
dan janganlah awak tutup pintu tuh
kerana pintu itu adalah saya

Suria ; "Ahhh... oklah pintu.. pintu baliklah dulu.. Ahh.. sebab saya nak masuk nak tutup pintu.. Selamat berpintu-pintu"

Hahahahaha... Aku gelak sorang2 bila tengok episod nie ;) 'Suria di Cordoba' Memang bestlah tengok cerita nie.. Aku tahu korang kat mesia sure dah sakan tengok drama nie.. Sedikit sebanyak.. Bila tengok cerita nie.. buat aku teringat kenangan semasa ke Andalusia dulu.. dan paling best.. cerita nie selamba jek.. Entah berapa kali aku tergelak sorang-sorang.. Release tensen kejap.. ;)

Dulu semasa aku ke Andalusia, Spain.. Aku tidak berkesempatan untuk ke Madrid... Cuma aku sempat ke Malaga, Gibraltar, Cordoba, Granada dan Almeria.. Ketika trip kedua ke Toulouse, France.. Aku sempat ke Barcelona yang mengambil perjalanan hampir 6 jam lebih dari Toulouse...

Sebenarnya Negara Spain adalah antara negara yang sepanjang pengalaman kembara aku adalah antara negara yang aku paling suka.. Suka sebab mungkin bentuk muka bumi.. budaya dan cara hidup rakyat sepanyol itu buatkan aku jatuh cinta dengan negara itu.. Bila lama duduk di luar negara begini.. berkelana seketika ke Spain.. pertama kali ke sana.. aku rasa seolah berada di negara sendiri.. rasa ini berbeza bila aku ke negara2 lain.. yang begitu ketara perbezaannya.. Entahlah.. bila berada di Spain.. Aku benar2 rasa seolah di Malaysia.. sedikit sebanyak kerinduan untuk berada di negara sendiri.. terubat juga ;)

Yang lebih seronok bila teringat kenangan ke Andalusia ini.. kedua-dua kembara itu aku pergi bersama 2 keluarga yang merupakan sahabat baik aku.. Kebiasaannya bila aku kembara.. dengan 2 keluarga inilah aku sering kemana-mana.. Mungkin sebab aku dah biasa dengan perangai masing2.. dah faham citarasa makan.. sifat dan perangai.. Cuma bezanya.. semasa kembara ke Andalusia.. Aku pergi sendirian tanpa pakwe.. dek kerna ketika itu dia baru sahaja memulakan kerja pagi di tempat kerja aku sekarang.. Yang lebih utama semasa aku ke Cordoba.. Aku hanya berpeluang di sana selama 2 jam sahaja sebab sampai pun dah pukul 6 petang..

Buat pertama kali juga di Blog ini aku menceritakan pengalaman kembara aku.. Sebenarnya aku jarang nak bercerita kat sini tentang pengalaman aku ke negara orang di sini.. Yelah sebab cerita pun pasal tukang cuci jek.. Maybe nanti jika ada kelapangan masa akan aku ceritakan lagi.. kisah2 kembara aku yang lebih pada apa yang aku lihat dan rasa..

Cordoba
(Gbr dari google.. Gambar yang aku ambil.. ada kat rumah)
Aku pernah menyusuri jambatan ini menjelang senja di Cordoba..
Rasa nak ke sana lagi..
InsyAllah..


Wednesday 2 November 2011

Menguruskan hal-hal yang bertangguh..

Salam Rabu..

Semalam pulun sakan buat summary 'literature review' tentang Domain complexity & language complexity' memang complex giler sebab aku cuba membuat summary merentasi 2 bidang besar.. Makin banyak aku baca makin mendalam 'complexity' bahasa dan domain yang aku nak review.. Penat.. sebab hakikatnya aku bukan org bahasa.. aku org computer science... namun siap jugalah review yang 9 muka surat tuh... Puas hati? Tak!! sebab itu hanya permulaan sahaja.. masih banyak lagi benda yang nak kena baca... review sebelum nie yang aku buat pasal textual analysis pun tak complete lagik.. lepas nie nak kena combine pulak untuk jadikan 1 literature review lengkap... Semalam ye review lebih nak justify hypothesis... itupun pada aku tak cukup kuat aku ye ulasan.. masih banyak tanda tanya yang belum terjawab.. namun bagusnya semalam tuh aku terjumpa 2 thesis Phd atas tajuk language complexity.. hebat penulis tuh terutama chapter literature review  dia yang dikupas dengan cukup lengkap... aku yang baca pun kagum.. hahaha.. dan pada masa yang sama pun pening... complex sungguh bila bercakap soal language complexity.. Baca thesis semalam buat aku rasa perlu buat argument yang lebih mendalam bila aku nak kaitkan pulak dengan domain computer sciences... kadang2 bila tgk thesis org lain yang beratus2 muka surat rasa tertanya2.. macamana diorg boleh tulis sebanyak itu... sedangkan aku nak tulis 3 muka surat awal review tuh.. lebih 20 jurnal yang aku baca.. quote itu dan ini.. pening... tulis sebaris ayat jek.. tapi quoting sampai 5 journal paper... itulah penulisan akademik.. kalau tulis novel atau paling sekeh tulis blog.. apa lah sangat.... taip jek apa yang tergerak dihati.. alangkah senang kalau tulis thesis atau chapter camtu kan hahahaha.... nie nak tulis 1 ayat penyataan atau kenyataan pun kena pastikan ada reference yang kita rujuk... walaupun hanya definisi... aku sampai quote 5 6 jurnal hanya utk menjelaskan definisi sahaja.. itu tulis sikit.. kalau kena 1 chapter.. confirm berpuluh journal kena quote.. itupun kena pilih2 gak jurnal tuh bukan leh sebarang2 jek...

Hari ini tumpuan aku banyak pada settlekan urusan2 yang bertangguh sekian lama.. patut semalam aku ke klinik untuk treatment appointment pasal tangan aku yang melecur kena minyak panas.. Oh ya appointment dgn doktor hari isnin ok.. katanya infection dari bakteria dah takde.. sebab dah 2 minggu makan antibiotik dengan jayanya.. Jaya maknanya aku habiskan antibiotik tuh selama 2 minggu.. minggu pertama 3 biji sehari dengan dos 400mg setiap biji.. dan minggu ke 2.. 4 biji sehari dengan dos 500mg pulak..

Hasil ujian makmal pada 'swap' pada tempat infection tuh kata doktor normal.. takde dah bakteria.. cuma katanya masih ada sikit2 lagi 'absess' atau cairan yang masih keluar dari tempat bengkak tuh.. kata doktor.. cuba rendam dengan air garam untuk kecutkan bengkak dan keluarkan cairan.. Pada hari tuh juga aku pun tunjuk doktor tangan aku yang melecur tuh.. dia bising gak hahaha..terus keluarkan slip treatment untuk jumpa nurse esok paginya.. (selasa pagi iaitu semalam).. Aku tak pergi semalam sebab aku nak siapkan kerja penulisan review aku tuh.. so aku decide pergi hari ini lepas kerja.. Mula macam malas sebab aku rasa melecur aku tuh dah tak seteruk sebelum nie.. yelah hari2 sapu minyak gamat jek.. dan aku tgk mcm dah ok sikit.. Tapi aku terfikir gak..better pergi jelah untuk dapatkan nasihat & rawatan atau paling utama nak dapatkan  pengalaman tuh..

Bila nurse tuh tgk tangan aku.. dia kata dah nak baik dah nie.. tak perlu buat treatment.. cuma dia pesan ngan aku.. kalau terkena lagik minyak panas.. tindakan pertama kena letak bawah air sejuk sekurang2nya 15min... sebab dia kata.. bila terkena minyak panas atau air panas.. kulit tuh sebenarnya masih terbakar atau dimasak.. sebab itu kita rasa sakit.. ohhh aku baru tahu.. aku cakap aku letak bawah air sejuk seminit jek.. dia kata tak cukup.. sepatutnya paling kurang 15min... sebab nak bagi kulit tuh betul2 sejuk.. memang pun.. lepas kena minyak panas tuh.. aku rasa berdenyut2 lama.. dah sapu lotion pun denyutan tuh masih ada... bagus juga kan aku pergi tadi.. dapatlah info yang berguna tuh.. Ada kawan aku cakap letak colgate hahahaha.... mungkin betul juga kot kalau letak colgate sebab colgate tuh kan sejuk.. will do next time.. I'll remember.. Apa nurse tuh buat?? dia tampal plaster jek kat tgn aku hahaha... tapi besar sikitlah plaster tuh dari yang aku biasa tampal.. so setidak2nya seluruh permukaan tempat yang melecur tuh kena tampal.. cuma agak terseksa sikit bila terpaksa basuh tgn atau ke toilet.. atau tergesel dengan benda2 yg keras memang terasa sakit lah.. Sekarang nie kerja pun pakai sarung tgn sepenuh masa sebab nak elakkan dari terkena bucu atau permukaan yang kasar.

Selesai jumpa nurse.. Aku balik rumah masak mee untuk brunch (sarapan & lunch).. dan mula bersiap nak settlekan pulak council tax... Semalam due date tapi sebab semalam aku sibuk dengan urusan review.. memang tak layan dan tak nak fikir... hari nie.. baru aku perasan pejabat council tax tuh dah tutup under refurbish.. so segala bayaran kena buat online atau p pejabat pos.. so kalau tau buat online jek semalam dah aku buat hahahaha... alasan.. dan hari ini juga aku cuba apply lagik council tax exemption dari student-bussiness department.. Aku harap dapatlah.. sebab kalau kena bayar parah juga dekat £179 sebulan smpi bln 3 nie... aduh banyak tuh... So untuk bulan nie aku byr jek dulu.. kalau dapat exemption.. duit yg dah bayar tuh nanti boleh dapat balik..

Nie sekarang ada 1 lagik benda yang aku nak kena settlekan.. urusan lesen memandu UK.. tak buat2 lagik dari lesen Hong Kong yang aku ada nie.. Aku ada lesen Hong Kong??? hahahaha... ada cerita dia.. kalau tak nak ambik balik test memandu untuk dapatkan lesen UK.. lesen memandu malaysia kita boleh kita tukar ke lesen hongkong dan dari lesen tuh boleh terus convert jek ke lesen UK tanpa perlu kita susah2 ambik test.. benda nie yang aku belum nak buat lagik.. pakwe dah bising bila nak buat... emmmmm... kena buat jugalah sebab once ada dah lesen tuh.. senang aku nak berpoya2 memandu.. sebenarnya dulu aku dah pulun sakan driving kat sini.. cuma 2 3 tahun nie aku malas nak memandu.. lebih suka jadi mem jek... lagik best ;) lagipun aku dah penatlah driving masa kat mesia.. dan saje tak nak bagi pakwe aku ambik kesempatan.. kalau dia tahu aku leh drive sure kalau aku nak p mana2 nnti dia tak nak dah pergi htr aku sebab tau aku leh drive hahaha...

Hari ini aku nak tunggu email dari G.. Mungkin esok aku jumpa dia.. Kemungkinan kami akan raya haji hari ahad atau hari isnin... isnin depan nie aku cuti 2 minggu keje pagi.. lepas tuh ada baki 7 hari pulak nak kena ambik bln 12 nie.. kalau raya hari isnin.. aku rasa maybe aku tak beraya kot.. sebab aku mungkin akan ke universiti macam biasa.. sebab biasanya kalau esok aku jumpa G.. maknanya Isnin atau selasa tuh aku akan ada dateline keje.. tiap2 minggu dah camnie.. Kali nie mood nak raya pun malas.. tak buat dah openhouse.. budget bulan nie byk pakai.. byr duit council.. duit rumah kat mesia.. itu belum bil2 lain lagik tuh...

Ok aku nak sambung tengok drama 'Suria di Cordoba' last tengok minggu lepas hari selasa masa lepas submit programming.. lepas tuh langsung tak tengok sebab duk pulun siapkan pulak review phase 2 nie.. lepas nie akan ada phase 3... Berazam nak tulis literature macam yang aku baca semalam... kagum dengan penulis tuh... dia ye argument... memang mantap.. aku yang baca pun rasa dahsyat dia nie... Camna pulak gaya argument aku nanti ekkk.... Kadang2 pernah juga hati rasa macam putus harapan jek nak habis.. tapi bila fikir kerja-kerja review yang G suruh aku buat tuh.. sedikit sebanyak buatkan semangat aku kuat balik sebab aku fikir.. kalau dia tak yakin dengan aku.. atau taknak supervise aku.. kenapa dia nak bagi aku kerja2 tuh.. bukan sikit2 benda yang aku kena review tuh... so kat situ sedikit sebanyak up balik semangat aku yang down sejak minggu lepas...

Transisi ilmu yang aku dapat??? Dari aku study tentang virtual reality.. kemudian pada e-learning, SCORM.. then masuk pulak information retrieval.. now narrow toward textual analysis and language complexity... terlalu banyak bidang yang aku cross reference... tapi sedikit sebanyak aku perasan ilmu yang aku dapat dan aku baca memang banyak.. kalau tengok jurnal2 aku.. kalau kumpul tuh aku rasa lebih 300 naskah semuanya....  ini masih ada yang nak kena tambah nie....

InsyAllah.. Pasti boleh... InsyAllah pasti aku akan pegang dan siapkan final thesis aku tuh.... Amin... Doakan aku...

This was written by someone name 'Alison'
Life is a Roller Coaster..
so..
Be Happy ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...